Dari Sg Besar Ke Kuala Kangsar Krisis Blok Pembangkang
Tragedi kemalangan udara di Serawak membuka kesah baru selepas menyebabkan kematian MP dikawasan tersebut. Takziah buat kedua dua keluarga yang ditimpa musibah serta mereka yang terkorban didalam tragedi yang telah mengorbankan 5 nyawa...Dalam suasana masih dalam kesedihan kita yang hidup ini perlu melangkah terus demi kelangsungan kehidupan meneruskan jalan untuk masa hadapan.
Mengikut perkiraan tempoh dewan yang belum cukup tempoh matang PRK perlu diadakan dikedua dua kerusi yang kosong tersebut.
Dipihak pembangkang siapa atau parti mana yang sepatutnya bertanding. Mengikut PRU 13 kedua dua kerusi tersebut dipertandingkan oleh PAS. Itu semasa PAS masih bersama dalam Pakatan Rakyat tetapi scenario sekarang pasti berubah dimana PAS telah mengakhiri tahaluf siasi mereka terhadap DAP yang mwnyebab terbubarnya Pakatan Rakyat. Walaupun demikian PAS masih menjalinkan kerjasama dengan PKR (Keadilan) dalam membentuk kerajaan Selangor bersama DAP.
Dari peinsipnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat telah menjadi sejarah.
Blok pembangkang kini dilihat terbahagi kepada dua iaitu Pakatan Harapan ( DAP, PKR dan Amanah parti baru terbentuk selepas perpecahan) serta PAS dan IKATAN serta PKR, walaupun PKR bersama dengan PH tetapi PKR masih mengharap kerjasama itu.
Dalam PRK ini kita akan melihat episod menarik bagaimana mereka mencari titik persamaan dalam meletakkan parti mana yang patut bertandung tidak mungkin DAP sebab majoriti adalah Melayu Islam...adakah PKR...atau PAS atau pun parti baru Amanah.
PAs baru baru ini telah membuat kenyataan baru baru ini menyatakan akan bertanding di kedua dua kekosongan tersebut.
Apakah PKR akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.
Jadi disini kita lihat bagaimana pertimbangan parti politik pembakang menangani permasalahan ini, adakah agenda rakyat diutamakan atau agenda parti yang diangkat. Jika diamati pergolakan pasti berlaku dimana masing masing ego mencari titik persamaan yang menunjukkan 3 penjuru adalah penyelesaiannya tetapi adakah PKR akan memberi kepada Amanah atau Amanah memberi laluan kepada PKR..Jika Amanah bertanding mungkin tidak berapa masalah kepada PKR tetapi jika PKR bertanding bagaimana perspektif kerjasama gelap PAS dan PKR selama ini terutamanya PKR masih menaruh harapan terhadap PAS.
Yang pasti kemelut ini pasti menarik pembaca pembaca politik membuat tafsiran. Penulis merasakan disinilah klimaksnya kesepakatan PKR dalam PH dan PKR bersama PAS..nilai kejujuran, keiklasan dapat tersingkap dalam kemelut ini.
Yang pasti 3 penjuru akan berlaku jadi terserahlah kepada pengundi menilainya.
Penulis merasakan jika PH ingin bertaut kembali PAS maka biarlah PAS bertanding dikedua dua kerusi tersebut dengan PH memberi sepenuhnya sokongan. Di sini baru kita dapat menilai keikhlasan masing masing dalam memperjuangkan agenda rakyat bagi memastikan BN umno terkubur dan memacu kerjasama kembali mengambil alih pemerintahan di Putra Jaya.
Atau pun membuat swing besar dengan berentap 3 penjuru dimana Amanah bertanding di Kuala Kangsar dan PKR mengambil tempat di Sg Besar.
Maka dengan ini pemutus pertelagahan akan bernoktah. Tepuk Dada Tanya Selera...
#DemiRakyat
#Admin Kapaktunjai.blogspot.com
Tuesday, May 10, 2016
Monday, May 9, 2016
MANUSIA DIAKHIR ZAMAN
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. " (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dapat dilihat juga sekarang banyak orang-orang bukan Islam yang menggunakan hujjah-hujjah dari AlQuran dan AlHadith yang mana mereka membuat komentar menurut kefahaman mereka sendiri sedangkan mereka tidak faham dengan Islam.
Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak apabila akhir zaman terdapat empat macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk 'makan angin', 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.
- Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya ". (Hadith Riwayat Ahmad).
Golongan Pendusta Di Bidang Hadith - Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah – juga bapa-bapa kamu - mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.” (Hadith Riwayat Muslim).
Orang yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam - Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga. (Hadith Riwayat Abu Dawud)
Ulama Tidak Dipedulikan - Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." (Hadith Riwayat Ahmad).
- Ilmu agama dicabut ( banyaknya alim Ulama’ yang meninggal dunia ).
Zaman Kekeliruan - Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda: “Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.” [Musnad Ahmad, 3/220].
Manusia Yang Berhati Syaitan - Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.” (Hadith Riwayat Thabrani).
Monday, May 2, 2016
Zaman Edan Politik Gila
baca makalah aku tulis ni...
Zaman Edan Politik Gila....
Memang gila ...pemimpin semua penipu, pemimpin banyak yang munafik, pemimpin sudah gila dengan kekuasaan...
Jika kekuasaan jd rebutan untuk kemaslahan rakyat adalah sesuatu yang positif tetapi tampak menunjukan kepentingan kendiri.
Itu semua gila, mereka gila dengan ketamakan, mereka gila dengan haloba dan laba. semua janji rakyat dipersetankan demi kelangsungan politik banjingan.
Menipu demi untuk kuasa tidak kira pemimpin itu dari kalangan pemerintah atau pembakang. Pembodohan rakyat selama ini, bobrok dengan janji politik membela nasib marhein tetapi membela para kroni dan ternakan politik mereka. Janji rakyat dibakul sampahkan.Marhein yang telah bodoh diperbodohkan lagi. Rakyat yang sakit ditambah dengan kesakitan lagi.Marhein yang lemah kelaparan dipaksa mengikat perut demi kerakusan agenda politik mereka.
Rakyat benci kezaliman pemerintah...dalam rakyat benci dan ingin beralih menukar tampok pemerintahan kepada pembakang, pembakang pulak buat drama, belum diberi mandat mereka dah macam ribut...seumpama ulat tahi menghurung najis , busuk membau sehingga pahit ke hati.
Apakah rakyat akan percaya lagi dan bagaimana untuk mendapat kembali kepercayaan...kemaafan umpama retorik..bila terlalu banyak maka dah mula menjadi Munafik..itulah zaman edan politik gila..
Rakyat inginkan kesungguhan dan keikhlasan..
#DemiRakyat
#kapaktunjai.blogspot.com
Tuesday, December 22, 2015
Yuran Persekolah 2016 makin membebankan - Sekolah tidak menyokong hasrat Kementerian Pendidikan
Dalam suasana kesempitan kini rakyat dibebankan lagi dengan peningkatan yuran persekolahan yang ditetapkan oleh Pihak PIBG . Walaupun yuran tersebut tidak diwajibkan oleh kementerian yang mana sekian lama telah dimansuhkan tetapi masih banyak lagi sekolah-sekolah dan PIBG sekarang ini menaikan bayaran -bayaran.
Pihak sekolah dan PIBG ini seolah tidak menyokong hasrat kementerian dan Kerajaan bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terhimpit dengan GST serta peningkatan harga barangan. Rata-rata Ibu-bapa dikawasan pendalaman dan kampung menyara kehidupan dengan berkebun dan bertani.
Dengan hasil yang sedikit disebabkan kejatuhan harga komiditi getah dan kelapa sawit sesi persekolahan kali ini pasti mencenkam kehidupan mereka.
Hal ini harus difikir bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi meringankan bebanan ibu bapa bukan hanya suka menetapkan bayaran yuran sahaja. Guru-guru pula dilihat mempergunakan PIBG bagi kemudahan mereka tampa mahu berkorban sedikitpun terhadap murid-murid dan sekolah mereka.
PIBG sepatutnya membantu Ibu bapa dan Guru bukan membebankan. Perbagai cara bagi mencari dana membantu PIBG dan sekolah seperti mengadakan Jamuan Kutipan Dana atau jualan jualan amal dan juga perbagai cara lain menjana pendapatan. Bukan hanya terhad dengan cara kutipan yuran sahaja.
Diharap persatuan PIBG dan guru-guru sepatutnya lebih inisiatif bagi menceriakan dan meningkatkan pembelajaran murid-murid selaras dengan hasrat kerajaan yang tidak mahu membebankan ibu bapa dengan perbagai yuran persekolahan.

