Tuesday, July 2, 2013

PERLUKAH MELAYU PADA UMNO???


Mekanisme perpaduan nasional ciptaan Umno runtuh satu demi satu tanpa mencapai matlamatnya. Tampaknya idea atau pendekatan Umno yang lebih bersifat 'akulah yang betul dan kamu kena ikut aku' tidak mencapai sasaran dan menjadi kenyataan, Kebobrakan perpaduan atau solidariti di dalam BN yang diungguli Umno yang kalut hari ini membuktikan hakikat itu.
Apa lagi yang Umno hendak jadikan alasan bahawa perpaduan yang diciptanya terbaik? Pengakuan dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan Mohd Noor Abdullah yang meminta orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu (baca Umno) yang mengorbankan tulisannya membuktikan akan kegagalan mekanisme perpaduan nasional Umno itu.

Katanya orang Melayu mengorbankan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan orang Melayu dengan menukarnya kepada tulisan rumi di mana penukaran itu menyebabkan tulisan yang menghampiri orang Melayu dengan tulisan Quran dan Hadith terhapus.

Menurutnya itu adalah pengorbanan besar orang Melayu (Umno) untuk mencapai perpaduan nasional. Alasannya kalau tulisan jawi itu tidak ditukar menyebabkan orang Cina dan lain-lain tidak dapat belajar bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu katanya orang Cina perlu bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu setiap hari sebagai membalas pengorbanan itu. Padangan demikian menunjukkan bukan saja kesilapan tetapi kecetekan akal orang Melayu dalam menilai hati budi dan budaya kaum lain.

Suara Mohd Noor itu bernada kesal dan kecewa atas sikap yang ditunjukkan oleh orang bukan Melayu (baca Cina). Ini tentunya implikasi daripada keputusan pilihan raya lalu di mana undi Cina tidak berpihak kepada Umno. Mohd Noor telah menjustifikasikan pandangan itu berpandukan pengundin lalu.

Semasa berucap dalam satu forum Mohd Noor menjelaskan Umno - orang Melayu telah melakukan pengorbanan melupuskan tulisan jawi dan ditukar dengan rumi kerana mengharap perpaduan dari kalangan orang Cina.

Malang pengorbanan itu tidak dihargai bila mana orang Cina tetap menulis dalam bahasa ibundannya. Kewujudan sekolah Cina dan sepanjang masa orang Cina mahu mahu mempertahankan sekolah mereka menjelaskan orang Cina tidak tunduk kepada kemahuan itu dan pengorbanan yang disebut Mohd Noor itu tidak pernah dihormati. Maka itu jadilah pengorbanan Umno itu sia-sia saja. Tidak memelikkan kerana orang Melayu sebenarnya terlalu berbudi bahasa dan suka menyanjungi tetamu dari orang sekampung.

Inilah kelemahan orang Melayu terutamanya pemimpin Umno. Mereka lemah mengenai psikologi dan antropologi dan buta pula mengenai sejarah serta bersikap diplomasi dan tolerasi dengan orang Cina yang akhirnya menyebabkan orang Cina jadi naik junjung. Seharusnya Umno kekalkan tulisan jawi dan mewajibkan sehingga orang Cina perlu mempelajarinya, bukan dengan melupuskan.

Tulisan jawi yang menjadi kebanggaan dan identiti orang Melayu dihapuskan dizaman Khir Johari menjadi menteri pelajaran awal tahun 70-an. Penghapusan itu diredai oleh Umno. Perhimpunan agung Umno selepas itu tidak serius membangkitkan perkara itu menyebabkan penghapusan itu diteruskan. Di sini sekali lagi pemimpin Umno dan juga ahli-ahlinyua tidak bersifat futuristik.

Kesilapan orang Umno dalam hal ini mereka tidak pernah membuat semakan kepada mekanisme-mekanisme perpaduan tajaan mereka seperti soal tulisan jawi itu. Mereka tidak pernah membuat penlaian apakah ia berkesan atau tidak. Dalam kata lain Umno tepengaruh dengan idealisme Barat yang melihat budaya dan ciri-ciri Islam itu sebagai sesuatu yang kolot dan pramitif.

Bercakap soal mekanisme perpaduan tajaan Umno ini bukan saja dalam soal penghapusan tulisan jawi tetapi banyak lagi pendekatan atau pengorbanan-pengorbanan kurba lain yang dilakukan Umno tetapi ianya sesia. Kalau boleh disebut Melayu juga membuat pengorbanan dalam bidang bahasa, kebudayaan, hatta agama Islam juga. Umno yang menjadi kerajaan lebih 55 tahun melakukan toleransi tinggi terhadap budaya dan agama sendiri serta meliberalisasikan kependidikan sehingga kabur tujuan dan matlamat hakikat.

Tolenrasi dalam apsek ini adalah pengorbanan Umno untuk mencapai perpaduan nasional. Kerana itu juga Umno sanggup berperang dengan parti pembangkang Pas yang obsess kepada Islam. Umno dan Pas terpaksa ada kalanya berpatah arang dan berkerat rotan dalam soal ini semata-mata kerana hendak mewujudkan perpaduan nasional mengikut jalur Umno yang berdasarkan sekularisme. Penolakan Umno kepada undang-undang syariat adalah salah satu sebabnya kerana mengharapkan wujudnya perpaduan nasional dan sekaligus menunjukkan Umno tidak yakin dengan kesyumulan Islam.

Mengenai desakan atau keluhan dibuat oleh Mohd Noor itu ia mungkin sudah terlewat. Apakah Umno sedia untuk berpatah dan surut ke belakang memperbetulkan apa yang silap itu dan mengembalikan semula idenitti Melayu menerusi tulisan jawi itu? Apakah ianya tidak kontradik dengan gelombang transformasi Najib Razak?

Berpatah ke belakang itulah sebaik-baiknya, tetapi tindakan untuk mengembalikan semula tulisan jawi itu satu tindakan yang akan diketawakan oleh orang ramai. Nawaitu itu samalah dengan cuba mengajarkan kura-kura berjalan dengan cara memterbalikan belakang ke tanah. Dalam situasi orang bukan Melayu kian ampuh dengan berbagai kuasa, tidak mungkin untuk Umno surut ke belakang semula walaupun cara itu adalah terbaik.

Pun begitu sekiranya Umno dan orang Melayu seperti disuarakan oleh Mohd Noor itu berani, mereka boleh lakukan kerana tidak ada guna Umno terus melakukan pengorbanan sedangkan ianya tidak dinilai sebaik mungkin. Kalau Umno hendak berpatah balik bukan saja mengenai tulisan jawi, tetapi aspek-aspek lain juga yang masih boleh dilakukan seperti budaya, sistem pendidikan (dasar pendidikan) dan toleransi terhadap agama Islam juga perlu difikirkan semula. [wm.kl.8:01 am 20/06/13]



Orang cerdik juga begitu...

Bekas hakim kontroversi Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu yang merelakan bahasa mereka ditulis dalam skrip Rumi demi perpaduan kebangsaan.

Menurutnya, bahasa Melayu pada asalnya ditulis dengan huruf Jawi tetapi bagi memastikan ia mudah dipelajari semua kaum sebagai bahasa kebangsaan, orang Melayu merelakan ia ditulis dengan huruf Rumi.

"Pengorbanan ini perlu dibalas orang bukan Melayu dengan belajar bahasa Melayu, dan menggunakan bahasa Melayu setiap hari," kata Mohd Noor dalam syarahannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, orang Melayu merelakan penukaran skrip itu walaupun ia berkemungkinan menjauhkan orang Melayu daripada al-Quran dan hadis.

"Kalau tulisan bahasa Melayu (dalam) Jawi, bagaimanakah orang Cina, India hendak belajar bahasa kebangsaan dalam Jawi? Oleh itu, bahasa Melayu menggunakan skrip atau tulisan Rumi.

"Ini adalah satu pengorbanan orang Melayu kerana apabila orang Melayu membenarkan bahasa kebangsaan itu menggunakan Rumi, maka jauhlah orang Melayu daripada tulisan Jawi, Al-Quran dan hadis yang semuanya menggunakan tulisan Jawi.

"Demi perpaduan, orang Melayu sanggup mengubah Rumi ke dalam bahasa Melayu," katanya.

Diambil dan diolah dari tulisan Mohd Sayuti Omar

Monday, July 1, 2013

SIAPA PEJUANG @ SIAPA BERJUANG



Ramai dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah. Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang.

Ciri Pejuang

Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang. Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang.
Apabila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan Negara Dato’ Anwar Ridhwan berjudul ‘Penyeberang Sempadan’, maka saya pun membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca. Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama ‘Kuay’ dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan. Beliau menjadi ‘orang buruan’ dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang?! Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang?

Kehebatan

Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut.

