Saturday, December 20, 2008

Mari Main Bowling


Julong-julong kali Pas Bhg Kapar akan menganjurkan Kejohanan Bowling. Semua di jemput untuk memeriahkan dengan menyertai pertandingan yang akan diadakan seperti berikut:

TEMPAT : AMPANG BOWL KLANG PRADE

TARIKH : 25hb DISEMBER 2008

MASA : 10.00 PAGI.

Perasmian penutup akan dihadiri oleh YB.Dr Halimah Ali, Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan.

Mana pemimpin PR?.... IJN akan diswastakan

Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?

Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Mungkin saya tidak terjumpa kenyataan pemimpin PR yang menentangnya atau mungkin juga dalam bab penswastaan, polisi PR dan BN sama?

Mana Harapan baru yang di canang-canangkan. Atau hanya retroik politik untuk mendapat sokongan.

Harus diingat jika ini berlaku, apakah yang akan terjadi kepada rakyat bawahan yang memerlukan. Adakah Harapan Baru yang diharapkan ini akan tinggal harapan saja.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Klik disini jika tidak percaya. Kata beliau,

“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.

“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”

Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.

Wahai pemimpin PR bukalah mata dan telinga ..... untuk rakyat.


Thursday, December 18, 2008

P36: YANG MEMBELA @ MENGHANCURKAN RAKYAT


Hanya rakyat Kuala Terengganu yang bisa menentukannya....

Bahang pilihanraya semakin hampir dan semua orang tertanya-tanya siapakah calonnya samaada dari Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).
BN pun berkokoklah di media-media bahawa calon nya akan diumumkan pada hari sabtu sehari sebelum PR menamakan calonnya. Media media arus perdana rancak memperkatanya siapa calonnya. Bagi Rakyat Kuala Terengganu walau siapapun calonnya jangan jadi macam pak kadok, ayam menang kampung tergadai. Jadi buatlah pilihan yang bijak yang boleh merialisasikan harapan baru terbentuk.

Wahai pengundi -pengundi Kuala Terengganu lihatlah kemewahan yang diterima sebelum ini apakah ia nya sampai kepada rakyat. Hanya segelintir saja yang kaya itupun kroni-kroninya. Apakah yang dibanggakan dengan Masjid kristalnya, Monsun Cup, Lapangan terbangnya dan lain-lain jika masih banyak rakyat bawahan yang masih miskin. Adakah semua kebanggaan itu boleh digunakan oleh golongan ini. Mungkin setahun sekali mereka ini dibawa melawat sebagai jajan untuk mengambil hati mereka ini.

Marilah kita memulakan langkah baru bagi memastikan Jalan ke Putra Jaya menjadi satu realiti.

....tak sabor teman untuk melihatnya.



Tuesday, December 9, 2008

PARLIMEN KUALA TERENGGANU (P36) - HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA


Kemenangan akan berpihak kepada PR........

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu kosong ekoran kematian mengejut penyandangnya sebelum ini yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail. Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Allahyarham mengalahkan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi. Maklumat dari SPR terdapat seramai 80,229 pengundi berdaftar yang terdiri dari 79,194 pengundi biasa dan 1,035 pengundi pos untuk pilihanraya kecil ini.

Tatkala menjelangnya pilihanraya kecil ini, soalan yang pasti terpacul dari peminat dan pemerhati politik ialah siapakah bakal calon PR. Calon BN pulak siapa? Itulah yang meniti dari bibir ke bibir.

Berdasarkan pilihanraya umum lalu PAS memenangi tiga kerusi dun daripada empat kerusi. Secara statistik Pas sudah memenangi Parlimen K. Terengganu, tetapi yang mengejutkan calon PAS iaitu Mat Sabu kecundang disebabkan orang K. Terengganu menolak calon luar. Ramai juga yang mengharapkan Mat Sabu dapat bertarung lagi untuk bersama-sama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang sedia ada bagi mengenengahkan isu dan membawa suara rakyat sekaligus menggegarkan lagi parlimen, namun ada juga sebilangan kecil yang bimbang jikalau sejarah yang mencatatkan calon luar ditolak rakyat.

Tapi itu bukan isunya..... apa yang perlu dilihat adalah aspek jentera PR mesti berusaha lebih kuat dan gigih bagi memastikan kemenangan harus berpihak kepada PR ( tidak kira calon itu dari PKR atau pun PAS. Dari segenap pelusuk tanah air tidak kira ianya ahli PKR, PAS dan DAP berjawatan atau ahli biasa, YB atau rakyat marhain bersama mengembling tenaga bagi memastikan kemenangan adalah milik kita.

Jadi saya mengajak dan menyeru saudara-saudara semua dapat memberi sumbangan bagi merialisasikan Harapan Baru Rakyat Malaysia.

