Monday, December 17, 2012

"R" akan terus menuntut hak Rakyat Pahang

Kenyataan Media R Pahang - Royalti, Blok Minyak & Gas Pahang

1. (Blok PM308 A & B) @ PM-308 Medan Rhu dalam sempadan negeri pahang meliputi kawasan seluas 5,500 dan 8,600 kilometer persegi.

2. (Blok PM-308) telah disahkan mempunyai medan minyak yang simpananya terlalu banyak

3. Perdana menteri Malaysia kelahiran Pekan,Pahang cuba menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan rakyat pahang iaitu negeri kelahiranya sendiri.

4. Najib razak selaku perdana menteri Malaysia hanya mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.Secara umumnya diketahui oleh
mereka yang terlibat dalam industri Oil dan GAS di semenanjung Malaysia yang mana ianya memang berada dalam kawasan terengganu 100%

5. Mengapa perdana menteri Malaysia DSNR mengumumkan medan blok minyak PM-307,Persoalannya kenapa tidak mengumumkan medan minyak yang berada di kawasan perairan pahang iaitu medan blok PM-308 Rhu

6. Kami mewakili R Pahang dan seluruh rakyat pahang memohon penjelasan dari Najib razak selaku perdana menteri Malaysia dari apa yang telah diumukan

7. Rakyat Pahang secara amnya harus tahu sekiranya wujud blok lain selain blok PM-307 iaitu Bok PM-308 A&B dan bila pengeluarannya akan bermula

8. Selain itu,Perdana menteri Malaysia harus mengumumkan hasil blok PM-308,sepertimana yang pernah diumumkan beliau Blok PM-307 Bertam kepada rakyat Pahang

9. Dan apabila medan minyak PM-308 Rhu mengeluarkan hasil adakah rakyat pahang akan dibayar royalti atau wang ehsan?

Sekretariat Gabungan Tuntut Royalti Minyak & Pendaratan Gas ke Negeri Pahang (ROYALTI Pahang)

Friday, December 14, 2012

Minyak Pahang (Medan PM 308 Medan RHU)..Najib sembunnyikan

Sidang Media Pendedahan Medan Minyak RHU hak mutlak RAKYAT PAHANG..
Rakyat Pahang amat berterimakasih dengan pendedahan Perdana Menteri dengan penemuan Minyak di Block PM 307 (Bertam) adalah didalam perairan Negeri Pahang . Dengan pendedahan tersebut Najib Razak berjanji kepada Rakyat Negeri Pahang akan menerima Wang Ehsan sebanyak RM100 Juta setahun.
Walaubagaimanapun kami Rakyat Pahang agak musykil dimana kerajaan Negeri Terengganu juga menuntut juga hak pendaratan minyak itu yang mengatakan PM307 adalah dalam kawasan Negeri Terengganu.. Apakah ini satu "TUNTUTAN BERTINDIH" yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua Kerajaan Negeri Pahang dan Terengganu atau Perdana Menteri cuba mengelirukan Rakyat Pahang negeri Kelahiran Beliau P307 adalah hak Rakyat Pahang. Penjelasan Najib Razak amat perlu dalam hal ini.. Kita Rakyat Pahang tidak mahu diperbodohkan oleh Najib Razak bercakap sebagai Retorik Politik untuk survival politik UMNO BN di Negri Pahang.
Penemuan Blok PM308 (Medan RHU)
Kenapa Najib tidak umumkan Block  PM308 (Medan Rhu), adakah najib takut istiharkan penemuan Medan Rhu adalah 6 kali ganda lebih besar dari Medan Bertam PM307 (nilai RM 100 juta setahun wang ehsan) mengikut kajian Lundin Petroleum..Rakyat Pahang harus diberi penjelasan berkenaan isu tersebut.
Peta menunjukan sempadan perairan Terengganu (Blok PM 307) dan Pahang (Blok PM308)

Info : PM-308 Medan Rhu

PM-308 (Medan Rhu)


PM-308A:

1: Telaga Batu Hitam – 1
2: Telaga Janglau – 1
3: Telaga Ara – 1

PM-308B:


1: Merawan Batu


Ada antara kerja2 carigali telah selesai sejak tahun 2011 manakala yang terakhir pula telah selesai pada Oktober 2012. keputusan seismic 2D & 3D serta hasil carigali telah mendapati bahawa antara Telaga2 diatas, ada antaranya menemui Minyak Mentah.


Laporan dari Syarikat yang menjalankan kerja2 Carigali di Blok PM-308A mengesahkan juga bahawa pekatan yang akhirnya disahkan sebagai Minyak Mentah telah naik ke Permukaan Laut ketika kerja2 Carigali menggunakan “Jack-up Rig” dijalankan.

RK....Mendesak Najib Razak membuktikan bahawa kata-kata beliau adalah hanya penyedap telinga rakyat Pahang dalam menghadapi PRU ke 13 ini....Dan kami mahu penjelasan dari Najib Razak PM 308 (Medan RHU) telah beroperasi atau belum jika telah beroperasi berapakah nilai pengeluarandan grednya. RAKYAT PAHANG PERLU TAHU?????