Wednesday, May 22, 2013

ORANG KAMPUNG YANG BIJAK ATAU ORANG BANDARKAH YANG BODOH


Bijaknya orang kampung memilih BN atau Bodohkah orang Bandar memilih PR?

Statistik Pasca PRU ke 13 yang berlalu pada 5hb Mei 2013 menunjukan sokongan pengundi telah dibahagikan kepada dua kelompok iaitu Bandar dan Kampung. Jika mengikut kedudukan sokongan popular PR pasti memerintah dengan mendapat sokongan 53% berbanding BN hanya mendapat 47%. Kenapa trend pengundi di bandar begitu cenderung kepada PR. Adakah orang Bandar mudah dipengaruhi oleh sesuatu isu?. Adakah orang Bandar terlalu mementingkan diri sendiri?. Adakah orang Bandar begitu naïf?. Orang kampung kah yang pandai atau orang Bandar kah yang bodoh dalam kes ini.

Kenapa sokongan dikawasan pendalaman atau kampung cenderung kepada Barisan Nasional. Apakah isu-isu yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat tidak relevan oleh masyarakat kampung yang kita ketahui selama ini isu-isu dipendalaman seperti  isu air, isu jalan, isu elektrik serta tidak ketinggalan dengan isu-isu masalah sosial serta kebajikan gagal ditangani oleh pihak pemerintah BN. Kenapa orang kampung dan pendalaman sayang sangat dengan BN sehingga tidak berani dan mahu untuk melakukan perubahan?. Apakah istimewanya BN sehingga kini diperintah selama lebih 55 tahun perbagai kerosakan dilakukan oleh pemimpin mereka dalam kerajaan BN. Daripada mengambil tanah orang melayu sehinggalah menyerahkan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura. Gejala kerosakan bumi Malaysia dengan sisa radio aktif sehinggalah masalah rasuah yang tidak terkawal sehingga diletakan Malaysia adalah tertinggi amalan rasuahnya.

Dalam masa keseluruhan rakyat Malaysia ingin melakukan perubahan kerajaan, semua orang dan rakyat begitu optimis dengan angin perubahan yang bakal berlaku dalam PRU 13 maka rata-rata slogan, INI KALILAH, JOM UBAH, ASAL BUKAN UMNO, YAKINLAH, UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA, MALAYSIA BARU , MALAYSIA NEGARA BERKEBAJIKAN dan perbagai lagi slogan beredar dan diedar  keseluruh Negara tidak kira di bahagian mana, dipelusuk mana, dipenjuru mana waima di dalam tandas sekali pun menunjukan angin perubahan bakal berlaku di Tanah air tercinta ini. Kenapa ia tidak berlaku apakah ini kerana orang kampung begitu bijak atau bodohkah orang Bandar?.

Bodoh sangatkah orang Bandar atau cerdik sangatkah orang Kampung untu memilih…. Adakah hanya orang Bandar sahaja yang inginkan pemansuhan Tol, pemansuhan PTPTN, Duti eksais kereta diturunkan sehingga rakyat dapat harga yang murah, penurunan harga minyak dan bahan api. Apakah semuanya ini tidak tempias kepada orang kampung atau orang kampung tidak akan terasa dengan kesan dari perubahan ini. Orang kampung kah bijak atau orang bandarkah yang Bodoh. Atau tertutup pintu hati mereka itu hai orang kampung terhadap segala penipuan dan kebobrokan pemimpin BN sehingga terpedaya dengan segala muslihat yang dikatakan kebenaran oleh pemimpin dan Media mereka pemimpin Barisan Nasional.

Orang kampung kah bijak atau orang bandarkah yang bodoh , untuk menilai maka nilaian siapakah yang lebih bijak, adakah orang kampung ramai yang cerdik pandai dan berpelajaran atau adakah orang Bandar yang ramai tercicir dari pendidikan . Bodoh nya orang Bandar memilih PR yang tidak ada pengalaman untuk memerintah atau adakah cerdiknya orang kampung memilih BN yang berpengalaman dengan taktik kotor dan penipuan.

Siapakah yang bodoh dan siapa pulak yang pandai?. Inilah dikatakan pemimpin Barisan Nasional akan sentiasa memastikan 3 perkara asas amat perlu ditekankan jika ingin lagi menjadi pemerintah atau kekal dengan legasi pemerintahan mereka.

