Monday, November 19, 2012

Selamat Jalan Untuk UMNO... INI KALI LAH

Diketika ini rata-rata orang dan rakyat memperkata keberkesanan kerja yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Malaysia (PAS), Democratic Action Parti (DAP). Penjelasan demi penjelasan, pembokaran demi pembokaran yang dilakukan oleh UMNO BN (pemerintah) dilakukan dengan cekap dan penuh fakta.


Pemimpin-pemim Pakatan Rakyat yang berani kedepan membela nasib rakyat telah banyak menyedarkan banyak rakyat bawahan dan juga golongan muda. Tidak kurang dengan itu juga golongan koporat dan profesional turut bersama menyatakan pendirian bahawa INI KALI LAH.....kita tukar kerajaan Barisan Nasional (UMNO) kepada Kerajaan yang lebih BERKEBAJIKAN.

Road show yang dilakukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat membuahkan hasil dan ini amat mengecutkan UMNO Barisan Nasional. Mereka menyerang Pimpinan dengan makian dan cerca serta fitnah berterusan dengan harapan dapat  MEMATIKAN KEREKTOR. Mereka UMNO Barisan Nasional bukan saja menyerang Kepimpinan tetapi mengugut rakyat supaya tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, menakutkan rakyat dengan isu Penjajahan Baru, Perkauman, Hukum Hudud, dan berbagai lagi perkara yang berkisar tentang ugutan.

Tidak sahaja dengan ugutan mereka menabur rakyat denngan gula-gula kemenangan untuk menyejukan hati rakyat dan pengundi. Tapi Rakyat sekarang bukan 10 tahun atau 20 tahun yang lepas, rakyat sudah bijak untuk menilai. Makin rakyat dan pengundi ditekan makin ramai akan bertindak.

INI KALILAH.... tiada harapan lagi untuk UMNO Barisan Nasional berkokok..Hayat UMNO akan berkubur dalam Pilihanraya ke 13.. itu janji rakyat untuk menukar Kerajaan yang penuh dengan kekotoran. Jadi INI KALILAH Selamat Jalan Untuk UMNO.

Thursday, November 15, 2012

Say No More To UMNO BN...

 Seperti yang telah dinyatakan dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendesak presiden Umno supaya membubarkan parlimen selewat-lewatnya 30 November ini, iaitu semasa perhimpunan agung parti itu atau berdepan dengan penentangan Umno besar-besaran di seluruh negara.

Telah jelas kebimbangan Najib Altantuya bahawa pilihanraya kali ini merupakan pertempuran paling getir Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan dari tangan British pada 1957.

Perkembangan terkini yang semakin tidak memihak BN ekoran beberapa pendedahan siri skandal membabitkan pemimpin Umno sendiri, bermula daripada cincin RM24 juta milik Rosmah Mansor, penyelewengan wang menternak lembu oleh keluarga Shahrizat Jalil, skandal membabitkan kemewahan luar biasa artis Zahida Rafik dari Shafie Apdal, kontrak sistem kawalan penerbangan membabitkan anak Jamaluddin Jarjis dan terbaru pemberian kontrak pemasangan sistem penguatkuasaan trafik AES milik anak bekas pemimpin Umno Johor.

Setiap kali Najib Altantuya berkira-kira mahu membubarkan parlimen, ada sahaja isu yang terkena kepada batang hidung Umno menyebabkan 'perancangan' yang sudah dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa ditangguhkan.

Puak Muhyiddin yang seakan tidak sabar terus menekan Najib Altantuya tidak kira apa juga risikonya mengenai peluang BN sendiri mempertahankan Putrajaya asalkan cita-cita bos mereka menggantikan Najib Altantuya tercapai.

Penampilan jelek pemimpin Umno memperlihatkan kemewahan melampau menyebabkan rakyat tertanya-tanya dari manakah sumber yang diperolehi bagi membiayai belanja hingga mencecah jutaan ringgit.

Sebab itu apabila ketua menteri Melaka, Ali Rustam mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang dianggar mencecah RM1.3 juta, rakyat terfikir dari mana datangnya wang bagi menampung kos tersebut sedangkan gaji dan elaunnya cuma kira-kira RM75 ribu sebulan?

