Wednesday, October 10, 2012

Parlimen Temerloh Pakatan Rakyat berebut kerusi PAS/PKR

Pas menaruh harapan untuk melobi kerusi Parlimen Temerloh walau mereka tahu kerusi tersebut memang untuk PKR. dan memang menjadi status quo dalam perbincangan Pimpinan Pakatan Rakyat.
Pas jangan terlalu angkuh dan sombong untuk menguasai kerusi yang telah diperuntukan sehingga kurang memberi kerjasama dengan keADILan. Rakyat mahukan kemenangan Pakatan Rakyat bukan Kemenangan PAS seorangan. Rakyat mahu setiap ahli Pakatan Rakyat memberi kerjasama dan komitmen yang jitu untuk memenangkan pakatan Rakyat seterusnya menawan Putra Jaya.

Walau bagaimanapun diakhirnya nanti kita tidak kisah parti kompanen mana dalam Pakatan Rakyat yang akan dicalonkan rakyat pasti akan menyokong. Tapi sebelum Parlimen dibubarkan biarlah semua dalam Pakatan Rakyat dapat bergerak bersama membuat penerangan kepada seluruh pengundi di dalam Parlimen Temerloh. Apa yang berlaku sekarang seolah PAS selalu meninggalkan PKR dalam prgram-program yang dianjurkan PAS. Ingatlah Rakyat menilai semuanya itu, jangan sampai syok sendiri tetapi kosong. Jangan kita bangga dengan kekuatan tapi ingatlah pengundi diatas pagar itulah yang perlu kita dekati. Rakyat inginkan perubahan tetapi kalau perangai pemimpin yang jelek tak mustahil kemenangan Pakatan Rakyat pasti sukar.