Tuesday, April 29, 2014

"Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yg kita minta"

Sahabat ku Menulis...

Teringat kata-kata Raff'z Ahmad yg berbunyi : Kebiasaannya kalau jumpa org alim dan para solihin,kita hanya bercakap perihal berkat mereka..

Ya bukan.?

Geng & Rakan sekalian percayalah pada mereka ada lg yg lebih berharga,minta la benda tersebut..



1. Ilmu
2. Nasihat / Kata Hikmah
3. Amalan Bekalan Taqwa
4. Rasa Insaf dan tawakal

Inilah beliau Ulama’ Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki, Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Makkah sejak British jejak tanah melayu sehingga sekarang .. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu dgn Masyeikh Makkah yang terkenal antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki
-Syeikh Hassan Masyath..Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah adalah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama ‘Hj Tayyib Roti’ kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun..Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yg meminta nasihat. . Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau.

Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal.. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran .. Oleh sebab itu setengah orang
kampung tidak menyukai beliau tapi sangat disukai,dihormati dan terkenal di Makkah..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah HabibUmar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki & ramai lg ulama muktabbar yg lain datang utk mereka membuat rujukan serta bertukar pendapat..

Sahabatku Semua.. Ulama Solihin ini telah lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. Selagi masih ada peluang .. selagi masih ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi beliau .. peluklah beliau seerat eratnya ..Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan
kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..

Kali pertama bertemu dgn ulama ini,mmg benarlah kata org beliau seorang yg sentiasa menegakkan kebenaran serta tidak putus di bibirnya mengajak sesiapa shj yg menziarahinya utk betapa pentingnya mengenal Allah dan Nabi Muhammad dgn sebenarnya dan beliau sgt menekankan cara beriman dgn betul sekaligus selamat bila diamalkan setiap org mukmin yg akn menyerahkan amanah Allah bila tiba masa nya nanti spt beriman kpd Allah & beriman kpd Muhammad,langkah selamat ke syurga,amalan yg menyelamatkan org mukmin ketika dlm kubur,dan byk lg,yg pasti hakikat beriman kpd Al-Quran & As-Sunnah menjadi amalan..

Disini ada beberapa nasihat & amalan yg beliau kongsikan kpd sy yg sempat sy kongsikan kpd semua sahabat,semoga bermanfaat utk kita dunia akhirat,inshaallah..

Barang siapa yg amal Zatul Nur Haq iaitu 'Subhanallah - Alhamdullilah - Allahuakhbar' yang mana tiap-tiap satunya sebanyak 33x mcm biasa kita duk buat kan tapi wajib sunnah selepas ni mesti diperkemaskan
dgn tambahan ayat "Lailahailallah al malikul haqqul mubin muhammadurrasullulah sodikul wa'dil amin" 100x
Allah Taala janji brg siapa amalkan ini,masa kita duduk dlm kubur Allah Taala buka Pintu Syurga terus dipancar ke dlm kubur sampai kita terasa mcm duk dlm Istana Raja lalu Allah Azza Wajalla kirimkan teman bidadari dari syurga & menyuruh Malaikat supaya hamparkan makanan minuman sebagai hidangan kita di dlm kubur,mesti diingat perkara yg kita takutkan selain disoaljawab MungkarNakir adalah kelaparan lg
kehausan baik sama ada org mukmin atau tidak,keduanya tetap merasai seandainya tertinggal amalan ini ketika hidup di dunia akan tawaran Allah ini,Mashaallah Allah Itu Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

(Diambil dari Hadith Saidina Ali terus dari
Rasullulah SAW & Hadith Tarmizi)

(Perihal Perkara Tentang Solat Wajib & Solat Sunat)

