Tuesday, December 22, 2015

Yuran Persekolah 2016 makin membebankan - Sekolah tidak menyokong hasrat Kementerian Pendidikan

Dalam suasana kesempitan kini rakyat dibebankan lagi dengan peningkatan yuran persekolahan yang ditetapkan oleh Pihak PIBG . Walaupun yuran tersebut tidak diwajibkan oleh kementerian yang mana sekian lama telah dimansuhkan tetapi masih banyak lagi sekolah-sekolah dan PIBG sekarang ini menaikan bayaran -bayaran.

Pihak sekolah dan PIBG ini seolah tidak menyokong hasrat kementerian dan Kerajaan bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terhimpit dengan GST serta peningkatan harga barangan. Rata-rata Ibu-bapa dikawasan pendalaman dan kampung menyara kehidupan dengan berkebun dan bertani.

Dengan hasil yang sedikit disebabkan kejatuhan harga komiditi getah dan kelapa sawit sesi persekolahan kali ini pasti mencenkam kehidupan mereka.

Hal ini harus difikir bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi meringankan bebanan ibu bapa bukan hanya suka menetapkan bayaran yuran sahaja. Guru-guru pula dilihat mempergunakan PIBG bagi kemudahan mereka tampa mahu berkorban sedikitpun terhadap murid-murid dan sekolah mereka.

PIBG sepatutnya membantu Ibu bapa dan Guru bukan membebankan. Perbagai cara bagi mencari dana membantu PIBG dan sekolah seperti mengadakan Jamuan Kutipan Dana atau jualan jualan amal dan juga perbagai cara lain menjana pendapatan. Bukan hanya terhad dengan cara kutipan yuran sahaja.

Diharap persatuan PIBG dan guru-guru sepatutnya lebih inisiatif bagi menceriakan dan meningkatkan pembelajaran murid-murid selaras dengan hasrat kerajaan yang tidak mahu membebankan ibu bapa dengan perbagai yuran persekolahan.


Thursday, March 19, 2015

1MDB DAN SIRUL BOLEH JATUHKAN NAJIB

Wartawan veteren Datuk A Kadir Jasin menamakan isu 1MDB serta Sirul Azhar Umar yang berjaya melarikan diri ke Australia sebagai perkara-pekara yang boleh menekan Perdana Menteri untuk mengundurkan diri. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dijatuhkan melainkan ditekan dengan isu kontroversi yang melibatkannya dengan pengurusan wang negara dan isu peribadi, kata wartawan veteren Datuk A Kadir Jasin.

Isu terbabit adalah 1 Malaysian Development Berhad, Pembagunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan bekas anggota UTK Sirul Azhar Umar MELOLOS diri ke Australia.

Beliau yakin jika Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta mereka yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Najib tidak akan berubah dan mengundur diri. Hanya dengan paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu diatas sahaja yang mampu menggugat Najib, katanya dalam tulisan di blog The Scribe A Kadir Jasin.

beliau berkata sebagai mengulas dan respon terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang di Dewan Rakyat yang hanya menegur pentadbiran Najib supaya menangguh dan memansuhkan  GST.

Wednesday, March 18, 2015

ANGIN KENCANG - MAHATHIR GUNA TENGKU RAZALIEGH

Selepas kritikan keras terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibuang dari group whatsapp Tun Mahathir masih lagi mencari jalan melemahkan kerajaan pimpinan Najib.


Terbaru beliau dikatakan telah berkrompomi bagi menyatakan sokongan kepada Tengku Razaliegh Hamzah yang mana telah mengedar surat berkenaan rasa kebimbangan terhadap isu ekonomi yang begitu kritikal dan sedang melanda negara kita sekarangini.

(surat)http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-ahli-parlimen-tengku-razaleigh-hamzah

Tapi mampukah Tun merealisasikannya dan apakah Tengku Razaliegh mampu mempengaruhi keseluruhan MP termasuk MP pembakang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak.

Jika hasrat ini berjaya dilakukan dalam masa terdekat (persidangan Parlimen) apakah kita bakal melihat episod baru dalam politik tanah air. Mampukah Najib menangkisnya dan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Najib...Muhyiddin ke atau Tengku Razaliegh.