Sehingga kini, laporan yang dibuat terhadap Ali Rustam oleh pemimpin Pakatan Rakyat terus dipeti sejukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Maklumat terbaru yang diperolehi dari sumber yang rapat dengan pemimpin Umno Cheras mengatakan bahawa satu gerakan melobi supaya Najib Altantuya berdepan undi tidak percaya perwakilan sedang bergiat aktif di seluruh negara.

Kumpulan yang sama juga didakwa menyebarkan poster menuntut supaya Muhyddin menjadi perdana menteri di beberapa kawasan sekitar selatan dan barat Johor beberapa bulan lalu.

Difahamkan, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad menggunakan Muhyiddin untuk menumbangkan Najib Altantuya yang semakin tertekan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang kini memasuki fasa akhir siasatan oleh dua hakim Perancis.

Kesempatan persidangan Umno yang dijadual berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini pasti akan diambil Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib Altantuya dan berjanji kepada perwakilan bahawa Umno akan diperkuatkan semula bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Kesannya terhadap Najib Altantuya sungguh besar, selain hilang jawatan sebagai perdana menteri, kekebalan (imuniti) terhadapnya sebagai ketua negara turut terlucut membolehkan tindakan pendakwaan terhadapnya diteruskan tanpa mengeluarkan waran tangkap berstatus merah melalui Interpol.

Saya tidak bercadang mendedahkan siapa dalang di sebalik gerakan ini buat masa sekarang tetapi cukuplah saya katakan kem Muhyiddin semakin agresif menggunakan jentera parti dan kerajaan bagi merealisasikan hasrat mereka.

Rata-rata di antara mereka merupakan bekas pengkagum Najib Altantuya yang kecewa dengan ketiadaan projek dan kontrak untuk mereka menyebabkan gerakan tersebut kini semakin besar dan mampu menggoncang seluruh tiang seri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jika didedahkan secara terpeinci.

Kini sama-samalah kita menunggu apa perkembangan selanjutnya seminggu dua lagi tetapi yang boleh saya simpulkan, Umno dan BN pasti akan menempuh zaman kegelapan (Dark Ages) seperti mana yang pernah dialami Eropah sebelum ketibaan era Reinassance awal abad ke-15.

 RK: Optimis Pakatan Rakyat akan membuat yang terbaik dalam PRU13

sumber:http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=1078

Tuesday, November 13, 2012

KAPAK TUNJAI: HuluBalang UMNO Cabut Lari..Yakin PR akan Memerint...

KAPAK TUNJAI: HuluBalang UMNO Cabut Lari..Yakin PR akan Memerint...: Arakian hasil risikan tim era pasca yang memasang mata dan telinga di wisma putra dan juga memasang bola mata di bangunan itu, kami mendap...

HuluBalang UMNO Cabut Lari..Yakin PR akan Memerintah Malaysia

Arakian hasil risikan tim era pasca yang memasang mata dan telinga di wisma putra dan
juga memasang bola mata di bangunan itu, kami mendapati sokongan terhadap Barisan Nasional
melalui saringan secara pukal pengundi di malaysia telah merosot,

seramai 13 juta pengundi yang bakal membuang undi dan di anggarkan sekitar 85%
atau 11 juta di jangka akan membuang undi pada pru 13 ini, dari tinjauan wp yang cukup
di rahsiakan oleh mereka, tetapi bocor juga kepada ep,

umno dan Barisan Nasional telah membuat bancian terhadap hampir 4 juta pengundi yang
tidak mempunyai akses internet, hasil dari itu mereka mendapati hanya 1.7 juta saja yang
akan mengundi mereka, selebihnya tidak di ketahui akan undian mereka, wp juga membuat
bancian di facebook najib razak yang hampir 1.2 juta peminat

dan dari bancian itu, mereka mendapati dalam setiap post perdana menteri purata menyokong
najib razak adalah 0.5 / 10 dan dalam posting posting peminat dalam facebook najib razak ini,
mereka mendapati purata 1 post memuji Najib Razak dan 30 post membelasah Najib Razak,

mereka juga membuat kajian yang mana 1.2 juta peminat Najib Razak itu, 800 ribu adalah
penentang Najib Razak dan Barisan Nasional dan hanya 400 ribu saja yang menyokong.
berdasarkan kajian ini dan kajian di twitter, wp mendapati, untuk Barisan Nasional
mengekalkan kuasa adalah amat TIPIS sekali,

