Wednesday, December 28, 2011

ANTARA DUA DARJAT ....SELANGOR KU

PRU 13 bakal menjelang...BN akan sedaya upaya "BY HOOK @ BY CROOK...Selangor akan ditawan dari pada kerajaan Pakatan Rakyat yang sedia ada. Relakah anda Rakyat Selangor melepaskan kepada UMNO Barisan Nasional setelah kerja keras oleh Rakyat yang inginkan perubahan dilakukan. Rakyat masih penat lagi berjuang dan masih awal lagi untuk merasa nikmatnya. Dengan hanya pakatan Rakyat memerintah maka kebajikan rakyat begitu terjaga.

Yang Gagap tetapi cekap menguruskan harta rakyat

@

Yang Petah tetapi  Merompak duit Rakyat


Tuesday, December 27, 2011

Aku tetap menyokong Hassan Ali.....Kenapa????


Selagi Hassan tidak keluar dari PAS dan Pakatan Rakyat aku akan tetap memberi 100% sokongan kepada beliau. Jangan terpadaya dengan tipu daya UMNO dan BN kerana mereka sentiasa mencemburui kekuatan Pakatan Rakyat dan sentiasa cuba untuk memporakpurandakan kekuatan Pakatan Rakyat.
UMNO dan Barisan Nasional akan mencari jalan bagaimana ketegangan ini akan merapuhkan perpaduan dalam PAS.

Ketahuilah Hassan Ali bukan calang-calang orang, beliau sentiasa mempunyai strategi dalam memperjuangagkan islam di Bumi Malaysia ini. Mungkin sesetengah daripada kita tidak nampak apa yang beliau nampak? persoalannya Hassan Ali masih relevan lagi dalam perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat keseluruhannya

Saturday, December 24, 2011

Friday, December 23, 2011

BANGSA MELAYU PELACUR.....MANA MARUAH???



Hakikat bahawa orang-orang Melayu telah mula memahami perjuangan DAP tidak dapat disangkal lagi. Maksudnya Melayu tidak lagi takut atau benci dengan DAP walau pun jentera propaganda UMNO membuat tohmahan kononnya DAP mahu memusnahkan bangsa Melayu, mahu menghancurkan Islam dan pelbagai fitnah lain.
Tidak dinafikan ada segelintir orang Melayu yang menjadi ahli DAP kerana mahu kedudukan dalam parti, mahu menjadi calon pilihan raya atau kerana kecewa kepada parti lawan (mungkin parti asalnya).
Namun ini bukan hanya berlaku kepada orang Melayu sahaja, ia meliputi semua kaum. Masalah ini juga bukan tertumpu kepada DAP sahaja, ia turut berlaku pada parti-parti lain.
Lumrah berpolitik seperti itu memang tidak dapat dielak, mana mungkin kita dapat mengenal pasti insan-insan yang sekadar mahu mengambil kesempatan. Apabila telah dapat, dia berubah, jika tidak dapat, dia melompat.
Tiada mekanisme sempurna untuk mengelakkan keadaan ini kecuali dinamika politik kita telah berubah.
Minda parti kaum
Kewujudan minda ‘parti ini untuk kaum ini, parti itu untuk kaum itu’ masih membekas dalam semua lapisan masyarakat, tua atau muda, Muslim atau agama lain, kaya atau miskin, yang berpelajaran atau pun tidak. Seolah-olah semua pengetahuan yang kita miliki hari ini tidak boleh menjamin kita untuk tidak berminda assabiyah – rasis.
Dogma yang telah ditanam di dalam benak bangsa Malaysia sejak separuh abad yang lalu oleh UMNO, MCA dan MIC cukup dalam dan lama sekali kesannya.
Ia bukan hanya berlaku dalam Barisan Nasional sahaja tetapi turut menjangkiti segelintir golongan dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR, PAS dan termasuk DAP sendiri. Ini kenyataan yang cukup pahit untuk ditelan.
Malah, bukan hanya Melayu dalam UMNO, PKR atau PAS sahaja yang berfikiran ‘parti berasaskan kaum’, ada juga kaum Cina dan India dalam MCA, MIC, GERAKAN, PKR dan DAP yang berkongsi pandangan assabiyah itu, sama ada secara sedar atau tidak.
Malah bagi kaum-kaum etnik peribumi Sabah dan Sarawak juga wujud mentaliti sedemikian. Ia menggambarkan seolah-olah sifat bangsa Asia yang berkabilah menjadi asas bagaimana dimensi politik hari ini dimanipulasi dan dicorakkan.
Jadi, demografi masyarakat apakah yang akan kita lahirkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara?
Apakah bentuk sistem pendidikan terhadap kepelbagaian, hak asasi, peluang saksama, prinsip dan amalan demokrasi serta keadilan yang mahu dibawakan jika usaha itu tidak tekun dilaksanakan dengan gigih pada masa ini?
http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/12/pix-for-apabila-melayu-menerima-dap.jpg
Assibiyah dalaman
Yang paling menakutkan ialah, apabila kita bercakap tentang prinsip-prinsip di atas platform DAP misalnya (platform yang digambarkan sebagai bukan Melayu), masih ada orang Melayu Islam yang mendakwa kita yang bercakap tentang prinsip itu sudah menerima ajaran lain dari Islam, menyimpang dan sesat, serta kemaruk dengan ‘agama baru’ seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor baru-baru ini.
Lihatlah bagaimana prinsip paling asas sebegini pun mudah sekali dipesongkan makna dan konteksnya. Mereka yang mendakwa itu seolah-olah memahami Islam itu hanya datang dalam bahasa dan budaya Arab sahaja, atau ilmu pengetahauan itu hanya dikembangkan oleh tamadun Islam dan Melayu semata-mata.
Seolah-olah kaum dan bangsa dari tamadun lain tidak pernah menyumbang apa-apa pun kepada manusia dan kehidupan kita.
Contohnya, apabila DAP sebagai parti bukan kaum yang menerima pelbagai kaum mengalu-alukan penyertaan orang Melayu ke dalam partinya, maka reaksi orang Melayu, termasuk segelintir manusia dari PKR dan PAS sudah mula menjeling-jeling dan berkenyit mata tanda sinis dan curiga.
Adakah mereka bimbang DAP akan jadi lebih ‘menawan’? Atau pengaruh politik mereka akan terhakis? Atau mereka juga terperap dalam tempurung yang dicipta kepimpinan UMNO sejak sekian lamanya?
Itu rasa hati segelintir Melayu di luar DAP. Bagaimana pula perasaan kaum Cina, sama ada di luar atau di dalam DAP sendiri?
Ada juga segelintir orang Cina dalam DAP yang dahi mereka mula berkerut bimbang. Adakah golongan ini khuatir jika orang Melayu suatu hari kelak menjadi dominan dalam DAP?  Atau takut jika ada orang Melayu akan mejadi Setiausaha Agung parti?
Yang pasti semua kebimbangan itu tidak berasas. Tetapi inilah realiti di luar dan di dalamnya.
Mentaliti assaabiyah ini menyepit manusia-manusia yang ingin mempraktiskan apa yang mereka faham dan yakini. Ruang untuk membina dinamika baru dalam mana-mana arena terlalu mudah disalahtafsirkan.
Jalan tengah jalan keluar
Jika perasaan ini tersemat dalam hati, akhirnya, slogan ‘Reformasi’, ‘Keadilan Untuk Semua’, ‘PAS Untuk Semua’, ‘Jalan Tengah Malaysia’, ‘Selamatkan Malaysia’ atau ‘Harapan Baru’ hanyalah omongan kosong yang tidak ada beza dengan slogan 1Malaysia.
Dengan maksud lain, manusia-manusia yang demokrat, berhaluan sederhana dan moderat wujud terpencar-pencar dalam semua parti politik. Mereka ada dalam Pakatan, malah ada segelintir manusia seperti itu dalam BN walau pun suara mereka disenyapkan pucuk pimpinan.
Insan-insan moderat ini terperangkap dalam dinamika dan persepsi assaabiyah parti politik mereka. Ini akan menjadi satu tragedi demokrasi dalam negara kita jika ia tidak ditangani segera.
Kejahilan ini ubatnya hanya satu, iaitu beristiqamah mencelikkan hati dan akal kita serta berkongsi pandangan dengan para sahabat dan kawan.
Dalam politik, ‘kompromi’ dan ‘tolak ansur’ bukan kata-kata yang kotor. Ia titik permulaan ke arah persaudaraan yang sebenar. Ia adalah jalan tengah yang menwarkan jalan keluar dari kemelut perkauman. Hanya semangat itu dapat mematikan saki-baki minda assabiyah dalam Pakatan.
Mujur majoriti ahli dan pemimpin Pakatan sudah terbuka minda dan menerima kepelbagaian kaum. Namun yang segelintir itu masih perlu dicerahkan minda, jiwa dan hati mereka agar Pakatan Rakyat tidak menjadi BN 2.0. 

