Tuesday, February 28, 2012

PANASSSSSSSS terbaru.. Penipuan felda terhadap Peneroka




Setelah terdedahnya bukti minyak sawit Malaysia dieksport ke Israel, barulah kita sedar, bahawa Israel telah berjaya menyimpan stock minyak sawit mentah kita dengan begitu banyak. Bila mereka akan lambakkan? Pasti harga sawit akan jatuh teruk nanti... Tapi bukan sekarang.... Tunggu selepas FGVH berjaya disenaraikan, masa tu barulah Israel akan lambakkan. Akan ramailah yang rugi, akan ramailah yang berhutang, akan ramailah yang tak cukup makan... Saat itu barulah Israel beli mojoriti saham FGVH... Ketika itu jangan salahkan Najib, jangan salahkan ISA samad, kita salahkan Anwar Ibrahim, Mazlan Aliman, Hj Suhaimi Said, Rebin Birham ....
Terbaru ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet. Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel. Tertera dengan jelas adalah nama Sime Darby dari Malaysia. Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel.

link adalah seperti di bawah :
http://www.indexmundi.com/commodities/?commodity=palm-oil&months=120&currency=ils







Penyenaraian FGVH, mereka mempertahankan tanah peneroka tidak terbabit. Betul ker? Kenapa mendesak peneroka menghantar salinan GERAN TANAH, salinan Sijil KPF dan salinan IC? Kalau nak beri Durian Runtuh, sekadar salinan buku Maybank pun dah cukup. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan... Penipuan secara licik sedang dilakukan…
Sentiasa waspada dan berhati-hati... Perlu mendapat penjelasan yang sewajarnya. Jangan menang sorak, kampong tergadai. Dapat duit seciput, merana sepanjang hayat. ISA samad nakkan duit Felda/KPF saja... Hati-hati...

Monday, February 27, 2012

JAIP KATA TAK KHALWATPUN...MANA PUNYA UNDANG2 LU ORANG PAKAI AA..DUK BILIK SORANG2 TU KHALWAT KE???

Terkini Dari JAIP: Ustaz Badrulamin Disahkan Tidak Berkhalwat??

Share 11

KUANTAN, 27 Feb: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang. Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi.




Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain. Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan. Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP. 


Dr Badrulamin ketika ditemui juga mendakwa beliau mempunyai saksi bagi membuktikannya tidak bersalah atas dakwaan khalwat dengan isteri orang di Kuantan pada Sabtu. "Saya bukan berdua-duaan. Anak perempuan itu dan beberapa orang lagi turut berada di situ," katanya yang enggan mendedahkan saksi itu pada masa ini.


Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap. Blog itu juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini. Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan (gambar bawah).

Penipuan dari blogger umno, Apakah kalau tak menipu, bukan umno namanya?




Penjelasan Badrulamin disini




Bersambung disini

AIT..GAMBAR CAMNIPUN BOLE LEPAS KE?? MANA PANGLIMA LUDAH GAMPANG MENYOROK NI?

Akhbar siar Gambar separuh bogel hina Allah




Harian berbahasa Inggeris The Star hari ini memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.

Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" hari ini di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.

Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Akhbar web PAS Harakahdaily, dengan memetik pandangan seorang pembacanya, hari ini mempersoalkan tindakan akhbar itu yang "seolah-olah menghina Islam".

Lidah rasmi parti Islam itu juga mempersoalkan kehadiran penyanyi 41 tahun itu mengadakan konsert di negara ini dan pihak berkuasa patut memantaunya.
 
 
WOITT..MANA PEGI PANGLIMA LUDAH YANG MENGAKU SAYANGKAN ISLAM??? KENAPA TAK LUDAH JE MUKA PENGARANG THE STAR NI?? OOO..BAGI KORANG HINA UMNO TAK BOLE TAPI HINA ISLAM TAKPE YE...KORANG MEMANG DASAR PUKIMAK PANDDY KUTTY BABI SIAL LA!!!!!!!!

