Hayat DS Najib di Sebalik PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar..
Umno BN ( Najib Razak) memerlukan 2/3 kerusi parlimen bagi meneruskan kekuasaan beliau..Beliau sanggup melakukan apa saja bagi mencapai hasrat tersebut. Mengumpan PAS untuk bersama dan PAS juga mempunyai impian yang sama untuk duduk sama empuk di tampuk pemerintahan.
Private bill RUU 355 disogok sebagai imbuhan bagi PAS gunakan sebagai bahan kempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai swicth mengerakan agenda beliau dan Barisan Nasional. Dengan mengaburi mata rakyat dan pengundi di kedua dua parlimen tersebut dengan menggunakan PAS adalah jalan mudah bagi BN terus berkuasa. PAs yang mesra Umno BN bukanlah bertanding untuk mencari kemenangan tetapi hanyalah bertujuan memecahkan undi. Mereka yakni PAS lebih rela membiarkan Umno BN menang dari melihat Pakatan Harapan menang dan jika PAS menang maka umno BN juga akan menang kerana mereka kepentingan kerjasama secara diam.
Apakah akan berlaku jika PAS menang atau Umno Bn menang?. Ini akan memberi Najib Razak jangka hayat yang panjang untuk terus berkuasa. Dengan jumlah kerusi
BN 132
PA$/PIS 14
Bebas (TSKI) 1
*Jumlah 147 (kurang 1 kerusi utk mbntuk mjriti 2/3 iaitu BN + PA$ + Bebas)*
PH 73
*Jumah 220*
Jadi 2 kekosongan ini amat perlu bagi Umno BN (Najib Razak). Kemenangn Kepada BN/PA$ dlm dua PRK amat merbahaya kepada Negara dan rakyat khususnya dengan memberi ruang yang luas bagi kekal berkuasa.
Dengan Kemenangan ini Umno BN/ Pas membolehkan mereka menggubal beberapa akta bagi menekan rakyat demi survival politik mereka. Dan agenda mereka bukan setakat itu sahaja tetapi kerakusan mereka membuka laluan untuk persempadanan semula serta penambahan kerusi Parlimen yang pasti dipersetujui oleh PAS dan menyebabkan agenda perubahan yang diinginkan oleh Pakatan Harapan akan terus berkubur bersama impian rakyat.
Jadi pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar harus bijak dan jangan biarkan rakyat terus ditindas dan bersekongkol dengan Umno BN/PAS.
1 undi untuk BN/PAS = rakyat akan terus ditindas
1 undi untuk Amanah (PH) = Kebajikan dan Keadilan untuk rakyat
JANGAN MEMBERI HAYAT KEPADA UMNO BN (DS NAJIB)
#Demi Rakyat
#Admin kaoaktunjai.blogspot.com
Tuesday, June 14, 2016
Monday, June 13, 2016
Kenapa DS Najib Razak Perlu Dijatuhkan?
Kenapa Najib Razak Perlu Dijatuhkan?
Perbagai pihak merasakan pemerintah sekarang telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat. Parti politik pro pembakang, ngos, penjawat awam, anak muda, petani dan nelayan, peniaga peniaga, pekerja swasta serta mereka mereka yang bekerja sendiri.
Kesan dari urustadbir yang lemah menyebabkan banyak perkara yang dinyakini boleh menyebabkan terhakis kenyakinan rakyat terhadap pemerintah yang dipimpin oleh Ds Najib Razak. Perbagai isu yang ternyata makin nazak jika tidak dibendung sekarang...
1. ketirisan perbendaharan Negara.
2. Rasuah yang berluasa dari peringkat pemimpin ke Jabatan Jabatan yang melibatkan kakitangan kerajaan.
3.Penyalahgunaan kuasa dalam penguatkuasa undang undang.
4. Kemelesitan ekonomi yang disebabkan tiada intergriti dalam pentadbiran.
5. Tekanan dan bebanan terhadap rakyat dengan perbagai cukai.
6. Isu derma 2.6 billion yang tidak munasabah.
7. 1MDB yang gagal ditangani dengan baik.