Filem mengenainya ‘The Amazing Graze’ benar-benar menjadikan perasaan sebak dan semangat membakar. Nelson Mandela juga hebat sebagai pejuang. ‘Long Walk to Freedom’ menjadikan kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk sebuah perjuangan yang diyakini benar. Sanggup dipenjara, tidak rela dibebaskan jika perjuangan tergadai. Hebat!

Gandhi juga pejuang yang hebat yang menggunakan sentiment rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik. Florence Nightingale merupakan wanita gigih lagi mulia yang berjuang untuk memberi khidmat kepada orang lain. Menonton filem Sang Pencerah menjadikan saya bersemangat untuk mengikuti watak utamanya iaitu Kiyai Ahmad Dahlan yang merupakan tokoh besar sejarah tajdid agama di Indonesia. Terasa menusuk jiwa. Perjuangan dan cabaran. Bak kata sang sufi ‘sesiapa yang tidak rasa, tidak dapat memahaminya’. Terlalu ramai lagi jika hendak disebutkan dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya. Kita mungkin tidak bersetuju dengan ‘socialism’ Che Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positive yang patut dipuji pada dirinya.

Iktiraf

Golongan agama di samping membaca dan mengkaji tentang sejarah para pejuang ‘agama’, perlu juga melihat sejarah para pejuang lain dari pelbagai latar supaya kita memiliki horizon penilaian yang lebih luas. Jika pun kita tidak bersetuju, kita wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka lalui. Bahkan tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu satu kebaikan. Seperti yang selalu disebutkan bahawa Nabi s.a.w mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa jahiliah kerana isinya membela golongan yang ditindas. Al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (dalam as-Sunan al-Kubra meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda:  “Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad’an. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai.”.

Di samping kita juga perlu tahu, mungkin ramai dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai pejuang itu tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar. Maka, kita tidak boleh menuntut untuk mereka mendasari perjuangan mereka kepada ajaran Islam seperti yang kita fahami. Firman Allah: (maksudnya) “Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami mengutuskan seorang rasul” (Surah al-Israk: 15)

Dikenang

Ramai pejuang yang tidak dikenang semasa hayat mereka. Bahkan kebanyakan pejuang itu menderita semasa hidup mereka. Diburu, dihina, dicerca, dipenjara, diseksa bahkan ada yang dibunuh.

Nilai perjuangan pula, diukur berdasarkan kepada aliran masing-masing. Seseorang mungkin dianggap pejuang oleh satu pihak, tetapi mungkin pulak dianggap pengkhianat oleh pihak yang lain. Bukan semua pejuang mendapat pengiktirafan menyeluruh oleh bangsa dan negaranya. Betapa ramai pejuang yang difitnah semasa hayat mereka dan fitnah itu terus dibawa sehingga mereka telah lama pergi meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila pejuang itu dikenang, apa penghargaan yang hendak diberikan selepas mereka tiada?!

Saya pernah berkata kepada seorang ketua negara yang berbicara dengan saya secara peribadi bahawa ramai pemimpin yang dikenang jasanya dengan diberikan nama bangunan, atau jalanraya atau sekolah atau bandar sempena namanya. Dapatkah dia merasai nikmat itu? Dapatkah dia merasa kenikmatan hanya kerana namanya disebut selepas mati? Sedangkan dia berhadapan dengan Tuhan yang akan mempersoalkan segala tindakan dan amalannya.

Ramai pula yang mengaku jujur dan ikhlas, sedangkan maksud sebenarnya Allah mungkin tidak demikian. Maka dalam Islam, seseorang yang hendak berjuang, terlebih dahulu hendaklah dia membetulkan niatnya dengan tuhannya. Keimanan yang luhur kepada pembalasan baik dan buruk terhadap amalan di dunia ini boleh menjadikan seseorang itu pejuang yang sejati. Balasan nikmat dari Allah itu yang paling diharapkan. Pengiktirafan Allah itu maha penting. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.  Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Tiada syurga untuknya, sebaliknya baginya neraka. Maka, dalam Islam sesiapa yang ingin berjuang hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, kemudian memastikan dia berada pada landasan perjuangan yang betul yang Allah redha padanya. Nabi s.a.w pernah ditanya: "Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya. 

Tuesday, June 11, 2013

Negara Ku Malaysia

Umum tahu ketelusan, keikhlasan dan kejujuran dalam semua bentuk sistem atau undang-undang negara Malaysia sudah jadi macam taik!
Pendakwaan seperti dipilih-pilih atau berpilih-pilih, ada jenayah atau kesalahan yang terbukti nyata, boleh dibakul-sampahkan, ada kes kecil tapi diberi perhatian yang meletop, juga ada kes amat besar tapi dibuta-tulikan mata kedua-dua belah!
Media haprak paling kuat kelentong dan bodek memainkan peranan amat cemerlang, baik cetak atau elektronik. Berita benar jadi lenyap tapi yang fitnah dan seleweng kuat diputar dan cetak heboh.
Ingat Perwaja, PKFZ, NFC dan banyak lagi kes berprofil tinggi yang panjang jika mahu dihuraikan! (Check-list seleweng & bazir k/jaan BN)
Terbaru kes fitnah kononnya menghina Duli Yang Maha Mulia SPB YDP Agong. Mungkin percakapan atau bualan sesama kawan jadi bahan pendakwa atas alasan menghina dan bagai kilat, pantas bertindak menahan untuk didakwa.
Pujian amat pada petugas kepolisan atas kerja cemerlang, bak menyahut salakan sang 'pejuang-pejuang' pembela raja-raja, agama dan bangsa! Orang putih kata 'bull-shit'!
Lupakah mereka siapa dahulu yang menghina raja-raja? Di mana undang-undang tegas konon patut dijunjung? Di mana undang-undang 'taik' semasa binatang-binatang yang pandai pakai songkok tinggi parti sekutu apco mengelar Agong sebagai 'natang' di Terengganu satu masa dulu?
Apakah mamak kutty pengkhianat paling popular terhadap bangsa Melayu kebal hinggakan menghina dan melenyapkan kuasa dan imuniti para raja-raja dan sultan negara Malaysia boleh dilepas begitu sahaja tanpa sedetik atau satu ayat? Tiada undang-undang yang lebih berkuasakah ke atas pengkhianat ini sehingga tiada satu apa pun terbit?
Di mana gerombolan konon pejuang-pejuang dan pembela raja-raja? Di dalam jamban atau di bawah katil?
Penghinaan itu tiada 'salah', memaki sultan dan Agong sebagai 'natang' tiada salah? Mamak pengkhianat kutty itu sesuka hati memperlekehkan undang-undang Malaysia ibarat di sebuah benua bernama Kerala kot? Padan muka para pengampu dan pembodek yang melantik sang pengkhianat sekandang dengan si kitul dan mandaliar menjadi menteri perdana yang menghina lagi bangsa Melayu yang konon mudah lupa!
Hairan bin ajaib mengapa penghinaan terhadap raja-raja tiada tindakan diambil? Samalah juga dengan wanita Cina yang ditahan, mengapa tindakan diambil tapi sang mamak dan gerombolan parti sekutu apco yang menggelarkan 'natang' pada Agong kebal tanpa soalan?
Kita sokong undang-undang negara jika betul ada penghinaan atau fitnah, patut malah wajib tindakan diambil, tidak kira menteri perdana atau sesiapa tanpa mengira pangkat atau kuasa, tapi bila undang-undang dibuat macam 'taik' inilah jadinya.
Ada pihak kebal macam nak rak dan ada pihak jadi bahan belasah!
Betul juga banyak tanggapan bahawa mana ada insan yang telus dan jujur dalam parti sekutu apco? Tiada seorang pun yang bersih daripada sebarang skandal! Hinggakan jadi bualan lawak bahawa jika mahu jadi menteri atau pemimpin dalam parti pandi kutty, mesti ada palitan rasuah atau apasaja kebejatan/skandal, baru disanjung gah mengila tapi jika anda telus, ikhlas dan jujur maka jawapannya adalah anda dipetisejukkan atau dibuang ke tempat kumbahan jika tidak dikuakkan!
Lihat sahaja terbaru satu contoh menteri dalam negeri, apa namaaa, si Zahid anak lelaki Hamidi, dahulu ada kes memukul individu. Ada laporan polis tapi macam senyap sahaja! Hinggakan Sdr Lim Kit Siang veteran politik Malaysia menyuarakan apakah tiada siasatan atau bagaimana seorang penjenayah yang begini boleh jadi menteri yang menjaga hal ehwal berkaitan jenayah?
Juga terbaru ada raja-raja menitah bahawa raja-raja bukan sahaja untuk istiadat tapi mencangkupi segala undang-undang tapi semasa penghinaan dan memaki-caci oleh puak umporno, senyap tiada respon pun!
Pihak kerajaan yang mendokong undang-undang pun tiada keikhlasan dalam menjunjung dan menguatkuasakan undang-undang, jika kes ada yang terpilih-pilih dan para pelaku boleh menjawat hingga jawatan pengubal undang-undang maka undang-undang itu akan jadi 'taik' selama-lamanya.
Di mana slogan yang berbagai dan bermacam bunyi yang amat memuakkan? Betulah cakapan rakyat, cakap tak serupa bikin!
Hairan bila ada suara-suara mahu keadilan dan ketelusan bangkit bersuara terutama golongan muda seolah-olah mahu di'mati'kan tunas-tunas ikhlas dari muncul membawa pembersihan dan pembaharuan dari bergelumang dengan penyelewengan juga kelentongan.
Gerak utama pemerintah adalah seperti mematahkan semangat dari menyoal kebenaran atau bertanya isu-isu berbangkit yang merangkumi rakyat marhaen semua. Ibarat rejim zionis yang menidakkan apa saja tindakan para pejuang Palestin. Patahkan mereka awal-awal lagi supaya tiada siapa berani melawan kebejatan dan kemungkaran sang berkuasa!
Baca saja apa jadi pada anak muda Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), bagaimana layanan untuk mematahkan semangat anak muda ini juga bakal yang lain-lain!
Lucu juga bila ini diambil kesempatan oleh kaki ampu dan bodek mencelah konon golongan muda agar tidak terbawa-bawa dengan emosi, bagai kata-kata seorang profesor kangkong pejuang kebebasan kemerdekaan di atas kerusi empuk di dalam bilik hawa dingin (dipetik bagai dikata oleh tuan blogmaster: Prof kangkong, kawal emosi kamu dulu...)!
Sudahlah dengan sistem pilihan raya negara yang mudah dipawahkan, diseleweng tanpa peduli walau banyak laporan dan bukti diberikan, tuntutan untuk bersihkan senarai pengundi dari makhluk-makhluk asing juga lalu tanpa diendahkan.
Sampai bila agaknya rejim khianat mahu memerintah dengan cara licik menutup kelemahan besar? Hanya akal fikiran bersih dan beriman sahaja boleh merubah. ABU jangan lupa untuk kesejahteraan, keselamatan dan ketelusan dalam pemerintahan negara Malaysia yang tercinta ini !
Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar!
jingoza - 17 Rejab 1434 (06Jun2013)

