Wednesday, March 27, 2013

KAPAK TUNJAI: PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR

KAPAK TUNJAI: PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR: Pakatan Rakyat Pahang optimis mencapai  kemenangan kepada calonnya yang bertanding dan kemenangan mudah dirasakan iaitu 23 kerusi daripada...

PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR


Pakatan Rakyat Pahang optimis mencapai  kemenangan kepada calonnya yang bertanding dan kemenangan mudah dirasakan iaitu 23 kerusi daripada 44 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Gerak kerja telah lama dilakukan dan mereka sudah bersedia menghadapi bila-bila masa sahaja untuk pembubaran DUN dan Parlimen. Dengan Kesepakatan yang ada dalam Pakatan Rakyat Negeri Pahang, akan memberi kesan yang positif dan begitu amat menakutkan Jentera UMNO Barisan Nasional sehinggakan Perdana Menteri Kerajaan Barisan Nasional sampai kehari ini gagal dan tidak mampu menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi mengistiharkan Pilihanraya ke 13.

Dengan Kemenangan itu Pakatan Rakyat khususnya PAS Pahang bersetuju dan memberi laluan dan sokongan penuh menjadikan calon dari PKR sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Pahang. Mereka PAS telah menyatakan sokongan dalam pertemuan wakil PAS dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Dalam pertemuan itu pihak PAS menyatakan bahawa calon PKR yang dikenal pasti merupakan calon yang sesuai dan menepati Aturan Penubuhan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Menteri Besar. Selain daripada menyatakan komitmen,rombongan  pertemuan itu bertujuan  mengharapkan dan meminta penambahan kerusi untuk Parlimen bagi calon-calon PAS yang masih tiada tempat dengan merasakan mereka mempunyai jentera yang cukup dan kekuatan dalam merampas kerusi UMNO Barisan Nasional.

Berkenaan pembahagian kerusi setakat ini Majlis Presiden masih lagi memegang kepada persetujuan yang sama iaitu status quo seperti PRU 2008. Walaubagaimanapun masih ada perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan diselesaikan dan mungkin ada sedikit rombakan di negeri-negeri selain dari Pahang. Dalam pada itu Dato Seri  Anwar menyerahkan keputusan permintaan kerusi kepada empunya diri samada dari PKR mahupun dari PAS.  PKR Pahang amat berterimakasih kepada semangat setiakawan PAS kerana kerjasama yang erat ini dan akan  memastikan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan walaupun PAS mempunyai peluang bertanding yang lebih dalam DUN mahupun diperingkat Parlimen daripada PKR ataupun DAP.

Blogger merasakan pilihanraya kali ini bukanlah menunjukan kekuatan sesuatu parti politik tetapi lebih kepada keinginan rakyat untuk berubah dan tidak mahu kepada parti–parti politik yang begitu Ekstrim dalam perjuangannya sepertimana mereka (rakyat) menolak UMNO yang begitu kuat dan sinonim dengan kebangsaannya. Dalam mencari kemenangan parti politik kena mengambil pandangan bahawa Malaysia mempunyai perbagai bangsa dan Agama dan Parti politik kena peka dengan perasaan mereka  (rakyat)jika inginkan kemenangan jitu. Adalah tidak adil bagi parti yang baru berbanding parti yang kita tahu sudah lama usianya untuk beradu kekuatan.