8. Penjawat awan ditekan dan diberhentikan dengan rakus sekali.
9. Ahli politik yang berlainan haluan ditangkap dan dipenjarakan
10. Akta baru MKN diluluskan dengan membelakangi Majlis Raja Raja bagi mengekalkan kekuasaan.
Senarai diatas bukan setakat itu saja tetapi banyak lagi kegagalan yang menjadi belengu kepada sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Rakyat menagih keperihatinan pemimpin yang diangkat untuk membela rakyat tetapi pemimpin mengkhianati amanah dan kekuasaan yang diberikan.
Ds Najib harus dipertanggungjawabkan dan perlu meletakkan jawatan dan juga parti pimpinan beliau. Kenapa beliau bukan ke untuk menjatuhkan beliau kita kena perlu menjatuhkan Umno Barisan Nasional dengan cara menewaskan dalam PRU akan datang kata sesetengah pihak.
Rasional perlunya Najib ditekan bagi meletakan Jawatan adalah kita tidak mahu lagi kerosakan yang dilakukan beliau cukuplah setakat ini. Dalam keadaan sekarang pun Malaysia dalam keadaan nazak dengan keadaan indek rasuah lebih teruk berbanding dengan negara jiran terdekat. Kotoran ini perlu dicuci semula dan segalanya yang diambil harus dipulangkan semula. Dan perlu diberi mandat kepada parlimen bagi memilih calon PM yang baru sebagai "caretaker government" sehingga parlimen dibubar
Jadi kuasa rakyatlah yang perlu digembling bagi menyatakan dan mendesak pengunduran DS Najib. Ini merupakan message dari rakyat bahawa pemimpin negara tidak boleh membuat sesuka hati mereka. Jika kita gagal dlam misi ini nescaya percayalah episod lama pasti berlaku dan ketidak adilan serta kezaliman itu pasti berlaku walau parti mana pun mengambil alih tampuk pemerintahan. Dan adakah pemimpin baru mahu menyambung pemerintahan dengan perbendaharan yang parah dan nazak?. Jadi bijaklah menilai keadaan ini.
Dalam situasi lain menumpaskan kerajaan dalam pilihan raya. Dalam masa yang sama momentum harus dikekalkan tetapi keutamaan harus dilihat diatas batang tubuh DS Najib sendiri yang sekarang dilihat menguatkan kekuasaan dengan perbagai cara yang mungkin tidak mampu dikalahkan dalam piliharaya dan Umno Barisan Nasional itu sendiri. Dengan Akta akta terbaru serta persempadan semula yang bakal dicadangkan bagi menyekat kemaraan parti parti pembangkang terutamanya PH untuk bersaing dalam PRU yang sihat.
Kenapa perlu tunggu dalam masa mempunyai peluang dan ruang. Kenapa perlu menunggu jika laluan pilihan ada didepan. Kenapa perlu klok klik bermain politik dalam nadi rakyat inginkan perubahan.
#Demi Rakyat
# Admin kapaktunjai.blogspot.com

Friday, June 10, 2016
Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
aamiin3 ya rabbal'aalamiin...😇
Wednesday, June 8, 2016
Kenapa perlu Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan Sg Besar
Kenapa Pakatan Harapan Bertanding di PRK Sungai Besar dan Kual...
Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah yang pertama sejak 1999 bila parti-parti pembangkang yang besar iaitu Pakatan Harapan dan PAS bertembung. Ramai yang bertanya apa perlunya Pakatan Harapan bertanding?
Kenapa tidak dibiarkan sahaja PAS bertanding kerana yang penting Barisan Nasional ditumbangkan dahulu. Ia tidak semudah itu, ikuti penjelasan saya kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan untuk bertanding. Mohon sebarkan seluasnya terutamanya kepada sahabat-sahabat yang mengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/1182863751748130/?pnref=story
Sunday, June 5, 2016
Ketua Dipagari Agama dan Jubah
Kehebatan seorang penguasa apabila dia amanah terhadap jawatan dan harta negara yang berada di bawah kawalannya. Itulah perkara yang tidak dapat dibuat oleh rakyat, hanya mampu dibuat oleh yang berkuasa kerana dia memegang tampok kuasa.
