Tuesday, November 29, 2011

More than 1,000 march against Assembly Bill

Members of the Bar Council and supporters are marching to Parliament House from the Lake Gardens in Kuala Lumpur, to protest the Peaceful Assembly Bill which is expected to be voted on tonight in the Dewan Rakyat.




The Bar Council has proposed a Peaceful Assembly Act 2011 (“the proposed Act’), which it says takes a significantly different approaches from the Bill drafted by the government.

The government’s Bill approaches the right of peaceful assembly from a very limited and restrictive stand point that does not accord with international norms, the current rapid developments around the world on such fundamental rights, as well as the aspirations of the Malaysian people.

On the other hand, the Bar Council’s draft Bill approaches the matter with an understanding of the urgent need to change the mindset of how such matter has been dealt with by the authorities in the past half a century, and the democratic necessity to fulfill the Rakyat’s growing expectations of greater fundamental liberties in line with international practices and developments.

Monday, November 28, 2011

Rakyat Bos!!! bukan Sivaji The Boss????




Sememangnya pentadbiran sesebuah negara mempunyai tiga tiang utama, penggubal undang-undang (legislative), pelaksana undang-undang dan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary). Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka.

Doktrin pemisahan kuasa atau seperation of powers ini dilihat lebih terlaksana di Ameri Syarikat, walau pun di kebanyakan negara Barat dan negara-negara lain yang matang demokrasi, di mana ketiga-tiga cabang itu dilihat bebas antara satu sama lain, juga turut dilaksanakan.

Di Malaysia, kita mengadaptasikan sistem parlimen ala Westminster yang tidak begitu terpisah tiga anggota pentadbiran tersebut.

Sebagai contoh, seorang Ahli Parlimen yang mencadangkan sesuatu undang-undang juga adalah seorang Menteri (eksekutif) yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan undang- undang tersebut.

Demokrasi terpimpin atau suara rakyat?

Secara idealnya, wakil-wakil rakyat ini harus membawa bersama mereka aspirasi dan keinginan rakyat di dalam dasar penggubalan undang undang baru. Menteri pun seharusnya begitu, apatah lagi seorang Perdana Menteri yang mewakili aspirasi dan keinginan bahagian majoriti dalam sesebuah negara.

Itulah perdebatan sepanjang zaman atau pun retorik golongan politkus konservatif terhadap golongan politikus liberal, bahawa mereka bukanlah pemimpin tetapi hanya pengikut golongan majority. Oleh itu mereka dikatakan tidak layak memimpin masyarakat.

Jika membawa persoalan ini ke dalam konteks Malaysia, itulah persoalannya. Pemimpin yang perlu berfikir untuk kita, atau pun pemimpin harus bertindak mengikut kehendak rakyat?

‘Demokrasi terpimpin’ atau pun ‘suara rakyat’? Leaders know best or people know best?

Tidak dinafikan bahawa mereka yang menyertai arena politik negara terutamanya kelas atasan dalam susun atur struktur parti politik masing-masing adalah golongan yang cerdik pandai. Biasanya mereka lulusan unversiti, golongan profesional, golongan ilmuwan; kesimpulannya, ‘cerdik pandai’.

Ia bukan kebetulan bahawa empat daripada enam Perdana Menteri kita mempunyai latar belakang undang undang, dan juga seorang doktor.

Namun demikian adakah mereka berhak untuk berkata bahawa mereka lebih tahu segala-galanya dari kita? Perlukah kita dengan ‘demokrasi terpimpin’?

Pemimpin lebih bijak dari rakyat?

Perlukah kita dengan sistem para ‘cerdik pandai’ yang kononnya lebih bijak daripada rakyat yang kurang cerdik untuk menentukan arah hidup dan hala tuju masyarakat kita?

Rakyat sudah jemu diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Namun demikian kerajaan pada hari ini masih gagal dalam mendengar hati nurani dan aspirasi rakyat.

Bagi golongan muda, mereka hairan bercampur marah dengan alasan alasan para menteri yang mahu terus mengekalkan undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar, pensyarah dan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Adakah itu kemahuan rakyat, yakni mereka yang berada di dalam kampus dan mereka yang berada di luar kampus menanti orang di dalam kampus yang bakal memimpin rakyat?

Setelah kejayaan besar perhimpunan aman Bersih 2.0, Perdana Menteri berjanji untuk lebih terbuka dan adil. Rakyat menarik nafas lega.

Namun, dalam sekelip mata, amalan lapuk yang anti-kebebasan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, sekali lagi dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Jelas beliau sekali lagi berbohong dengan memperkenalkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang lebih teruk daripada Akta Polis yang selama ini menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Inikah aspirasi rakyat? Kita melihat bahawa sejak dari dahulu hingga kini, kerajaan bertindak lebih opresif mengekang rakyat daripada mengikuti kemahuan dan keperluan rakyat. Segala perkara mereka buat sesuka hati, bukan memikirkan tentang keperluan rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan parti masing masing.