Tuesday, March 17, 2015

JEMUAN JEMUAN -TUN MAHATHIR DITENDANG

TUN Mahathir telah ditendang keluar dari whatsapp group UMNO selepas kata kata Najib kepada wakil wakil UMNO Kedah tempoh hari.. Ini adalah kerana kritikan kritikan pedas Tun kepada 1MDB dan kepimipinan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau, yang juga Presiden UMNO, berkata UMNO berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya 'jemuan-jemuan' (berperangai buruk) ini tiada dalam parti

"Jemuan ini lebih teruk daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka inilah yang mengadu dombakan antara sesama kita, sehinggakan perselisihan kita diperbesar-besarkan, sehingga menggugat perpaduan parti.

"Ketepikan benda bendaini, jika tidak ada jemuan-jemuan ini sudah pasti Barisan Nasional dan UMNO akan menang," katanya pada ucapan perasmian konvensyen.

LAYU BANGSAKU MELAYU.....

Bangsaku Melayu.....Kenapa kau layu,
Dulu kau gagah melawan Penjajah
tapi kini kau pasrah dengan rasuah

Bangsaku Melayu ingatlah bahawa
kau bukannya robot yang boleh
diarah tapi kau harus lunturkan
segala saki baki penjajah dengan gah..

Bangsaku Melayu kau tahukah
Bangsaku Melayu tidak akan mengkhianatimu
tapi kini bangsaku Melayu.....

Menghimpit dan mencengkam mu....

Menggadai tanah dan maruah mu....

Mencuri harta warisan mu...

Bangsaku Melayu lemah terkulai layu...

Bangkitlah Bangsaku Melayu...
Bangsaku Melayu bukan boleh digula-gulakan
sehelai pelikat dan batik bukan lagi nilaian.

Bukalah mata wahai bangsaku Melayu
Ramai Bangsaku Melayu sengsara dikala
pemimpin Bangsaku Melayu mewah bermaharajalela.

Bangsaku Melayu, kau bersengkang mata
menahan derita
sedangkan pemimpin penuh tamak haloba.

Wahai bangsa Melayuku
sesuap nasi kau cari untuk membayar
pemimpinmu berpoya-poya....

Bangkitlah wahai Bangsa Melayuku
Kita lawan kita tentangsegala
pembobrokan demi anak cucu

Lawan..... tetap.....lawan......
"Yang Benar Jangan Dipertikaikan,
Yang Salah Jangan Diselindungkan"


KAPAK TUNJAI: PERGHHHHH GST...BAYAR JET BARU...

KAPAK TUNJAI: PERGHHHHH GST...BAYAR JET BARU...: Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan cukai membebankan kerajaan dibawah pimpinan Dato Seri Najib bermewah membeli ...

Monday, March 16, 2015

PERGHHHHH GST...BAYAR JET BARU...

Dalam suasana rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang dan cukai membebankan kerajaan dibawah pimpinan Dato Seri Najib bermewah membeli sebuah jet peribadi baru.

Sehingga November 2013 KerajaanMalaysia sudah mempunyai sekurang kurangnya 6 biji jet peribadi termasuklah sebuah Boeing Busines Jet.






Yang paling mendukacitakan perolehan jet peribadi iti di anugerahkan secara rundingan terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd yang turut mengendalikan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319.

Rakyat harus diberitahu apakah keperluan pembelian itu dikala rakyat makin tertindas dengan kesempitan, dalam masa yang sama kerajaan cuba bermewah dan menjadikan rakyat yangmembayar cukai sebagai mangsa


Sunday, March 15, 2015

Dr. Mahathir Perlu Jelaskan Dahulu Tuduhan Korupsi Terhadap Beliau Sebelum Hendak Serang Datuk Seri Najib Isu 1MDB!!!

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah mengisytiharkan perseturuannya dengan Kerajaan Malaysia di dalam blog beliau, chedet.cc, dengan pelbagai serangan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri Najib Razak. Beliau telah mengeluarkan 29 hujah dalam posting terbaru beliau. 

Walaupun beliau merasakan beliau tidak salah untuk mengemukakan banyak soalan berdasarkan kepada apa yang orag ramai sifatkan sebagai rundingan kabur oleh 1MDB dan Najib, mungkin juga inilah masanya untuk beliau menjawap semua pertuduhan korupsi terhadap dirinya sendiri. 

Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - George Soros - yang telah menggariskan satu senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012. 