Jika mereka tidak amanah, sekalipun memakai pelbagai gelaran agama, ataupun dipagari oleh jubah-jubah agama, mereka tetap pengkhianat.
Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom).
Namun Nabi s.a.w menyebut:
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”.
Betapa, seorang mati semasa berjuang bersama Nabi s.a.w tetap Allah hukum kerana telah mengambil harta awam dengan cara yang salah. Itu sehelai selendang, bagaimanakah pula jutaan, bahkan ratusan juta harta awam?!
#Demi Rakyat
#Admin kapaktunjai.blogspot.com
Antara Kefahaman dan Memahami Hudud
Antara Kefahaman dan Memahami Hudud
Usaha menggambarkan negara Islam atau design negara yang mendaulat Islam sebagai negara hudud adalah gambaran yang tidak tepat. Pihak musuh berniat buruk.
Hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam. Hudud adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah.
Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah.
Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya.
Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat.
Firman Allah: (maksudnya): "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj: 41).
Penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum, dan kenegaraan secara khususnya.
Maka dalam negara Islam; keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum.
Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa.
Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat.
Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa. Kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga. Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.
Dizaman Khalifah Umar Abdul aziz, apakah LANGKAH2 yg beliau ambil sehingga TRANSFORM kan negaranya dlm masa 2.5 thn shj sehingga Tiada Jenayah dikalangan Rakyat bahkan binatang juga tiada melakukan jenayah (serigala tidak membaham ternakan)....?
kita kema FIKIR & KAJI mengapa Zaman Khalifah Umar Abd aziz bukan setakat jenayah manusia malahan jenayah binatang dgn binatang pun tidak berlaku dimana SERIGALA TIDAK MEMBAHAM TERNAKAN....
Bahkan TIADA YG LAYAK MENERIMA ZAKAT...
Adakah hanya wujudnya Undang2 HUDUD atau ada FAKTOR/TINDAKAN2 Lain yg MENJURUS kearah SISTEM PEMERINTAHAN zaman Umar abdul Aziz ini... ?
Juga kita kena mengkaji mengapa Negara2 Scandinavian; Jenayah sgt KURANG..

Tuesday, May 17, 2016
Dilema; Deklarasi Rakyat dan Reformasi
Namapun Deklarasi 'Rakyat' - bagi penulis Keterlibatan pimpinan Pakatan Harapan PH tidak menjadi kemudaratan untuk bersama dalam Deklarasi Rakyat jika perlu tandatangan sekali pun tidak menjadi masalah.
Yang penting mereka tahu batasnya serta .perlu menekankan bahawa ini adalah antara 'Tuntutan' Rakyat yang tidak suka dengan gaya pengurusan Najib Razak sebagai PM dan yang inginkan sistem pentadbiran perlu direformasikan dan bukan untuk memberi nafas kepada politik elit bangsawan itu.
Nota dari penjara harus dihadam dan dinukilkan sebagai penunjuk aras bagi segenap lapisan tidak kira pemimpin dan anggotanya tetapi seluruh rakyat khususnya. Sepentas bukan bermakna kita besekongkol dengan Tun Mahadhir tetapi fokus memberitahu khalayak bahawa sistem itu telah bobrok dengan pemimpin yang rakus tampa mempedulikan keadilan rakyat.
Reformasi bersama Deklarasi perlu bergerak seiring bagi menukar regim, reform institusi kewangan, reforms institusi kehakiman dan undang undang, reforms seluruhnya demi melihat keadilan dan amanah yang diberikan rakyat diurustadbirkan sebaik mungkin. Ape susah benar pihak pihak tertentu nak faham?? Tak salah nak ikut cuma jangan lupakan perjuangan REFORMASI!!!!!!! jangan lupakan pengorbanan DSAI yg terpenjara perlu ingat tujuan utama Tun Mahadhir hanya nak selamatkan legasi UMNO dan Kroninya.