sehingga membuatkan setiausaha agung umno iaitu tengku adnan tengku mansor mahu meletak
jawatan. berdasarkan maklumat bocor dari wp, Barisan Nasional hanya mampu memenangi 93
kerusi parlimen saja, dan mereka akan dapat hanya 34% saja undi dari 11 juta pengundi akan
memangkah mereka,

kajian wp ini meliputi ke semua aspek bahan bacaan dan perkembangan politik masa
kini,  3 perkara besar yang Barisan Nasional akan buat menjelang pru 13 ini iaitu BRIM 2.0
dan 2000 kouta belajar memandu kereta percuma yang di taja rm 1400 seorang untuk 400++
umno bahagian seluruh malaysia, rm 1400 x 2000 x 400 bahagian umno = rm 1.4 billion anggaran
peruntukan untuk memancing 1 juta generasi muda buat kali yang terakhir.

ketiga Najib Razak akan memberikan durian runtuh kepada warga felda 2 minggu sebelum
pilihanraya umum ke 13, maklumat ini adalah maklumat tidak bertulis kerana umno sudah
tidak lagi mempercayai sesiapa saja yang bekerja di bangunan wisma putra.

mca dan mic serta ppp sudah tidak lagi membawa erti kepada Barisan Nasional. Najib Razak tidak akan
membubarkan parlimen sehingga parlimen terbubar secara automatik apabila habisnya mandat pada tahun 2013 nanti.

Thursday, November 8, 2012

Kenapa saya menolak sistem pemerintahan beraja di Malaysia..


Kenapa ramai sangat yang sentap bila isu raja diperdebatkan di malaysia? Kenapa bila kita menyuarakan pendapat itu di anggap kita sedang menghina raja? Apakah salah bila seseorang ada pendapat tersendiri mengenai sistem beraja di malaysia?

Aku belum pernah jumpa. Bahkan tiada juga di kalangan penyokong2 pakatan rakyat yang pernah aku jumpa secara nyata. Yang terang2 sependirian dengan aku dalam isu raja. Dari apa yang aku selalu jumpa, dorang selalu berkias dan tidak mahu sangat membincangkan isu raja. Bagi mereka itu agak sensitif untuk disentuh.

Aku tak faham. Bahkan tak pernah faham. Kenapa pula berbincang mengenai demokrasi raja berperlembagaan itu di anggap sensitif? Bukan kah itu satu prinsip pentadbiran yang terdapat di malaysia? Mengapa pula membincangkan itu di anggap boleh mencetuskan kesensitivitian?

Inilah pandangan aku.  

Berhenti melabel dan mengecop sehingga ko benar2 menghabiskan bacaan. Berhenti juga berprasangka bahawa aku sedang menghina mana2 sultan sedangkan aku tidak pernah melakukan perkara tersebut.

First, aku terpaksa mengaku. Aku bukan sangat kesultanan dan kemelayuan.

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan. Agung ketua tertinggi yang mewakili negara kita manakala perdana menteri pula dilantik oleh parti yang memenangi pru setiap 5 tahun untuk menjalankan kerja2 pentadbiran negara.

Agong dan sultan2 kita mengetuai hal2 yang berkaitan dengan islam dan adat istiadat melayu manakala perdana menteri pula mengetuai kerja2 pentadbiran. Kita sebut sekali. Mengetuai hal2 berkaitan ISLAM dan adat istiadat melayu.

Jadi kita sudah ada persepsi.

Sultan mengetuai islam.

Sultan adalah mereka2 yang tidak akan melakukan apa2 perkara yang berbeza dari tuntutan islam.

Sebab sultan mengetuai islam.

Ini logik akal. Sama seperti peranan mufti. Bukan sesiapa boleh pegang jawatan mufti. Mestilah mereka2 yang arif agama jek boleh pegang jawatan tersebut. So sama juga la dengan sultan. Oleh kerana mereka mengetuai agama islam sudah semestinya kelakuan mereka selaras dengan apa yang mereka ketuai or wakili.

Ya Allah. Bayangkan. Tiba2 ko terserempak or terjumpa or ternampak, terlihat, terbaca, tertahu, tertengok sultan or mana2 anak sultan tidak mencerminkan apa yang mereka ketuai.

Tepuk dada. Bohong cakap kalau ko tak terkejut. Tepuk otak. Bohong kalau ko cakap ko tak tersentap. Tepuk ahti. Bohong cakap kalau ko tak mempersoalkan ia. Aku sesungguhnya sangat normal. Jadi aku mempersoalkan ia.