GAMPANG SUNGGUH LA SAMSENG TAIK KUCING UMNO NI..TAK DAPAT BAPAK, ANAKPUN NAK DIBANTAINYA..






Sikap para pemimpin tinggi Umno yang sejak akhir-akhir ini sentiasa 'mengarahkan' ahli-ahli, pemuda-pemuda dan ngo-ngonya dan mungkin 'polisnya' mengganggu ceramah Pakatan Rakyat adalah sikap panik yang menunggu masa untuk kecundang.

Para pemimpin Umno nampaknya semakin tumpul idea untuk berbahas telah menggunakan kaedah paling bangang dalam mempertahankan kuasa mereka. Apa yang berlaku di Sembrong tempoh hari adalah gambaran ketumpulan otak Umno.

Apakah dengan cara menggunakan gangster seperti yang berlaku di Sembrong itu akan mampu menarik minat rakyat kepada Umno. Bagi penulis hanya rakyat yang bodoh SAHAJA yang merestui tindakan ganas Umno itu
.





Samseng upahan Umno cuba kasari (tumbuk?) Nurul Izzah

(Fazallah Pit)
PAHANG: Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang malam semalam (26 Februari).
Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan Umno kebelakangan ini, kian berleluasa.
Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar nyaris menjadi mangsa.
“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” katanya.
Menulis di twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat Umno BN.
Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi  tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.
“Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.
“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ,” katanya di twitter jam 1 pagi  ini.
Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN  jam 3 petang hari ini.
Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu  sebagai budaya gangsterisme Umno.
Petang tadi, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.
Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.
Ketua AMK  Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.
Dalam kejadian itu, samseng yang kebanyakannya berkemaja-T merah dan membawa bendera Barisan Nasional (BN) turut melempar botol, kayu dan telur.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27316

Saturday, February 25, 2012

INFO KESIHATAN: AWAS!! WABAK DIABETES SUDAH MENULAR AKIBAT MELANTAK GULA-GULA PRU






Wow..ini sangat serius ni..muahahahaha.. Projek gula2 itu bukan setakat utk men'diabetic'kan rakyat tapi amat merbahaya bagi kesihatan ni.. Semuanya begitu mudah untuk ditabur.. betapa manisnya mulut PM apabila ingin menyejukkan hati rakyat.. Berbillion-billion duit tersembur dari mulut, tapi perlaksanaannya tak nampak habuk..


Camni la UMNO/BN setiap kali adanya PRU/PRK walau di mana sekalipun di Malaysia ni...ada je modal lapok yang akan di bawa untuk dijadikan BAHAN kempen semasa PRU ni.

Tapi nampaknya, negeri yang dikuasai pembangkang lebih beruntung kerana mereka lebih mendapat perhatian berbanding tempat yang dikuasai UMNO/BN. Jadi apa signifikannya? Ramai-ramailah kita menyokong pembangkang. Nescaya hidup kita akan lebih bermakna!!!!!! Muahahahahaha...



 
Actually tak salah bagi gula-gula pada rakyat cuma apa yang kita takuti ialah kelak gigi rakyat akan reput..kalau gigi da reput..pemerintah akan buat apa saja sesuka ati mak bapak dia...dan lagi satu yang tak bestnya...kalau rakyat ketagih gula-gulapun..kerajaan jugak yang akan susah..tol tak??

Sebab rakyat Malaysia ni suka sangat gula-gula..tu pasal la stastistik diabetic naik, harga gula pun naik..nak sokongan punya pasal tabur fulus merata-rata... Proud la to be Malaysian...muahahahahahaha...

Sudah-sudah la guna idea gersang camni sebab hakikatnya Malaysia akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU13 ni..bukan pasal rakyat nak sangat undi pembangkang tapi dan menyampah sangat da dengan kerajaan sekarang ni...kasik ajar sikit Ah Jib Gor and the Goons...

Dalam gula-gula tu mesti ada racun. Jangan ingat semua yang manis tu baik. Ingat pepatah melayu kata ‘mati semut kerana gula' tau..jadi lebihkan gula dalam senyuman sebab senyuman itu adalah sedekah...eh apada aku melalut ni...ceh!!