Jadi "Kita hormati itu warkah DSAI daripada tempatnya. Suasana dan masa mempengaruhi penulisan itu. Kita baca...dan cuba mengerti. Ingatan dan Doa kita tidak pernah putus untuknya. Pun begitu, setiap pejuang ada medan tempur dan senjatanya. Ada suasana dan masanya. Teruslah fokus dalam suasana dan masa kita. Pada waktu yang sama beringat akan pesan pedoman sekalian pejuang lain dan para pendahulu kita."
#REFORMASI,REFORMASI, REFORMASI...
#DemiRakyat

warkah dari sg Buloh
RAFIZI : SURAT ANWAR SAH
*Walaupun dinafikan seorang naib presidennya Shamsul Iskandar Md Akin,* terdapat pemimpin kanan lain PKR yang menegaskan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kegusaran dengan langkah Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar wujud.
Surat lapan halaman bertulis tangan itu dikatakan menyentuh penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malaysiakini turut menerima salinan surat itu yang berjudul “Warkah dari penjara” daripada seorang pemimpin kanan PKR yang enggan namanya disebut.
Bagaimanapun, berdasarkan semakan dengan Rafizi Ramli, setiausaha agung PKR itu mengesahkan kesahihan surat itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu dan berharap orang ramai membaca dan menilai sendiri kandungannya.
*"Surat itu benar.* Saya tak nak ulas lanjut. Biar rakyat baca dan buat penilaian," katanya kepada Malaysiakini.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
*Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang*. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya. *Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.*
Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. *Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.*
*Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan.* Saya gusar kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan. Kita *perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang*. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.
Ia *dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib* selaku perdana menteri dan selanjutnya menjana perubahan. Mereka yakin untuk mengawal keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. *Pertembungan idea* di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.
Saya amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan *akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur.* Saya dan pimpinan telah *memberikan persetujuan* meskipun saya *pohon kewaspadaan* untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan.
Kita juga *tidak wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani Deklarasi Rakyat* (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar *waspada dengan politik elit penguasa* dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah *menentukan hala tuju seterusnya.*
Saya lebih cenderung *memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR,* yakni dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini. Kelompok DR, termasuk Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:
Saya pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian* – ketika perbualan ringkas di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap demokrasi yang beramanah democratic accountability? Terima kasih kerana maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.
Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. *Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Tun M*, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.
*Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB.* Ini adalah jelas jauh *terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita*; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!
Pimpinan dilihat seperti *terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib*. Ini mengingatkan kembali kepada komplot ‘penguasa elit’ yang saya terangkan sebelum ini. Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa manakala rakyat akan terus dipinggirkan. Kita hanya baru sahaja terlibat dengan ‘akuan bersumpah – kemelut SD'. Jaminan yang sama diberikan secara tertutup.
Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila *Ku Li* sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal. Beliau *licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon* kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham. Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus *meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat.*
Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.
Kita *kena berlaku jujur*. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan *bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD* manakala *Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR.* Tetapi saya sentiasa *mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen.* Ia *meresahkan* untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan!
Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana *pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka* seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan.
*Jangan terpedaya* dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.
Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M *tidak pernah dihargai.* Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi. *Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan*. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.
Malangnya, ini hanya akan meyakinkan beliau untuk tidak rasa bersalah terhadap kerosakan dan pembaziran yang berlaku ketika zaman beliau. Gayanya seperti telah beralih dari menafikan kepada menghapuskan kesalahan lampau! *Azizah dan saya merasakan keperluan untuk membantah sebagai prinsip kami dan mempertahankan maruah.* Kenyataan kami merujuk kepada pemerintahan autokratik, keperluan untuk wacana menyeluruh bukan seperti pendekatan diktator beliau.
Pandangan kami, *deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi.* Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut.