Tegas kata-kata beliau : Kena fhm molek yg Solat wajib 5 waktu tu amanah wajib beriman kpd Haq Allah,amanah solat beriman kita dgn Haq Nabi Muhammad nak letak tang mana?! Padahal Rukun Iman tiap-tiap perkara rukun WAJIB kena buat! Dalil Hadith Nabi ada mengatakan "soluu kamaroitu mursolli"
Nih bila amal ikut mcm sunat wudhu,ramai org percaya yg depa duk 'sebut' solat sunat tu buat tak pa kalo tak buat pun tak pa,padahal tiap-tiap amal sebenar menunjukan ianya adlh WAJIB!! Kita hari ni tidak,kita kata SUNAT,kena faham betul dan teliti benda ni bkn ikutan kepercayaan semata-mata yg depa duk
percaya tu,SUNAT ini IKTIBAR dlm menunaikan HAK kita dengan Allah Taala tapi sekarang ni kita dlm memahami keutamaan HAK Nabi Muhammad ni??

Ini bukan SUNAT!Ini nama dia SUNNAH!! Ingat tiap-tiap Sunnah Nabi barang siapa tak ikut jahanam ugama!sebab apa? Sebab Nabi ni harapkan Allah Taala sebenar-benar tiada kita lebih dr Baginda,makna kita mesti ikut beriman utk dia dan sama mcm dia,makna barang siapa tak buat serupa HAK NABI jadi serupa dia macam tak buat HAK Allah Taala,berat tuh,jadi hari ni sy sudah perjelas..

Para Sahabat serta orang dulu percaya-percaya sungguh! Kalo buat ikut taat betul! Orang lani mulut jaa kata percaya Nabi Muhammad!tapi tak ikut betul!depa ingat depa faham dah cara sebenar akan perkhabaran ikutan Nabi tapi sebenarnya depa sangat rugi atas apa yg depa percaya tu,sikit saja,kena perbetulkan balik iktikad iman kita tu..nyatakan yg sebenarnya bagaimana dan dimana mau letak Haq beriman kita kpd yg perintah beriman dan yg menyuruh beriman!

Hanya kerana disebabkan pemahaman salah kita pasal ni habis rosak dunia hari ni,rosak dunia islam..Semuanya sb apa?sb nya utamakan gi hafal ABC,sanggup tinggalkan Islam,sanggup kamu semua tinggalkan ALIF BA TA?!ketika kamu menafikan apa yg sy ckp ni,secara sedar atau tidak kamu semua telah
melakukannya dgn keutamaan kpd ABC sekaligus meninggalkan huruf Al-Quran serta keharusan As-
Sunnah,sebenarnya awal asas pendidikan ini lah yg plg penting sekali bila seorang bayi yg dilahirkan dari ibubapa islam harus utama diajar kepada sang zuriat mereka kerana drpd ALIF sampai YAA itu adlh dari 'Nur-Haq' Al-Quran!
Barulah anak-anak & keturunan para manusia islam ini kenal serta tidak alpa dan main-main akan akuan beriman kepada Allah SWT,Nabi Muhammad & Agama Islam..Sekali gus mereka tidak akan sesat,punah dan rosak macam sekarang ni..

Sekarang depa kena tanggung di atas apa yg ibubapa datuk moyang depa sendiri ingkar utk lakukan,tengok keturunan depa skrg,masing-masing saling mengejar,berlumba,tak tahu apa2 dan lemas dengan kehendak kehidupan depa yg depa sangka itu baik untuk depa..Kasihanlah kat depa,anak2 dan diri kita ni,mau cakap apa nanti depan Allah?!?Semua ni sebab apa??depa duk 'tiun' pada ABC sampai masuk sekolah tinggi sb mau sangat masuk universiti..sebab apa depa buat mcm ni??sb depa ingat baca ABC ni mudah sket
cari duit mudah dapat kerja kerajaan dan manakala itu secara tak langsung depa tolak tepi letak sebelah Allah Taala serta kudrat dan iradat, Allah taala ni seakan depa lupa akan segala ketentuan dan kehendak segala gerak untuk mencapai impian cita depa adalah HAK MILIK ALLAH YG MUTLAK!!!