“Kami lebih tahu dari anda”

Sikap ini berpunca dari sifat angkuh “kami lebih tahu dari anda” yang diamalkan kerajaan sejak Merdeka, sama seperti warisan penjajah yang tidak menghormati anak-anak negeri. Rakyat dikelentong dengan janji-janji palsu, malah di Dewan Rakyat pun mereka berani berhobong walhal segala maklumat mudah didapati.

Inilah sikap kepimpinan zaman Perang Dingin yang masih menyangka internet dan kemajuan teknologi maklumat belum dicipta dan dikembangkan. Dengan sikap itulah tertimbulnya ideologi ‘demokrasi terpimpin’ yang lahir daripada perasaan elitis di mana mereka fikir bahawa mereka lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada rakyat.

Kepimpinan negara dan negeri serta para pemimpin politik harus sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih pandai dari rakyat. Kerajaan bukan bos atau tuan kepada ibu pertiwi. Kerajaan hanyalah pekerja atau paling tinggi pun sekadar pengurus untuk rakyat.

Rakyatlah pemilik sebenar negara ini. Pemimpin harus menurut keperluan rakyat. Pemimpin hanyalah wakil kepada kepada perasaan, jiwa, keinginan, dan aspirasi rakyat, bukannya rakyat yang harus mengikuti kehendak dan kegelojohan pemimpin.

Rakyat yang membayar gaji, elaun, percutian pemimpin kerajaan, dan segala yang kerajaan berikan pada rakyat adalah hak mutlak sebagai warganegara. Oleh itu, janganlah pemimpin kerajaan pandai-pandai mengatakan rakyat tidak tahu bersyukur apabila rakyat tidak bersetuju dengan pemimpin.

Pemimpin jujur tidak akan lari dari rakyat

Para pemimpin tidak perlu takut kepada rakyat. Mereka yang takut kepada rakyat biasanya ada sesuatu yang mahu disembunyikan, ada muslihat jahat dan mungkin benci kepada rakyat yang mereka pimpin.

Justeru, hapuskanlah undang-undang dan dasar yang mencengkam kebebasan rakyat. Dengarlah cakap rakyat sebagai pendokong tamadun Malaysia.

Jangan bohongi mereka yang jahil dengan mengatakan bahawa hak asasi manusia dan demokrasi itu merupakan senjata untuk menghancurkan ummah. Rakyat, terutamanya orang Melayu, semakin sedar bahawa Islam itu membawa ummah keluar dari kegelapan, dari penindasan, dari kekangan hak asasi.

Para pemimpin kerajaan, jangan cuba memperbodohkan dan memperlekehkan kuasa, kemampuan, dan bakat rakyat. Bersikap jujurlah kepada rakyat dan bawa harapan rakyat secara ikhlas.

Tidak perlu berbelanja besar untuk pakar media, tidak perlu mencipta slogan, membuka kedai, memperkenalkan klinik untuk beri ubat penahan sakit. Memadai sekadar mendengar aspirasi rakyat dan melaksanakannya untuk memastikan rakyat benar-benar diutamakan.

Sesungguhnya, para pemimpin lebih memerlukan rakyat berbanding rakyat menagih kepimpinan mereka.

Hisham dan ISA: Permainan semata atau sememangnya bodoh?


Seperti yang sudah kita agak, Perdana Menteri Najib Tun Razak sememangnya seorang penipu yang telah menarik balik janjinya untuk menghapuskan ISA. Isu besar yang menjadi kegusaran rakyat adalah ISA membolehkan mana-mana rakyat Malaysia ditahan tanpa perbicaraan oleh Kerajaan, iaitu Menteri dalam Negeri. ISA “baru” masih sebenarnya membenarkan keadaan ini. Ia sama saja dengan ISA lama.

Sepupu Najib yang juga merupakan Menteri dalam Negeri, Hishamuddin Hussein telah dengan bodohnya membandingkan ISA baru dengan akta-akta yang digunapakai di AS, UK dan Australia. Hishamuddin ini sama ada seorang yang amat bodoh atau beliau fikir rakyat bodoh.

Inilah sebabnya beliau adalah pelawak dan rakyat tidak ketawa

Yang pertama, tidak dapat dibandingkan undang-undang tersebut dengan yang digunapakai di negara-negara itu. AS, UK dan Australia mempunyai kebebasan media dan Malaysia tidak kecualilah beliau mengambil kira ‘The Star’ yang dimiliki MCA, sebuah parti yang tiada kuasa dan diterajui oleh Chua Soi Lek seorang ikon tidak bermoral untuk Malaysia. The Star sebenarnya adalah propaganda yang tidak bermaruah. Dan sudah tentulah akhbar-akhbar lain seperti NST dan Utusan adalah lebih teruk daripada itu.

Semestinya juga tidak akan berlaku seorang timbalan seperti Joe Biden akan ditangkap oleh polis SWAT, dipukul oleh Ketua FBI Robert S. Mueller dan disimpan di dalam kandang seperti kangaroo. Perkara itu hanya berlaku di Malaysia.