Seterusnya pimpinan NGO telah membuat pendirian yang tegas kepada Tun M; walaupun secara peribadi berbanding dengan Tun M yang sentiasa memberi pandangan secara terbuka. Selepas itu penjelasan dibuat bagi perkara yang tidak mempunyai apa-apa perubahan; iaitu *majoriti ahli Parlimen akan menentukan calon perdana menteri yang baru.*
Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. *Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka*. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.
‘The best lack of all conviction,
whilst the worse
Are full of passionate intensity’ [William Butlers Yeats]
‘Yang baik tidak yakin dengan kebaikan,
Manakala yang buruk
Tegar dengan tumpuan sepenuh jiwa mempertahankan keburukan [WB Yeats, penyair dari Ireland]
Berhati-hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya.
*Kita mengangkat diri kita sebagai mempunyai jiwa yang besar,* didorong semata-mata demi kepentingan negara. Apa yang hilang daripada benak pemikiran kita adalah keadaan sebenar yang tatakelola dalam kerajaan telah dimusnahkan dan apa yang membimbangkan adalah tiadanya rasa menyesal dan tiada kesungguhan menyokong reformasi.
Kedua-dua *Tun M dan Daim merupakan dalang* dan begitu agresif mempertahankan kroni kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni. Ianya amat jelas mempergunakan dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini.
Saudara mungkin dapat rasakan pendirian saya yang semakin tegas setelah pendekatan berjiwa besar dan berdamai yang mana pada awalnya seperti kebanyakan di kalangan saudara, *saya agak naif menjangkakan Tun M akan lebih terbuka kepada perubahan.* Beberapa siri perbincangan dengan *pimpinan PH dan NGO tidak berjaya merubah atau menghalang ketaksuban dan dendam peribadi terhadap Najib* tetapi bukan terhadap sistem yang bobrok dan rosak.
Ia seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan rakan-rakan kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang saya! Perangai seperti itu menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat menyebut dengan takzimnya untuk *tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun untuk akhirnya berubah*. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan kebangkitan sistem usang.
‘The serpent that did sting…
Now wears the crown.’ [Shakespeare]
‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali…
Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]
Rakyat kebanyakan kekal, sebagai suara yang penuh kesedaran, harapan rakyat untuk pendirian yang berprinsip. Kita tidak boleh dianggap sebagai menghalang atau melengahkan agenda reformasi; atau tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.
Kita menuntut kebebasan, keadilan ekonomi, mengurangkan jurang kekayaan, melawan rasuah dan rampasan korporat. *Percayalah dalam kebijaksanaan suara rakyat kebanyakan*; dan berpandukan kepada aktivis, reformis dan memperkukuhkan akar umbi parti.
Izinkan saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi *saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan* ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.
Saya telah menegaskan pendirian yang bertentangan dan tiada bukti yang boleh dikemukakan sebaliknya. Saya juga telah diminta untuk menunjukkan pendekatan jelas dan tidak mengelirukan terhadap deklarasi; dan saya berbuat demikian dengan tepat.
Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka *mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat* terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah *sangat tidak berhati perut!*
Dan tolong *jangan melayan* yang mengaku sebagai ‘sumber sahih, dipercayai’ yang mana Najib telah menghantar utusan untuk bertemu dengan saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.
Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan. Kepercayaan adalah seperti semakin terhakis. Saya dengan yakin boleh mengandaikan kalaulah pertemuan itu benar-benar berlaku, kredibiliti saya masih kekal tidak terjejas. Dan sebaliknya, saya akan berterus-terang dengan rakan-rakan jika benarlah bahawa berlaku tawaran atau dakwaan terhadap mereka. Ia adalah memalukan untuk menunjukkan sikap sebegini; tetapi kita perlu membina semula kepercayaan dan mempunyai sifat kasih sayang.
Akhirul kalam – *saya kini diselubungi rasa sugul.* Saya tidak berhasrat membebankan saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara. Ujian sedemikian betapa pun sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi tidak serumit dan kusut menangani perkembangan parti mutakhir ini. Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran k earah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin.
