Sunday, November 30, 2008

Rakyat sepatutnya dihargai - Syed Hussin


Menurutnya, rakyatlah yang harus dihargai kerana membantu menaikkan pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lalu.

"Kita mestilah mengiktiraf, rakyat ramailah yang banyak berjuang. Balas budi kepada rakyat ramai.

"Jadi keutamaan balas budi kita ialah kepada rakyat ramai. Inilah namanya perjuangan," kata Dr Syed Husin.

Bekas ahli akademik itu, yang berdekad-dekad dalam aktivisme politik khususnya bersama Parti Rakyat Malaysia (PRM), mengkritik mereka yang menuntut budi dibalas jasa dengan menyifatkan mereka sebagai mengutamakan kepentingan diri dan tidak layak dipanggil pejuang rakyat.

Saturday, November 29, 2008

Makan malam Angkatan Muda


Makan malam Angkatan Muda Keadilan 2008 bersama Majlis Pimpinan tertinggi Parti pada 28hb Nov 2008. Ianya dihadiri oleh Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor), Dr Syed Hussin dan Pimpinan tertinggi Angkatan Muda Keadilan

Friday, November 28, 2008

PEMUDA (Pembahasan usul dari perwakilan)


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri dengan tanpa banyak alasan segera "membersihkan kerajaan negeri daripada anasir BN".
"Kenapa sehingga ke hari ini mereka masih tidak diangkat memainkan peranan utama memberi sumbangan dalam perencanaan dan operasi kerajaan-kerajaan negeri?" kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.

Dengan nada amaran, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya terdapat pemimpin kerajaan Pakatan yang teragak-agak, takut kepada risiko dan perubahan, pergerakan itu tiada pilihan selain menggantikan pemimpin itu.

"Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan.

"Kerajaan mesti dipimpin, bukan semata-mata diurus," katanya.

Beliau dalam ucapannya itu bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin yang dimaksudkannya itu.

Pemangkin anak seni (MiFa 08)

Aktiviti BDA sebelum penutup tirai 2008 ialah kolaborasi dengan MIFW pada 27 November di The Gardens.
Seramai 16 pereka bumiputera mempertontonkan hasil karya masing melalui slot lebih 3 jam. Radzuan Radziwil membuat persembahan pembukaan dan Syarifah Kirana pula akan membuat aksi penutup. 14 lagi pereka terdiri daripada Aidawati saidin, Amir Luqman, Anizam Yusof, Azura couture, Faizeli Azraff, Hatta Dolmat, Hazwani, Jasmi Rejab, Jedan, Khairi Sufi, Nik Erwan, Rahman Saif, Rizman Ruzaini dan Zery Zamry

Acara di hadiri oleh tetamu kehormat Datin Seri Shuryani Shuaib isteri Menteri KEKWA ini juga memdapat tajaan daripada MAYA Textile dan L'Oreal.
Kolaborasi dengan MIFW ini adalah satu usaha BDA untuk membantu ahli-ahlinya menyertai petunjukan fesyen bertaraf profesional.Sekaligus memberi peluang kepada pendedahan di peringkat antarabangsa.

Tuesday, November 25, 2008

KONGRES NASIONAL TAHUNAN 2008

Saya mengambil kesempatan ini untuk bersama menjemput saudara/saudari ke Majlis Perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2008 pada hari SABTU bersamaan 29 November 2008 Jam 9.00 pagi di stadium Malawati, Shah Alam.

Saya berharap saudara/saudari dapat bersama dalam meraikan satu detik bersejarah buat parti kita (PARTI KEADILAN RAKYAT)

Jamuan Makan rakyat Parlimen Kapar