Juga tidak akan berlaku seorang bekas presiden seperti George Bush dibenarkan menyebarkan semangat perkauman seperti rakyat kulit putih akan diancam oleh rakyat kulit hitam, Latinos dan Asian. Tidak sama sekali, kerana hanya di Malaysia sahaja Mahathir bias melakukan apa yang dia sedang lakukan sekarang.

Juga tidak akan berlaku kumpulan ektrimis seperi Klu Klux Klan yang diterajui mereka-mereka yang sering melompat parti, menyuarakan apa juga yang mereka suka dan merasa selamat bahawa mereka didukung oleh parti pemerintah. Hanya di Malaysia Perkasa yang diterajui Ibrahim Ali boleh melakukan apa saja yang mereka suka dengan sokongan Umno.

Perbezaannnya adalah rakyat Malaysia tiada institusi yang menjaga mereka

Untuk pengetahuan Hishamuddin, pilihan raya di UK adalah adil dan bebas tidak seperti yang dilaksanakan tanpa malu di Malaysia. Suruhanjaya Pilihanraya di sana bukanlah dibawah telunjuk parti pemerintah seperti yang ada di Malaysia.

Juga ada pemisah di antara kuasa eksekutif dan badan kehakiman di negara-negara tersebut.

Jadi, apakah yang dibandingkan oleh Hishamuddin? Rakyat Malaysia tidak mempunyai institusi untuk menjaga mereka daripada orang yang bodoh, berkepentingan dan tidak layak seperti Menteri Dalam Negeri seperti Hishamuddin Hussein. Orang seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan berkuasa seperti sekarang!

Thursday, November 24, 2011

ADIL KAPAR (KEADILAN, KEADILAN RAKYAT KITA): Bala Tentera baru.... Pakatan rakyat atau BN yang mendominasi???

ADIL KAPAR (KEADILAN, KEADILAN RAKYAT KITA): Bala Tentera baru.... Pakatan rakyat atau BN yang mendominasi???

Bala Tentera baru.... Pakatan rakyat atau BN yang mendominasi???



Media alternatif sperti RTPJ telah memberi impak yang menggerunkan UMNO Barisan nasional, jadi mereka telah mengambil pendekatan yang sama dengan megadakan konvensyen media Sosial baru-baru ini. Konvensyen Media Sosial 1Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra yang juga merupakan ibu pejabat UMNO. Perhimpunan yang mengumpulkan hampir 1,500 orang pengamal media sosial pro UMNO-BN dari seluruh negara itu, turut dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konvensyen itu sendiri menunjukkan keseriusan UMNO-BN dalam menghadapi ‘peperangan maya’ yang bakal berlaku dalam kempen pilihanraya umum ke-13 yang bakal diumum pada bila-bila masa. Maka itu, sesuai dengan namanya ‘peperangan’, maka Najib mengelarkan peserta perhimpunan ini sebagai ‘tentera baru’ UMNO-BN.

Dan perhimpunan semalam menandakan bermula pergerakan ‘tentera baru’ ini dalam menjawab dan membalas serangan dari Pakatan Rakyat, tidak terkecuali mensensasikan fitnah dan pembohongan terutama sekali yang berkaitan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalan sekarang ialah, bagaimana pula persediaan sama dipihak Pakatan Rakyat?

Mungkin kita tidak perlu ke tahap mengadakan konvensyen seperti mana yang dilakukan UMNO-BN tapi kita perlukan program-program hampir sama untuk menaikkan semangat dan menggerakkan ‘tentera maya’ kita pula.

Statistik terbaru menunjukkan bloggers/facebookers Pakatan Rakyat tidak lagi mendominasi alam maya sebagaimana kita mendominasinya pada beberapa pilihanraya yang lepas bermula pada pilihanraya umum 1999.

Kebanyakkan bloggers kita terlalu bergantung kepada portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today dan Harakah Daily untuk mendapatkan sumber berita rujukan. Tidak kurang juga yang ‘menceduk’ jawapan dari portal berita yang disebutkan untuk membalas serangan cybertroopers UMNO-BN.

Ini bukanlah satu masalah tapi dengan beberapa portal seperti Malaysiakini yang kemorosotan langganan lanjutan dari beberapa penyiaran berita yang disangsikan kebenarannya, sedikit sebanyak imej bloggers ‘mesra’ Pakatan Rakyat yang memetik berita ini untuk menjawab serangan cybertroopers UMNO-BN akan turut terjejas.

Penulis masih ingat dahulu kita mempunyai barisan bloggers yang begitu hebat dan mendominasi carta web yang mendapat ‘hit’ tertinggi. Kebanyakkan mereka ini mempunyai susun atur pentadbiran sendiri malah mempunyai ‘field reporter’ mereka sendiri juga. Antaranya ‘TerengganuKite Online’, MSO, Siasah Online dan Jeff Ooi (sekadar menyebut beberapa).

Dari segi sokongan kepimpinan juga hebat. Hasil pendedahan dan siasatan oleh para blogger kita digunakan oleh kepimpinan atasan untuk disensasikan di peringkat lebih tinggi, bukan seperti sekarang, bloggers kita pula mensensasikan pendedahan yang dilakukan kepimpinan tertinggi.

