Sunday, May 26, 2013

PRU 14, Pakatan Rakyat jangan jadi Mat jenin

Jangan jadi Mat Jenin, berangan untuk mencapai impian akhirnya mati jatuh menjunam ketanah… PR jangan lah berimpian menggunung untuk memerintah Malaysia jika impian tidak diterjemahkan dalam erti kata sebenar, bermuhasabah diatas kekalahan . walaupun kekalahan tersebut penuh dengan segala muslihat pihak musuh. Jadi berharaplah PR akan lebih bijak lagi menangani permainan. Walaupun diketahui padang tidak sama rata tapi bukan bermakna PR tidak boleh mengatasinya, itulah dikatakan strategi.

“War room” harus digunakan sebaik mungkin dengan membina formula yang lebih berkesan dengan mengambil kira segala aspek kemungkinan yang bakal berlaku.  Bukan hanya fokus kemenangan saja menjadi keutamaan tetapi kekuatan jentera PR, tindakan jangka pendek dan jangka panjang, penjenamaan dan memperkemaskini pimpinan. Memantapkan kesepakatan PR dengan merealisasikan pembentukan Pakatan Rakyat dengan satu logo dan lambang untuk menghadapi PRU 14 akan datang. Kesepakatan itu harus diterjemahkan bagi menguatkan ikatan, membentuk hubungan akrab dalam jalinan yang lebih muhibah lagi.
Lima tahun lagi, bukan sesuatu yang lama dan PR tidak gagal dalam PRU 13 tetapi PR dinafikan kemenangan.

Rentetan peristiwa yang banyak diperkatakan di media sosial dan media perdana seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, isu pendatang asing diberi kewarganegaraan, black out, borang SPR 14, peti undi yang datang kemudian dan perbagai lagi muslihat tetapi itu bukanlah isunya lagi, sebab PR masih ada peluang melalui petisyen PRU. Isunya sekarang penjenamaan harus dilakukan oleh PR jika ingin melakukan perubahan dalam PRU 14. Bagaimana sistem ini boleh dilakukan, jika masa digunakan untuk mencari kesalahan orang lain dengan membuat demo dan himpunan demi himpunan yang kita tidak pasti kesudahannya. Biarlah pihak peguam yang dilantik mewakili rakyat menyelesaikan di mahkamah dan rakyat akan menilai segala keputusan. Rakyat bukan bodoh untuk menerima setiap keputusan jika tidak menyebelahi PR.

Demonstrasi bukanlah jalan pintas untuk PR mengambil kuasa, rakyat akan jadi bosan kerana tiada kesudahanya. Rakyat akan berfikir dengan adanya dan kerapnya demo atau himpunan jalanan seolah-olah hanya memberi kelebihan dan menjaga segelintir pemimpin-pemimpin PR atau parti politik tersebut. Apakah faedahnya kepada rakyat jika setiap minggu dan bulan adanya himpunan. Perubahan apa yang di inginkan jika setiap himpunan itu berakhir detik 12 malam dengan Pengerusi himpunan menjanjikan satu siri lagi himpunan akan diadakan bulan depan…tetapi hakikatnya esok tetap seperti hari ini.

Usai PRU 13 menampakan kemajuan kepada PR dan inspirasi rakyat, jadi jangan bebankan rakyat dengan perbagai unsur-unsur yang negatif. Perubahan yang rakyat inginkan buat lah setakat termampu oleh pasukan PR. Jika sebelum PRU 13 rakyat boleh menjadi sukarelawan tampa meminta-minta imbuhan kenapa sekarang setelah PRU13 selesai tidak gunakan segalanya untuk membentuk sukarelawan juga. PR harus melihat resource yang ada bagi membangunkan sistem dan “check and balance” terhadap parti Pemerintah.