Petikan dari Nukilan JINGOZA

Monday, June 3, 2013

Warkah buat PM Malaysia (Dato Seri Najib Razak)

Saya adalah salah seorang anak Malasysia yang berumur 27 tahun dan bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat multinasional di Kulim. Disini, saya mengambi; kesempatan untuk menyuarakan pandangan saya mengenai cara kerajaan bawah pimpinan melayan pandangan rakyat mengenai isu-isu yang mereka hadapi dan menjadi buah mulut sekarang.Saya boleh merumuskan bahawa pihak kerajaan BN melepaskan diri malah gagal menjawab sebahagian kesangsian rakyat mengenai - Rasuah, Kronisme,salah laku piliharaya dan sebagainnya. Malah iannya di layan dengan angkuh dan memberi jawapan berbaur perkauman sekaligus menyekat suara rakyat.


Pertama kali, tahniah diatas "kemenangan" parti Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lepas. "Kesungguhan" jenteran BN yang "bekerja kuat dan bertungkus lumus" memang "amat mengkagumkan" saya. Tahniah...

Selama kini, pihak menteri Barisan Nasional hanya pandai membuat pengumuman,memberi ayat-ayat yang cukup cantik dengan susunan subjek dan predikat yang teratur, memberikan sesuatu kepada rakyat dalam apa jua rancangan kerajaan. Barisan kabinet BN duduk dalam bilik Air Cond, dapat kereta dengan pemandu (gaji and duit petrol di bayar oleh wang kerajaan dari cukai rakyat), rumah kerajaan di mana kesemua perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan pusat. Cuba letak diri anda dan barisan kabinet anda dalam pandangan rakyat miskin dan cuba menjalani kehidupan mereka dengan bergaji biasa seperti

1. Tanpa pemandu, body guard.
2. Sesak dalam kesesakam lalu lintas. Bangun awal ambil LRT tanpa sepcial route..
3. Bebanan hutang PTPTN..
4. Bebanan ansuran kereta..
5. Guna petrol pakai duit poket anda...
6. Beli sayur dan keperluan barangan harian..
7. Bayar bil bil bulanan..

Baru anda memahami apa itu keperitan dan kesusahan rakyat yang sebenarnya.Sebagai contoh, di Malaysia seorang graduan jurutera akan memperolehi ijazah sarjana muda dalam lingkungan 23-24 tahun. Dia bermula kerja pada usia 25 dengan gaji pokok RN 2500 dan dalam masa empat tahun, hasil akaun2 dalam KWSP nya adalah cuma mencecah jumlah ~ RM 10K di mana duit sebanyak itu memang tidak cukup untuk bayar wang pendahuluan (10%) bagi rumah idamaanya yang berjumlah RM280K. Tambahan pula, dengan bebanan PTPTN, ansuran kereta, di mana akhirnya hanya tingaal beberapa ringgit sahaja dalam akaunnnya. BR1M, MR1M KR1M adalah cuma "gula-gula" sahaja di mana rakyat tiada sentiasa mengharapkan untuk menyelesaikan masala seharian mereka. Adalah mustahil bagi COCA COLA sekali kala sahaja kepada rakyat, padahal rakyat sengsara di sebabkan dahaga. Fahami kehendak rakyat yang asas. Kita memerlukan satu penyelesaian yang kolektif dan menyeluruh yang dapat membendungkan masalah mereka. Setakat memberitahu depan pemberita dan klik cahaya lens kamera "Kita turun padang" di bawah bilik air cond, memang tiada hasil kepada rakyat... Jangan turun padang, malah sentiasa berada di padang. Itu yang kita hendak semua pemimpin laksanakan. Ambilah Mahatma Gandhi, Nelson Mandela sebagai contoh kepimpinan untuk kerajaan anda.Pemimpin yang sebenarnya adalah bukan setakat memahami kesusahan rakyat malah mengalaminnya dengan perasaanya sendiri. Cubala keluar dari lingkungan GELOMBANG BIRU BN YANG SELESA KRONI itu dan masuk, bertapak dalam lingukungan kehidupan rakyat yang biasa and feel the pain and gain. Trust me, you will be appreciated !!!.... Memang kebanyakkan pemimpin BN berasal dari keluarga miskin tapi zaman itu kita boleh beli roti kosong dengan 20sen dan hari ini ia adalah RM1.80. Jangan bandingkan kehidupan masa sila anda dengan kehidupan mereka sekarang.

Selain itu, saya menyeru supaya jalanilah kehidupan sederhana seperti Tok Guru Nik Aziz, yang menjadi ulama model saya, walaupun saya beragama Hindu. Kehidupan beliau yang begitu sederhana, sekaligus menjadi contoh kepimpinan ulama yang berlandaskan Islam memang menarik perhatian ramai pemuda, bahkan bukan sahaja Melayu, tapi Cina dan India. Tapi dalam barisan BN, terdapat banyak pemimipn yang hidup mewah, dapat kontrak, bersifat perkauman, yang sentiasa mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati oran lain dan Dato seri masih menyokong mereka. Tiada tindakan dikenakan terhadap mereka walaupun beratus-ratus laporan dibuat. Ini yang membuatkan rakyat marah dengan BN. Mereka hendak penjelasan mengenai rasuah Taib Mahmud, Misteri Altantuya, Defisit hutang kerajaan yang tidak pernah tinggi, rasional di sebalik membeli jack kereta sebiji dengan harga RM5000 dan bukan setakat menerima BR1M dan cium tangan BN..

Kita memerlukan Pemimpin seperti DSAI, LGE,TGNA,LKS, Rafizi, Nurul Izzah, Surendran, Mat Sabu dalam pentadbiran kerajaan menguruskan kewangan/ ekonomi.Dengar pandangan/idea mereka. Harus diingat, pembangkang dan kerajaan bekerja untuk rakyat. Pembangkang bukan musuh negara !.. Tetapi di Malaysia, sejak dari zaman Mahathir sampai zaman anda, idea mereka dicemuh malah langsung tidak dipeduli. Ajakan debat terbuka supaya rakyat boleh menilai rasional dan logik di sebalik kewibawaan idea itu dengan menganalisa dan mengupas keberkesanan, ditolak malah mengatakan debat bukan budaya kita. Tapi anda memberi hadiah kepada pertandingan Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri. Ape nie Dato Seri ? ?