Blogger seperti Jeff Ooi diberi pengiktirafan tersendiri apabila dicalonkan dan menang dalam pilihanraya umum 2008 bagi kerusi parlimen Jelutong di Pulau Pinang malah dilantik sebagai Chief of Staff bagi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mungkin dengan ini kedua-dua pihak pasti akan membiayai dari segi peruntukkan berjuta-juta untuk tujuan membiayai operasi bloggers dan pengamal media sosial seperti facebook dan twitter yang pro Pakatan Rakyat.

Hebat, memang hebat tapi kenapa sejak 2008, kita mengalami kemerosotan yang agak ketara? Blogger pro UMNO seperti PapaGomo malah Minda Intelek Melayu (MiM) yang hanya diwujudkan pada 2009, sudah mengatasi kita. Itu belum lagi bercakap tentang blog politik seperti MyKMU, Agenda Daily dan sebagainya yang telah wujud lebih lama.

Ini adalah sesuatu yang kita semua perlu sama-sama fikirkan, masa yang ada sudah tidak banyak dan kelebihan pula berada di tangan UMNO-BN kerana mereka berkuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya.

Saturday, November 19, 2011

TANDATANGAN SECARA ONLINE BAGI MENUNTUT PILIHANRAYA BERSIH KEPADA YANG DI PERTUAN AGUNG

TANDATANGAN SECARA ONLINE BAGI MENUNTUT PILIHANRAYA BERSIH KEPADA YANG DI PERTUAN AGUNG ~ [ tolong sebarkan ]

Kempen menandatangani petition secara online bagi MENUNTUT PILIHANRAYA BERSIH.Mudah bukan?dengan duduk di depan PC andah hanya perlu klick [DISINI] dan isikan borang!petition ini akan diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung nanti.Ayuh sebarkan!!!


Isikan Data anda

1. Kami, rakyat Malaysia yang komited dengam prinsip di mana tadbir urus negara kita adalah oleh rakyat dan demi rakyat, ingin membawa kepada perhatian Yang DiPertuan Agong perkara yang berikut:

► pada 9 Julai 2011, ribuan rakyat Malaysia telah turun berdemonstrasi di Kuala Lumpur bagi menuntut reformasi proses pilihan raya seperti di bawah: ● bersihkan senarai undi ● rombak sistem undi pos ● penggunaan dakwat kekal ● tempoh minima 21 hari untuk berkempen ● akses media yang bebas dan adil ● kukuhkan institusi awam ● hentikan rasuah dan korupsi ● hentikan politik kotor

2. Ekoran daripada tuntutan tersebut, pada 3 Okotber 2011, kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah mengusahakan dan Dewan Rakyat telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji perkara-perkara berkaitan pilihan raya Malaysia.

3. Walaupun JPK tersebut telah ditubuhkan, Perdana Menteri menerusi kenyataan-kenyataan yang telah dibuat secara umum, telah memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin akan diadakan dalam masa yang terdekat.

4. Sebagai tindak balas atau reaksi terhadap kenyataan-kenyataan tersebut, pada 3 November 2011, sekumpulan rakyat Malaysia telah memberi amaran bahawa demonstrasi besar-besaran di seluruh negara akan dijalankan bagi menghalang pelaksanaan pilihan raya sedemikian rupa sekiranya parlimen dibubarkan tanpa pembaharuan dan reformasi yang menyeluruh terhadap proses pilihan raya.
Tambahan, kata mereka, penggulingan kerajaan berkemungkinan berlaku.

5. Mengikut Artikel 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, Yang DiPertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda secara mutlak untuk tidak memperkenankan permintaan bagi membubarkan Parlimen. Kini, kami sekalian rakyat Malaysia, memohon Tuanku, jika pembubaran Parlimen diminta:

► sebelum JPK menyelesaikan tugasnya
► sebelum mana-mana dan kesemua saranan JPK bagi menambahbaikan proses pilihan raya diluluskan oleh Parlimen, dan dilaksanakan sepenuhnya; dan

► Rakyat yakin dan percaya secara menyeluruh bahawa PRU seterusnya pastinya bebas, adil dan bersih. agar menggunakan kuasa Tuanku di bawah Artikel 40 (2) (b) untuk tidak memperkenankan pembubaran Parlimen jika kesemua tuntutan di atas tidak dipenuhi.

Wednesday, November 16, 2011

Peludah Warna

Hospital Shah Alam Indah Khabar dari Rupa...inlah Rupa UMNO (BN)



Merdeka Review) - Akhirnya, Gadang Holdings Bhd yang "direstui" Kementerian Kerja Raya (KKR) memperolehi projek Hospital Shah Alam, mungkin dilihat sebagai tanda noktah kepada kemelut yang berlaku sekian lama. Namun demikian, di sebalik kemelut ini, timbul pertikaian ketidaktelusan dalam kementerian kerajaan, di mana KKR menyerah projek ini kepada Gadang tanpa melalui Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, dan mengakibatkan kerajaan perlu menanggung lebihan kos setinggi RM70 juta.

Dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia pada 10 Oktober 2011, Gadang Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikatnya Gadang Engineering (M) Sdn Bhd telah memperolehi projek Hospital Shah Alam, dengan kontrak bernilai RM410.87 juta. Projek ini akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Pernah dalam satu laporan eksklusif, MerdekaReview (edisi bahasa Cina) melaporkan bahawa terdapat enam syarikat yang menyertai perbidaan semula projek ini, dan Gadang Holdings Bhd yang "direstui" KKR telah berjaya memperolehi projek tersebut. Sebagaimana yang diketahui, harga bidaan asal yang dikemukakan Gadang Holdings Bhd adalah RM431.66 juta, namun telah dikurangkan kepada RM410.87 juta kemudiannya, dan disiapkan dalam tempoh 24 bulan.

Masalah ketidaktelusan

Menurut laporan sebelum ini, setelah perbidaan tamat pada Disember 2010, KKR mengesyorkan Gadang Holdings Bhd kepada Kementerian Kewangan. Namun demikian, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat perintah pada 22 Mac 2011 kepada KKR, menyatakan bahawa cadangan Gadang sebagai kontraktor projek Hospital Shah Alam tidak diluluskan, malah meminta agar KKR mengadakan perbidaan semula.

Walaupun KKR membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan pada Jun 2011, agar Gadang Holdings Bhd yang berjaya dalam perbidaan dipertimbangkan semula oleh Kementerian Kewangan untuk mengambil-alih projek Hospital Shah Alam. Namun demikian, bukan sahaja Kementerian Kewangan menolak permintaan KKR dalam surat balasnya, malah cuba menyenaraikan Frontier Structure Sdn Bhd yang tidak berkelayakan ke dalam senarai perbidaan semula.

Bukan itu sahaja, lebihan kos untuk projek Hospital Shah Alam melebihi RM70 juta selepas perbidaan semula, mengakibatkan nilai kontrak baru melebihi nilai kontrak asal yang diluluskan, malah di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan untuk meluluskannya. Kementerian Kesihatan perlu mendapatkan persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum mengeluarkan surat kelulusan. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menangguhkan kelulusan yang diminta oleh KKR.

Dengan kata lain, walaupun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat untuk tidak meluluskan Gadang Holdings Bhd daripada mengambil-alih projek Hospital Shah Alam, namun KKR bukan sahaja tidak menurut perintah Kementerian Kewangan, malah terus mengumumkan bahawa projek ini diserah kepada Gadang Holdings Bhd tanpa melalui Kementerian Kewangan. Sebagaimana yang diketahui, bukan sahaja Kementerian Kewangan, malah Jabatan Perdana Menteri tidak mengetahui keputusan KKR ini.

Lebihan kos yang ditanggung

Lantaran daripada penyerahan projek ini kepada Gadang Holdings Bhd, ia bermakna kerajaan perlu menanggung lebihan kos lebih daripada RM70 juta. Menurut dokumen Kementerian Kesihatan, kos projek melonjak kepada RM556.51 juta selepas perbidaan semula, mencatat lebihan kos sebanyak RM74.91juta berbanding nilai kontrak asal.

Ia sebenarnya menunjukkan bahawa kerajaan BN masih mengekalkan budaya ketidaktelusan dalam perbidaan. Ia bercanggah dengan program transformasi kerajaan yang disarankan kerajaan Najib, dan menyebabkan dasar pembaharuan dalam bidang perkhidmatan awam ini menjadi hanya satu retorik semata-mata.

Lebih penting, masalah lebihan kos projek Syarikat Hospital Shah Alam mungkin tidak dapat diselesaikan dengan pengambil-alihan oleh Gadang Holdings Bhd. Isu pokoknya, walaupun Gadang Holdings Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan sokongan KKR, namun projek Hospital Shah Alam ini juga berdepan dengan risiko kegagalan atau lebihan kos sekali lagi.

Ini kerana walaupun Gadang Holdings Bhd memiliki rekod membina hospital, namun pada hakikatnya ia tidak memiliki pengalaman yang sebenar dan profesional yang khusus. Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview sebelum ini, Gadang Holdings Bhd walaupun pernah memperolehi satu projek Hospital Rehabilitasi Cheras pada tahun 2008, namun syarikat ini terpaksa mendapatkan bantuan luar, iaitu perkhidmatan rundingan yang berkenaan dengan peralatan perubatan - kerana tidak memiliki pengetahuan dan pakar dalam bidang yang berkenaan.

Ha,ha Terdesak RTPJ dituduh mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah




TOKOH Umno yang menjadi dalang dan bertindak sebagai producer bersama di sebalik penayanga n video lucah di Cercosa Seri Negara membabitkan Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan beliau ada maklumat pihak tertentu merancang untuk memprojekkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri.
Menurutnya beliau ada maklumat yang pihak tertentu berusaha mempelawa ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk jadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang.