Jika parti pemerintah mempunya mempunyai Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) PR pun harus ada JKKK disetiap Kawasan, jika parti pemerintah mempunyai Ahli Majlis di setiap Majlis Tempatan, PR pun harus mempunyainya juga. Kenapa? Rakyat tidak menagih elaun, tidak menagih imbuhan selagi mana mereka boleh bekerja secara ikhlas dalam parti kenapa ini tidak boleh, yang penting kebajikan mereka dimengertikan oleh Parti dan juga PR. Sebagai contoh: Ketua cawangan PAS bertindak sebagai Ketua Kampung sukarela (tidak diiktiraf oleh parti pemerintah) membantu segala urusan yang termampu. Yang penting kurangkan protokol dan sentiasa berkhidmat dengan perihatin terhadap masalah penduduk. Apa yang boleh dibuat oleh Ketua Kampung Sukarelawan….perbagai bentuk dan urusan boleh dilakukan selagi inya tidak menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Tak kan urusan mengurus dan mengambil borang zakat kepada penduduk kampung menjadi satu kesalahan sebagai contohnya.

Begitu juga Ahli Majlis Sukarelawan (Majlis Tempatan) membina hubungan dengan pihak berkuasa tempatan menyelesaikan segala isu dan masalah berkaitan masyarakat dan Majlis tempatan dengan lebih berkesan lagi. Selagi mana Parti dan PR boleh mendekati masyarakat dan penduduk disesuatu kawasan maka inilah perubahan yang bakal kita lihat untuk masa depan. PR harus proaktif dalam merealisasikan harapan ini, pengharapan beginilah yang akan memertabatkan agenda rakyat yang akan memastikan kemenangan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU 14. Itu adalah ideanya, makanisma dan perlaksanaan harus difikir oleh Parti Pembakang dan Pakatan Rakyat sendiri.


Bukanlah sesuatu keterlaluan dengan mengadakan Himpunan dan dan Demonstrasi tetapi fokuskan keutamaannya, biarlah setiap himpunan itu mempunyai nilai yang tersendiri dan memberi impak yang berkesan. Rakyat menilai seolah sekadar gimik sahaja tampa ada kesudahannya.  Angan-angan Mat jenin tidak akan menjadi kenyataan jika tidak fikir keseriusan nya.

Wednesday, May 22, 2013

ORANG KAMPUNG YANG BIJAK ATAU ORANG BANDARKAH YANG BODOH


Bijaknya orang kampung memilih BN atau Bodohkah orang Bandar memilih PR?

Statistik Pasca PRU ke 13 yang berlalu pada 5hb Mei 2013 menunjukan sokongan pengundi telah dibahagikan kepada dua kelompok iaitu Bandar dan Kampung. Jika mengikut kedudukan sokongan popular PR pasti memerintah dengan mendapat sokongan 53% berbanding BN hanya mendapat 47%. Kenapa trend pengundi di bandar begitu cenderung kepada PR. Adakah orang Bandar mudah dipengaruhi oleh sesuatu isu?. Adakah orang Bandar terlalu mementingkan diri sendiri?. Adakah orang Bandar begitu naïf?. Orang kampung kah yang pandai atau orang Bandar kah yang bodoh dalam kes ini.

Kenapa sokongan dikawasan pendalaman atau kampung cenderung kepada Barisan Nasional. Apakah isu-isu yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat tidak relevan oleh masyarakat kampung yang kita ketahui selama ini isu-isu dipendalaman seperti  isu air, isu jalan, isu elektrik serta tidak ketinggalan dengan isu-isu masalah sosial serta kebajikan gagal ditangani oleh pihak pemerintah BN. Kenapa orang kampung dan pendalaman sayang sangat dengan BN sehingga tidak berani dan mahu untuk melakukan perubahan?. Apakah istimewanya BN sehingga kini diperintah selama lebih 55 tahun perbagai kerosakan dilakukan oleh pemimpin mereka dalam kerajaan BN. Daripada mengambil tanah orang melayu sehinggalah menyerahkan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura. Gejala kerosakan bumi Malaysia dengan sisa radio aktif sehinggalah masalah rasuah yang tidak terkawal sehingga diletakan Malaysia adalah tertinggi amalan rasuahnya.