Tuesday, December 20, 2011

MOBILISASI "BEBASKAN ANWAR"


#BebasAnwar901 bagi menghimpunkan seramai mungkin sokongan untuk menuntut pembebasan terhadap Anwar. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan.

DEMOKRASI MALAYSIA.... INDONESIA PASTI KETAWA

Jika tuntutan rakyat Indonesia menuntut perubahan atau reformasi  pada tahun 1998 tidak berjaya, barangkali sehingga hari ini Golkar masih menjadi kerajaan yang memerintah Indonesia.
Jika ada yang berubah hanya presiden dan menteri-menteri. Barangkali presiden Suharto akan melantik menantunya, atau anaknya Hutomo atau pemimpin kanan seperti Akbar Tanjung. 

Dasar parti masih sama, tidak banyak akan berubah. Budaya dan sikap masih sama. Jika ada yang berubah hanya stail kepimpinan.

Tetapi rakyat Indonesia telah melakukan sesuatu yang pada mulanya dirasakan mustahil. Sukarno tunduk kepada desakan rakyat. Penggantinya Habibie yang mengetuai parti GOLKAR tewas kepada pemimpin buta, Abdul Wahid atau Bapak Gus Dur.

Gus Dur selepas itu digantikan Megawati Sukarnoputri setelah impeachment keatas Gus Dur. 

Reformist sebenar dalam kebinet Gus Dur dan Megawati ialah seorang bekas Leftenan General ABRI. Namanya Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). SBY menyatakan rasa  kecewa kerana tidak berlaku perubahan yang dituntut rakyat lalu menubuhkan parti baru iaitu Demokrat Parti.

Pada PEMILU 2004, SBY  dan Yusuf Kala (Golkar) mencabar parti PDIP pimpinan megawati dan menang.

Pada 2009, sekali lagi SBY yang telah banyak melakuan reformasi membantu rakyat Indonesia mengekal kuasa sebagai presiden.

Hari ini rakyat Indonesia boleh berbangga jika mereka bercakap soal demokrasi. Mereka telah buktikan dengan menukar parti pemerintah sebanyak tiga kali. Golkar kepada PDIP dan kepada DP.