Katanya bagi menjayakan usaha itu pihak terbabit sedang mengenal pasti sekurang-kurangnya 20 ahli politik Melayu berpengaruh bagi bertanding di beberapa kawasan tertentu. Kawasan yang menjadi pilihan ialah kawasan majoriti kaum yang ditandingi UBN.
Menurut bekas Ketua Menteri Melaka itu jika usaha ini berjaya ia akan mewujudkan keadaan 50:50 diantara BN dengan Pakatan Rakyat. Di mana suasana ini membolehkan Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon PM bagi menyelamatkan kaedaan.

Menerima apa yang Rahim kata itu, ia boleh dianggap sebagai satu teori atau formula untuk mengatasi kemelut politik negara ketika ini jika keadaan dikatakan itu berlaku. Tidak mustahil dengan suasana dan perkembangan hari ini, kedudukan – pencapaian pilihan raya umum ke 12 tahun 2008 masih kekal. Dalam kata lain status quo yang ada akan kekal.

Sekiranya ini berlaku ia akan menjadi keadaan bertarik tali di antara BN dengan Pakatan Rakyat. Dalam suasana terjempit beginilah seorang calon atau pihak yang bakal menjadi alternatif diperlukan. Kalau Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon, watak itu rasanya tidak salah kerana semua orang kenal siapa beliau. Beliau dikenali bukan saja di negara ini tetapi dunia luar juga. Kehebatan dan kepakarannya ialah dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Bahkan dari segi senioriti dan juga wibawa, beliau jauh berwibawa daripada dua perdana menteri sebelum ini. Tetapi sayang nasib tidak menyebelahi politik beliau. Negara sebenarnya kerugian lebih 10 tahun waktu kemuncak era pembangunan Malaysia.

Kita tidak mahu menafikan apakah teori itu akan berlaku, munasabah atau tidak. Dalam politik semua tidak mustahil dan pemainnya harus bijak mengatur strategi untuk berjaya dan mencapai cita-citanya. Untuk mencapai kuasa dalam politik orang politik perlu menjadi persis nelayan yang akan menggunakan apa jua kaedah dan alatan untuk memerangkap ikan di lautan dalam.

Kalau itulah caranya di pihak Tengku Razaeligh, ia tidak menjadi kesalahan. Beliau sendiri sudah tidak berharap kepada Umno lagi kerana parti itu baginya sudah jauh dari matlamat perjuangan asal. Bagaimana pun sebagai seorang yang setia kepada parti, bekas menteri kewangan itu akan tetap bersma dengan Umno dan tidak akan serit dan letih untuk memulihkannya demi orang Melayu dan negara. Baginya Umno lebih sentimental daripada Semangat 46.

Bagaimana pun apa yang menyesalkan kenapa Rahim harus perlu mempertikaikan usaha pihak tertentu itu. Apa hak beliau. Katanya teori itu tidak boleh dipakai kerana perancangan berkompromi seperti itu boleh menggugat kestabilan politik dan menjadi pemerintanh negara ke tahap lemah pada masa akan datang. Kestabilan politik, politik mana... politik Umno?

Arif juga Rahim tentang itu. Tetapi pelik kalau Rahim memperakui perancagan itu yang meletakkan Tengku Razaleigh sebagai host, boleh melemahkan Umno kenapa bekas naib Presiden kanan Umno suatu masa dulu itu dibiarkan begitu sahaja. Umno telah menjadikan Tengku Razaleighs sebagai kupang tembaga. Setelah Tengku Razaleigh dirisik orang baru terasa kehilangan.

Kenapa jadi mengelabah pula dan beriya berkempen agar menolak usaha itu. Sekiranya Tengku Razaleigh tidak layak untuk menjawat jawatan itu, masakan masih ada sebilangan cerdik pandai dan rakyat mengharapkan itu dari Tengku Razaleigh? Akhir-akhir orang ramai seakan melupai akan usia Tengku Razaleigh, mungkin disebabkan keadaan Umno yang berkucar kasir dan hilang identiti awalnya.

Saya yakin Tengku Razaleigh sendiri sudah tidak pelahap untuk mengejar jawatan itu. Kalau pun dia bercakap mengenai politik atau turun padang adalah misi untuk membantu politik bangsa dan negara tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Misalnya penubuhan Angkatan Amanah Merdeka (Merdeka) adalah sebagai wadah atau platform untuk membolehkan beliau memberi pandangan kritis kepada Umno itu sendiri dan juga pihak lain.

Rahim harus ingat Tengku Razaleigh tidak keluar dari Umno. Umno adalah parti pilihannya. Kalau pun yang cuba menyingkirkan beliau ialah kalangan para 'berjois' dari Umno sendiri. Para pembodek yang tidak mempunyai nili diri dan kekuatan peribadi saja yang tetap merasakan Tengku Razaleigh sebagai pencabarnya. Mereka ini adalah yang tidak mengenal diri sendiri dan buta warna alam politik.