Sunday, December 7, 2008

"Barangsiapa yang mempunyai kelapangan, namun tidak berkorban, maka janganlah sekali-kali mendekati tempat solat kami" (sunan Ibn Majah, 3123)


SELAMAT HARI RAYA AIDIL - ADHA (1429 Hijrah)

Saya disini mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya aidil-adha kepada umat islam semoga pengorbanan yang dilalui mendapat keredhaan Allah Subhanawataala. bagi mereka yang balik kampung supaya berhati-hati dijalan raya dan sentiasa perihatin terhadap aspek-aspek keselamatan. Tidak lupa kepada mereka yang mengerjakan Haji akan mendapat Haji yang mabrur. wassalam

Konsep Korban dalam Islam

Setiap tanggal 10 Dzulhijjah umat Islam memperingati Hari Raya Korban. Dzulhijjah adalah di antara bulan-bulan yang memiliki keutamaan tersendiri. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada hari-hari, di mana amalan saleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada (amalan soleh) di 10 hari pertama (bulan Dzulhijjah). Para Sahabat bertanya: Apakah termasuk jihad di jalan Allah? Beliau bersabda: Ya, termasuk jihad (yang dilakukan di luar 10 hari tsb), kecuali orang yang pergi (berjihad) dengan nyawa dan hartanya, dan dia tidak kembali lagi. HR. Bukhari

Di antara amalan soleh terpenting di bulan Dzulhijjah, selain ibadah haji adalah ibadah korban. Berkenaan dengan fadilat korban ini dapat kita lihat Hadis berikut ini: Wahai Rasulullah SAW, apakah korban itu? Rasulullah menjawab: "Qurban adalah sunnahnya bapak kalian, Nabi Ibrahim." Para Sahabat bertanya:"Apa keutamaan yang akan kami peroleh dengan qurban itu?" Rasulullah menjawab:"Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan". Mereka menjawab:"Kalau bulu-bulunya?" Rasulullah menjawab: "Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan". (HR. ibn Majah).

Di samping itu, Rasulullah SAW juga bersabda:"Barangsiapa yang mempunyai kelapangan, namun tidak berkorban, maka janganlah sekali-kali mendekati tempat solat kami" (sunan Ibn Majah, 312
3)

Makna Korban

Korban dalam bahasa arab berakar kata dari qaruba. Akar kata ini membentuk kata: qurb (dekat), taqarrub (mendekatkan diri) aqriba' (kerabat) dsb. Menurut para pakar bahasa Arab, korban bermakna suatu saranan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah (lihat: Ma'ani l-Qur'an). Al-Mawardi dalam tafsirnya menjelaskan bahwa korban adalah amal kebajikan yang ditujukan menggapai Rahmat Allah. Sedangkan dalam Mu'jam Wasith korban bererti segala bentuk amalan untuk bertaqarrub kepada Allah, baik berupa penyembelihan maupun lainnya.

Fakhruddin al-Razi dalam tafsirnya memetik Sabda Nabi kepada Ka'b: "Wahai Ka'b! Puasa itu adalah perisai dan solat itu adalah korban". Lebih lanjut dalam kitab Hilyatul Auliya' dijelaskan sebagai berikut:

"Solat adalah korban dari setiap orang yang bertakwa

Haji itu adalah bentuk jihad dari setiap orang yang lemah

Zakat badan adalah puasa

Pendakwah tanpa amalan bagai pemanah tanpa busur.

Pancinglah turunnya rezeki dengan bersedekah

Bentengilah hartamu dengan zakat".

Qurb (dekat) yang menjadi derivasi kata Qurban mempunyai erti sebagai kondisi istiqamah yang sejalan dengan perintah Allah, ketaatan dan memaksimalkan waktu untuk beribadah kepada-Nya
(Lathaif al-I'lam).

Dalam hal ini, Abul Qasim al-Junaid (w.297H) memberi contoh makna qurb sebagai berikut:
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah mendekati hati hamba-hambaNya sesuai apa yang Dia ketahuhi dari kedekatan hati hamba-hambaNya kepadaNya. Maka perhatikanlah, perihal apakah yang mendekati pada hatimu?

Takwa dan Korban

Allah berfirman: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil: "SesungguhnyaAllah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa". (al-Maidah: 27)

Al-Mawardi dalam tafsirnya menukil pendapat Abdullah bin 'Umar tentang sebab diterimanya korban Habil, dikeranakan beliau mempersembahkan harta terbaiknya yang berupa tanaman sebagai korbannya. Sedangkan ditolaknya korban Qabil ditolak karena dia bersifat minimalis dalam mempersembahkan hartanya.

Maka keikhlasan sebagai ruh takwa adalah kualifikasi diterimanya sebuah korban. Sebab takwa memiliki makna lahir dan batin. Makna lahiriyah takwa diukur dari sejauhmana seorang hamba memperhatikan batasan-batasan (hudud) yang telah ditetapkan Allah. Sedangkan makna batinnya ditentukan oleh keikhlasan dalam setiap amalannya. (lihat: al-Risalah al-Qusyairiyyah, I/308)

Allah berfirman: "Daging-daging(unta) dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai
(keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik". (al-Hajj: 37)

Al-Zamakhsyari dalam tafsirnya, menjelaskan bahwa Redha Allah tidak akan sampai pada pemilik daging-daging yang disedekahkan dan darah-darah yang mengalir dari haiwan yang dikorbankan kecuali jika dia melandasi amalannya dengan niat ikhlas dan memperhatikan syarat-syarat taqwa saat berkorban.