Isyarat kepada parti dan pemimpin yang memerintah, "yang berkuasa sebenar-benarnya dalam sistem demokrasi ialah RAKYAT, maka itu kebajikan rakyat harus dipelihara dengan sebaik-baiknya".

Jika ada pemimpin Malaysia bercakap apa itu prinsip dan konsep demokrasi, rakyat Indonesia boleh tertawa atau  setidak-tidak tersenyum sinis.

"Demokrasi apa yang bapak cakap, jika rakyat Malaysia tidak bisa membuat perbandingan dasar parti mana yang lebih baik? Barisan Nasional memerintah sejak British, ya tentu sekali kita hanya bisa bandingkan pemerintahan BN  dengan pemerintah British! Tapi bukan dengan parti-parti politik lain, yang mungkin lebih baik kepada rakyat daripada BN!"

Rakyat Filipina juga akan mentertawakan Malaysia bila bercakap soal demokrasi. Mereka telah melakukan perubahan dengan menolak Arroyo dan memilih Aquino. Apa lagi rakyat Thailand, mereka pasti akan ketawa terbahak-bahak. renung-renungkan... 

RK: JIKA RAKYAT MALAYSIA TAKUT UNTUK BERUBAH MAKA SATU HARI NANTI PASTI ANAK CUCU KITA MENTERTAWAKAN KITA SEPERTIMANA SEKARANG MEREKA MENTERTAWAKAN PERJUANGAN PEJUANG - PEJUANG YANG SEBELUM INI 

Monday, December 19, 2011

Mahathir Kantoi lagi...sepatutnya dia suruh Sharizat dan Muhyidin letak jawatan

Telah sekian lama Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF.

Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.Lantaran ketegasan Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad (gambar kanan) merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka. Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.

Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.Tohmahan Mahathir bahawa Anwar adalah agen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.Beberapa hari lalu Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel. Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Mahathir.

1-http://go.worldbank.org/U29R77EBX0
2-http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

*Kenyataan media dari pejabat Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Sunday, December 11, 2011

DAPATKAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500






CARA-CARA DAN KELAYAKAN MENDAPATKAN BANTUAN

KLIKS DISINI


BORANG UNTUK DIMUAT TURUN

KLIKS DISINI


NOTA: BORANG YANG TELAH SIAP DIISI BOLEH DIHANTAR KEPADA KAUNTER LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) YANG BERDEKATAN DENGAN SECARA TERUS.


TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500 UNTUK BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500CetakEmel


Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my


Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)


Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)


1.8 Billion Duit Rakyat Selangor Akan di Ratah Oleh BN


1.8 Billion Duit Rakyat Selangor Akan di Ratah Oleh BN

Mereka menunggu aje dengan rakus jika negeri Selangor beralih tampuk pemerintahan. Duit Rakyat akan dibahagi-bahagikan sesama kroni mereka yang diterajui oleh Noh Omar. Bodoh sangat kah rakyat Selangor membenarkan perkara ini berlaku. Takan kita persiakan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Selama 54 tahun pemerintahan UMNO Barisan Nasional inilah pertama kali dalam sejarah kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya memakmur sebagai negeri berkebajikan.

Tepuk dada tanya selera...Rakyat selangor takan membenarkan kezaliman BN merampas hak rakyat untuk keduakalinya.

Friday, December 9, 2011

Utusan Meloya dah Melobi Selangor...Alahai



Kolum “Cuit” dalam lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, semalam telah sekali lagi menggunakan Datuk Dr Hasan Ali sebagai bahan untuk mencetuskan perbalahan antara komponen Pakatan Rakyat di Selangor.

Apa yang Utusan mahu sampaikan adalah memaparkan pemimpin PAS dan Exco kerajaan negeri Selangor itu sebagai api dalam sekam bagi kerajaan Pakatan. Bagi Utusan, Hasan adalah satu-satunya “wakil” UMNO dalam kerajaan negeri Selangor.

Isinya sama ada sahaja, iaitu mengadu domba, membangkitkan rasa curiga antara kaum, dan mengulangi pendirian ketuanan satu kaum.

Mungkin Utusan mahu memecahbelahkan perpaduan Pakatan Selangor atau mungkin ia ingin menghancurkan karier politik Hasan Ali.

Yang tersurat dan tersirat

Yang lebih penting untuk difahami adalah cara penggunaan bahasa propaganda murahan yang digunakan penulis kolum itu yang mempunyai makna-makna tersirat.

Tulisan itu hanya bertujuan membangkitkan kemarahan orang Melayu kerana bagi Utusan, DAP itu bermaksud kaum Cina, seolah-olah apa sahaja yang “Cina” itu buruk untuk negara.

* “Kerajaan Selangor pimpinan DAP”

Penulis kolum tersebut mungkin menganggap minda dan intelek orang Melayu terlalu rendah dan boleh dipermainkan sehingga sanggup memutarbelitkan realiti politik Selangor kononnya kerajaan negeri dipimpin oleh DAP. Hakikatnya adalah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Selangor, PKR yang mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri, DAP 13 kerusi dan PAS 8 kerusi. Bagi pentadbiran negeri pula, selain Menteri Besar dari PKR, 10 anggota exco diwakili oleh empat Adun PKR dan masing-masing tiga dari PAS dan DAP.

Mungkin bagi penulis kolum tersebut, orang Melayu tidak faham matematik sehingga boleh diputar pemahaman dengan mengatakan kerajaan negeri Selangor, di mana PKR yang mempunyai kerusi majoriti dan memegang jawatan Menteri Besar, adalah dipimpin oleh DAP.

