Tuesday, December 22, 2015

Yuran Persekolah 2016 makin membebankan - Sekolah tidak menyokong hasrat Kementerian Pendidikan

Dalam suasana kesempitan kini rakyat dibebankan lagi dengan peningkatan yuran persekolahan yang ditetapkan oleh Pihak PIBG . Walaupun yuran tersebut tidak diwajibkan oleh kementerian yang mana sekian lama telah dimansuhkan tetapi masih banyak lagi sekolah-sekolah dan PIBG sekarang ini menaikan bayaran -bayaran.

Pihak sekolah dan PIBG ini seolah tidak menyokong hasrat kementerian dan Kerajaan bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terhimpit dengan GST serta peningkatan harga barangan. Rata-rata Ibu-bapa dikawasan pendalaman dan kampung menyara kehidupan dengan berkebun dan bertani.

Dengan hasil yang sedikit disebabkan kejatuhan harga komiditi getah dan kelapa sawit sesi persekolahan kali ini pasti mencenkam kehidupan mereka.

Hal ini harus difikir bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi meringankan bebanan ibu bapa bukan hanya suka menetapkan bayaran yuran sahaja. Guru-guru pula dilihat mempergunakan PIBG bagi kemudahan mereka tampa mahu berkorban sedikitpun terhadap murid-murid dan sekolah mereka.

PIBG sepatutnya membantu Ibu bapa dan Guru bukan membebankan. Perbagai cara bagi mencari dana membantu PIBG dan sekolah seperti mengadakan Jamuan Kutipan Dana atau jualan jualan amal dan juga perbagai cara lain menjana pendapatan. Bukan hanya terhad dengan cara kutipan yuran sahaja.

Diharap persatuan PIBG dan guru-guru sepatutnya lebih inisiatif bagi menceriakan dan meningkatkan pembelajaran murid-murid selaras dengan hasrat kerajaan yang tidak mahu membebankan ibu bapa dengan perbagai yuran persekolahan.