’.

Friday, February 17, 2012

Pakatan Rakyat Elaun YB potong 10%


Manifesto PAKATAN RAKYAT (PRU 13) semua adun-adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seharusnya memotong Elaun mereka sebanyak 10% dan disumbangkan kepada Kebajikan Rakyat. Adakah mereka berani melakukan jika niat mereka untuk menjadi YB (Yang Berkhidmat)????? Ya sebab mereka berkerja untuk rakyat. Rakyat adalah bos dan majikan mereka.

Mereka dah nampak duit...sekarang ni semua pakat berebut -rebut nak jadi YB, sampai sanggup jatuh-menjatuhkan sesama mereka walaupun mereka tahu mereka tidak layak menjadi pemimpin...."Bila sesuatu itu diuruskan dikalangan mereka yang bukan pakar dan sepatutnya, maka tunggulah saat kehancuran". Yang salah apabila YB buat duit melalui duit rakyat. Amanah yang sepatutnya dipegang dicampak begitu saja. “Sorry to say” tak ramai YB yang jujur dan amanah di Malaysia..

Kenapa ramai yang berebut-rebut untuk menjadi YB...apakah mereka tahu itu amanah rakyat...bila mereka diatas mereka pulak menindas dan melupakan rakyat. Tidakkah mereka tahu naiknya mereka disebabkan sokongan rakyat.
 Kenapa? sebab duit dan pangkatlah..mereka akan hidup senang-lenang, saudaramara (Kroni) semua cukup makan atau terlebih makan. Nak orang sanjung dan hormat, rasa bangga tak tinggi diri “ yeahh semua orag hormat aku”. Bukan kerja mudah sebenarnya menjadi YB (pemimpin). Allah S.W.T akan mempersoalkan mereka jika tidak adil. Allah tak akan terlepas pandang. Apa yang paling susah dalam hidup? Solat? Zakat? Haji?, tapi berat lagi AMANAH. KERJA UNTUK RAKYAT KENA LA BANYAK BERKORBAN....

Rasa tak mungkin YB ni sanggup memotong elaun mereka seperti Tuan Guru Nik Aziz....Kalau boleh mereka ni nak tambah lagi elaun, nak tambah segalanya yang boleh ditambah. Duit  tak akan cukup selagi hidup kat dunia..potong 10% elaun..mereka tmbah 50% duit belakang….Kita tidak kisah duit mereka itu tapi yang kita tidak mahu mereka merompak hak rakyat untuk mengayakan diri, saudara, kroni mereka. Pejuang berteraskan keikhlasan itu yang penting, sekarang semuanya itu tak penting yang pasti diri dahulu diutamakan. Istihar harta semua YB takut?...konon bahaya katanya….la.

Nak potong 10%..fuh..pecah laa parlimen tu..Kalau Najib istihar elaun YB BN dipotong 15 % apa kah kita akan sokong BN?, elaun potong 15  %...lepas tu rembat harta negara berjuta-juta...mana lebih baik????? bukan jumlah elaun yg harus kita pertikaikan..fikir-fikirkanlah semua. Ssiapa tak sayang duit??????. gaji mereka berapa? kalau sekadar 5k baru boleh pakai kereta perdana tapi kalau dah pakai mezzzzz, gaji berapa + elaun + sumbangan ehsan... sama la juga, kalau BN/PR dan lain-lain parti  jadi YB..... kat pejabat semua dapat elaun, berapa tak penting tapi lagak ngeri tu yang paling merisaukan kita. Sepatutnya pemimpin yang baik dan bagus akan dipilih rakyat. Langkah pertama, cari calon YB yg berkaliber, lepas tu bayar elaun MP yang tinggi mengikut standard swasta. Kalau kita kurangkan elaun mereka sehingga tak cukup makan, kena rasuah pulak! Bak kat Mr Mat Bin Salleh: "Bayar kacang, dapat monyet!"