Tindakan Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46, adalah pengorbanan paling bsar buat Umno, kahsnya Mahathir bin Mohamad. Bayangkan kalau Semangat 46 masih hidup sewaktu Anwar dipecat, mungkin Tengku Razaleigh suah menjadi PM. Tetapi takdir telah ditentukan bahawa sebelum Mahathir pecat Anwar (yang kemudian mendatangkan musibah), Semangtat 46 sudah pun dibubarkan. Melihat realiti itu seakan Mahathir hanya menanti Tengku Razaleigh bubar Semangat 46 saja untuk bertindak ke atas Anwar.

Kepada Rahim Tamby Chik dan mereka yang menerima teori itu jangan resah dan gelisah. Tidak perlu ada kempen memburukkan Tengku Razaleigh atau merendahkan usaha itu. Sebagai sebuah parti yang berpengalaman Rahim dan Umno harus serahkan kepada rakyat. Sama ada Tengku Razaleigh layak, masih relevan atau tidak untuk menjadi orang nombor satu negara, serahkan saja kepada rakyat. Tengku Razaleigh sendiri pernah mengakui dia sedia menjadi hamba rakyat.

Dari sisi lain kebimbangan Rahim itu memberi petanda bahawa gerakan pihak yang mahu menjadikan Tengku Razaleigh sebagai PM, menunjukkan bahawa imej dan keperibadian anak raja Kelantan itu ternyata lebih baik dan sempurna dengan bakal-bakal perdana menteri selepas Haji Najib dan tokoh Umno lain termasuk juga Rahim Tamby Chik.

Monday, November 14, 2011

Lembu Dalam Kondominium Malaysia dah macam cerita kartun




Pilihanraya umum ke 13 adalah peluang terbaik rakyat bangkit membuat perubahan secara total dengan tidak lagi memberi mandat pemerintahan negara ini kepada UMNO dan BN. Penegasan ini saya kemukakan setelah meneliti Laporan Audit Negara 2010. Ternyata kerajaan UMNO dan BN terlalu banyak mengabaikan amanah yang diberi sehingga memberi kesan negatif kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara

2. Laporan Audit Negara 2010 membuktikan wujudnya amalan pembaziran dan boros yang terlalu ketara dalam mengurus perbelanjaan wang negara. Amalan boros dan tidak telus dalam pengurusan bukan sahaja mengurangkan perbendaharaan negara tetapi turut menyumbang kerugian berskala besar kepada syarikat - syarikat GLC dan tentunya ia menyumbang kepada prestasi ekonomi negara.

3. Lebih malang, ianya telah berulang kali dan nasihat Audit Negara hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Inilah adalah penyelewengan dan pecah amanah yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Namun apa lagi pilihan yang ada pada rakyat setelah melihat kerajaan UMNO dan BN seperti berdegil dan angkuh apabila mereka terus mengamalkan tradisi pemborosan dan pengurusan kewangan yang tidak telus.

4. Pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangan hanya dilihat pada pendapatan yang bakal dijana oleh pelabur atau melalui peningkatan hasil negara semata - mata tetapi juga mestilah melalui satu sistem pengurusan dan kawalan ekonomi yang baik, cekap dan amanah. Tiada ertinya negara memiliki hasil pendapatan yang banyak kemudian dialir keluar dengan boros dan membazir. Negara rugi dan rakyat menderita.

5. Rakyat mesti bangkit membuat perubahan, sekaligus mendidik UMNO dan BN agar rakyat tidak diperlaku seperti binatang ternakan. Melahirkan negara yang maju dan rakyat yang sejahtera, amanah pentadbiran dan mandat pemerintahan tidak lagi boleh diserahkan kepada UMNO dan BN. Meletakkan UMNO dan BN sebagai pemerintah setelah menyaksikan bagaimana ketidaktelusan mereka mengurus ekonomi, maka tindakan itu samalah seperti bidalan anak - anak muda masakini iaitu seperti "memelihara lembu dalam kondominium" dengan maksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dan tidak juga pada kesesuaiannya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lampiran:

Contoh pembaziran, ketidaktelusan dan pengabaian amanah.
Sekilas pandang dari Laporan Audit Negara 2010.

a] RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

b] Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

Laptop dan pencetak dengan RM 11,845 berbanding pasaran RM 3,428 : 246% lebih mahal.

LCD TV dan DVD Player dengan RM 16,100 berbanding pasaran 2,182: 638% lebih mahal.

Radar X-Band dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 : 478% lebih mahal

Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827 : 1893% lebih mahal

Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940 : 2 805 % lebih mahal

Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding pasaran RM 1,561 : 177% lebih mahal

c] Peralatan yang tidak mengikuti spesifikasi kontrak :

Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396

Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670

Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855

LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905

GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025

CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110

Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


d] Majlis Sukan Negara telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.


e] Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

f] Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.

Wednesday, November 9, 2011

(BONGKAR) Hubungan Malaysia Israel (Hubungan Dagang) Cukup “ISTIMEWA” Dalam “DIAM”?