Tapi depa semua rela lebihkan pengharapan pada MENTERI,lebihkan TUAN PEMILIK tempat kerja,lebihkan DUIT, rela lebihkan ABC sekaligus tinggalkan asas Al-Quran yakni ALIF BA TA,Dengar & Ingat! inilah punca plg utama rosak islam secara total!!

Sy sebak dan hiba melihat keadaan ini kerana ianya adlh bermula dari KERAJAAN kita sendiri yg MENANAM FAHAMAN MENIPU dan 100% berjaya mengikut telunjuk PENJAJAH BRITISH!
Apa depa tipu yg pertama ialah depa ikut cara kafir yg mahu melihat wajah islam kena telanjang tanpa depa org kafir suruh,tipu kedua dia bagi ke Rakyat Islam ilmu org kafir,Tipu yg ketiga kalo tak pandai ABC nak kerja tak payah,Alif Ba Ta depa buat sampai tak da harga utk kerja,Kerajaan org islam kita sendiri hari ini sdg melaksanakannya!!depa jajah org melayu lebih dr penjajah inggeris!

"Huh!bila sy dgr akn kata2 yg beliau lontarkan,terlintas dlm pemahaman benak hati sy,syeikh ni org pas ke?!?maklumlah pe'el org kita bila dgr kritikan hebat terhadap suatu pihak di malaysia ni,tapi oh tidak,sbnrnya tdk sama sekali,beliau jauh malah tdk ada langsung fahaman Politik barat yg secara tak sedar sdg diamalkan oleh Pihak Kerajaan dan Pembangkang,baik umno atau pas dll,sempat sy bertanya umno dan pas parti mana yg betul?"

Beliau jawab dua-dua tak betul,tapi bkn sy ckp semua org2 nya tak betul,ada yg tujuan betul tp hanya utk perkembangan kesatuan islam itu sendiri dan perkembangan ummah islam yg bersifat sementara,yg pasti depa kt dlm tu yg berdiri di atas Haq Allah Muhammad pasti tinggalkan parti depa tu kelak,kerna semua ni bkn kita org islam punya,ini depa org kafir reka utk pecah perintah kan kita org islam,percayalah wahai sahabat semua hati serta pemikiran beliau berada jauh di sudut jarang2 org melayu islam kita kt malaysia ni ada,tak percaya?lg indah kalo anda semua jumpa sendiri
Sempat lg sy bercanda dgn beliau kalo semua tk betul yg mana nanti betul?!tegas beliau,yg beriman kpd Allah & Muhammad secara Mutlak dan di benderanya ada tertulis kalimah 'Laa illa ha illallah Muhammadur rasullullah'!
Tegas beliau,bkn sy kata bkn sy reka cerita nih tapi Nabi Muhammad Rasullullah yg kata! Mashaallah!

Mari kita ketahui,perjelaskan,iktiraf,iktikad,berikrar serta beriman kpd Allah & Nabi Muhammad dgn amalan harian..

Ini bkn apa untuk perkara plg berat bg org mukmin utk beriman supaya sentiasa tdk putus dlm isytiqomah :

HARI JUMAAT - YA ALLAH 1000x
HARI SABTU - LA ILA HA ILLALLAH 1000x
HARI AHAD - YA HAYYUM YA QOYYUM 1000x
HARI ISNIN - LA HAW LAWALA QUWWATA'ILA BILLAH 1000x
HARI SELASA - Selawat NABI 1000x
HARI RABU - ASTAUGHFIRULLAHAL'AZIM 1000x
HARI KHAMIS - SUBHANAROBBIYAL ALA WABIHAMDI 1000x

"Akhir kata pertemuan kami,beliau menyuruh sy rapatkan pendengaran lalu dengan suara perlahan beliau
mengukapkan nasihat seakan memahami isi kehidupan yg sy sdg alami"