Najib rayu pertolongan di Batu Caves


Najib kata, "gua tolong lu, lu tolong gua"
“Lu tolong gua, gua tolong lu!”….. itulah maksud kata-kata Najib kepada kaum India semasa melawat Batu Caves sempena hari Thaipusam pagi tadi. Najib menyeru kaum India supaya mempercayai beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan kaum India dan memberikan beliau sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. "Tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan” kata Najib lantang dan jelas.
Janji seperti ini telah dibuat setiap pilihanraya tiba sejak tiga puluh tahun yang lalu. Janji ini bukan sahaja dibuat kepada kaum India tetapi semua kaum termasuk kaum Najib sendiri, iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini.
Janji ini jugalah yang akan ditabur dalam pilihanraya yang akan datang kerana kita tahu segala janji yang dibuat pagi tadi tidak akan kemana.

Tetapi kepada siapa yang masih yakin dan percaya kepada janji itu terpulang kepada mereka. Setiap rakyat berhak untuk memilih untuk dibohongi terus-terusan atau mengelak dari pembohongan tersebut. Sebagai seorang Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan Persekutuan, janji yang dibuat secara peribadi itu merupakan tindakan ‘desperate’ dan kata-katanya itu tidak melambangkan beliau seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ yang memimpin rakyat yang berbilang kaum itu.

Orang melayu telah dijanjikan bermacam-macam setiap pilihanraya, tetapi kita lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah terlalu jauh dari menepati janji-janji yang telah dibuat kepada mereka. UMNO telah menjadikan orang melayu hanya sebagai dahan bongkok untuk ‘kera-kera’ meniti dan digunakan untuk memberikan sokongan dalam pilihanraya sahaja. Orang melayu dan rakyat hanya diberikan rm 500 upah sebelum pilihanraya ini untuk mendapatkan kuasa dan terus menjajah pemikiran bangsanya sendiri.

Berbillion habis dibelanjakan untuk membayar undi, tetapi dengan jumlah itu tidak memberikan apa-apa kesenangan kepada orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. Hutang kerajaan telah mencecah hampir RM300 billion tidak termasuk hutang-hutang yang dibuat melalui ‘off budget agencies’ yang berbillion billion lagi. Najib berbelanja untuk kempennya seperti seorang maharaja besar sedangkan wang itu semuanya wang rakyat jelata. Saya pernah menulis yang harga untuk mengekalkan kuasa UMNO dan Najib ini amat mahal harganya.

Itu tidak termasuk harga yang dibayar rakyat untuk membayar komission kepada Menteri-Menteri dan kroni-kroni dalam pembelian bekalan dan keperluan kementerian dan negara. Semuanya diperah dari titik peluh rakyat bukannya dari wang UMNO atau BN.

Rakyat sedang marah dan lebih marah lagi apabila mendengar seorang Perdana Menteri membuat janji timbal balas dengan kaum India seperti negara ini adalah negara kepunyaan keluarganya sendiri. “Saya tolong anda, anda tolong saya’ ini telah dihamburkan banyak kali dan tiba masanya bagi kita untuk meminta Najib memberhentikannya. Najib mesti hormati perasaan orang yang mendengarnya.

Rakyat sepatutnya dihampiri oleh dasar yang baik dan sempurna bukannya dihampiri oleh seorang individu pemimpin yang berjanji,’gua tolong lu, lu tolong sama gua’. Kalau ada perasaan ‘desperate’ pun janganlah tunjukkan sangat sehingga terkeluar janji-janji peribadi dalam kempen pilihanraya.

Yang berjanji sepatutnya rakyat. Rakyat sepatutnya yang berjanji untuk mendapatkan kerajaan yang bersih dan telus untuk menjaga kepentingan kaum India dan lain-lain kaum di negara ini, bukannya individu Najib. Itu sebabnya rakyat sedang berusaha untuk mencari gantian kepada pimpinan yang ada untuk mengambil perhatian terhadap bukan sahaja kepada kaum India tetapi bagi semua kaum yang hidup dalam negara bertuah ini.

