Tuesday, June 14, 2016

PRK Sg Besar Dan Kuala Kangsar Perbegantungan Hayat DS Najib Razak

Hayat DS Najib di Sebalik PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar..

Umno BN ( Najib Razak) memerlukan 2/3 kerusi parlimen bagi meneruskan kekuasaan beliau..Beliau sanggup melakukan apa saja bagi mencapai hasrat tersebut. Mengumpan PAS untuk bersama dan PAS juga mempunyai impian yang sama untuk duduk sama empuk di tampuk pemerintahan.

Private bill RUU 355 disogok sebagai imbuhan bagi PAS gunakan sebagai bahan kempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai swicth mengerakan agenda beliau dan Barisan Nasional. Dengan mengaburi mata rakyat dan pengundi di kedua dua parlimen tersebut dengan menggunakan PAS adalah jalan mudah bagi BN terus berkuasa. PAs yang mesra Umno BN bukanlah bertanding untuk mencari kemenangan tetapi hanyalah bertujuan memecahkan undi. Mereka yakni PAS lebih rela membiarkan Umno BN menang dari melihat Pakatan Harapan menang dan jika PAS menang maka umno BN juga akan menang kerana mereka kepentingan kerjasama secara diam.

Apakah akan berlaku jika PAS menang atau Umno Bn menang?. Ini akan memberi Najib Razak jangka hayat yang panjang untuk terus berkuasa. Dengan jumlah kerusi

BN 132
PA$/PIS 14
Bebas (TSKI) 1
*Jumlah 147 (kurang 1 kerusi utk mbntuk mjriti 2/3 iaitu BN + PA$ + Bebas)*
PH 73
*Jumah 220*

Jadi 2 kekosongan ini amat perlu bagi Umno BN (Najib Razak). Kemenangn Kepada BN/PA$ dlm dua PRK amat merbahaya kepada Negara dan rakyat khususnya dengan memberi ruang yang luas bagi kekal berkuasa.

Dengan Kemenangan ini Umno BN/ Pas membolehkan mereka menggubal beberapa akta bagi menekan rakyat demi survival politik mereka. Dan agenda mereka bukan setakat itu sahaja tetapi kerakusan mereka membuka laluan untuk persempadanan semula serta penambahan kerusi Parlimen yang pasti dipersetujui oleh PAS dan menyebabkan agenda perubahan yang diinginkan oleh Pakatan Harapan akan terus berkubur bersama impian rakyat.

Jadi pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar harus bijak dan jangan biarkan rakyat terus ditindas dan bersekongkol dengan Umno BN/PAS.

1 undi untuk BN/PAS = rakyat akan terus ditindas

1 undi untuk Amanah (PH) = Kebajikan dan Keadilan untuk rakyat

JANGAN MEMBERI HAYAT KEPADA UMNO BN (DS NAJIB)


#Demi Rakyat
#Admin kaoaktunjai.blogspot.com

Monday, June 13, 2016

Kenapa DS Najib Razak Perlu Dijatuhkan?

Kenapa Najib Razak Perlu Dijatuhkan?

Perbagai pihak merasakan pemerintah sekarang telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat. Parti politik pro pembakang, ngos, penjawat awam, anak muda, petani dan nelayan, peniaga peniaga, pekerja swasta serta mereka mereka yang bekerja sendiri.

Kesan dari urustadbir yang lemah menyebabkan banyak perkara yang dinyakini boleh menyebabkan terhakis kenyakinan rakyat terhadap pemerintah yang dipimpin oleh Ds Najib Razak. Perbagai isu yang ternyata makin nazak jika tidak dibendung sekarang...

1. ketirisan perbendaharan Negara.

2. Rasuah yang berluasa dari peringkat pemimpin ke Jabatan Jabatan yang melibatkan kakitangan kerajaan.

3.Penyalahgunaan kuasa dalam penguatkuasa undang undang.

4. Kemelesitan ekonomi yang disebabkan tiada intergriti dalam pentadbiran.

5. Tekanan dan bebanan terhadap rakyat dengan perbagai cukai.

6. Isu derma 2.6 billion yang tidak munasabah.

7. 1MDB yang gagal ditangani dengan baik.

8. Penjawat awan ditekan dan diberhentikan dengan rakus sekali.

9. Ahli politik yang berlainan haluan ditangkap dan dipenjarakan

10. Akta baru MKN diluluskan dengan membelakangi Majlis Raja Raja bagi mengekalkan kekuasaan.

Senarai diatas bukan setakat itu saja tetapi banyak lagi kegagalan yang menjadi belengu kepada sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Rakyat menagih keperihatinan pemimpin yang diangkat untuk membela rakyat tetapi pemimpin mengkhianati amanah dan kekuasaan yang diberikan.

Ds Najib harus dipertanggungjawabkan dan perlu meletakkan jawatan dan juga parti pimpinan beliau. Kenapa beliau bukan ke untuk menjatuhkan beliau kita kena perlu menjatuhkan Umno Barisan Nasional dengan cara menewaskan dalam PRU akan datang kata sesetengah pihak.