Apa itu 3 perkara:

                         Memastikan rakyat Malaysia sentiasa Bodoh dan ketinggalan dalam pendidikan.

Kenapa? Jika rakyat Malaysia bodoh maka mereka boleh memperkotak katikan segala maklumat dan menyembunyikan segala kebenaran dari pengetahuan rakyat. Biarlah Rakyat sentiasa jadi robot yang menurut arahan tuannya. Mendidik rakyat hanya untuk mendapat pelajaran yang tinggi bagi peluang bekerja dengan pendapatan yang tinggi tampa memikirkan nilai-nilai insan dan moral.

                           Memastikan Rakyat akan kekal miskin.

Kenapa? Kemiskinan akan menyebabkan rakyat akan sentiasa bergantung harap dangan mereka. Biarlah mereka hidup kais pagi makan pagi yang penting jika mereka (rakyat) datang meminta kita (pemerintah BN) boleh lagi menyediakan subsidi.

                            Menanam sikap penakut terhadap pemerintah.

Kenapa? Ketakutan ditanam bagi setiap individu dengan sekatan-sekatan sehinggalah untuk menyatakan kebenaran pun tidak boleh. Ruang untuk rakyat menyatakan pandangan dibataskan. Penggunaan Jentera-jentera Kerajaan bagi menakutkan rakyat dengan segala bentuk dan jenis tindakan?

Nilai inikah yang kita mahu, maka siapa yang bodoh dan siapa pula yand cerdik….. Bak kata Pelawak Nabil “ LU FIKIRLAH SENDIRI”.

Monday, April 8, 2013

BULAN ROKET DAN KEADILAN


BULAN, ROKET DAN KEADILAN

TRIBUTE KHAS BUAT PEMINAT BLOG KAPAK TUNJAI YANG DIHORMATI


♪ Kupandang kelangit 
 Kunampak terang 
 Tersenyum bulan 
 Dicelah awan 
Tertanya ia kepada bumi 
Sampai bilakah, mahu kemari 
Jalan kesini

♪ Kutanya hati, kurasa pelik 
Mengapa semua takutkan roket 
Sedangkan kita punya impian 
Hanyalah roket jadi tunggangan 
Ingin kebulan

Wahai manusia ingin kebertanya 
Adakah hidup kekal selamanya 

Mengapa perlu kita berperang 
Sedangkan kita... perlu keadilan



Kerajaan Perpaduan – berkuburnya PKR di Pahang.


Pilihanraya Umum ke 13 tidak berapa minggu lagi, impian menjadikan Pahang sebuah lagi negeri Bekebajikan Rakyat mungkin hanya tinggal impian bagi Pakatan Rakyat jika pemilihan calon tidak ditangani secara baik. Rakyat Pahang yang selama ini inginkan perubahan hanyalah sebuah mimpi indah yang cuba diberi oleh Pimpinan Pakatan Rakyat.

                Hampir pasti sebuah parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS telah menzalimi Rakan Pakatan mereka dengan membolot kebanyakan kerusi yang selama ini menjadi status quo kepada PKR. Apakah PKR terlalu lemah sehingga tidak mampu mempertahankan dan memperjuangkan kerusi tersebut, dan bagaimana pulak rakyat melihat dan menilai kelemahan tersebut. Hakikatnya PKR bakal berkubur di bumi Tok Gajah, agenda siapa?, siapakah dalang dalam sendiwara ini?. Anwar Ibrahim kah patut dipersalahkan atau siapakah “King” dalam PKR dan dimanakah Presidennya yang hanya sebagai boneka kepada Tok dalangyang memainkan sendiwara tersebut?.

Rakyat dan ahli dipaksa akur dengan aturan permainan politik ini, dan benarkah mereka ini calon yang menepati kreteria yang dikehendaki rakyat atau adakah untuk memperkukuhkan legasi yang dikatakan sebagai “king” dalam PKR tersebut..mungkin Azmin Ali boleh menjawabnya. Sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat PKR segalanya ada dalam poket beliau.