Kita perlu ingat jika semua janji-janji manis kerajaan dilaksanakan tidak mungkin rakyat memberontak dalam jiwa mereka sehinggakan kita menghadapi situasi politik yang tidak menentu masakini. Sekarang berjanji lagi dan kita tahu hasilnya akan tetap sama.

Yang akan senang hidup dalam keadaan ‘super’ kaya adalah ‘warlords’ dan kroni-kroni UMNO dan BN. Rakyat biasa tetap menganga lebar memerhati pemimpin dan keluarga mereka hidup mewah-mewah yang tidak ada tolok bandingnya walaupun isteri mereka hanya datang dari gulungan rakyat biasa sahaja sebelum menjadi isteri pemimpin-pemimpin besar negara.

Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama juga mundar mandir untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat yang terbiar dan tertipu selama ini. Dalam masa pilihanraya menghampiri kita inilah mereka turun kebawah menyuruh kita ‘membajak sawah pagi ke petang. Apabila mendapat hasilnya padi-padi tadi akan dimasukkan ke dalam kepuk di mana tikus-tikus gemuk akan membahamnya’.

Yang akan ditinggalkan oleh tikus-tikus ini hanyalah hampa-hampa padi seperti yang dibahagi-bahagikan melalui BRIM sebanyak RM500 itu. RM1 trillion wang kita telah dibawa keluar negara sejak sepuluh tahun dahulu. Saya telah menyaksikan rakyat yang lapar ini beratur hampir lima jam untuk mendapatkan RM500 itu. Kepada yang mempunyai perasaan mereka akan melihat mereka beratur dengan perasaan sedih dan pilu. Itu sahajalah yang mereka dapat setelah UMNO memerintah selama 55 tahun.

Setelah mendapat hasil padi hasil bajakan ‘kerbau-kerbau’ ini mereka akan hilang dan menjual hasil bajakan rakyat tadi…bershopping ke London, New York, Paris. Rakyat yang telah diperah peluhnya tadi hanya mendengar sahaja tuan-tuan besar ini membelanjakan hasil pembajakan mereka itu.

Bagi saya tindakan memperbodohkan rakyat ini wajar dihentikan dahulu lagi, tetapi tidak juga dihentikan. Pemimpin-pemimpin kita mengambil rakyat ramai ‘for granted’, boleh diperlakukan apa sahaja. Selagi rakyat khususnya orang Melayu miskin, selagi itulah UMNO dan BN mengharapkan sokongan dari mereka ini. Lagi miskin rakyat lagi mudah pimpinan kita menipu dan menyesatkan negara. Memang benar kata agama kita yang ‘kemiskinan itu membawa kekufuran’.

Letih kita dibuatnya. Kali ini kita terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuang undi. Kalau kita melakukan kesilapan lagi maka kita jugalah yang kecewa dan menganga melihat pimpinan kita memferaidkan hasil mahsul rakyat sehingga kering kontang.

Kita mesti ingat, jika kita hendak menjaga harta benda kita jangan biarkan pencuri dan perompak mendekati kita. Kita kunci betul-betul supaya penyamun dan perompak tidak dapat masuk lagi.

Gua ingat gua tak mau tolong lu.
- Aspan Alias
Najib tegaskan India perlu 'nambikei'
Hazlan Zakaria - 3:32PM Feb 7, 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa masyarakat India memerlukan "nambikei" atau kepercayaan terhadap kerajaan supaya banyak perkara boleh dilakukan.

Bercakap di harapan ribuan penganut Hindu yang merayakan Thaipusam di Batu Caves, beliau berkata negara ini memerlukan kerjasama antara masyarakat dan NGO India dengan kerajaan.

"Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu," kata perdana menteri disambut sorakan daripada hadirin.

Beliau turut mengingatkan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sekolah RM100 dan baucar buku RM200 kepada pelajar yang diberikan kerajaan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib memberi jaminan segala janji yang dibuat BN, sama ada bagi komuniti India mahupun bangsa lain, akan tetap dilaksanakan.