* “Melayu itu ialah Islam dan Islam itu ialah Melayu”

Rata-rata orang menerima kenyataan “Melayu itu ialah Islam” dengan maksud bahawa memang orang Melayu beragama Islam tetapi sukar untuk menelan hujah penulis kolum tersebut yang mengatakan “Islam itu adalah Melayu”.

Bagaimana pula dengan ribuan kaum Cina, India, Iban, Kadazandusun dan lain-lain yang bukan Melayu tetapi lahir sebagai orang Islam atau yang telah memeluk Islam? Apakah Utusan telah menurunkan darjat umat Islam bukan Melayu ke tangga warga kelas dua? Adakah mereka kurang Islamik daripada orang Melayu?

Lebih teruk lagi, penulis kolum berkenaan cuba memperkukuhkan alasan dangkal itu dengan mukadimah “perlu diingat dalam sistem berperlembagaan di tanah air…”. Di mana Perkara atau Seksyen atau Jadual dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan “Islam itu ialah Melayu”?

* “Selangor perlu diselamatkan!”

…daripada apa? Daripada dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor? Daripada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan? Daripada usaha membasmi pembaziran serta mengurangkan hutang kerajaan negeri?

Penulis kolum Utusan itu yang jelas dengan perkaumannya yang begitu tebal, seolah-olah mengajak orang Melayu menentang kebaikan dan menyokong kebatilan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 memuji kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bukan sahaja telah mengumpul dana negeri, malah amat baik prestasinya membayar balik pinjaman hutang kerajaan persekutuan.

Sekali lagi, Utusan tidak mahu orang Melayu sedar bahawa prestasi pentadbiran bersih dan telus Pakatan Rakyat bukan sahaja lebih baik dari UMNO-BN, malah lebih ramai rakyat dari pelbagai kaum menerima faedah secara langsung berbanding dengan parti-parti yang mementingkan keluarga dan kroni masing-masing.

Apa yang sebenarnya berlaku di Selangor

Setelah lebih tiga tahun menjaga pentadbiran negeri, kerajaan Pakatan Selangor antara lain, telah membolehkan hampir 30,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan 16,000 warga emas mendapat bantuan Skim Mesra Usia Emas.

Kerajaan Pakatan juga berjaya menyelesaikan 23 projek perumahan terbengkalai melibatkan 9,000 unit rumah dan sedang dalam proses menyelesaikan tujuh lagi projek dengan 4,000 unit rumah. Malah, isu perumahan Bukit Botak yang gagal diselesaikan oleh kerajaan UMNO-BN dahulu, telah pun ditangani dengan baik di mana 1,400 orang peneroka bandar mendapat faedah.

Peruntukan adil sebanyak RM16 juta setahun diberi oleh kerajaan Pakatan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Cina dan sekolah Tamil. Bagi pendidikan Islam, gaji guru-guru KAFA juga dinaikkan kepada RM1,300 sebulan.

Adakah Selangor perlu diselamatkan daripada segala usaha murni dan program kebajikan serta pembangunan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan?

Atau adakah perlu Selangor perlu diselamatkan supaya rakyat boleh kembali ke zaman penyalahgunaan kuasa serta pembaziran wang rakyat sehinggakan mantan Menteri Besar UMNO dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan rasuah yang melibatkan tanah dan mahligai mewah?

Bukan sahaja rakyat jelata, malah, ramai ahli UMNO semakin kecewa dengan gelagat kepimpinan parti mereka yang semakin meluas jurang di antara yang di atas dan yang di bawah, di antara yang mendapat habuan dan yang terkebil mata melihat kroni-kroni besar tersenyum lebar.
Komentar Roketkini

Thursday, December 8, 2011

IBU LEMBU gaji lumayan...


GAJI POKOK KELUARGA SHARIZAT RM215,000 SEBULAN


Memang betul ler kata orang kampung aku yang sekarang ni pegang jawatan Ketua Pemuda UMNO,
dia kata kalau nak senang hidup kat dunia ni masuklah UMNO...Dia cakap macam tu sebab dia ni dapat banyak projek daripada UMNO..

Kata-kata "bangang" dia tu masuk akal aku jugak...kalau nak hidup senang kat dunia ni sahaja, masuklah UMNO..lupakan halal haram senanglah kau kat dunia ni..
itu kat dunia,kat akhirat belum tentu lagi..

Satu contoh aku boleh bagi adalah keluarga Sharizat yang sehingga sekarang ni masih tak mahu letak jawatan.. Walaupun Bung Moktar dah sound berkali-kali supaya letak jawatan, kalau tengok dari tangga gaji keluarga Sharizat ni..memang anak beranak UMNO ni senang bangat.

Pengerusi NFC..
Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (suami Sharizat)= gaji RM100,000 sebulan.

Pengarah eksekutif NFC
Wan Shahinur Izmir (anak Sharizat, umur 31)= gaji RM45,000 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif NFC
Wan Shahinur Izran (anak Sharizat, umur 27)= gaji RM35,000 sebulan.

Pengarah NFC...
Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya Sharizat, umur 25) = gaji 35,000 sebulan.

Kalau dijumlahkan kesemua gaji ini sahaja..belum termasuk lagi elaun keraian dan elaun-elaun lain...keluarga Sharizat dibayar gaji RM215,000 sebulan...

Orang kampung jeles tak dengan gaji yang keluarga Sharizat ni dapat..?

UMNO hanya majukan melayu berjawatan dalam UMNO jer.

Guru tadika KEMAS, jangan harap dapat gaji macam ni punya...