Oleh kerana apa yang aku lihat berbeza dari apa yang sering dimomokkan dan digambarkan kepada aku maka sudah semestinya lama kelamaan aku akan menolak. Aku sudah tidak nampak fungsi nya lagi. Rakyat macam aku tidak boleh dipersalahkan.

Aku tidak pernah memaksa mana2 sultan or mana2 anak sultan untuk bertingkahlaku jauh sejauh jauhnya dari landasan islam sebenar. Aku tidak pernah ada hak untuk mengawal dan menyuruh mereka melakukan apa2 perkara.

Mereka bebas untuk melakukan apa2. Sepertimana mereka bebas menayangkan ia. Jadi kenapa pemikiran aku harus dikawal pada masa mereka bebas menayangkan ia? Nyatakan kenapa aku salah bila aku menolak kehipkrasian itu? Nyatakan kenapa aku salah hanya kerana aku menyatakan pendapat aku? Kenapa pula aku salah bila aku mempersoalkan ia?

Itu satu.

Bila ia bukan "islam" tetapi membawa label islam dalam acara rasmi, walaupun aku cuba aku tetap tidak boleh kerana ini bukan apa yang Allah swt nyatakan. Walaupun aku boleh menipu, berpura2, hihi haha, tetapi akhirnya di akhirat sana aku tetap kena. Bahkan seme bersubahat tetap kena. Samada aku kena sekarang dengan pemerintah atau aku kena akan datang dengan Allah swt aku tetap kena.

So lebih baik aku pilih kena dengan orang berbanding kena dengan Allah swt sementelah aku lebih takutkan Allah swt berbanding orang.

Yang kedua.

Yang aku tak pernah faham.  
 
Agong dan sultan dibayar elaun tiap2 bulan. Wang tue datang dari pembayar cukai. Bukan daun or mana2 pokok kelapa. Jauh sekali turun dari langit. Tujuan pembayaran aku terpaksa cakap. Aku memang tatau. Tetapi aku percaya.

Ia berkaitan dengan tugas2 yang raja dan sultan jalankan selama neh. Tetapi aku belum nampak. Bagaimana berkesan nya tugas2 mereka ke atas rakyat marhaen. Maksud aku disini apakah kesan langsung dan kebaikan yang sultan bawa untuk rakyat marhaen?

Adakah dengan mengetuai adat istiadat melayu?

Atau adakah dengan merasmikan apa2 hal berkaitan islam?

Bagaimana pula dengan rakyat yang miskin? Rakyat yang merempat? Rakyat yang marah dikenakan cukai yang tinggi oleh pemerintah? Tak boleh ka sultan2 ini sound bn hey bien apasal ko kenakan cukai mahal2 untuk rakyat jelata beta? Beta titahkan ko turunkan cukai atau ko kena dengan beta.

BN, beta dengar ko semakin kurang ajar dan biadap dengan melaga2kan rakyat beta. Cina, india dan melayu seme rakyat beta dan beta sayangkan mereka sama rata. Berhenti melaga2kan rakyat beta atau beta akan hukum ko.

BN, beta dengar najib galak berkpop. Dalam masa yang sama dia sembang kencang pasal wasatiyah dan naikkan harga gula. Tatau ke dia yang rakyat beta sedang terseksa dengan beban kos sara hidup yang semakin tinggi? Beta perintahkan najib minta maaf dan segera turunkan harga gula atau beta sendiri akan turunkan bien dari tampuk pemerintahan.

Jika ini. Jika ini yang sultan aku buat alangkah seronoknya aku berada di barisan hadapan mempertahankan sistem demokrasi raja berperlembagaan. Aku sanggup berdemo untuk mereka.    

Tapi sayang. Aku hanya bermimpi. Mungkin la benar. Mungkin la benar memang sultan johor tak gunakan wang pembayar cukai. Mungkin la benar wang2 tersebut kembali kepada rakyat. Sultan johor menggunakan wang sendiri untuk berbelanja.

Tetapi bukan itu jek yang rakyat johor perlukan. Bukan itu jek yang rakyat malaysia mahukan. Kita mahukan lebih dari sultan2 kita. Kita mahukan sultan kita act sebagaimana apa yang mereka ketuai.