Thursday, March 19, 2015
1MDB DAN SIRUL BOLEH JATUHKAN NAJIB
Wartawan veteren Datuk A Kadir Jasin menamakan isu 1MDB serta Sirul Azhar Umar yang berjaya melarikan diri ke Australia sebagai perkara-pekara yang boleh menekan Perdana Menteri untuk mengundurkan diri. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dijatuhkan melainkan ditekan dengan isu kontroversi yang melibatkannya dengan pengurusan wang negara dan isu peribadi, kata wartawan veteren Datuk A Kadir Jasin.
Isu terbabit adalah 1 Malaysian Development Berhad, Pembagunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan bekas anggota UTK Sirul Azhar Umar MELOLOS diri ke Australia.
Beliau yakin jika Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta mereka yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Najib tidak akan berubah dan mengundur diri. Hanya dengan paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu diatas sahaja yang mampu menggugat Najib, katanya dalam tulisan di blog The Scribe A Kadir Jasin.
beliau berkata sebagai mengulas dan respon terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang di Dewan Rakyat yang hanya menegur pentadbiran Najib supaya menangguh dan memansuhkan GST.
Wednesday, March 18, 2015
ANGIN KENCANG - MAHATHIR GUNA TENGKU RAZALIEGH
Selepas kritikan keras terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibuang dari group whatsapp Tun Mahathir masih lagi mencari jalan melemahkan kerajaan pimpinan Najib.