Wednesday, December 7, 2011

KITA dan PAKATAN RAKYAT realiti dan fantasi....



Parti KITA, pimpinan Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan setahun lalu, tidak akan meletakkan sebarang calon dalam pilihan raya umum ke-13.

Berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini, kepimpinan parti itu berkata pihaknya akan menyokong pembangkang.

“Dalam usaha mengekalkan solidariti dalam pembangkang, KITA tidak akan meletakkan calon,” kata satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Dengan menjanjikan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang, KITA berkata, kini adalah masa bagi negara membuat pengorbanan.

Pertengahan bulan lalu, Zaid (gambar) berkata KITA mahu bertanding merebut kerusi Parlimen di Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau memberi fokus pada kawasan Petaling Jaya.

“Saya belum buat keputusan muktamad sama ada Petaling Jaya Selatan (PJS), atau Petaling Jaya Utara (PJU),” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ita kini telah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi untuk meletakkan calonnya seluruh negara.

Sunday, December 4, 2011

Rapat Rakyat ribuan rakyat selangor







Jom ubah pengurusan kewangan negara contohilah negara kebajikan - ribuann penyokong pakatan rakyat dan kelihatan penyokong tegar saudara Nazri yg merupakan seorang pendokong RTPJ

ROAD TO PUTRA JAYA



Terima Kasih kepada King Jason atas usaha beliau menghasilkan Video clip RTPJ . Saya mengunakan Clip video nie di Makan Malam semasa Konyension Keadilan . Dato Seri Anwar senyum lebar dan seramai 2,000 orang yang menghadiri Makan Malam di Johor turut memberi tepukkan gemuruh atas kejayaan RTPJ ...

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas committment dan pengorbanan KJ atas mencipta Clip video yang hebat nie ....Tonton lah bersama

Johnson Doss

Celaka lah UMNO RAKYAT MALAYSIA BANGSAT.......



DAP memperolehi hampir 900,000 undi atau 12.8 peratus daripada keseluruhan undi bagi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2008. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, DAP mendapat 1.1 juta undi atau 14 peratus.
Peratusan undi terbanyak DAP di peringkat DUN diperolehi di Pulau Pinang dengan 54.6 peratus dan Perak 42.4 peratus.

Selepas PRU 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan. DAP hanya bertanding satu PRK bagi Parlimen Sibu di Sarawak pada Mei 2010. Kemenangan berpihak kepada DAP dengan mendapat 18,845 undi atau 49.7 peratus.

Pada April 2011, DAP yang meletakkan 15 calon dalam pilihan raya negeri Sarawak telah menang 12 kerusi dengan mendapat 134,847 undi atau 20 peratus daripada keseluruhan undi.

Walau pun Barisan Nasional mengekalkan penguasaan, keputusan DAP amat membanggakan kerana menambah kerusi bnegitu banyak berbanding hanya enam yang dimenangi pada 2006.

Dalam PRU 2008, ramai pengundi Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain telah memilih DAP. Pilihan raya negeri Sarawak 2011 pula menyaksikan 32 peratus undi DAP diperolehi daripada kaum Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau.

Dan semua mereka ini yang telah mengundi DAP digelar sebagai “bangsat” oleh seorang pemimpin Pemuda UMNO. Maknanya, lebih sejuta rakyat Malaysia adalah “bangsat” dari kaca mata UMNO.

Siapa “bangsat”




Kata-kata nista dalam Perhimpunan Agung UMNO jelas memperlihatkan siapa yang sebenarnya petualang negara yang memainkan api perkauman.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin sudah mengeluarkan kata-kata bahawa semua penyokong DAP adalah “bangsat”. Ini bermaksud sesiapa sahaja yang telah mengundi DAP dan menyokong DAP, tanpa mengira kaum dan agama, kesemua mereka merupakan “bangsat”.

Tafsiran umum untuk “bangsat” adalah anak luar nikah atau manusia tidak berguna manakala definisi Kamus Dewan membawa orang jahat, hina atau kutu yang berbau busuk.

Malah, jika mengikut andaian politik UMNO sendiri yang sering menggambarkan DAP sebagai parti orang Cina, kenyataan pemimpin UMNO itu mencerminkan hampir semua orang Cina adalah “bangsat” kerana telah memilih DAP.



Adakah ini bermakna hampir semua kaum Cina dan India di Pulau Pinang yang menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri adalah “bangsat”?

Adakah ini bermakna hampir semua pegawai dan kakitangan awam di Pulau Pinang yang cemerlang dalam tugas mereka melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) adalah “bangsat”?

Adakah ini bermakna guru-guru KAFA, para huffaz dan iman serta kakitangan masjid di Pulau Pinang yang menerima baik pentadbiran DAP dan Palatan Rakyat di Pulau Pinang adalah “bangsat”?

Adakah ini juga bermakna semua kontraktor, terutamanya para kontraktor Melayu yang berkelayakan dan berkemahiran, yang mendapat kontrak melalui tender terbuka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah “bangsat”?

Pemimpin Pemuda UMNO itu dari golongan professional, dia bertaraf jurutera. Adakah ini bakal calon “boleh menang” UMNO yang bakal mendapat undi daripada kebanyakan para pengundi yang telah digelarnya sebagai “bangsat”?

Yang menyeru kebaikan adalah “bangsat”?

Mengikut hujah Pemuda UMNO itu, sesiapa yang menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, politik lucah dan fitnah adalah “bangsat” kerana menyokong DAP yang berpendirian sedemikian.