Katanya seperti mana pentingnya Hari Thaipusam bagi masyarakat Hindu, sebagai hari untuk berhajat dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik, kerajaan juga berharap dapat memberi masa depan yang lebih terjamin dan menambah kualiti kehidupan rakyat.

Beliau berkata komitmen kerajaan untuk membantu kaum India dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, keagamaan dan masalah kewarganegaraan telah menunjukkan kesan positif kerana bantuan yang dihulurkan jauh lebih besar daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Kita tidak pernah mungkir janji... kalau kita janji untuk melakukan sesuatu, kerajaan BN akan laksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.

Najib berkata selain pelbagai suntikan yang telah diberikan untuk meningkatkan taraf pendidikan kaum India, kerajaan juga akan meluluskan pembinaan enam buah lagi SJKT baru di Selangor, Perak, Kedah dan Johor, seperti yang diputuskan pada pertemuan dengan guru-guru besar SJKT baru-baru ini.

Hadir sama ialah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishanmuddin Hussein.
- Malaysia Kini
Berkaitan:

Saturday, February 11, 2012

TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN BN-PERIHATIN NASIB RAKYAT


Terima kasih kepada kerajaan BN yang amat prihatin akan nasib rakyat..RM500 untuk 4 tahun. Untung 4 tahun ni dah masuk umur 70 tahun baru nak dapat syukur...syukur...ya Allah..syukur alhamdulillah....... Mengapa harus dipandang negatif apakata kita pandang ianya positif?
Kalaulah macam ni PEMURAHnya KERAJAAN diberinya ROYALTI pada KELANTAN alangkah BAIKnya...dan geran PEMBANGUNAN diberikan awal pada setiap tahun...barulah PRIHATIN namanya tanpa mengira IDEOLOGI POLITIK! Kan dia org cuma pulangkan semula duit rakyat..tapi lagaknya macam dia orang punya duit ....

Betul tu...adalah lebih baik jika KERAJAAN dapat menstabilkan HARGA BARANGAN PENGGUNA...boleh buat jika ada KEMAHUAN...contohnya HARGA AYAM....lepas raya Cina mendadak turunnya sehingga RM5...tengok sat lagi mencanak2 naiknya...bukan susah nak bagi harga STABIL...tapi apakan daya...POLITIKUS sendiri menjadi PENGERUSI kepada SYARIKAT PERNIAGAAN AYAM...habis macam mana harga nak turun...entahlah! jgn jd hamba duit.....

Macam harga gula juga...masa tauke cina jadi raja gula tak pula gula naik...tapi bila org melayu ambil alih ( syed mokhtar) gula terus naik...apa punya fesyen la ....semata2 nak bagi untung kat mamat tu ...rakyat yang jadi mangsa.. Isu ini  bukan 4 tahun ... 54 tahun dah ?... kita rakyat  kebuloq duit sungguh... tak tau la .. Itu la umpan orang melayu, orang china makan juga umpan tu tapi tahi dia kasi balik ... kita bersyukur kerajaan bagi RM500 kpd rakyat yg miskin........tapi adakah kita bersyukur kerajaan menghabiskan duit rakyat RM250 juta untuk syarikat lembu yang menternak lembu kat kondo.... Macam ni ke nak diharapkan RM500 ini diberikan setiap tahun......

Ini la namanya politik...siapa pandai menguasai khalayak maka orang itu dianggap hero...jadi pilih la yang terbaik...duit rakyat tu tapi mengaku macam dia punya.. Eeemmmmm...  bagi duit RM500 kepoh dan kecoh, pemohonan 70% yang tak di terima tu macam mana!!! nak bagi.... bagilah sama rata, baru adil!! setakat RM500  - 1 penggal..... jumlah bersih 1 hari = RM0.92... nak beli ikan masin pun tak lepas! huhuhuhu....