Namun *kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan.* Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR.
Saya tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita diteruskan dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan rakyat. Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan DR; tetapi *jangan berganjak* dari pendekatan kita. Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati amanah islah.
Dalam wacana mengenai mauduk tersebut, itu saja batas yang saya mampu perakui. Jika *majoriti memilih untuk mendukung persefahaman DR sepenuhnya; saya akur tetapi akan menyepi* dan hanya mengulangi hasrat mendamba perubahan seutuhnya.
*Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu*. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. *Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.*
*Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelamai kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut disini.*
Saya pohon setulusnya agar *warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut selera kabilah*. Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk semua sahabat dalam saf kepimpinan. Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya. Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan menyinggung.
Dalam kesepian dan murung, saya banyak menyemak puisi termasuk The Best Poems of the English Language: from Chancer through Proust karya Harold Bloom. Sebelumnya saya asyik dengan Pablo Neruda; Anna Akhmatova (Tsarina of Poetry); WS Rendra dan A Samad Said.
Rakan saya penyair Tawfiq Ismail pernah melakar di zaman remajanya – puisi yang saya hafal; dan pernah saya deklamasikan di Bandung sekitar 2005. Judulnya: "Memang Selalu Demikian, Hadi" (1966) di era gerakan mahasiswa menentang PKI dan Sukarno. Pohon izin menggantikan Hadi dengan "Saudaraku": "Memang selalu demikian saudaraku".
Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah *pengkhianat dan para penjilat*
Jangan kau gusar, saudaraku.
Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.
Setiap perjuangan yang akan menang
*Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian*
Dan para jagoan kesiangan.
Memang demikianlah halnya, saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin
Anwar Ibrahim
Sunday, May 15, 2016
KABARET CINTA SEGI TIGA PAS/PH/UMNOBN...SG BESAR DAN KUALA KANGSAR
SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR UJIAN "CINTA TIGA SEGI" PAS
Siapakah sebenarnya yang paling "susah hati" untuk menghadapi pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang besar kemungkinan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru kali ini?
UMNO dan BN?
Mungkin tidak kerana kedua-dua kerusi itu memang milik mereka sebelum ini. Kalah atau menang tidak menjejaskan apa-apa kepada kedudukan kerajaan, meskipun kekalahan barangkali lebih mencalarkan sedikit imej Najib Razak serta boleh digambarkan sebagai penolakan rakyat yang makin ketara terhadap kepimpinannya. Kemenangan BN dalam kedua-dua pilihanraya kecil tidaklah juga boleh dibanggakan sangat berikutan kuasa wang dan kelebihan jentera kerajaan memang memihak kepadanya.
Pakatan Harapan?
Juga tidak mungkin susah hati kerana kalah atau menang tidak memberi banyak kesan kepada kedudukan gabungan pembangkang itu, walaupun kerajaan negeri Selangor dikuasai oleh mereka. Cuma jika Amanah bertanding di kedua-dua kerusi itu dan menang, ia mampu menyuluhkan cahaya lebih terang kepada perjalanan masa depannya yang lebih meyakinkan. Sebagai parti baru, jika kalah pula, tentu saja ia dianggap biasa dan dapat diterima oleh sesiapa jua, malah merupakan pengalaman berharga buat Amanah.
Pas?
Dalam kedudukan sekarang, Pas pada hakikatnya sedang terperangkap dalam "cinta tiga segi" antara UMNO dengan PKR yang kedua-dua parti itu ingin "dilayan dan dikasihinya" sebagai teman pembawa bahagia. Setelah keluar daripada Pakatan Rakyat kerana beberapa pertembungan dengan DAP dan perpecahan dalamannya sehingga tertubuhnya Amanah, Pas sebaliknya masih bertahalul siyasi dengan PKR di Selangor. Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali masih dianggotai oleh Pas dan tiga wakil rakyatnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. Banyak jawatan lain dalam kerajaan negeri juga diserahkan kepada ahli Pas. Tetapi di peringkat pusat, Pas enggan menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah dan parti itu mahu bergerak sendirian. Hanya beberapa bulan kebelakangan, ia bergabung dengan sebuah parti kecil, Ikatan yang dipimpin oleh Kadir Sheikh Fadzir.