Begitu juga sesiapa yang mahu kepada keadilan, demokrasi, pilihan raya bersih dan telus, hak dan peluang saksama adalah “bangsat” kerana DAP juga berpendirian seperti itu.

Dalam demokrasi – demokrasi moden bererti politik yang menolak pemerintahan kuku besi, yang mahu kepada kebebasan, keadilan dan hak serta peluang saksama – para politikus biasanya akan memujuk pengundi untuk mendapatkan sokongan mereka. Ada politikus yang melawat rakyat, beramah mesra, belanja makan dan sebagainya.

Belum pernah terdengar orang berkempen dengan menuduh bakal pengundi sebagai “bangsat”. Mungkin inilah kejutan yang akan dibuat oleh UMNO bagi menghadapi PRU ke-13 nanti.

Kuasa di tangan rakyat, sama ada digelar “bangsat” atau tidak

Rakyat jelata yang prihatin tidak akan bertindak seperti mereka, iaitu memilih jalan singkat dengan mendesak mereka disumbatkan ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) atau menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk mengekang hak mereka berkumpul, menjerit dan memaki-hamun.

Rakyat akan memilih jalan demokrasi, jalan yang memberi kuasa kepada kita semua untuk memilih pemimpin dan kerajaan melalui peti undi. Biarlah kita dituduh “bangsat” kerana para “bangsat” inilah yang akan menentukan nasib politik UMNO.

Jika sejuta lebih pengundi memilih DAP di antara tahun 2008 dan 2011 dikatakan “bangsat”, maka bayangkan jutaan lagi yang menyokong PKR dan PAS yang berada dalam Pakatan bersama DAP.

Jika PRU 2008 menunjukkan undi popular Pakatan Rakyat sudah mencecah 49 peratus, tidak mustahil angka itu ditingkatkan oleh para pengundi, sama ada mereka yang dituduh “bangsat” oleh UMNO atau tidak,untuk membawa pembaharuan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Saturday, December 3, 2011

PAU 2011...Transformasi atau Reformasi PRU13


Perhimpunan Agung Umno bagi tahun 2011 berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember.
Seperti biasa, media-media memberikan liputan meluas apatah lagi Umno merupakan tunjang kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara.

Perhimpunan kali ini amat penting oleh kerana ianya berlangsung sebelum pilihanraya umum (PRU) ke 13 yang dikatakan bakal berlaku tidak lama lagi.

Presiden Umno merangkap perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 3 April 2009 dari Tun Abdullah Ahmad Badawi memerlukan segera mandat dari rakyat.

Ini penting bagi Najib untuk terus memerintah negara sekaligus memperkemaskan kedudukannya dalam parti Melayu terbesar itu. Mandat yang beliau pegang pada ketika ini adalah kepunyaan Abdullah selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008.

PRU 12 itu juga menyebabkan Abdullah tersingkir lebih awal berikutan “tsunami politik” — menyaksikan BN hilang penguasaan majority dua pertiga di parlimen dan kehilangan penguasaan di berberapa buah negeri seperti negeri terkaya di Asia Tenggara, Selangor Darul Ehsan.

Pertembungan transformasi dan “hardliner”

Tsunami politik pada PRU 12 telah mengubah lanskap politik negara. Parti-parti dalam BN mahu tidak mahu terpaksa mengikut sama dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

Umno tidak terkecuali dalam hal ini. Sebab itu sebaik sahaja mengambil alih kepimpinan negara, Najib memperkenalkan gagasan 1 Malaysia. Gagasan ini diharap dapat membeli hati rakyat Malaysia terutamanya masyarakat bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Dalam berberapa pilihanraya kecil selepas PRU 12 dan pilihanraya negeri Sarawak, dengan jelas dapat dilihat undi kaum Cina memihak kepada parti pembangkang.

Ini yang merisaukan Najib. Jika trend ini berterusan, kita akan dapat saksikan sekutu rapat Umno dalam BN seperti MCA dan Gerakan bakal dimasukkan kedalam tong sampah sejarah. Jika Umno sahaja menang pilihanraya, agak sukar bagi parti tersebut untuk membentuk kerajaan bersama rakan-rakan BN.

Gagasan 1 Malaysia tidak menggembirakan golongan “hardliner” dalam Umno. Maka tertubuhlah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang menyaksikan ramai ahli-ahli Umno yang terdiri daripada golongan “hardliner” menyertai pertubuhan tersebut.

Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali bekas ahli Umno, kini ahli parlimen bebas, dalam jangkamasa yang tidak begitu lama menjadi popular kerana menjadi suara kepada golongan “hardliner” Umno.

Mata tertumpu ke PAU 2011

Perhimpunan Agung Umno 2011 menjadi tumpuan peminat politik tanah air untuk melihat apakah garis politik yang bakal diambil oleh Umno menjelang PRU 13.

Perhimpunan kali ini akan menyaksikan sama ada Umno berjaya menyampaikan idea untuk melakukan transformasi politik kepada ahli-ahlinya atau menjadi medan untuk memuaskan hati golongan “hardliner” dalam Umno.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, golongan “hardliner” merupakan golongan terbesar dalam Umno.

Pada ketika ini, kita dapat melihat bahawa golongan ini berpayung dibawah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin mewakili golongan ini dan dibelakang beliau adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maka tidak hairanlah ketika merasmikan tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri, ucapan Muhyiddin adalah ucapan untuk memuaskan hati golongan “hardliner” dalam Umno.

Parti pembangkang DAP, PKR dan PAS di “belasah” dengan menggila sehinggakan blogger Aspan Alias menggambarkan sebagai ucapan yang panik kerana takut kehilangan kuasa.