Soros telah memberikan pandangannya tentang Dr M dengan sejelas-jelasnya. “3 orang anak kamu bernilai hampir 8 billion Dolar Amerika. Dari mana mereka dapat wang sebanyak ini? Sudah tentu melalui korupsi.” “Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia, hanya memperkayakan diri kamu sendiri dengan berbillion-billion kekayaan.”

 "Anda mempunyai kebodohan yang lebih daripada kebanyakan orang akan percaya. Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina Menara Berkembar Petronas, bangunan yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.” “Bagaimana pula dengan tambakan laut di 10 buah pulau di Kedah? Sangat mengarut dan bodoh. Sudah tentu, keuntungan kamu adalah 20%.” “Dan jambatan merentasi Melaka ke Sumatra yang menyeberangi perairan antarabangsa? Mengapa tidak bina jambatan ke bulan? Saya yakin kamu tetap akan dapat 20% milik kamu itu.” “Kamu panggil saya dungu. 

Bagaimana seorang dungu boleh membuat begitu banyak duit? Dengan membenarkan jualan-singkat dan pinjaman jutaan saham daripada bank-bank kamu, kami pengurus dana membuat jutaan duit hasil daripada ketiadaan pengalaman kamu dan juga peraturan yang lemah.” “Kamu telah kehilangan semua wang milik Malaysia, oleh itu kamulah sebenarnya dungu.” Dan kemudiannya muncul pula Barry Wain, Bekas editor Asian Wall Street Journal dan Penulis Residen di Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura. Jurnalis Australia, yang telah tinggal di Asia selama 40 tahun itu, menulis di dalam bukunya Malaysian Maverik : 

Mahathir Mohamad in Turbulent Times pada tahun 2009 menyatakan bahawa Dr M telah membazirkan RM 100 billion semasa tempoh beliau menjadi Perdana Menteri. Barry Wain menulis sebahagian besar penipuan, melibatkan cubaan Kerajaan untuk memanipulasi harga timah dunia dan perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran matawang global, yang berlaku pada 1980-an. Barry Wain juga menulis Dr M menggunakan dana rahsia UMNO untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah konglomerat dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi. 

Semua ini merupakan tuduhan yang serius dan perlu dijawap oleh Dr M, yang sehingga kini hanya sekadar menepis tuduhan ini dengan penafian kosong. Memandangkan beliau menjangkakan pentadbiran sekarang ini untuk membersihkan semua tuduhan dengan memberikan jawapan terperinci akan apa yang berlaku kepada 1MDB, adakah Dr M juga bersedia untuk melakukan perkara yang sama terhadap semua pertuduhan terhadapnya yang masih belum diperjelaskan.

PANASSSS....Mursidul PAS dilantik melalui SMS

Betul ke Dato Harun Din diangkat sebagai Mursidul Am melalui SMS...???. Dan kenapa Timbalan SU (Dato Takiyuddin) sahaja yang mengumumkan tampa Presiden dan SU Agong.


                  Bukankah Mursidul AM adalah jawatan yang tertinggi dalam hairaki parti PAS. Satu lagi persoalan kenapa Hj Hadi tidak dilantik sebagai Mursidul Am mengetuai Majlis Sura Ulamak PAS sedangkan beliau merupakan Timbalan Ketua Ulamak Sedunia.


RK... sokong Hj Hadi sebagai Mursidul Am PAS

Friday, March 13, 2015

KASIK BONGKAR!! ISTERI HISHAMUDDIN KAKI SELERA TINGGI JUGA RUPANYA...



Bergaya dengan tas tangan berjenama Hermes dan kot bulu binatang yang berharga puluhan ribu ringgit jika bercuti keluar negara. Dalam negara akan tunjuk sopan dan baik serta low profile .. hakikatnya jenis memiliki cita rasa tinggi akan barang-barang aksesori jenama terkenal dan hidup dalam kemewahan. Ini baru dapat dikesan .. akan terus bongkar dari masa kesemasa gaya hidup seorang isteri yang suaminya sudah pasang angan-angan nak ambil alih jawatan PM dari sepupunya sendiri...

Rupa-rupanya isteri Hishamuddin ni bukan tergolong sebagai isteri yang anti kemewahan tapi sebaliknya pengemar barang2 mewah berjenama...isk..isk..isk...