Dalam masa yang sama, khususnya melalui Hadi Awang dan Dr. Haron Din, Pas lebih cenderung ingin berbaik-baik dengan UMNO dan BN, meskipun Najib diperkatakan di seluruh dunia berhubung skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya. Beberapa kenyataan Presiden Pas seperti mengatakan partinya tak kemaruk kuasa untuk perintah negara, hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan dan sedia berpakaian sedondon merah jambu dengan Najib dalam satu majlis, jelas memberi bayangan mengenai hala tujunya, sekurang-kurangnya selagi ada Hadi Awang sebagai penaraju dan Dr Haron Din selaku Mursyidul Amnya. Sementara Pas dilihat masih "sayang" kepada PKR di Selangor, walaupun enggan menyertai Pakatan Harapan, ia sebaliknya turut "saling memikat" dan sesekali juga berani "keluar dating" dengan UMNO
Jadi, dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, apa yang patut dilakukannya? Jika Pas turut bertanding di Sungai Besar dan katalah Amanah yang bertanding di situ, ia dianggap seperti mengkhianati hubungan cintanya dengan PKR yang menjadi salah satu komponen dalam Pakatan Harapan? Sanggupkah dalam kempen-kempen nanti, pemimpin Pas mencela dan menghentam Pakatan Harapan sedangkan melalui tahalul siyasinya, wakil parti itu masih memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri, termasuk Exco dan lain-lainnya? Jika ingin menguji kesetiaan Pas, adalah lebih baik jika PKR yang dipilih bertanding di Sungai Besar.
Apa pilihan Pas ketika itu agaknya? Dalam masa yang sama, sanggupkan juga pemimpin Pas menghentam dan membalun Najib berkaitan beberapa isu yang terpalit dengannya sedangkan kedua-duanya "saling memikat" dan Najib pula sedia bersusah payah meluangkan masa setiap kali Hadi Awang dan Dr. Haron Din dimasukkan ke hospital? Di Kuala Kangsar, jika Pas bertanding, ia mungkin tidak begitu dikaitkan dengan Pakatan Harapan kerana di Perak, ia memang tidak bertahalul siyasi dengan mana-mana parti. Namun, ia memberi kesan yang sama juga dalam hubungan "saling memikatnya" dengan UMNO.
Bagaimana kempen dan gerak kerja Pas di Kuala Kangsar? Oleh kerana Pas adalah parti yang biasa membalun dan menyalahkan pihak lain, khususnya kerajaan, dalam kempen dan ceramahnya, siapakah yang akan disasarkannya dalam kempen itu nanti? Jika UMNO dan Najib dijadikan bahan kempen oleh Pas, sudah tentu tersinggung sampai ke tulang hitam Pahlawan Bugis dibuatnya. Menghentam Pakatan Harapan juga tidak masuk akal dalam kempen Pas di Kuala Kangsar kerana gabungan itu bukan kerajaan di peringkat negeri. Rakyat juga akan pelik jika pembangkang menghentam sesama pembangkang. Maka, apa pilihan Pas yang sebaik-baiknya? Dalam hal ini, terbukti bahawa bermain "kayu tiga" atau mengamalkan "cinta tiga segi", tetap menyusahkan bukan saja dalam hubungan manusia, bahkan juga dalam politik dan kuasa.