Cabaran Najib

Melihatkan senario ini, kita tertanya-tanya apakah Najib mampu untuk menjinakkan golongan ini? Golongan “hardliner” marah dengan tindakan Najib untuk menyesuaikan Umno dengan lanskap politik baru.

Ketika Najib mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal dimansuhkan pada malam sebelum 16 September, terlukalah hati golongan “hardliner” yang selama ini berkempen “Yes To ISA” bagi melawan kempen “No to ISA” dari NGO dan parti pembangkang.

Dalam ucapan dasar yang bertajuk “Umno menjuarai transformasi”, Najib menekankan tentang “Taat dan Setia” kepada parti. Selain itu beliau turut berbicara mengenai “Cinta dan Kasih” kepada Umno.

Ini adalah kerana Najib tahu bahawa penghalang kepada gagasan politik yang ingin dibawanya bukan rakyat Malaysia tetapi Umno itu sendiri. Golongan “hardliner” yang telah lama selesa dengan pendekatan lama Umno sudah pasti tidak mahu berubah mengikut arus semasa.

Tambahan lagi pendekatan “winnable candidate” yang mahu dilaksanakan oleh Umno dalam PRU akan datang yang pasti akan mengundang masalah besar dari kalangan “hardliner” dan “warlords” dalam Umno.

Jika gagal melakukan kompromi, tidak mustahil bakal berlaku sabotaj besar-besaran seperti yang dihadapi oleh Abdullah pada PRU 12.

Transformasi politik yang ingin dibawa oleh Najib tidak akan berjaya jika hanya dijuarai oleh orang-orang seperti Saifuddin Abdullah. Beliau merupakan “rare species” dalam Umno dan tidak begitu kuat untuk meyakinkan golongan “hardliner” yang telah lama bersarang.

Jadi apakah garis yang bakal dibawa oleh Umno menjelang PRU 13? Air dan minyak sudah pasti tidak boleh bercampur. Ketuanan Melayu pasti tidak kena dengan transformasi politik yang ingin dibawa Najib.

Apakah Najib mempunyai kekuatan besar untuk menjinakkan “hardliner” dan “warlords” dalam Umno? Atau Umno terpaksa melalui pengalaman parti Kuomintang (KMT) di Taiwan dalam rangka untuk melakukan transformasi?

Petikan tulisan dari blog Amin Iskandar...

RK...Kekalahan begitu begitu menakutkan pemimpin UMNO

Perjuangan RTPJ.........naluri Rakyat.



Perjuangan RTPJ.........naluri Rakyat.

Message jelas perjuangan berpegang kepada prinsip "Yang benar jangan kita pertikaikan, dan yang salah jangan kita selindungkan", tanpa mengira parti, bangsa dan ugama membuatkan Road To Putra Jaya (RTPJ) begitu sinonim dengan kehendak dan inspirasi rakyat yang inginkan keterbukaan kepimpinan. RTPJ adalah satu gerakan rakyat yang tidak mempunyai kepimpinan secara tersendiri tetapi adalah merupakan harapan Rakyat ingin membebaskan Malaysia dari kerakusan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Lebih dari 55 tahun dahulu sperti UMNO mereka sendiri sedar bahawa seseorang patut ada untuk mengetuainya, sebab itu walaupun berkali-kali pergolakan berlaku didalam UMNO seperti Pembubaran UMNO, tragedi 1998, dilema kepimpinan 2008 tetapi UMNO itu sendiri tidak hancur kerana didalam UMNO itu sendiri tertanam satu matlamat perjuangan yang jelas.
Begitu juga Road To Putra Jaya (RTPJ) mempunyai kekuatan perjuangannya tersendiri dalam memastikan kenyakinan Rakyat bahawa RTPJ bukanlah main-main dan message ini akan terus menawan seluruh jiwa dan hati rakyat Malaysia dalam membela keseluruhan Rakyat Malaysia yang inginkan sebuah kerajaan yang adil dan saksama. Naluri rakyat adalah reformasi tersendiri dan keluar dari perasaan dan hati yang tidak terbela oleh mana-mana parti. Rakyat kecewa dengan senario yang berlaku sekarang "Sindrom memperkayakan kroni dan dan mereka yang rapat" Rakyat biarlah mereka mampos dengan keadaan kehidupan masa kini.

Mahu tidak mahu kita inginkan satu wadah yang akan membawa message kepada semua pihak bahawa perjuangan RTPJ adalah jelas dan tidak ada agenda yang tersembunyi. Perjuangan Rakyat yang tidak dibiayai oleh mana-mana parti Politik, mereka lakukan dengan segala keikhlasan, menggunakan segala kekuatan yang ada tampa mengambil kira imbuhan yang berada dihadapan mereka.

Sebagai badan Bebas yang inginkan perubahan landskap politik Malaysia berada didalam landasan yang betul dengan menumpukan segenap usha supaya mereka yang berada didalam kepimpinan memberi keutamaan tanggungjawab terhadap tugas dan amanah rakyat dari kepentingan peribadi. Menentang segala kepimpinan yang berada didalam parti politik menjadikankannya sebagai satu kerjaya untuk mencapai agenda peribadi. Sebagai badan pemerhati RTPJ akan terus berusha dan akan bekerja keras dalam menyatakan pendirian dan tidak akan teragak-agak mendesak kepimpinan supaya memastikan ianya berada dalam landasan yang betul.