Secara ilmiah, takwa berarti menjaga jiwa dari sesuatu yang ditakuti (ja'lun nafs fi wiqayatin mimma yakhaf). Makna takwa ini dapat kita ketahui dari penjelasan hadis Nabi saw., "Hindarilah (ittaqu, dari kata taqwa) api neraka walau dengan sebutir kurma, jika tidak punya sebutir kurma, maka gunakan kata yang baik". (HR. Bukhari)

Sedangkan secara syar'i, takwa berarti menjaga jiwa dari segala yang mengotorinya, yaitu dengan meninggalkan semua yang dilarang. Orang yang bertaqwa adalah yang menjadikan ketaatannya hanya untuk Allah dan mematuhi perintah-Nya sebagai pelindung dari azab-Nya. Kesemuanya ini berjalan sempurna dengan meninggalkan hal-hal dibolehkan (mubah) tapi mengandung syubhat,
sehingga dia tidak terperosok kedalam hal yang diharamkan.

Oleh karena itu, Ibn'Umar berkata: "Seorang hamba tidak akan mencapai takwa yang hakiki sehingga dia meninggalkan gejolak (niatan buruk) dalam dadanya". (Shahih Bukhari, kitabul iman)

Dalam pandangan Sufi yang lurus, takwa menempati maqam tertinggi, kerana takwa menghindari hal-hal yang tidak disukai (makruh). Taqwa mendindingi seseorang dari segala yang dicintai dan dicarinya; seperti menjauhi kekufuran dengan keimanan, kesyirikan dengan tauhid, riya' dengan ikhlas, dusta dengan jujur, curang dengan nasihat, maksiat dengan taat, bid'ah dengan ittiba', syubhat dengan wara', dunia dengan zuhud, lalai dengan zikir, saitan dengan ta'awudz, neraka dengan menjauhi amalan buruk, dan menghindari semua kejahatan dengan kebaikan yang menjadi penyelamatnya.

Maka menurut kaum sufi, takwa itu ada 4 perkara:

1. Sangat takut dari dosa-dosa di masa silam, di mana kenikmatannya telah sirna tetapi balasan
dosanya masih menghantuinya.
2. Sangat kuatir terperosok kedalam dosa-dosa di masa mendatang
3. Sangat takut bila mendapatkan suul khatimah.
4. Sering bermuhasabah.

Mengenai penyebutan daging dan darah dalam QS. Al-Hajj 37, Ibnu Katsir menjelaskan hal ini karena kebiasaan masyarakat jahiliyah ketika berkorban mereka menggantungkan daging korban pada patung tuhan-tuhannya dan melumuri "tuhannya dengan darah korban. Lalu para Sahabat berkata: "Kami lebih berhak melakukan hal itu dari mereka". Maka turunlah ayat: "Daging-daging (unta) dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya"

Lalu beliau menyitir Hadits Nabi: "Sesungguhnya amalan sedekah itu telah sampai kepada Allah sebelum sampai ke tangan penerimanya, dan sungguh (pahala) dari darah (kurban) itu telah sampai kepada Allah sebelum membasahi bumi". (HR.Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Dengan demikian hal terpenting dari ibadah kurban adalah sebagai penggemblengan jiwa untuk lebih bertaqarrub kepada Allah dan memperbaiki kualitas takwa kita. Wallahu a'lam bissawab.

TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA BERLAKU LAGI DAN LAGI......

Kita mudah alpa dengan kejadian lampau yang menimpa, macam tiada apa-apa yang pernah berlaku......

Tuesday, December 2, 2008

KEJOHANAN BOLA SEPAK S SEBELAH DAN FUTSAL WANITA



Persatuan Penduduk Taman Cempakasari 3 akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Lelaki 5 sebelah dan Futsal wanita. Semua penduduk dialukan menyertainya. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12hb Dec 2008, dan undian akan diadakan pada jam 9.00 malam di balai masyarakat Taman Cempakasari 3.
Borang-borang penyertaan boleh didapati daripada - untuk lelaki (Rajendran - 012 331 5684),(Basri - 019 2078402), (Sukar Dolah - 012 3500904) Untuk Wanita (Pn Rukiah Mohammed - 013 394 5334 dan Pn Normaliza Ramli- 013 215 4533

Monday, December 1, 2008

Majlis Perasmian Kongres Keadilan 2008


Zaid Ibrahim salah seorang kenamaan yang turut hadir di Majlis Perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2008 pada hari Sabtu 29hb Nov 2008.