Pembangkang terdiri daripda darah-darah muda seperti Rafizi. Cara mereka untuk memanifestokan kempen mereka melalui Youtube dengan memberitahu secara terperinci bagaimana menurunkan harga kereta dengan menggariskan kaedah-kaedah perlaksanaanya yang merangkumi nombor-nombor dan carta memang memenangi hati pemuda di laman web sosial, Tidak kira India, Cina dan Melayu,kempen mereka dipenuhi dengan gambaran kehidupan rakyat sekarang dan cara/kaedah penyelesaiaanya. Sebab itulah Tsunami pilihanraya berlaku kali ini, menyebabkan BN kalah dalam usaha memenangi majoriti 2/3 dalam Parlimen. Tetapi kempen BN, kebanyakkan konsep hanya meliputi BR1M, KR1M, video lucah, BIRIBURIBU TANIA, sewa Youtube bahagian iklan dengan tiada button SKIP, fitnah, dan unsur perkauman. Rakyat sudah mual dengan cara-cara kotor sebegini. Malah, bila kita menyuarakan pendapat/soalan, jawapan yang kami terima adalah SYUKURLAH APE YANG BN BUAT.... Pada pandangan saya,semua yang dibuat oleh BN selama ini adalah TANGGUNJAWAB sesebuah kerajaan walaupun ia tidak meliputi skop kehendak rakyat sebenarnya.. Hanya orang bodoh sahaja yang memuji sikap ayah seseorang yang membelikannya beg sekolah yang langsung tiada zip padahal anak dia meminta beg yang ada zip banyak, memudahkan urusan simpanan buku-bukunya... Itula tanggungjawab yang sebenar !!!..Kalau anda rasa pembangkang membuat tohmahan, cuba buktikannya salah berdasarkan kaedah yang telus dengan mendekati rakyat.....Bukan dengan angkuh...

Konsep Satu Malaysia pula,memang tidak mencapai objektif. Hapuskan politik perkauman dalam BN dulu. PKR ada Melayu, Cina dan India. DAP ade Melayu, Cina dan India. PAS pula ada Melayu, kelab penyokong PAS Cina dan India. Saya bangga mengatakan..

PAS letak calon wanita India...
DAP mempunyai 3 calon melayu memenangi Parlimen menentang calon Cina dari MCA..
PKR meletakkan calon India Surendar dan merampas kerusi Padang Serai...

MIC ada letak calon Cina ?
UMNO ada letak calon India ?
MCA ada letak calon Melayu ?
Apa yang nampak, letak BANGLA aje...
Apa yang nampak, menyaksikan Earth Hour pada hari semakan undi....

Hapuskan mentaliti perkauman. Terapla nilai kesaudaraan dan semangat kemalaysiaan dalam pentadbiran anda. Semangat persaudaraan ini dilihat di Pakatan Rakyat yang menarik saya sememangnya, bahkan ramai pengundi2 Melayu dan Cina. Setakat reka tema, lagu dan goyang bendera 1Malaysia, memang tidak berbaloi untuk zaman ini. Apa gunannya mencantikan muka bayi dengan bedak wangi, padahal punggungnya yang bertahi dengan perkauman dibiarkan tanpa mencuci selama-lamannya ?

Cuba buat kajian "kekalahan" BN dalam pilihanraya dan jangan sekali-kala menuding jari ke pihak lain. Baki ketiga-tiga jari itu menuding pada diri anda.Harap kerajaan yang baru dbentuk cuba menukarkan style pentadbiran anda. Bekerjasama dengan pembangkang menjamin masa depan rakyat... Nobody is perfect but if team work is achieved, we can make it as perfect !!!

Bagi racist yang inginkan saya keluar Malaysia..

Ini adalah tanah kami bersama dengan kawan-kawan Melayu dan Cina saya..

Datuk member Melayu saya berjuang dengan askar menentang British YANG SEKARANG SEMUA BOLEH FACEBOOK DUK GOYANG KAKI...

Datuk member India saya pula menghapuskan hutan-hutan dan memajukan kawasan ladang getah,mengayakan ekonomi yang sekarang jadi PUTRAJAYA...

Datuk member Cina saya pula turun siang di bawah serikan matahari, memajukan kawsan perlombongan YANG SEKARANG ADALAH KUALA LUMPUR....

Jangan rosakkan semangat kerjasama ini..Ini terbukti dalam Sejarah...

Darah saya tumpah di sini masa kecil..
Titik peluh semua di erap masuk de dalam tanah ini..
Maka nafas saya juga berakhir di sini....

Racist OR Macai BN,
Anda boleh menjadi HERO yang ZERO tapi adalah mustahil bagi anda memadamnkan

1.Memori saya menonton rancangan Peter Russel tanpa berbaju dengan member Cina dan Melayu saya masa di UnimAP dalam satu katil.....

2. Memori saya dengan seorang member Melayu saya yang menyuruh Makcik supaya jangan terbagi Nasi Goreng daging kepada saya masa makan kat cafe...

3. Memori saya tidur dikatil yang sama dengan member saya dari Kelantan and Sabah...

4. Memori saya pegang Tanglung dan ronda-ronda di sekitar hostel bersama amoi- amoi Cina...

5. Memori saya berpakat dengan member Melayu dan mengurat awek India...

6. Cinta crush saya pertama masa sekolah menegah adalah gadis Melayu dari kelas saya..

7. Memori saya menerima surat "secret admirer" dari gadis Melayu idaman saya di UniMAP...

Ini adalah persahabatan dan nilai kesaudaraan yang saya kecapi selama ini....

HARAP MAAF JIKA TATABAHASA SAYA SILAP...

Anak Malaysia,
Theeban

Sunday, May 26, 2013

PRU 14, Pakatan Rakyat jangan jadi Mat jenin

Jangan jadi Mat Jenin, berangan untuk mencapai impian akhirnya mati jatuh menjunam ketanah… PR jangan lah berimpian menggunung untuk memerintah Malaysia jika impian tidak diterjemahkan dalam erti kata sebenar, bermuhasabah diatas kekalahan . walaupun kekalahan tersebut penuh dengan segala muslihat pihak musuh. Jadi berharaplah PR akan lebih bijak lagi menangani permainan. Walaupun diketahui padang tidak sama rata tapi bukan bermakna PR tidak boleh mengatasinya, itulah dikatakan strategi.

“War room” harus digunakan sebaik mungkin dengan membina formula yang lebih berkesan dengan mengambil kira segala aspek kemungkinan yang bakal berlaku.  Bukan hanya fokus kemenangan saja menjadi keutamaan tetapi kekuatan jentera PR, tindakan jangka pendek dan jangka panjang, penjenamaan dan memperkemaskini pimpinan. Memantapkan kesepakatan PR dengan merealisasikan pembentukan Pakatan Rakyat dengan satu logo dan lambang untuk menghadapi PRU 14 akan datang. Kesepakatan itu harus diterjemahkan bagi menguatkan ikatan, membentuk hubungan akrab dalam jalinan yang lebih muhibah lagi.
Lima tahun lagi, bukan sesuatu yang lama dan PR tidak gagal dalam PRU 13 tetapi PR dinafikan kemenangan.

Rentetan peristiwa yang banyak diperkatakan di media sosial dan media perdana seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, isu pendatang asing diberi kewarganegaraan, black out, borang SPR 14, peti undi yang datang kemudian dan perbagai lagi muslihat tetapi itu bukanlah isunya lagi, sebab PR masih ada peluang melalui petisyen PRU. Isunya sekarang penjenamaan harus dilakukan oleh PR jika ingin melakukan perubahan dalam PRU 14. Bagaimana sistem ini boleh dilakukan, jika masa digunakan untuk mencari kesalahan orang lain dengan membuat demo dan himpunan demi himpunan yang kita tidak pasti kesudahannya. Biarlah pihak peguam yang dilantik mewakili rakyat menyelesaikan di mahkamah dan rakyat akan menilai segala keputusan. Rakyat bukan bodoh untuk menerima setiap keputusan jika tidak menyebelahi PR.

Demonstrasi bukanlah jalan pintas untuk PR mengambil kuasa, rakyat akan jadi bosan kerana tiada kesudahanya. Rakyat akan berfikir dengan adanya dan kerapnya demo atau himpunan jalanan seolah-olah hanya memberi kelebihan dan menjaga segelintir pemimpin-pemimpin PR atau parti politik tersebut. Apakah faedahnya kepada rakyat jika setiap minggu dan bulan adanya himpunan. Perubahan apa yang di inginkan jika setiap himpunan itu berakhir detik 12 malam dengan Pengerusi himpunan menjanjikan satu siri lagi himpunan akan diadakan bulan depan…tetapi hakikatnya esok tetap seperti hari ini.