Terbaru beliau dikatakan telah berkrompomi bagi menyatakan sokongan kepada Tengku Razaliegh Hamzah yang mana telah mengedar surat berkenaan rasa kebimbangan terhadap isu ekonomi yang begitu kritikal dan sedang melanda negara kita sekarangini.
(surat)http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-ahli-parlimen-tengku-razaleigh-hamzah
Tapi mampukah Tun merealisasikannya dan apakah Tengku Razaliegh mampu mempengaruhi keseluruhan MP termasuk MP pembakang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak.
Jika hasrat ini berjaya dilakukan dalam masa terdekat (persidangan Parlimen) apakah kita bakal melihat episod baru dalam politik tanah air. Mampukah Najib menangkisnya dan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Najib...Muhyiddin ke atau Tengku Razaliegh.

Tuesday, March 17, 2015
JEMUAN JEMUAN -TUN MAHATHIR DITENDANG
TUN Mahathir telah ditendang keluar dari whatsapp group UMNO selepas kata kata Najib kepada wakil wakil UMNO Kedah tempoh hari.. Ini adalah kerana kritikan kritikan pedas Tun kepada 1MDB dan kepimipinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau, yang juga Presiden UMNO, berkata UMNO berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya 'jemuan-jemuan' (berperangai buruk) ini tiada dalam parti
"Jemuan ini lebih teruk daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka inilah yang mengadu dombakan antara sesama kita, sehinggakan perselisihan kita diperbesar-besarkan, sehingga menggugat perpaduan parti.
"Ketepikan benda bendaini, jika tidak ada jemuan-jemuan ini sudah pasti Barisan Nasional dan UMNO akan menang," katanya pada ucapan perasmian konvensyen.

LAYU BANGSAKU MELAYU.....
Bangsaku Melayu.....Kenapa kau layu,
Dulu kau gagah melawan Penjajah
tapi kini kau pasrah dengan rasuah
Bangsaku Melayu ingatlah bahawa
kau bukannya robot yang boleh
diarah tapi kau harus lunturkan
segala saki baki penjajah dengan gah..
Bangsaku Melayu kau tahukah
Bangsaku Melayu tidak akan mengkhianatimu
tapi kini bangsaku Melayu.....
Menghimpit dan mencengkam mu....
Menggadai tanah dan maruah mu....
Mencuri harta warisan mu...
Bangsaku Melayu lemah terkulai layu...
Bangkitlah Bangsaku Melayu...
Bangsaku Melayu bukan boleh digula-gulakan
sehelai pelikat dan batik bukan lagi nilaian.
Bukalah mata wahai bangsaku Melayu
Ramai Bangsaku Melayu sengsara dikala
pemimpin Bangsaku Melayu mewah bermaharajalela.
Bangsaku Melayu, kau bersengkang mata
menahan derita
sedangkan pemimpin penuh tamak haloba.
Wahai bangsa Melayuku
sesuap nasi kau cari untuk membayar
pemimpinmu berpoya-poya....
Bangkitlah wahai Bangsa Melayuku
Kita lawan kita tentangsegala
pembobrokan demi anak cucu
Lawan..... tetap.....lawan......
"Yang Benar Jangan Dipertikaikan,
Yang Salah Jangan Diselindungkan"
KAPAK TUNJAI: PERGHHHHH GST...BAYAR JET BARU...
KAPAK TUNJAI: PERGHHHHH GST...BAYAR JET BARU...: Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan cukai membebankan kerajaan dibawah pimpinan Dato Seri Najib bermewah membeli ...
Monday, March 16, 2015
PERGHHHHH GST...BAYAR JET BARU...
Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan cukai membebankan kerajaan dibawah pimpinan Dato Seri Najib bermewah membeli sebuah jet peribadi baru.
Sehingga November 2013 KerajaanMalaysia sudah mempunyai sekurang kurangnya 6 biji jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Busines Jet.
Yang paling mendukacitakan perolehan jet peribadi iti di anugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.
Rakyat harus diberitahu apakah keperluan pembelian itu dikala rakyat makin tertindas dengan kesempitan, dalam masa yang sama kerajaan cuba bermewah dan menjadikan rakyat yangmembayar cukai sebagai mangsa

Subscribe to:
Posts (Atom)