               
 Ahli-ahli melihat keakraban individu-individu tertentu dengan DS Anwar Ibrahim mungkin menjadi penghalang kepada “king” untuk mencapai impian. Satu persatu kerektor selepas Saudara Ezam dan kawan-kawan, Zaid Ibrahim, Mustapha Khamil Ayub, Che-gu Bard yang lebih pro rakyat tersungkur dalam episod keji itu. Kini kita melihat suasana ini telah bercambah kepada mereka yang tidak sehaluan. Perbezaan pendapat dan pandangan diketagorikan sebagai musuh kepada “king”.


                  Pahang pada mulanya dikatakan mampu membina sebuah negeri Pakatan Rakyat selepas PRU 13 mungkin tidak boleh berlaku  untuk sekarang. Dimana beberapa Cabang, Bentong, Temerloh, Jerantut, Indera Mahkota serta Paya Besar dikatakan telah tutup kerana protes dengan pemilihan dan penamaan calon yang tidak diterima oleh Cabang dan mereka merasakan usaha cabang seolah tidak diperakui oleh pucuk pimpinan PKR. Begitu besar kesannya jika ini menjadi realiti dan suara akar umbi diambil enteng oleh pucuk pimpinan PKR. Apakah PR hanya berharapkan kepada PAS dan DAP sahaja untuk menawan Negeri Pahang. Begitu juga dengan DAP yang masih lagi tertanya dan tercari-cari  kerusi untuk mereka. Mungkin bebarapa Cabang lagi bakal mengikuti jejak langkah ini juga jika aspirasi ahli dan rakyat dikawasan tersebut tidak diperhalusi oleh pucuk pimpinan PKR.

Maka dengan ini Rakyat Pahang boleh lah berharap Negeri Perpaduan Idea PAS dan UMNO bakal terbentuk dengan menolak Pakatan Rakyat yang ingin membawa pembaharuan dalam system politik Malaysia dengan sebuah negeri berkebajikan Rakyat. Slogan PAS GANTI UMNO memang sinonim dengan ideal tersebut. Parti PAS seolah tidak pernah menghargai usaha yang telah diberikan oleh Rakan dalam Pakatan Rakyat, mereka menikam dan mengambil kesempatan diatas kebaikan rakan mereka dalam Pakatan. Jauh disanubari mereka mengimpikan pimpinan mereka menjadi Menteri Besar dan sehingga kini mereka PAS tidak pernah menyatakan pendirian menyokong DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dimanakah kejujuran mereka yang kita rasa sebagai sebuah Parti Politik yang memperjuangkan Islam. Apakah Islam mereka hanya gimik bagi mendapat kuasa.

Masih belum terlambat lagi untuk Pakatan Rakyat terutamanya PKR dalam membuat keputusan yang bijak… Rakyat inginkan perubahan tetapi untuk membuat perubahan itu perlulah dengan berhemah kena pada masanya, kena pada tempatnya dan kena pada calonnya.

Tuesday, April 2, 2013

EDISI KANTOI UMNO JANGAN BEBAL LA....




Program takaful warga emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan jika ditakdirkan individu yang berusia 60 tahun ke atas dan telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya.

Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas dan juga telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 1 tahun.

Pemohon boleh berdaftar dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pusat Khidmat MES Bangunan SSAAS, Pejabat-pejabat Daerah & Tanah, Pejabat Penghulu, Pejabat Adun dan Pengendali polisi Takaful Warga Emas.

Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Pejabat-pejabat Daerah & Tanah masing-masing, Pejabat Penghulu, Pejabat Adun dan Pengendali polisi Takaful Warga Emas. Permohonan akan diproses dan peserta akan diberikan kad peserta program ini.

Program ini menyediakan perlindungan takaful kepada peserta di mana sejumlah RM500.00 wang tunai akan diterima oleh wasi dalam masa 24 jam selepas dilaporkan kepada pihak Pengendali polisi Takaful Warga Emas berlakunya kematian (wasi hendaklah memaklumkan dengan segera atau selewat-lewatnya 90 hari selepas berlakunya kematian). Manakala Cek RM2,000.00 akan disediakan oleh pengendali polisi Takaful Warga Emas sebaik sahaja dokumen lengkap diterima.

Tuntutan hendaklah dibuat oleh wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) seperti yang dinyatakan di dalam borang pendaftaran.