Secara faktanya, kita semua sudah dimaklumkan tidak akan ada hubunganMalaysia Israel termasuklah juga hubungan dagang dengan Israel. Tetapi, jangan terkejut hubungan Malaysia Israel cukup istimewa selama ini. Mulut cakap lain, tapi buat benda lain….

Gambar lori di atas adalah dirakam di sekitar Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Yang menariknya tentang latarbelakang kelibat lori di atas adalah kerana :

  • Lori kargo ZIM
  • Nama “Zim” ini merupakan cadangan Menteri Pengangkutan Israel yang pertama, David Remez yang merujuk petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew “Zim” merujuk kepada “kapal besar.”
  • Nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat: untuk membina sebuah armada dagang yang besar sehingga boleh sampai ke Malaysia.
  • Nak tahu lebih lajut mengenai syarikat ZIM [Laman Web syarikat ZIM]


Sumber : http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf

Melihatkan kepada statistik di aats menujukkan bukan calang-calang hubunganMalaysia Israel selama ini. Malaysia berjaya menempatkan diri menjadi rakan dagang utama Israel yang ke 15. Hebat……

Ini pula ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan Malaysia Israel daripada segi hubungan dagang

P/S : Sememangnya Malaysia diketahui tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. jadi kerajaan haruslah memberikan penjelasan mengenai dasar sebenar kerajaan dalam hubungan Malaysia Israel sekarang ini?

Sunday, November 6, 2011

Insya Allah...Korban 1432 Hijrah


"Dan bagi tiap-tiap umat Kami tetapkan ibadah (korban) atas apa yang Kami rezekikan kepada mereka berupa binatang ternak, agar mereka ingat akan nama Allah. Maka Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha-esa, maka dari itu berserah dirilah kepada-Nya. Dan berilah kabar baik kepada orang yang rendah hati"

Friday, November 4, 2011

Hormatilah Negara Islam Ini..

Masih ada yang belum ambil tahu tentang isu panas sekarang iaitu Seksualiti Merdeka? Apa itu Seksualiti Merdeka? Apa motifnya?

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
PS: LGBT = Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender!

ape kejadah pulak nak meyokong transgender , gay apa semua tu. Ini memang betul betul biadap bilamana sebuah negara berpaksikan Islam nak menyokong benda benda macam ni. Harap pihak berkuasa ambil tindakan sekerasnya untuk hapuskan fahaman lahanat ni.

seksualiti merdeka 2011

Info lanjut dan lengkap berkaitan Seksualiti Merdeka anda boleh dapatkan di Perhimpunan Seks Bebas 9 November oleh DahliaJournal. Beliau dah kupas tajuk ni dengan lengkap.


KUALA LUMPUR: Program Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang berlangsung di ibu negara menjadi tajuk perbahasan hangat beberapa anggota Parlimen hingga persidangan Dewan Rakyat pada Khamis menjadi kecoh seketika.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata program yang kononnya berteraskan perjuangan hak asasi manusia itu sebenarnya mempunyai unsur-unsur dan cubaan untuk memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan perbuatan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.

Persidangan menjadi semakin panas apabila Zulkifli cuba mengaitkan isu memansuhkan seksyen itu dengan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya khuatir sebab dahulu ada seorang anggota pembangkang yang mahu Seksyen377 ini dimansuhkan, adakah penganjuran itu juga untuk perkara ini," katanya.

Program yang membabitkan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Rabu sehingga 13 November ini, dilaporkan bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Zulkifli juga mendakwa penganjur program kontroversi itu sebenarnya mahu mempromosi parti seks bebas.

Ketika lantang berbahas, beliau tanpa menyedari menggunakan perkataan "Khalifah" untuk menyifatkan Ambiga sebagai ketua yang dilantik oleh pembangkang ketika penganjuran demonstrasi haram Bersih, 9 Julai lepas.

"Yang Berhormat Kuala Selangor tak faham ke yang Ambiga itu 'Ketua Khalifah' kau orang pada perhimpunan haram dulu...sekarang dia (Ambiga) nak jadi Khalifah seks songsang," katanya.

Insiden itu menyebabkan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun untuk membantah penggunaan perkataan itu.

Sementara itu, Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) dalam perbahasannya berharap semua pihak termasuk kerajaan dapat menggunakan pendekatan lain selainkekerasan dalam menangani isu homoseksual itu.

Katanya menghukum mereka yang terlibat dalam seks bebas dan seks songsang tidak dapat menyelesaikan masalah itu tetapi kerajaan diminta supaya lebih memahami dan membimbing mereka daripada terus menjalankan aktiviti homoseksual tersebut.

Mengenai Ambiga, Dr Siti Mariah berkata walapun beliau menyokongnya dalam isu Bersih 2.0 tetapi bagi isu program Seksualiti Merdeka, beliau sama sekali tidak menyokongnya.

Dr Siti Mariah juga mencadangkan supaya kerajaan meminda Kanun Keseksaan untuk memuatkan perbuatan zina sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 377 sebagai usaha membanteras perbuatan zina yang semakin berleluasa di negara ini. - BERNAMA


RK .....

"Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan,"