Dalam masa keseluruhan rakyat Malaysia ingin melakukan perubahan kerajaan, semua orang dan rakyat begitu optimis dengan angin perubahan yang bakal berlaku dalam PRU 13 maka rata-rata slogan, INI KALILAH, JOM UBAH, ASAL BUKAN UMNO, YAKINLAH, UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA, MALAYSIA BARU , MALAYSIA NEGARA BERKEBAJIKAN dan perbagai lagi slogan beredar dan diedar  keseluruh Negara tidak kira di bahagian mana, dipelusuk mana, dipenjuru mana waima di dalam tandas sekali pun menunjukan angin perubahan bakal berlaku di Tanah air tercinta ini. Kenapa ia tidak berlaku apakah ini kerana orang kampung begitu bijak atau bodohkah orang Bandar?.

Bodoh sangatkah orang Bandar atau cerdik sangatkah orang Kampung untu memilih…. Adakah hanya orang Bandar sahaja yang inginkan pemansuhan Tol, pemansuhan PTPTN, Duti eksais kereta diturunkan sehingga rakyat dapat harga yang murah, penurunan harga minyak dan bahan api. Apakah semuanya ini tidak tempias kepada orang kampung atau orang kampung tidak akan terasa dengan kesan dari perubahan ini. Orang kampung kah bijak atau orang bandarkah yang Bodoh. Atau tertutup pintu hati mereka itu hai orang kampung terhadap segala penipuan dan kebobrokan pemimpin BN sehingga terpedaya dengan segala muslihat yang dikatakan kebenaran oleh pemimpin dan Media mereka pemimpin Barisan Nasional.

Orang kampung kah bijak atau orang bandarkah yang bodoh , untuk menilai maka nilaian siapakah yang lebih bijak, adakah orang kampung ramai yang cerdik pandai dan berpelajaran atau adakah orang Bandar yang ramai tercicir dari pendidikan . Bodoh nya orang Bandar memilih PR yang tidak ada pengalaman untuk memerintah atau adakah cerdiknya orang kampung memilih BN yang berpengalaman dengan taktik kotor dan penipuan.

Siapakah yang bodoh dan siapa pulak yang pandai?. Inilah dikatakan pemimpin Barisan Nasional akan sentiasa memastikan 3 perkara asas amat perlu ditekankan jika ingin lagi menjadi pemerintah atau kekal dengan legasi pemerintahan mereka.

Apa itu 3 perkara:

                         Memastikan rakyat Malaysia sentiasa Bodoh dan ketinggalan dalam pendidikan.

Kenapa? Jika rakyat Malaysia bodoh maka mereka boleh memperkotak katikan segala maklumat dan menyembunyikan segala kebenaran dari pengetahuan rakyat. Biarlah Rakyat sentiasa jadi robot yang menurut arahan tuannya. Mendidik rakyat hanya untuk mendapat pelajaran yang tinggi bagi peluang bekerja dengan pendapatan yang tinggi tampa memikirkan nilai-nilai insan dan moral.

                           Memastikan Rakyat akan kekal miskin.

Kenapa? Kemiskinan akan menyebabkan rakyat akan sentiasa bergantung harap dangan mereka. Biarlah mereka hidup kais pagi makan pagi yang penting jika mereka (rakyat) datang meminta kita (pemerintah BN) boleh lagi menyediakan subsidi.

                            Menanam sikap penakut terhadap pemerintah.

Kenapa? Ketakutan ditanam bagi setiap individu dengan sekatan-sekatan sehinggalah untuk menyatakan kebenaran pun tidak boleh. Ruang untuk rakyat menyatakan pandangan dibataskan. Penggunaan Jentera-jentera Kerajaan bagi menakutkan rakyat dengan segala bentuk dan jenis tindakan?

Nilai inikah yang kita mahu, maka siapa yang bodoh dan siapa pula yand cerdik….. Bak kata Pelawak Nabil “ LU FIKIRLAH SENDIRI”.