Pilihan terbaik bagi Pas ialah tidak bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kali ini dan meneruskan "cinta tiga seginya" seperti sedia ada kerana parti itu nampaknya lebih ingin berbahagia dengan cara begitu daripada kemungkinan putus hubungan dengan salah seorang "kekasihnya" itu. Sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya 2018, nikmat hubungan "cinta tiga segi" itu masih banyak dapat diraih, dikutip dan dinikmati sepuas-puasnya sebelum membuat keputusan muktamad sama ada "berkahwin" dengan salah satunya atau meninggalkan kedua-duanya untuk benar-benar hidup sendirian. Jika bertanding juga, kemungkinan salah seorang "kekasihnya" merajuk dan jauh hati lalu meninggalkannya adalah besar sekali

Thursday, May 12, 2016
PERLUKAH BAJANG SEBAGAI BENDAHARI MPN PAHANG
Datuk Mazran bin Abu Bakar @Bajang di lantik pengerusi MPN sebagai Bendahari Keadilan Negeri.
Siapakah Beliau...Carier politik beliau tidak berapa diketahui dan kurang jelas. Zaman muda pernah sedikit bergiat bersama pemuda umno Temerloh. Tetapi tidak tahu apakah jawatan yang disandang.
Beliau juga dikatakan pernah membuka nursery bunga di Batu 3 berhadapan pejabat jualan Toyota.
Sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pernah tinggal di Beserah Kuantan ketika itu beliau tidak lagi memegang title Datuk. Pernah satu ketika anak anak jiran bermain bola terkena kereta beliau..diambil bola tersebut dipecahnya. Masa di Beserah ramai jiran tak berapa suka dengan beliau kerana sikapnya yang tidak mesra dan agak angkuh yang pernah menjadi pemain bola skuad Pahang seketika dulu.
Selepas berpindah kl tidak tahu apa profesyen beliau tetapi sekarang dikatakan merupakan usahawan berjaya dengan Restoran ikan patin yang diberi nama ANA PATIN HOUSE Restoran yang dikatakan begitu popular di Ibu kota.
Selain itu beliau juga pernah mempunyai ladang kontrak di TKPM di Lanchang Pahang diushakan atas Syarikat TKS Vega Sdn Bhd (Pengarah Urusan) bersama dengan seorang tauke China yang dilihat telah gagal projek tersebut.
Tidak tahu bila tarikh beliau menyertai Keadilan dan setakat ini tidak nampak kradibeliti beliau untuk diangkat sebagai tokoh yang perlu diberi jawatan penting dalam Keadilan.
Keadilan sepatut menyaring penyertaan individu kedalam parti tambahan pula dengan diberi jawatan istimewa diperingkat negeri. Jika beliau baru masuk menjadi anggota kelayakan beliau pasti dipertikaikan dengan tiada rekod yang boleh diangkat menjadi atau diberi Jawatan di Peringkat Negeri. Kita tidak mahu ia akan merosakkan parti satu ketika nanti. Sepatutnya beliau perlu diuji diperingkat anggota biasa diperingkat ranting atau mana mana Cabang dahulu...Di sini isu loyalty dan kepercayaan adalah satu faktor yang penting.
Siapakah Bajang itu majistrate ke, loyar ke, Dr ke atau individu ternama yang hebat dan berpengaruh. Jadi MPN patut membuat penilaian dalam kuputusan yang kolektif bukan selektif..Musawarah itu penting bukan hanya keputusan pengerusi sahaja...beliau mencadang, beliau menyokong dan beliau juga melantik. Anggota angota MPN diikat tangan dikunci mulut bagi mengotakan kata beliau.
Jika berkenaan dana atau kewangan parti menjadi alasan perlantikan maka itu amatlah tidak wajar. Apakah itu menjadi tanggungjawab bendahari seorang. Jika itu merupakan alasan sepatutnya yang perlu dipertanggungjawabkan adalah Pengerusi itu sendiri..gagalnya sebuah kapal pelayaran bukanlah atas bahu kelasinya tetapi atas Nakhoda tersebut. Sepatut beliau patut menanggung malu dan perlu melepaskan jawatannya.
Tidak ramai yang mengenali saudara Bajang ini tetapi percayalah akan mengamit kepincangan di dalam parti Keadilan Negeri Pahang.
#Demi Rakyat
#admin kapaktunjai.blogspot.com.
Subscribe to:
Posts (Atom)