Usai PRU 13 menampakan kemajuan kepada PR dan inspirasi rakyat, jadi jangan bebankan rakyat dengan perbagai unsur-unsur yang negatif. Perubahan yang rakyat inginkan buat lah setakat termampu oleh pasukan PR. Jika sebelum PRU 13 rakyat boleh menjadi sukarelawan tampa meminta-minta imbuhan kenapa sekarang setelah PRU13 selesai tidak gunakan segalanya untuk membentuk sukarelawan juga. PR harus melihat resource yang ada bagi membangunkan sistem dan “check and balance” terhadap parti Pemerintah.

Jika parti pemerintah mempunya mempunyai Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) PR pun harus ada JKKK disetiap Kawasan, jika parti pemerintah mempunyai Ahli Majlis di setiap Majlis Tempatan, PR pun harus mempunyainya juga. Kenapa? Rakyat tidak menagih elaun, tidak menagih imbuhan selagi mana mereka boleh bekerja secara ikhlas dalam parti kenapa ini tidak boleh, yang penting kebajikan mereka dimengertikan oleh Parti dan juga PR. Sebagai contoh: Ketua cawangan PAS bertindak sebagai Ketua Kampung sukarela (tidak diiktiraf oleh parti pemerintah) membantu segala urusan yang termampu. Yang penting kurangkan protokol dan sentiasa berkhidmat dengan perihatin terhadap masalah penduduk. Apa yang boleh dibuat oleh Ketua Kampung Sukarelawan….perbagai bentuk dan urusan boleh dilakukan selagi inya tidak menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Tak kan urusan mengurus dan mengambil borang zakat kepada penduduk kampung menjadi satu kesalahan sebagai contohnya.

Begitu juga Ahli Majlis Sukarelawan (Majlis Tempatan) membina hubungan dengan pihak berkuasa tempatan menyelesaikan segala isu dan masalah berkaitan masyarakat dan Majlis tempatan dengan lebih berkesan lagi. Selagi mana Parti dan PR boleh mendekati masyarakat dan penduduk disesuatu kawasan maka inilah perubahan yang bakal kita lihat untuk masa depan. PR harus proaktif dalam merealisasikan harapan ini, pengharapan beginilah yang akan memertabatkan agenda rakyat yang akan memastikan kemenangan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU 14. Itu adalah ideanya, makanisma dan perlaksanaan harus difikir oleh Parti Pembakang dan Pakatan Rakyat sendiri.


Bukanlah sesuatu keterlaluan dengan mengadakan Himpunan dan dan Demonstrasi tetapi fokuskan keutamaannya, biarlah setiap himpunan itu mempunyai nilai yang tersendiri dan memberi impak yang berkesan. Rakyat menilai seolah sekadar gimik sahaja tampa ada kesudahannya.  Angan-angan Mat jenin tidak akan menjadi kenyataan jika tidak fikir keseriusan nya.

Wednesday, May 22, 2013

ORANG KAMPUNG YANG BIJAK ATAU ORANG BANDARKAH YANG BODOH


Bijaknya orang kampung memilih BN atau Bodohkah orang Bandar memilih PR?

Statistik Pasca PRU ke 13 yang berlalu pada 5hb Mei 2013 menunjukan sokongan pengundi telah dibahagikan kepada dua kelompok iaitu Bandar dan Kampung. Jika mengikut kedudukan sokongan popular PR pasti memerintah dengan mendapat sokongan 53% berbanding BN hanya mendapat 47%. Kenapa trend pengundi di bandar begitu cenderung kepada PR. Adakah orang Bandar mudah dipengaruhi oleh sesuatu isu?. Adakah orang Bandar terlalu mementingkan diri sendiri?. Adakah orang Bandar begitu naïf?. Orang kampung kah yang pandai atau orang Bandar kah yang bodoh dalam kes ini.

Kenapa sokongan dikawasan pendalaman atau kampung cenderung kepada Barisan Nasional. Apakah isu-isu yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat tidak relevan oleh masyarakat kampung yang kita ketahui selama ini isu-isu dipendalaman seperti  isu air, isu jalan, isu elektrik serta tidak ketinggalan dengan isu-isu masalah sosial serta kebajikan gagal ditangani oleh pihak pemerintah BN. Kenapa orang kampung dan pendalaman sayang sangat dengan BN sehingga tidak berani dan mahu untuk melakukan perubahan?. Apakah istimewanya BN sehingga kini diperintah selama lebih 55 tahun perbagai kerosakan dilakukan oleh pemimpin mereka dalam kerajaan BN. Daripada mengambil tanah orang melayu sehinggalah menyerahkan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura. Gejala kerosakan bumi Malaysia dengan sisa radio aktif sehinggalah masalah rasuah yang tidak terkawal sehingga diletakan Malaysia adalah tertinggi amalan rasuahnya.

Dalam masa keseluruhan rakyat Malaysia ingin melakukan perubahan kerajaan, semua orang dan rakyat begitu optimis dengan angin perubahan yang bakal berlaku dalam PRU 13 maka rata-rata slogan, INI KALILAH, JOM UBAH, ASAL BUKAN UMNO, YAKINLAH, UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA, MALAYSIA BARU , MALAYSIA NEGARA BERKEBAJIKAN dan perbagai lagi slogan beredar dan diedar  keseluruh Negara tidak kira di bahagian mana, dipelusuk mana, dipenjuru mana waima di dalam tandas sekali pun menunjukan angin perubahan bakal berlaku di Tanah air tercinta ini. Kenapa ia tidak berlaku apakah ini kerana orang kampung begitu bijak atau bodohkah orang Bandar?.

Bodoh sangatkah orang Bandar atau cerdik sangatkah orang Kampung untu memilih…. Adakah hanya orang Bandar sahaja yang inginkan pemansuhan Tol, pemansuhan PTPTN, Duti eksais kereta diturunkan sehingga rakyat dapat harga yang murah, penurunan harga minyak dan bahan api. Apakah semuanya ini tidak tempias kepada orang kampung atau orang kampung tidak akan terasa dengan kesan dari perubahan ini. Orang kampung kah bijak atau orang bandarkah yang Bodoh. Atau tertutup pintu hati mereka itu hai orang kampung terhadap segala penipuan dan kebobrokan pemimpin BN sehingga terpedaya dengan segala muslihat yang dikatakan kebenaran oleh pemimpin dan Media mereka pemimpin Barisan Nasional.

Orang kampung kah bijak atau orang bandarkah yang bodoh , untuk menilai maka nilaian siapakah yang lebih bijak, adakah orang kampung ramai yang cerdik pandai dan berpelajaran atau adakah orang Bandar yang ramai tercicir dari pendidikan . Bodoh nya orang Bandar memilih PR yang tidak ada pengalaman untuk memerintah atau adakah cerdiknya orang kampung memilih BN yang berpengalaman dengan taktik kotor dan penipuan.

Siapakah yang bodoh dan siapa pulak yang pandai?. Inilah dikatakan pemimpin Barisan Nasional akan sentiasa memastikan 3 perkara asas amat perlu ditekankan jika ingin lagi menjadi pemerintah atau kekal dengan legasi pemerintahan mereka.

Apa itu 3 perkara:

                         Memastikan rakyat Malaysia sentiasa Bodoh dan ketinggalan dalam pendidikan.

Kenapa? Jika rakyat Malaysia bodoh maka mereka boleh memperkotak katikan segala maklumat dan menyembunyikan segala kebenaran dari pengetahuan rakyat. Biarlah Rakyat sentiasa jadi robot yang menurut arahan tuannya. Mendidik rakyat hanya untuk mendapat pelajaran yang tinggi bagi peluang bekerja dengan pendapatan yang tinggi tampa memikirkan nilai-nilai insan dan moral.

                           Memastikan Rakyat akan kekal miskin.

Kenapa? Kemiskinan akan menyebabkan rakyat akan sentiasa bergantung harap dangan mereka. Biarlah mereka hidup kais pagi makan pagi yang penting jika mereka (rakyat) datang meminta kita (pemerintah BN) boleh lagi menyediakan subsidi.

                            Menanam sikap penakut terhadap pemerintah.

Kenapa? Ketakutan ditanam bagi setiap individu dengan sekatan-sekatan sehinggalah untuk menyatakan kebenaran pun tidak boleh. Ruang untuk rakyat menyatakan pandangan dibataskan. Penggunaan Jentera-jentera Kerajaan bagi menakutkan rakyat dengan segala bentuk dan jenis tindakan?

Nilai inikah yang kita mahu, maka siapa yang bodoh dan siapa pula yand cerdik….. Bak kata Pelawak Nabil “ LU FIKIRLAH SENDIRI”.