Mereka ketuai agama islam maka kita berharap sangat sekadar jadi imam pehhh petik jari jek wa cakap lue. Sultan2 kita seme expert bab tue. Kita juga mahu sultan2 kita mempertahankan kita bila bn membuli kita. Usah kata bn, bila mana2 pemerintah bahkan pr sekalipun jika mereka membuli rakyat kita mahu sangat, harap sangat sultan2 kita ada disitu, untuk kita.

Oleh kerana aku tak nampak. Aku tak boleh lihat. Atau mungkin juga aku belum sedar. Jadi aku tak boleh faham. Kenapa aku harus mempertahankan satu sistem yang mana aku sendiri langsung tak terkesan dengan kewujudan dia.

Jika aku salah, maka nyatakanlah wahai sultan2 malaysia.. kenapa aku salah kerana berpendapat seperti ini..

DARI BLOG  AMENO WORLD
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/kenapa-saya-menolak-sistem-pemerintah.html#ixzz2BcTqDA8R

Dr Maza.com

..YB Nurul Izzah baru bercakap dengan saya menerusi telefon, beliau maklumkan bahawa beliau langsung tidak menyebut 'melayu boleh murtad' dalam program tersebut..apa yang beliau sebut ialah tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, hal itu merangkumi semua bangsa..saya rasa kita kena berhati-hati mempercayai sumber berita yang disiarkan oleh sesetengah pihak..


Firman Allah (maksudnya)


“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).

Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi.

Kata Ibn ‘Abbas:“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

RK; Mereka itulah Syaitan Yang dikenali..

DAP PULAU PINANG INIAYAI ORANG ISLAM ....

Tuduhan UMNO/BN bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP sebagai ”anti-Islam” terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) itu terus ”Memartabatkan Agama Islam” dalam Belanjawan Pulau Pinang 2013 yang bertemakan Agenda Ekonomi Saksama.


Selain menjadikan masjid dan surau sebagai institusi merangkumi aktiviti kemasyarakatan, sebanyak RM13.84 juta daripada RM46.42 juta peruntukan bagi memartabatkan agama Islam disediakan untuk pembangunan sekolah agama rakyat (SAR).
Ia berbeza sama sekali dengan Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2013 yang tidak menyediakan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk pembangunan agama Islam bagi 2013 termasuk usaha meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambil kira prasarana mesra OKU.
“Masjid terbabit ialah Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.
“Pembinaan masjid yang mengambil kira prasarana seumpama itu dilaksanakan di Masjid Abdullah Fahim, Seberang Perai Utara dan Masjid Kelawei, Daerah Timur Laut,” katanya.

Pada Belanjawan Pulau Pinang 2012, kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM22.8 juta untuk pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong, untuk khariah Masjid Cherok Tok Kun Atas dan khariah Masjid Tuan Abdullah, Tanah Liat manakala RM2 juta diperuntukan untuk pengambilan balik tanah bagi pembangunan Sekolah Agama Rakyat.
Katanya, ini membuktikan tuduhan UMNO-BN bahawa Kerajaan Pulau Pinang “anti-Islam” adalah meleset sama sekali kerana realitinya, kerajaan negeri sangat prihatin terhadap pembangunan masyarakat dan agama Islam dan meliputi semua kaum di negeri itu .

RK:  Bukan kena bangang dengan DAP or PKR, tapi umPORNO dah jadi bangang sekarang kat Penang, dah tak boleh makan komisyen.  Duit ehsan untuk warga emas RM100 pon dia orangg nak rembat puak2 jahanam nih dah 55 tahun diperbangang kan oleh MCA dan GERAKAN !!!

Malaysia Negaraku....Boleh Land



Thursday, November 1, 2012

INI YANG UMNO BN TAKUT Selamatkan Rakyat...Selamatkan Malaysia


GAMBAR YANG WAJIB DIHEBAHKAN SEBAB SEMUA MEDIA ARUS PERDANA MILIK DAN KAWALAN UMNO DAH PADAMKAN DARI PENGETAHUAN UMUM!!!



Gambar Mursyidul Am PAS dan merangkap Menteri Besar Kelantan YAB TGNA bersama isteri menaiki keretapi atas urusan rasmi.

Cukup sempoi dan cool.

Lori kecik Najib vs Treler Pakatan ... mampuih dah BN hahahahaha

Cantik dan berpengaruh

Voltron Force

Transformer


umno punya destroyer.. tak dak seni langsunggggg! hahahahaha ......