Thursday, February 12, 2009

UNTUKMU PALESTIN


Gabungan Pendakwah Islam Selangor (GAPIS) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Klang akan menganjurkan "PROGRAM UNTUKMU PALESTIN" . Program ini diserikan dengan sessi ceramah yang akan memberikan kesedaran kepada kita tentang apa yang berlaku dan juga kepada mereka yang ingin menderma bagi meringankan beban rakyat Palestin boleh datang ketempat ini atau boleh menghubungi Saudara Basri :0193078402.
Kepada mereka yang kelapangan bolehlah menghadiri program tersebut:

Tuesday, February 3, 2009

Bijaknya PR di Perak - Ankara 2 Adun

Aku hampir kaget dengan isu semasa di Perak, yalah bayangkanlah negeri kesayangan ku akan terlepas ketangan umno yang rakus dan busuk selepas mendengar dari media yang selama ni aku sendiri pun tak percaya dengan mereka.

Episod kehilangan dua Exco Perak menarik perhatian kerana kehilangan mereka banyak dikaitkan dengan rakus dan tidak bermoralnya UMNO/BN. DSAI ketika ceramah meraikan kemenangan P 36 pernah mengingatkan bahawa selepas ini tindakan UMNO/BN akan menjadi lebih ganas. Kes kehilangan dua exco Perak menampakkan ada benarnya jangkaan dan ingatan DSAI. Dan aku amat yakin dengan PR tambahan lagi dibawah MB Nizar.

Ekoran pendedahan ini, adalah dipercayai bahawa usaha membawa masuk dua Exco Perak ke dalam UMNO sudah terbongkar dan terbantut,Oleh itu, UMNO serta Najib perlu dibersihkan dari sebarang penglibatan.Kenyataan akhbar dua Exco Perak ini boleh difahami bertujuan untuk membersihkan UMNO dan Najib dari usaha jahat mereka ini.

Apapun, kedua dua Exco ini sudah terlajak dan sudah ditolak oleh PR.Inilah terjemahan kepada surat perletakan jawatan mereka yang semestinya difahami dengan jelas oleh semua.Sudah tidak ada ruang untuk mereka kerana mengkhainati perjuangan ini.Kini walaupun mereka mendakwa masih lagi ahli PKR dan tidak berniat untuk melompat namun kepercayaan kepada mereka sudah tidak ada lagi.Sudah tidak ada justifikasi kenapa mereka menghilangkan diri dan hanya muncul dengan kenyataan yang dbaca oleh wakil mereka apabila surat perletakan jawatan mereka diumumkan.Malah itulah stail UMNO dalam membuat penafian tanpa menghadirkan diri.

Kini,tembelang UMNO sudah pecah dan otak UMNO yang masih ada pada kedua Exco itu sudah terdedah.Namun PR tidak pernah berdiam diri dalam berdepan dengan taktik kotor UMNO ini.Kejadian terbaru di Perak menunjukkan bahawa UMNO tidak harus "under rate" PR dan DSAI.Dan UMNO membuat kesilapan besar apabila PM PakLah mengumumkan adanya ADUN PKR/PR akan menyertai UMNO/BN.