Monday, April 8, 2013

BULAN ROKET DAN KEADILAN


BULAN, ROKET DAN KEADILAN

TRIBUTE KHAS BUAT PEMINAT BLOG KAPAK TUNJAI YANG DIHORMATI


♪ Kupandang kelangit 
 Kunampak terang 
 Tersenyum bulan 
 Dicelah awan 
Tertanya ia kepada bumi 
Sampai bilakah, mahu kemari 
Jalan kesini

♪ Kutanya hati, kurasa pelik 
Mengapa semua takutkan roket 
Sedangkan kita punya impian 
Hanyalah roket jadi tunggangan 
Ingin kebulan

Wahai manusia ingin kebertanya 
Adakah hidup kekal selamanya 

Mengapa perlu kita berperang 
Sedangkan kita... perlu keadilan



Kerajaan Perpaduan – berkuburnya PKR di Pahang.


Pilihanraya Umum ke 13 tidak berapa minggu lagi, impian menjadikan Pahang sebuah lagi negeri Bekebajikan Rakyat mungkin hanya tinggal impian bagi Pakatan Rakyat jika pemilihan calon tidak ditangani secara baik. Rakyat Pahang yang selama ini inginkan perubahan hanyalah sebuah mimpi indah yang cuba diberi oleh Pimpinan Pakatan Rakyat.

                Hampir pasti sebuah parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS telah menzalimi Rakan Pakatan mereka dengan membolot kebanyakan kerusi yang selama ini menjadi status quo kepada PKR. Apakah PKR terlalu lemah sehingga tidak mampu mempertahankan dan memperjuangkan kerusi tersebut, dan bagaimana pulak rakyat melihat dan menilai kelemahan tersebut. Hakikatnya PKR bakal berkubur di bumi Tok Gajah, agenda siapa?, siapakah dalang dalam sendiwara ini?. Anwar Ibrahim kah patut dipersalahkan atau siapakah “King” dalam PKR dan dimanakah Presidennya yang hanya sebagai boneka kepada Tok dalangyang memainkan sendiwara tersebut?.

Rakyat dan ahli dipaksa akur dengan aturan permainan politik ini, dan benarkah mereka ini calon yang menepati kreteria yang dikehendaki rakyat atau adakah untuk memperkukuhkan legasi yang dikatakan sebagai “king” dalam PKR tersebut..mungkin Azmin Ali boleh menjawabnya. Sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat PKR segalanya ada dalam poket beliau.

               
 Ahli-ahli melihat keakraban individu-individu tertentu dengan DS Anwar Ibrahim mungkin menjadi penghalang kepada “king” untuk mencapai impian. Satu persatu kerektor selepas Saudara Ezam dan kawan-kawan, Zaid Ibrahim, Mustapha Khamil Ayub, Che-gu Bard yang lebih pro rakyat tersungkur dalam episod keji itu. Kini kita melihat suasana ini telah bercambah kepada mereka yang tidak sehaluan. Perbezaan pendapat dan pandangan diketagorikan sebagai musuh kepada “king”.


                  Pahang pada mulanya dikatakan mampu membina sebuah negeri Pakatan Rakyat selepas PRU 13 mungkin tidak boleh berlaku  untuk sekarang. Dimana beberapa Cabang, Bentong, Temerloh, Jerantut, Indera Mahkota serta Paya Besar dikatakan telah tutup kerana protes dengan pemilihan dan penamaan calon yang tidak diterima oleh Cabang dan mereka merasakan usaha cabang seolah tidak diperakui oleh pucuk pimpinan PKR. Begitu besar kesannya jika ini menjadi realiti dan suara akar umbi diambil enteng oleh pucuk pimpinan PKR. Apakah PR hanya berharapkan kepada PAS dan DAP sahaja untuk menawan Negeri Pahang. Begitu juga dengan DAP yang masih lagi tertanya dan tercari-cari  kerusi untuk mereka. Mungkin bebarapa Cabang lagi bakal mengikuti jejak langkah ini juga jika aspirasi ahli dan rakyat dikawasan tersebut tidak diperhalusi oleh pucuk pimpinan PKR.

Maka dengan ini Rakyat Pahang boleh lah berharap Negeri Perpaduan Idea PAS dan UMNO bakal terbentuk dengan menolak Pakatan Rakyat yang ingin membawa pembaharuan dalam system politik Malaysia dengan sebuah negeri berkebajikan Rakyat. Slogan PAS GANTI UMNO memang sinonim dengan ideal tersebut. Parti PAS seolah tidak pernah menghargai usaha yang telah diberikan oleh Rakan dalam Pakatan Rakyat, mereka menikam dan mengambil kesempatan diatas kebaikan rakan mereka dalam Pakatan. Jauh disanubari mereka mengimpikan pimpinan mereka menjadi Menteri Besar dan sehingga kini mereka PAS tidak pernah menyatakan pendirian menyokong DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dimanakah kejujuran mereka yang kita rasa sebagai sebuah Parti Politik yang memperjuangkan Islam. Apakah Islam mereka hanya gimik bagi mendapat kuasa.

Masih belum terlambat lagi untuk Pakatan Rakyat terutamanya PKR dalam membuat keputusan yang bijak… Rakyat inginkan perubahan tetapi untuk membuat perubahan itu perlulah dengan berhemah kena pada masanya, kena pada tempatnya dan kena pada calonnya.

Tuesday, April 2, 2013

EDISI KANTOI UMNO JANGAN BEBAL LA....




Program takaful warga emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan jika ditakdirkan individu yang berusia 60 tahun ke atas dan telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya.

Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas dan juga telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 1 tahun.

Pemohon boleh berdaftar dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pusat Khidmat MES Bangunan SSAAS, Pejabat-pejabat Daerah & Tanah, Pejabat Penghulu, Pejabat Adun dan Pengendali polisi Takaful Warga Emas.

Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Pejabat-pejabat Daerah & Tanah masing-masing, Pejabat Penghulu, Pejabat Adun dan Pengendali polisi Takaful Warga Emas. Permohonan akan diproses dan peserta akan diberikan kad peserta program ini.

Program ini menyediakan perlindungan takaful kepada peserta di mana sejumlah RM500.00 wang tunai akan diterima oleh wasi dalam masa 24 jam selepas dilaporkan kepada pihak Pengendali polisi Takaful Warga Emas berlakunya kematian (wasi hendaklah memaklumkan dengan segera atau selewat-lewatnya 90 hari selepas berlakunya kematian). Manakala Cek RM2,000.00 akan disediakan oleh pengendali polisi Takaful Warga Emas sebaik sahaja dokumen lengkap diterima.

Tuntutan hendaklah dibuat oleh wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) seperti yang dinyatakan di dalam borang pendaftaran.

Kesimpulannya,Kerajaan Negeri beri duit pd waris ...sebab nak meringankan bebas bagi mengurusksn jenazah..sebab bukan semua org ada menabung mcm Kak Mah..Perlu daftar ke pejabat daerah yg terdekat....dan masukkan nama waris yg dipercayai.....perkara itu telah pun d laksana....bila berlaku kematian...kena dtg bersama surat mati ke Pej Daerah br dpt duit tu....boleh la guna jelaskan hutang si mati atau buat tahlil ke....atau buatkan amal jariah untuk si mati....-Jahar
https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif

Monday, April 1, 2013

EDISI KANTOI....PAS TEMERLOH MENZALIMI RAKAN PAKATAN


PAS TEMERLOH MENZALIMI RAKAN PAKATAN

Bukti Provokasi Melampau


Keputusan Majlis presiden Pakatan Rakyat menyatakan keputusan kerusi Temerloh adalah STATUS QUO kepada Parti KEADILAN Rakyat tidak boleh dinafikan. Keputusan itu harus dipertahankan dalam kesepakatan yang harmoni. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus akur dengan pucuk kepimpinan dan tidak perlu melakukan provokasi keras terhadap keputusan tersebut.

Apakah juak-juak ini inginkan kemenangan Pakatan Rakyat atau sekadar hanya untuk menjulang pemimpin mereka yang mencanangkan “TEMERLOH HAK KOME”. Apakah maksud ini, adakah Temerloh ini milik PAS atau milik rakyat Temerloh. Mereka pemimpin boleh gah diatas saja dan bila diperlukan mereka ada dekat kita tapi tengoklah selepas pilihanraya mereka ini hilang entah kemana. Jangan perasanla mereka ini anak Temerloh yang akan bersama rakyat Temerloh.

Atau adakah merasakan Parti KEADILAN Rakyat meminjam, PAS sudah mengatakan bahawa “TEMERLOH HAK KOME”. Pernah adakah perjanjian mengatakan Parlimen Temerloh adalah hak milik PAS mengikut tradisi. Atau adakah hanya sekadar cakap kedai kopi pinjaman itu berlaku. Kalau mengikut tradisinya Temerloh ini tokoh pejuang-pejuang rakyat dari PRSM lah yang memulakan langkah perjuangan. Jangan dinafikan fakta “TEMERLOH HAK KOME”.