Memang kita inginkan konsep 'keadilan'....rakyat dapat sikit...tapi ada individu tertentu buat syarikat dan belasah duit yang sepatutnya bagi rakyat.  Pendapat' "lihat yg positif".....tapi yg positif tu terserlah pada tahun ni....napa bukan tahun lepas atau tahun sebelumnya.....kata tak ada kerajaan tak duit dan perlu berjimat....tapi tahun ni ada pulak duitnya.... kan Nampak sangat putar belitnya.
Mereka bagi RM500...media arus perdana , TV 3, Utusan Melayu  sibuk mencanang dan mencerita tentang keprihatinan kerajaan...seolah olah RM500 duit dari BN......Mereka spin supaya rakyat pening ,rakyat sebenarnya tak faham membezakan duit BN dengan duit kerajaan.....

Lepas pru13....harga barang akan mencanak naik..RM500 tu kejap je abis. Sepatutnya kerajaan membuat dasar yang lebih adil dan menyeluruh....turun petrol dan tol akan memberi impak yg lebih positif... kpd rakyat miskin; sederhana dan kaya. Kalau kerajaan nak adil kena bantu negeri negeri yg miskin secara saksama....rolyati minyak untuk kerajaan kelantan sepatutnya diberi.

Rakan Kapar…Blues untuk Rakyat..

Friday, February 10, 2012

Aziz Bari membawa hasrat Rakyat bukan hasrat Parti



Aziz Bari membawa hasrat Rakyat bukan hasrat Parti...Rakyat inginkan perubahan betul ke? hasrat parti adalah hasrat rakyat. Parti mempunyai agenda...tetapi apa pulak agenda rakyat?. Agenda merupakan daripada keperluan rakyat.. kalau rakyat perlukan agenda.. perlu menyertai parti untuk memperolehi kemenangan.
Aziz bari merupakan orang Parti ke..atau Parti politik maukan beliau untuk survival politik mereka...atau memang demand Aziz bari untuk mendapat tempat selepas tidak lagi menjadi pensyarah.Orang politik bukan saja orang yang berada di dalam parti.. dalam Malaysia ni berapa ramai yg tidak menyertai parti dan menjadi BEBAS ketika bertanding.. mereka juga membawa agenda.. mereka juga membawa hasrat rakyat.. dan mereka juga mampu menang.. kalau prof tidak menyertai parti sekalipun, jika dia bertanding, itu sudah bermakna dia orang politik walau pun dia tidak menyertai mana-mana parti atau menggunakan tiket mana-mana parti.
Orang politik tidak bermaksud dia perjuangkan agenda Parti politik...mungkin beliau merasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran.. Tapi kenapa beliau bertanding ditempat yang sudah pasti kepunyaan Parti PKR kenapa tidak bertanding atas tiket bebas. Adakah ada persetujuan berlaku antara PKR dan Aziz Bari....Takut berlaku lagi kes-kes Katak-katak berlompatan..
Jika dia terpanggil untuk menyatakan kebenaran, kemudian bertanding.. itu adalah org politik la.. politik ni x semestinya berparti.. tapi dalam islam.. politik mesti duduk dalam 1 Jamaah.. jikalah dia lebih selesa dengan BEBAS, tiada sapa mampu menghalang kerana itu adalah hak dia.. tapi jika dia ingin menggunakan tiket parti, itu sudah baik baginya, sekurang2nya ada keingginan untuk bersama dalam jamaah.. sebagai tanda, menyuarakan dan menyatakan pandangan melalui semangat parti..
Adakah selepas ini akan ADA AZIZ BARI 2.....Adam Adli, Safuan Anang, Khalid Ismath..akan ditawarkan untuk survival PKR..kerana pengaruh mereka? cuma untuk berkongsi pendapat aje
wallahu a'lam, parti2 yg ada sepatutnya lebih matang untuk menerima sesiapa yg bertanding pada PRU13 nanti sbg langkah berhati2..tapisan perlu ada.. jangan berjuang kerana semangat, dan cita-cita sahaja, esok akan hancur dan lebur.. Jadi bagus untuk Aziz Bari masyuk Parti PKR la atau Tidak ada parti?
susah nak menjawab, kita rakyat Marhein ni mampu bagi pendapat je.. terserah kepada pendapat org2 parti untuk menasihat beliau.
Setujukah dengan  pandangan..sebab rasionalnya pasti ada, kenapa dan bagaimana? cuma perlu dikupas dengan halus supaya tiada kemelut yang berlaku. Jangan kerana kita suka kita ambik dan kita benci kita buang...kekadang yang kita benci itu adalah kesempurnaan...Jadi rakyat akan menilai semuanya.
setakat ini Aziz bari yang terbaik la...tak ada lagi calon yang sesuai..tetapi perlukah beliau menggunakan tiket PKR kenapa tidak PAS atau PUN DAP????