Rasional perlunya Najib ditekan bagi meletakan Jawatan adalah kita tidak mahu lagi kerosakan yang dilakukan beliau cukuplah setakat ini. Dalam keadaan sekarang pun Malaysia dalam keadaan nazak dengan keadaan indek rasuah lebih teruk berbanding dengan negara jiran terdekat. Kotoran ini perlu dicuci semula dan segalanya yang diambil harus dipulangkan semula. Dan perlu diberi mandat kepada parlimen bagi memilih calon PM yang baru sebagai "caretaker government" sehingga parlimen dibubar

Jadi kuasa rakyatlah yang perlu digembling bagi menyatakan dan mendesak pengunduran DS Najib. Ini merupakan message dari rakyat bahawa pemimpin negara tidak boleh membuat sesuka hati mereka. Jika kita gagal dlam misi ini nescaya percayalah episod lama pasti berlaku dan ketidak adilan serta kezaliman itu pasti berlaku walau parti mana pun mengambil alih tampuk pemerintahan. Dan adakah pemimpin baru mahu menyambung pemerintahan dengan perbendaharan yang parah dan nazak?. Jadi bijaklah menilai keadaan ini.

Dalam situasi lain menumpaskan kerajaan dalam pilihan raya. Dalam masa yang sama momentum harus dikekalkan tetapi keutamaan harus dilihat diatas batang tubuh DS Najib sendiri yang sekarang dilihat menguatkan kekuasaan dengan perbagai cara yang mungkin tidak mampu dikalahkan dalam piliharaya dan Umno Barisan Nasional itu sendiri. Dengan Akta akta terbaru serta persempadan semula yang bakal dicadangkan bagi menyekat kemaraan parti parti pembangkang terutamanya PH untuk bersaing dalam PRU yang sihat.

Kenapa perlu tunggu dalam masa mempunyai peluang dan ruang. Kenapa perlu menunggu jika laluan pilihan ada didepan. Kenapa perlu klok klik bermain politik dalam nadi rakyat inginkan perubahan.

#Demi Rakyat
# Admin kapaktunjai.blogspot.com

Friday, June 10, 2016

Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu. Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua. MUNAJAT RAMADHAN… Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim… Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar. Ya Fattahu Ya 'alim… Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah… Ya Allah Rabbul Jalil…. Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah… Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim… Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah….. Ya Allah…. Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah… Ya Allah Ya azizz… Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah. Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim.. Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi… Ya Allah Ya Malikal Mulk… Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim… Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu. Ya Allah…. Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang…. Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram… Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg… Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya… aamiin3 ya rabbal'aalamiin...😇

Wednesday, June 8, 2016

Kenapa perlu Pakatan Harapan di Kuala Kangsar dan Sg Besar

Kenapa Pakatan Harapan Bertanding di PRK Sungai Besar dan Kual... Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah yang pertama sejak 1999 bila parti-parti pembangkang yang besar iaitu Pakatan Harapan dan PAS bertembung. Ramai yang bertanya apa perlunya Pakatan Harapan bertanding? Kenapa tidak dibiarkan sahaja PAS bertanding kerana yang penting Barisan Nasional ditumbangkan dahulu. Ia tidak semudah itu, ikuti penjelasan saya kenapa Pakatan Harapan membuat keputusan untuk bertanding. Mohon sebarkan seluasnya terutamanya kepada sahabat-sahabat yang mengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/1182863751748130/?pnref=story

Sunday, June 5, 2016

Ketua Dipagari Agama dan Jubah


Kehebatan seorang penguasa apabila dia amanah terhadap jawatan dan harta negara yang berada di bawah kawalannya. Itulah perkara yang tidak dapat dibuat oleh rakyat, hanya mampu dibuat oleh yang berkuasa kerana dia memegang tampok kuasa.

Jika mereka tidak amanah, sekalipun memakai pelbagai gelaran agama, ataupun dipagari oleh jubah-jubah agama, mereka tetap pengkhianat.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom).

Namun Nabi s.a.w menyebut:

“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”.

Betapa, seorang mati semasa berjuang bersama Nabi s.a.w tetap Allah hukum kerana telah mengambil harta awam dengan cara yang salah. Itu sehelai selendang, bagaimanakah pula jutaan, bahkan ratusan juta harta awam?!

#Demi Rakyat
#Admin kapaktunjai.blogspot.com

Antara Kefahaman dan Memahami Hudud

Antara Kefahaman dan Memahami Hudud

Usaha menggambarkan negara Islam atau design negara yang mendaulat Islam sebagai negara hudud adalah gambaran yang tidak tepat. Pihak musuh berniat buruk.

Hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam. Hudud adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah.

Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah.

Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya.

Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat.

Firman Allah: (maksudnya): "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj: 41).

Penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum, dan kenegaraan secara khususnya.

Maka dalam negara Islam; keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum.

Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa.

Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat.

Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa. Kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga. Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.


Dizaman Khalifah Umar Abdul aziz, apakah LANGKAH2 yg beliau ambil sehingga TRANSFORM kan negaranya dlm masa 2.5 thn shj sehingga Tiada Jenayah dikalangan Rakyat bahkan binatang juga tiada melakukan jenayah (serigala tidak membaham ternakan)....?

kita kema FIKIR & KAJI mengapa Zaman Khalifah Umar Abd aziz bukan setakat jenayah manusia malahan jenayah binatang dgn binatang pun tidak berlaku dimana SERIGALA TIDAK MEMBAHAM TERNAKAN....
Bahkan TIADA YG LAYAK MENERIMA ZAKAT...

Adakah hanya wujudnya Undang2 HUDUD atau ada FAKTOR/TINDAKAN2 Lain yg MENJURUS kearah SISTEM PEMERINTAHAN zaman Umar abdul Aziz ini... ?


Juga kita kena mengkaji mengapa Negara2 Scandinavian; Jenayah sgt KURANG..

#Demi Rakyat
#Admin kapaktunjai.blogspot.com