Maka RTPJ berharap segenap lapisan masyarakat dan rakyat malaysia bangkitlah dan bangunlah bahawa kita tidak bodoh dan akan diperbodohkan oleh mereka-mereka yang tamakkan kuasa. Perjuangan rakyat adalah perjuangan Keramat. Kuasa bukan pada tangan pemimpin tetapi ada pada kita (rakyat) maka biar mereka pemimpin tagih dan merayu pada kita. Biar keegoaan mereka memakan diri mereka...ayuhlah wahai rakyat Malaysia.

RK...menyokong perjuangan rakyat kami tidak perlu parti politik, tapi kami jiwa dan semangat seorang pejuang, kita tidak mahu semangat juang yang hanya untuk 5 minit tetapi semangat juang sehingga ketitisan nafas terakhir.

JUSA Luar -Sistem Kerajaan Akan Porak-Peranda?



Skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Utusan Malaysia difahamkan, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.

Satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.

Difahamkan ia adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).

Menurut satu sumber, di bawah sistem baru itu, kemasukan kakitangan untuk kategori itu akan dilakukan secara lateral.

Buat sementara, difahamkan lima buah kementerian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah itu.

Dalam pada itu, juga difahamkan di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak. Prestasi mereka akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.

Dalam proses ini, menurut sumber, pihak dalam dan luar daripada perkhidmatan awam juga boleh memohon untuk mengisi jawatan tersebut.

Friday, December 2, 2011

Win a BlackBerry® | U Mobile

Win a BlackBerry® | U Mobile

SEMAK BETUL LA....

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/11/pix-for-hentikan-saja-kutipan-tol.jpg


Kerajaan pusat Barisan Nasional jelas tidak adil dan tidak berhati nurani kerana masih membenarkan syarikat-syarikat pengendali lebih raya terus mengutip tol walau pun mereka sudah pun mengaut keuntungan yang amat besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan BN melalui jawapan bertulis Parlimen telah mengakui bahawa syarikat pengendali tol Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) yang telah membelanjakan RM5.945 bilion untuk pembinaan lebuh raya itu telah memperolehi RM24.266 bilion daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan sehingga 31 Disember 2010.

Katanya, ia menunjukkan bahawa syarikat pengendali tol NSE telah mencatat lebihan RM18.321 bilion setakat 31 Disember 2010 daripada pelaburan asal.

“Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol?

“Sepatutnya, dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi NSE patut dihentikan serta merta sedangkan hasil kutipannya sudah pun tiga kali ganda pelaburan asal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, keadaan yang sama berlaku kepada Jambatan Pulau Pinang yang dikuasai kerajaan pusat telah mengutip RM1.859 bilion dengan kos pembinaan RM944 juta, iaitu ia mencatatkan lebihan RM924 juta.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, katanya, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta, dengan kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta.

“Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja tidak sepatutnya terus dibebani tol sehingga 31 Disember 2038, malah kutipan tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat di Pulau Pinang menjadi mangsa keputusan kerajaan BN melanjutkan kutipan tol selama 17 tahun untuk Jambatan Pulau Pinang, iaitu sehingga akhir tahun 2038, dan bukannya tarikh luput asal pada tahun 2021.

Menurutnya, rakyat juga dihukum atas perkara yang sama untuk (BKE) yang turut dilanjutkan tempoh tol 11 tahun kepada tahun 2038 berbanding tarikh luput asal tahun 2026.

“Ini telah dilakukan supaya kenaikan kadar tol untuk lima lebuh raya lain dibeku selama lima tahun. Tambahan pula, tidak ada lanjutan tempoh tol bagi NSE atau Linkedua Malaysia-Singapura, “ tambahnya.

Justeru, Guan Eng mencabar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut setelah Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa beliau (Guan Eng) bersikap “double-standards” dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.

“Saya tidak faham bagaimana saya boleh dikatakan sebagai mengamalkan “double-standards” apabila saya mengambil pendirian yang berprinsip untuk membantah syarikat-syarikat pengendali tol yang selama ini meraut keuntungan yang besar daripada rakyat,” katanya.

PENGECUALIAN PAMPASAN TOL ~ SEMAKAN SEMULA TERMA KONSESI

LebuhrayaSekarang hingga 2015Struktur tol SemasaStruktur tol baruTarikh luput semasa konsesiTarikh luput baru konsesi
NSETiada kenaikan10% setiap tiga tahun

5% pada 2016 and setiap tiga tahun selepas

Dec 31, 2038

Dec 31, 2038

EliteTiada kenaikan10% setiap tiga tahunMay 31, 2030
LinkeduaTiada kenaikan25% setiap lima tahunDec 31, 2038
BKETiada kenaikan15% – 25% setiap lima tahunJune 27, 2026
Penang BridgeTiada kenaikan10% setiap lima tahunTiada kenaikanDec 31, 2021

Menurut Guan Eng, semakan semula terma konsesi seperti di atas bukanlah satu keadaan “menang-menang” bagi semua pihak kerana ia hanya satu kemenangan besar bagi syarikat-syarikat pengendali tol sahaja.

Beliau hairan bagaimana menteri berkenaan tetap mendakwa bahawa semakan semula perjanjian tol itu membawa manfaat kepada rakyat melalui pembekuan kenaikan kadar tol, sedangkan kenaikan kadar tol tersebut sebenarnya menyamar di sebalik lanjutan tempoh tol.

“Kesannya mungkin tidak dirasai sekarang, tetapi kesakitannya akan berlanjutan selama 17 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang dan 11 tahun bagi BKE,” tambah beliau.

RK say.....Rakyat makin semak kepala otak dengan masalah TOL yang begitu membebankan di Metropilitan disamping kenaikan kos sara hidup yang begitu memeritkan.