Pesan Beliau -

"Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yg kita
minta,kadang2 Allag tak bagi sb Allah tahu
kita tak layak dgn apa yg kita minta tapi
percayalah bukan Allah tak bagi terus,Allah
akan ganti dgn yg sesuai sementara Allah
akan bagi juga apa yg kita minta itu bila tiba
waktu ketika kita mampu memikulnya nanti,
kadang2 juga Allah tak bagi sb Allah teringin
(rindu) nak dengar suara rintihan awk
merayu kat Dia,kadang2 Allah tak bagi sb
Allah takut kita lupa diri akan tetapi pesan
tokwan teruskanlah meminta sb kita
HAMBA - NYA"

Dari Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru
Ust. Hj Toyyib Al-Makki

Kepada Teh Muhammad NazrulHisham Hj.Esmail & Para Saudara Teman Bersama..

Saturday, April 19, 2014

Antara MASA DEPAN BESAMA, REFORMASI TULEN DENGAN KEADILAN RAYA!!!!

Punyala ramai calon MPP tapi sorang pun tak turun Cabang.... memang hebat, memang hebat depa ni nak tumpu Selangor aje. Betul tu sebab kepada mereka Selangor paling ramai anggota. Negeri lain kiranya bonus je kat dia orang.Aku tak faham la apa jenis politi mereka ini, pengaruh mahu hanya di Selangor aje. Mungkin masa depan karier politik mereka terletak atas ehsan orang Selangor aje ke.Bagi aku jangan haraplah untuk mendapat undi umpama pepatah tak kenal maka tak cinta. Jika kita dah cinta dan sayang sentiasa kita bercerita tentangnya dan jajanya untuk meletaknya ditempat tinggi...jesteru jika tidak kenal dan cinta jangan la harap kan undi dari saya!!!!


Mereka ini hanya mengharapkan jawatan yang boleh dikategorikan gila jawatan...
Dan tidak dinafikan purata calon mpp datangnya dari Selangor...maklumlah negeri kaya dengan segala kazanah dan negeri taklukan dan jajahan Pakatan Rakyat. Maka disini berlumba-lumbalah menunjukan kehebatan kononya merekalah juara rakyat… tanyalah mereka itu berapa orang yang tahu berapa banyak cabang diseluruh Negara, ingatkah dan tahukah mereka siapa ketua cabang, berapa cabang yang aktif dan berapa cabang kelayuan menuntut simpati. Simboliknya dimana pokoknya besar di situ banyak yang bertaut pada cabang cabang. Tak terfikirkah untuk besarkan pokok, kuatkan cabang dan dahan serta ranting di tempat lain pulak, Ramai lagi yang boleh bernaung dibawah pohon yang rimbun yang mempunyai dahan yang kuat dengan syarat biar bajanya datang dari Selangor.

Betul tu tempat lain perlu baja.. Di Selangor pokok dah terlalu rimbun. Bila dah terlalu rimbun dan tidak terjaga maka banyaklah nyamuk dan serangga perosak. Dari segi Teknikal bila ini berlaku pohon atau pokok tersebut kena buat pemangkasan untuk menjadikan ia lebih sihat dan subur.

Ramai orang berkata baja yang banyak di Selangor tu asalnya dari negeri lain. Cuba tanya dahan, ranting dan buah yang tumbuh, dari mana asal mereka?...pelik juga ye!!! Tak peliklah jika kita tahu asasnya.
Betul la orang tua tua dahulu cakap mereka yang tinggal kota metropolitan kerjanya nak ambik peluang aje tak kira cara elok ke atau sebaliknya.. Serupa juga dalam politik... Yang penting kira boleh masuk aje... Jerit perit, pahit maung pejuang yang dikampung dipandang sepi... Orang kg sanggup bergadai lembu kambing, siang menoreh esoknya pergi demonstrasi...sapa yang menikmati kemanisannya... Memang bangsatlah pimpinan macam tu tak payah lagi lah.. ini ke yang diharap untuk melindungi pokok, cabang dan ranting yang semakin layu dan kering kontang menahan untuk hidup...marilah sahabat kita bina MASA DEPAN BERSAMA ubah sekarang untuk membina sebuah Parti yang benar-benar membela rakyat.