Kesimpulannya,Kerajaan Negeri beri duit pd waris ...sebab nak meringankan bebas bagi mengurusksn jenazah..sebab bukan semua org ada menabung mcm Kak Mah..Perlu daftar ke pejabat daerah yg terdekat....dan masukkan nama waris yg dipercayai.....perkara itu telah pun d laksana....bila berlaku kematian...kena dtg bersama surat mati ke Pej Daerah br dpt duit tu....boleh la guna jelaskan hutang si mati atau buat tahlil ke....atau buatkan amal jariah untuk si mati....-Jahar
https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif

Monday, April 1, 2013

EDISI KANTOI....PAS TEMERLOH MENZALIMI RAKAN PAKATAN


PAS TEMERLOH MENZALIMI RAKAN PAKATAN

Bukti Provokasi Melampau


Keputusan Majlis presiden Pakatan Rakyat menyatakan keputusan kerusi Temerloh adalah STATUS QUO kepada Parti KEADILAN Rakyat tidak boleh dinafikan. Keputusan itu harus dipertahankan dalam kesepakatan yang harmoni. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus akur dengan pucuk kepimpinan dan tidak perlu melakukan provokasi keras terhadap keputusan tersebut.

Apakah juak-juak ini inginkan kemenangan Pakatan Rakyat atau sekadar hanya untuk menjulang pemimpin mereka yang mencanangkan “TEMERLOH HAK KOME”. Apakah maksud ini, adakah Temerloh ini milik PAS atau milik rakyat Temerloh. Mereka pemimpin boleh gah diatas saja dan bila diperlukan mereka ada dekat kita tapi tengoklah selepas pilihanraya mereka ini hilang entah kemana. Jangan perasanla mereka ini anak Temerloh yang akan bersama rakyat Temerloh.

Atau adakah merasakan Parti KEADILAN Rakyat meminjam, PAS sudah mengatakan bahawa “TEMERLOH HAK KOME”. Pernah adakah perjanjian mengatakan Parlimen Temerloh adalah hak milik PAS mengikut tradisi. Atau adakah hanya sekadar cakap kedai kopi pinjaman itu berlaku. Kalau mengikut tradisinya Temerloh ini tokoh pejuang-pejuang rakyat dari PRSM lah yang memulakan langkah perjuangan. Jangan dinafikan fakta “TEMERLOH HAK KOME”.

Sebilangan Pimpinan PAS bukanlah anak Pahang, Anak Pas Pahang bersama dengan Pakatan Rakyat. Hubungan PKR yang akrab dengan sebahagian pimpinan PAS selalunya diirihatikan oleh mereka ini yang sentiasa membuat onak dengan memberi harapan  kepada sebahagian penyokong mereka. Anak muda PAS dan “grass root” dalam PAS boleh bersama dengan setiap program anjuran Parti KEADILAN RAKYAT Temerloh. NGO-NGO seperti ABU, SAMM, LYNAS dan lain kerap menjalankan program bersama Parti KEADILAN Rakyat Temerloh. Jentera-jentera PKR Temerloh kerap dilihat bersama pimpinan bawahan di peringkat cawangan dengan membuat edaran-edaran risalah pakatan rakyat. Penafian yang keterlaluan terhadap PKR yang konon tidak boleh memberi kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT adalah satu fitnah yang sengaja diuar-uarkan bagi meraih kerusi Parlimen Temerloh.

Sabotaj dari sebilang ahli PAS dengan menghembor kata-kata kesat terhadap petugas-petugas Jentera PKR semasa kerja memasang bendera di Bandar Temerloh adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan, sepatutnya pemimpin mereka patut menjaga adab-adab ahli tambahan mereka ini adalah sebuah Parti yang memperjuangkan ISLAM. Tergamak mereka ini menghembor kata-kata itu kepada petugas “Non Muslim” seolah petugas ini begitu hina sekali dan tidak memberi sumbangan. Ingatlah mereka ini “Non Muslim” banyak sumbangan dalam kemenangan dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Diharap Parti KEADILAN TEMERLOH perlu mendesak kepimpinan PAS supaya sudah-sudah melaungkan “TEMERLOH HAK KOME” kerana seharusnya Parti KEADILAN Rakyat akan terus mempertahankan Parlimen Temerloh walaupun disogok dengan tukaran kerusi mana-mana di dalam Negeri Pahang ini, pendirian PKR adalah tetap. Situasi ini Parti KEADILAN bukan lah TAMAK tetapi hanya sekadar mengharapkan kesamaratan dalam isu ini. Dengan meminggirkan aktiviti bersama, mereka ini telah melukakan hati dan perasan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Program Pemuda Pakatan Rakyat di Mentakab baru-baru ini tidak diberi peluang kepada Anak Muda PKR. Sudahlah tidak diberi peluang untuk berucap, menyatakan kehadiran pun tidak. Pelancaran 7 agenda anak muda Pakatan Rakyat adalah hanya menjadi gimik PAS semata-mata. Sememang kehadiran Pemangku Timbalan AMK seolah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja dan sekurang-kurang berilah perhatian meraikanlah kehadiran beliau.