Sebilangan Pimpinan PAS bukanlah anak Pahang, Anak Pas Pahang bersama dengan Pakatan Rakyat. Hubungan PKR yang akrab dengan sebahagian pimpinan PAS selalunya diirihatikan oleh mereka ini yang sentiasa membuat onak dengan memberi harapan  kepada sebahagian penyokong mereka. Anak muda PAS dan “grass root” dalam PAS boleh bersama dengan setiap program anjuran Parti KEADILAN RAKYAT Temerloh. NGO-NGO seperti ABU, SAMM, LYNAS dan lain kerap menjalankan program bersama Parti KEADILAN Rakyat Temerloh. Jentera-jentera PKR Temerloh kerap dilihat bersama pimpinan bawahan di peringkat cawangan dengan membuat edaran-edaran risalah pakatan rakyat. Penafian yang keterlaluan terhadap PKR yang konon tidak boleh memberi kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT adalah satu fitnah yang sengaja diuar-uarkan bagi meraih kerusi Parlimen Temerloh.

Sabotaj dari sebilang ahli PAS dengan menghembor kata-kata kesat terhadap petugas-petugas Jentera PKR semasa kerja memasang bendera di Bandar Temerloh adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan, sepatutnya pemimpin mereka patut menjaga adab-adab ahli tambahan mereka ini adalah sebuah Parti yang memperjuangkan ISLAM. Tergamak mereka ini menghembor kata-kata itu kepada petugas “Non Muslim” seolah petugas ini begitu hina sekali dan tidak memberi sumbangan. Ingatlah mereka ini “Non Muslim” banyak sumbangan dalam kemenangan dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Diharap Parti KEADILAN TEMERLOH perlu mendesak kepimpinan PAS supaya sudah-sudah melaungkan “TEMERLOH HAK KOME” kerana seharusnya Parti KEADILAN Rakyat akan terus mempertahankan Parlimen Temerloh walaupun disogok dengan tukaran kerusi mana-mana di dalam Negeri Pahang ini, pendirian PKR adalah tetap. Situasi ini Parti KEADILAN bukan lah TAMAK tetapi hanya sekadar mengharapkan kesamaratan dalam isu ini. Dengan meminggirkan aktiviti bersama, mereka ini telah melukakan hati dan perasan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Program Pemuda Pakatan Rakyat di Mentakab baru-baru ini tidak diberi peluang kepada Anak Muda PKR. Sudahlah tidak diberi peluang untuk berucap, menyatakan kehadiran pun tidak. Pelancaran 7 agenda anak muda Pakatan Rakyat adalah hanya menjadi gimik PAS semata-mata. Sememang kehadiran Pemangku Timbalan AMK seolah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja dan sekurang-kurang berilah perhatian meraikanlah kehadiran beliau.

Apakah mereka ini merasakan mereka cukup kuat dengan perbagai ugutan dilakukan kepada Parti KEADILAN Rakyat. Kononnya untuk mencapai kemenangan pengobanan harus dilakukan dengan mengkhianati Rakan seperjuangan. Patut kah Parti KEADILAN rela kalah, demi mengkhianati rakan adalah tidak sekali. Atau dakah PKR sanggup dilabelkan sebagai Dayus kerana gagal mempertahankan hak sendiri????.

Wednesday, March 27, 2013

KAPAK TUNJAI: PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR

KAPAK TUNJAI: PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR: Pakatan Rakyat Pahang optimis mencapai  kemenangan kepada calonnya yang bertanding dan kemenangan mudah dirasakan iaitu 23 kerusi daripada...

PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR


Pakatan Rakyat Pahang optimis mencapai  kemenangan kepada calonnya yang bertanding dan kemenangan mudah dirasakan iaitu 23 kerusi daripada 44 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Gerak kerja telah lama dilakukan dan mereka sudah bersedia menghadapi bila-bila masa sahaja untuk pembubaran DUN dan Parlimen. Dengan Kesepakatan yang ada dalam Pakatan Rakyat Negeri Pahang, akan memberi kesan yang positif dan begitu amat menakutkan Jentera UMNO Barisan Nasional sehinggakan Perdana Menteri Kerajaan Barisan Nasional sampai kehari ini gagal dan tidak mampu menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi mengistiharkan Pilihanraya ke 13.

Dengan Kemenangan itu Pakatan Rakyat khususnya PAS Pahang bersetuju dan memberi laluan dan sokongan penuh menjadikan calon dari PKR sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Pahang. Mereka PAS telah menyatakan sokongan dalam pertemuan wakil PAS dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Dalam pertemuan itu pihak PAS menyatakan bahawa calon PKR yang dikenal pasti merupakan calon yang sesuai dan menepati Aturan Penubuhan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Menteri Besar. Selain daripada menyatakan komitmen,rombongan  pertemuan itu bertujuan  mengharapkan dan meminta penambahan kerusi untuk Parlimen bagi calon-calon PAS yang masih tiada tempat dengan merasakan mereka mempunyai jentera yang cukup dan kekuatan dalam merampas kerusi UMNO Barisan Nasional.

Berkenaan pembahagian kerusi setakat ini Majlis Presiden masih lagi memegang kepada persetujuan yang sama iaitu status quo seperti PRU 2008. Walaubagaimanapun masih ada perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan diselesaikan dan mungkin ada sedikit rombakan di negeri-negeri selain dari Pahang. Dalam pada itu Dato Seri  Anwar menyerahkan keputusan permintaan kerusi kepada empunya diri samada dari PKR mahupun dari PAS.  PKR Pahang amat berterimakasih kepada semangat setiakawan PAS kerana kerjasama yang erat ini dan akan  memastikan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan walaupun PAS mempunyai peluang bertanding yang lebih dalam DUN mahupun diperingkat Parlimen daripada PKR ataupun DAP.

Blogger merasakan pilihanraya kali ini bukanlah menunjukan kekuatan sesuatu parti politik tetapi lebih kepada keinginan rakyat untuk berubah dan tidak mahu kepada parti–parti politik yang begitu Ekstrim dalam perjuangannya sepertimana mereka (rakyat) menolak UMNO yang begitu kuat dan sinonim dengan kebangsaannya. Dalam mencari kemenangan parti politik kena mengambil pandangan bahawa Malaysia mempunyai perbagai bangsa dan Agama dan Parti politik kena peka dengan perasaan mereka  (rakyat)jika inginkan kemenangan jitu. Adalah tidak adil bagi parti yang baru berbanding parti yang kita tahu sudah lama usianya untuk beradu kekuatan.

Thursday, February 28, 2013

Kaji Selidik: YB Syed Hamid (Adun semantan) Populariti 53% berbanding lain calon




 Atas inisiatif blogger Kapak Tunjai dan beberapa pertubuhan NGO  seperti Pro Rakyat, Briget Mat Kilau dan Rakyat Perihatin telah membuat kaji selidik berkenaan beberapa calon pimpinan Pakatan Rakyat dan BN di N32 DUN Kuala  Semantan untuk mendapat pandangan dari pengundi bagi mencari popularity calon yang bakal bertanding dalam PRU13 dalam N32 DUN Kuala Semantan. Dalam kajian tersebut polar pengundi diambil dibeberapa kawasan diantaranya kawasan Bandar, Kawasan pinggiran Bandar, taman-taman perumahan serta kampung-kampung tradisi dalam N32 DUN Kuala Semantan. Kajian ini juga berlandaskan isu-isu semasa di Daerah Temerloh yang terbahagi kepada 2 sentimen iaitu Melayu dan China serta pengundi baru dan pengundi lama.



Dalam kajian itu mendapati kepopulariti YB Syed Hamid adalah 53%, calon PR muka baru 20% dan calon Barisan Nasional 29%. Satistik ini berdasarkan responden  1000 orang yang diambil dikalangan Pengundi Melayu (Lama), Pengundi Melayu (Muda/baru) dan Pengundi Tionghua. Masyarakat Tiong Hua menunjukan peningkatan begitu ketara sekali iaitu 81% kepada YB Syed, 15% kepada calon BN dan 4% sahaja kepada muka baru calon PR.

Ada pandangan dari segelintir responden dari kalangan pengundi lama masih menaruh harapan terhadap muka baru dari parti PAS untuk menggantikan tempat dan menjadi calon dalam PRU 13 nanti tetapi ianya tidak menjadi kemasalahan kepada Adun Semantan itu  terus bersemangat memperjuangkan politik baru dalam memertabatkan agenda rakyat. Ada dikalangan pimpinan kawasan masih cuba untuk memburukan dan menyerang peribadi Adun Semantan bagi mendapat tempat untuk diangkat sebagai calon.
Pengundi baru dan anak muda menunjukan trend menyokong kesepakatan dalam pakatan Rakyat menolak politik kusam yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka inilah nanti menjadi penentu kepada kemenangan seseorang calon itu. Mereka juga menganggap perpecahan ini memberi  satu kerugian kepada Parti Politik untuk kekal menang.