Tuesday, February 7, 2012

Tolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar

Alhamdullilah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, benarlah rencana ALLAH itu tiada siapa yang tahu, satu ketika dahulu Zizan pernah melakukan khilaf gara-gara lakonannya dalam filem hantu bonceng, dicerca dan dimaki, Zizan akui kesilapanya itu dan minta dimaafkan. hari Zizan kini semakin hampir pada Islam.  

Ramai yang tidak tahu Zizan ditawarkan RM18,000 untuk menjadi pengacara Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada 31 december 2011, mungkin saja bagi artis lain yang tengah ghairah mengumpul wang ringgit peluang itu tidak akan dilepaskan sama sekali.



Seperti juga yang dilaporkan oleh blog Tinta hijau dikaki bukit, Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu., tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Zizan.

Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang bayaran yang ingin diberikan, namun atas dasar menghormati Zizan yang dianggap salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000 sebagai tanda penghargaan dari penganjur.
Program tersebut berjaya menarik lebih kurang 80 ribu pengunjung, ia merupakan satu langkah baru dalam meraikan sesuatu sambutan, dan kebanyakan pengunjung adalah orang muda, ini menunjukkan orang muda sekarang mula mencari sesuatu yang lebih baik, mereka sudah mula menolak hiburan yang melalaikan semata-mata.

Kepada Zizan, tahniah, hanya Allah yang akan membalas apa yang anda lakukan, teruskan usaha anda, anda kini dipandang tinggi oleh ramai anak-anak muda.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Sumber:  Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 

Monday, February 6, 2012

DAP GUSAR....UMNO RISAU...Gerombolan Melayu Menyertai DAP


 UmnO makin risau dengan gerombolan pemuda dan orang melayu mula mendekati DAP. UMNO tidak boleh lagi mengatakan DAP adalah sebuah parti perkauman. Ramai melayu telah tertarik dengan idologi DAP yang mana mereka tidak lagi mempercayai UMNO sebagai Parti yang melaungkan agenda melayu. Melayu UMNO didifinasikan kepada mereka yang rapat sahaja (Kroni). 
Orang melayu kebanyakan diketepikan dan kalau boleh orang melayu didalam UMNO akan terus dibiarkan bodoh supaya tidak menjadi pesaing atau boleh dikatakan tidak melawan tuannya. Umno mahu orang melayu ini sentiasa menjadi Pak Angguk dalam segala sistuasi.
Dalam pada itu pula DAP tidak boleh mengatakan lagi Parti itu hanya untuk kaum china sahaja. Mungkin ini juga membuat pemimpin-pemimpin DAP dari kalangan china merasa gusar juga apabila berhadapan dengan situasi ini. Mungkin Lim Kit Siang patut memberi peluang kepada semua anak muda dan para akedemik melayu menyertai DAP bagi menangkis bahawa DAP bukan Parti bangsa China tetapi Multi racial Parti yang berteraskan Malaysian Nation.
Sekarang ini telah mula kita lihat penyokong-penyokong DAP telah bersama seperti sudah ada Group-group dalam facebook iaitu DAP GAGASAN MANJOI dan MELAYU DAP.....Apakah satu strategik bagi menggerunkan pihak UMNO Barisan Nasional bahawa bukan UMNO sahaja yang mengambil berat atau membela nasib Melayu atau DAP memerlukan Melayu untuk mengambil tempat ketua negeri jika DAP mendapat kerusi yang banyak? dimanakah rasional semua ini.