Apakah mereka ini merasakan mereka cukup kuat dengan perbagai ugutan dilakukan kepada Parti KEADILAN Rakyat. Kononnya untuk mencapai kemenangan pengobanan harus dilakukan dengan mengkhianati Rakan seperjuangan. Patut kah Parti KEADILAN rela kalah, demi mengkhianati rakan adalah tidak sekali. Atau dakah PKR sanggup dilabelkan sebagai Dayus kerana gagal mempertahankan hak sendiri????.

Wednesday, March 27, 2013

KAPAK TUNJAI: PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR

KAPAK TUNJAI: PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR: Pakatan Rakyat Pahang optimis mencapai  kemenangan kepada calonnya yang bertanding dan kemenangan mudah dirasakan iaitu 23 kerusi daripada...

PRU 13.... MENTERI BESAR PAHANG CALON PKR


Pakatan Rakyat Pahang optimis mencapai  kemenangan kepada calonnya yang bertanding dan kemenangan mudah dirasakan iaitu 23 kerusi daripada 44 kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Gerak kerja telah lama dilakukan dan mereka sudah bersedia menghadapi bila-bila masa sahaja untuk pembubaran DUN dan Parlimen. Dengan Kesepakatan yang ada dalam Pakatan Rakyat Negeri Pahang, akan memberi kesan yang positif dan begitu amat menakutkan Jentera UMNO Barisan Nasional sehinggakan Perdana Menteri Kerajaan Barisan Nasional sampai kehari ini gagal dan tidak mampu menentukan tarikh pembubaran Parlimen bagi mengistiharkan Pilihanraya ke 13.

Dengan Kemenangan itu Pakatan Rakyat khususnya PAS Pahang bersetuju dan memberi laluan dan sokongan penuh menjadikan calon dari PKR sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Pahang. Mereka PAS telah menyatakan sokongan dalam pertemuan wakil PAS dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Dalam pertemuan itu pihak PAS menyatakan bahawa calon PKR yang dikenal pasti merupakan calon yang sesuai dan menepati Aturan Penubuhan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Menteri Besar. Selain daripada menyatakan komitmen,rombongan  pertemuan itu bertujuan  mengharapkan dan meminta penambahan kerusi untuk Parlimen bagi calon-calon PAS yang masih tiada tempat dengan merasakan mereka mempunyai jentera yang cukup dan kekuatan dalam merampas kerusi UMNO Barisan Nasional.

Berkenaan pembahagian kerusi setakat ini Majlis Presiden masih lagi memegang kepada persetujuan yang sama iaitu status quo seperti PRU 2008. Walaubagaimanapun masih ada perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan diselesaikan dan mungkin ada sedikit rombakan di negeri-negeri selain dari Pahang. Dalam pada itu Dato Seri  Anwar menyerahkan keputusan permintaan kerusi kepada empunya diri samada dari PKR mahupun dari PAS.  PKR Pahang amat berterimakasih kepada semangat setiakawan PAS kerana kerjasama yang erat ini dan akan  memastikan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan walaupun PAS mempunyai peluang bertanding yang lebih dalam DUN mahupun diperingkat Parlimen daripada PKR ataupun DAP.

Blogger merasakan pilihanraya kali ini bukanlah menunjukan kekuatan sesuatu parti politik tetapi lebih kepada keinginan rakyat untuk berubah dan tidak mahu kepada parti–parti politik yang begitu Ekstrim dalam perjuangannya sepertimana mereka (rakyat) menolak UMNO yang begitu kuat dan sinonim dengan kebangsaannya. Dalam mencari kemenangan parti politik kena mengambil pandangan bahawa Malaysia mempunyai perbagai bangsa dan Agama dan Parti politik kena peka dengan perasaan mereka  (rakyat)jika inginkan kemenangan jitu. Adalah tidak adil bagi parti yang baru berbanding parti yang kita tahu sudah lama usianya untuk beradu kekuatan.