Dalam kajian juga terhadap masyarakat Tiong Hua di Bandar dan Kampung –kampung Baru China  di Temerloh mendapati mereka lebih selesa dengan kehadiran Syed Hamid sebagai Adun mereka. Program santuni masyarakat Tiong Hua baru-baru ini sempena Sambutan Tahun Baru China membawa satu dimensi baru antara Masyarakat Tiong Hua dan Adun Semantan ini.

Penerimaan ini menunjukkan bahawa mereka berharap Adun Semantan akan terus dicalonkan sebagai Adun Pakatan Rakyat (PAS) dan mengekalkan kemenangan bagi meneruskan agenda Rakyat. Mereka juga berharap sekurangnya YB Syed Hamid dapat berkhidmat untuk sepenggal lagi berbanding muka baru yang belum tahu ketokohan kepimpinan dan  berpengalaman.


Blogger dan NGO-NGO yang bersama dalam menjalankan kaji selidik ini berharap kajian ini boleh dijadikan panduan dan ketetapan dalam menentukan calon-calon dan apa keperluan strategic bagi memastikan calon seterusnya menjana kemenangan kepada sesebuah parti politik yang akan bertanding di Parlimen Temerloh dan Dun Semantan Khususnya.

Wednesday, February 27, 2013

Risalah ROYALTI PAHANG

Risalah ROYALTI PAHANG...boleh print dan buat edaran kepada semua

Front page 1
Inner page 2
Inner page 3
Back page 4


Tuesday, February 26, 2013

PRU 13…ANAK MUDA BANGKIT


Begitu hampir bahang pilihanraya, kibaran bendera parti-parti politik memenuhi persekitaran, bilik gerakan dibuka seperti cendawan yang baru tumbuh selepas hujan turun.  Barisan Nasional (Umno) Nampak lebih dominan mengatasi parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dalam perang dingin pilihanraya. Kenapa begitu meriah sekali seolah Barisan nasional sudah siap siaga menghadapi  pilihanraya. Apakah Najib sudah mendapat ilham bagi membubarkan Dewan Parlimen dalam masa terdekat ni.

Tapi bagi pihak Pakatan Rakyat lain pulak pendekatannya, mereka tidak terikut dengan rentak Barisan Nasional dalam mempromosi kekuatan dengan membuka bilik gerakan dan memenuhi bendera . Mungkin Pakatan Rakyat sudah masak dengan permainan ini dan tidak melatah bersama Barisan Nasional sekadar menunjuk gah dengan kibaran bendera dan memperbanyakan bilik gerakan.  Rakyat pasti tahu tabiat UMNO Barisan Nasional apabila bilik gerakan dibuka pasti ada nilainya dalam RM…sebab itulah mereka berlumba-lumba mendapat laba seketika.

Yang Pastinya RM 3000,00 yang dijanjikan bagi membuka satu bilik gerakan dengan pertaruhkan wang pendahuluan sekitar RM1000.00, selebihnya ketua cawangan punya la. Tak ketinggalan juga memacak dan menaikan bendera dengan nilai RM1.00 – RM 1.50 untuk setiap satu bendera. Budaya yang diamalkan oleh BN ini akan makan diri sendiri dengan harapan kononnya mereka masih ada kekuatan. Lihatlah bila masa pilihanraya sampai, bukan lagi banyak yang dibuka  tapi banyak yang akan ditutup kerana duit tidak diagihkan kepada petugas bilikan gerakan.Budaya UMNO BN ada wang kerja baru jalan ha,ha,ha...

 Pakatan Rakyat terus mendapat ruang dihati pengundi dengan terus memberi penerangan dan penjelasan dengan mendekati masyarakat dengan ihktizam membantu dan memberi keadilan dalam merealisasikan system politik baru kepada Rakyat Malaysia. Tidak kira menggunakan pentas-pentas ceramah, hebahan dan edaran atau menggunakan media social yang begitu efektif dalam dunia baru sekarang ini.

Hari ini berbanding 10 tahun lalu amat berbeza, politik sekarang adalah politik orang muda yang lebih advance, maka pendekatan cara lama tidak sesuai lagi selaras dengan dunia moden orang muda yang lebih bijak menilai info mana yang boleh dipercayai. Anak muda sekarang berbeza dengan anak muda dizaman Mahathir yang mana mereka tidak lagi mahu berada didalam ketakutan lagi, tidak mahu terasa dimiskinkan, tidak lagi boleh diperbodoh oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. Revolusi anak muda begitu ketara sekali dengan kebangkitan Suara Mahasiswa, Kebangkitan Suara Anak Muda Malaysia dan mereka menuntut pencerahan dalam system politik tanah air.
Kita sepatutnya kagum dengan anak muda ini kerana mereka tidak mahu dibelengu dengan ketakutan, kemiskinan dan  kebodohan yang sengaja diterapkan bagi keseterusan survival politik BN.
Apa yang menjadi impian Rakyat merangkumi orang muda bukan mengharapkan bulan bintang dijanjikan, bukan nilai RM 500.00 “one off”, bukan gula-gula sekadar pemanis bagi pembesar menghadapi pilihanraya yang seumpama  umpan untuk memancing ikan dikolam piliharaan tuannya.

Meningkatkan taraf kehidupan dengan menilai semula pendapatan individu dan menurunkan nilai perbelanjaan yang menjadi bebanan masyarakat kini. Sistem kontrak social diantara kaum diberi keutamaan dan kebajikan, keadilan serta ketelusan yang lebih berintigriti  dalam pentadbiran kerajaan. Umumnya apa yang rakyat inginkan adalah keselesaan tampa terasa bebanan yang harus dipikul disebuah Negara yang kaya dengan hasil buminya. Bukannya sebuah Negara yang mempunyai banyak sumber hasil  tetapi menanggung bebanan hutangnya mencecah RM 500 Billion.

Pemimpin kanan UMNO Pahang akan bertukar angin…


Sebagai hiasan...

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah bekerja kuat untuk memenangi hati rakyat Pahang. Perbagai cara digunakan untuk memastikan wadah perjuangan mereka diterima oleh rakyat.
Umno Barisan Nasional merupakan parti pemerintah masih dengan cara yang lama berkempen, menggulakan pengundi dengan pemberian material secara “one Off”. Apakah strategi ini akan member kejayaan kepada pengundi?.

Mungkin cara ini berkesan kepada pengundi di saluran satu, tapi bagi pengundi muda ia suatu yang subjektif ini kerana pengundi muda lebih berilmu dan boleh dikatakan bijak menilai sesuatu. Walaupun mereka dihidangkan dengan berita-berita yang disediakan oleh perbagai media kerajaan tetapi mereka tidak mudah dipengaruhi begitu saja tampa menilai dan mengkaji nilai dan kebenaran sesuatu berita itu.

Barisan Nasional Pahang pasti bergolak dengan perbagai isu yang melanda, ketidakpercayaan pengundi kepada parti pemerintah telah bergerak dari segenap pelusuk, bermula dari pinggiran Bandar, ke rancangan Felda, kampong-kampung tradisi dan tidak ketinggalan kawasan-kawasan terpencil orang Asal.
Dulu kita tidak pernah lihat orang Asal membuat demo, tetapi sekarang mereka begitu semangat dan berani menolak dan menyerahkan memorandum dalam isu-isu keadilan, tanah adat dan hak-hak mereka kepada parti pemerintah. Ada seketika mereka begitu berani berkumpul menyatakan dan menyerahkan bantahan kepada Menteri Besar di bangunan Pejabat Menteri Besar.

Ramai dikalangan pemimpin Umno BN Pahang merasa terancam dengan situasi ini dan tidak nyakin bahawa Kerajaan Umno BN akan kekal memerintah Pahang selepas PRU 13 nanti. Ada berita yang begitu kuat sekali sekarang menyatakan beberapa pemimpin kanan UMNO akan berpindah parti dan membawa segerombolan penyokong mereka berhijrah kepada Pakatan Rakyat. Angin kencang ini pasti menggugat Kerajaan UMNO BN Pahang untuk mengekalkan kekuasaan. Kerusi Adnan Yaakub di Dun Pelangai  (N 36) tidak lagi selamat dan Parlimen Bentong (P 89)pasti akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Parlimen Bentong yang akan ditandingi Parti DAP dari komponen Pakatan Rakyat menunjukkan sokongan yang begitu kuat sekali seolah tidak ada halangan dari BN.

Sebab itu pemimpin Kanan UMNO BN yang diuar-uarkan akan menyeberang berasa bodoh kalau masih bersama BN. Kata beliau lagi 10 hingga 14 kerusi  parlimen dan 25 kerusi DUN dari 42 akan jatuh  kepada Pakatan Rakyat yang akan membina kerajaan selepas PRU 13