Thursday, February 28, 2013

Kaji Selidik: YB Syed Hamid (Adun semantan) Populariti 53% berbanding lain calon




 Atas inisiatif blogger Kapak Tunjai dan beberapa pertubuhan NGO  seperti Pro Rakyat, Briget Mat Kilau dan Rakyat Perihatin telah membuat kaji selidik berkenaan beberapa calon pimpinan Pakatan Rakyat dan BN di N32 DUN Kuala  Semantan untuk mendapat pandangan dari pengundi bagi mencari popularity calon yang bakal bertanding dalam PRU13 dalam N32 DUN Kuala Semantan. Dalam kajian tersebut polar pengundi diambil dibeberapa kawasan diantaranya kawasan Bandar, Kawasan pinggiran Bandar, taman-taman perumahan serta kampung-kampung tradisi dalam N32 DUN Kuala Semantan. Kajian ini juga berlandaskan isu-isu semasa di Daerah Temerloh yang terbahagi kepada 2 sentimen iaitu Melayu dan China serta pengundi baru dan pengundi lama.



Dalam kajian itu mendapati kepopulariti YB Syed Hamid adalah 53%, calon PR muka baru 20% dan calon Barisan Nasional 29%. Satistik ini berdasarkan responden  1000 orang yang diambil dikalangan Pengundi Melayu (Lama), Pengundi Melayu (Muda/baru) dan Pengundi Tionghua. Masyarakat Tiong Hua menunjukan peningkatan begitu ketara sekali iaitu 81% kepada YB Syed, 15% kepada calon BN dan 4% sahaja kepada muka baru calon PR.

Ada pandangan dari segelintir responden dari kalangan pengundi lama masih menaruh harapan terhadap muka baru dari parti PAS untuk menggantikan tempat dan menjadi calon dalam PRU 13 nanti tetapi ianya tidak menjadi kemasalahan kepada Adun Semantan itu  terus bersemangat memperjuangkan politik baru dalam memertabatkan agenda rakyat. Ada dikalangan pimpinan kawasan masih cuba untuk memburukan dan menyerang peribadi Adun Semantan bagi mendapat tempat untuk diangkat sebagai calon.
Pengundi baru dan anak muda menunjukan trend menyokong kesepakatan dalam pakatan Rakyat menolak politik kusam yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka inilah nanti menjadi penentu kepada kemenangan seseorang calon itu. Mereka juga menganggap perpecahan ini memberi  satu kerugian kepada Parti Politik untuk kekal menang.

Dalam kajian juga terhadap masyarakat Tiong Hua di Bandar dan Kampung –kampung Baru China  di Temerloh mendapati mereka lebih selesa dengan kehadiran Syed Hamid sebagai Adun mereka. Program santuni masyarakat Tiong Hua baru-baru ini sempena Sambutan Tahun Baru China membawa satu dimensi baru antara Masyarakat Tiong Hua dan Adun Semantan ini.

Penerimaan ini menunjukkan bahawa mereka berharap Adun Semantan akan terus dicalonkan sebagai Adun Pakatan Rakyat (PAS) dan mengekalkan kemenangan bagi meneruskan agenda Rakyat. Mereka juga berharap sekurangnya YB Syed Hamid dapat berkhidmat untuk sepenggal lagi berbanding muka baru yang belum tahu ketokohan kepimpinan dan  berpengalaman.


Blogger dan NGO-NGO yang bersama dalam menjalankan kaji selidik ini berharap kajian ini boleh dijadikan panduan dan ketetapan dalam menentukan calon-calon dan apa keperluan strategic bagi memastikan calon seterusnya menjana kemenangan kepada sesebuah parti politik yang akan bertanding di Parlimen Temerloh dan Dun Semantan Khususnya.

Wednesday, February 27, 2013

Risalah ROYALTI PAHANG

Risalah ROYALTI PAHANG...boleh print dan buat edaran kepada semua

Front page 1
Inner page 2
Inner page 3
Back page 4