| ||
| Drop Box |
Monday, January 2, 2012
Rakyat dan Mahasiswa bersama memberi Isyarat kepada regim UMNO BN
Sunday, January 1, 2012
INILAH KEKEJAMAN...ANAK_ANAK MAHASISWA
"Mansuhkan Aku dan bukannya meminda Auku" kehendak Mahasiswa....pemindaan Auku tidak akan memberi apa-apa kesan lansung terhadapa Akta itu sendiri, maka kebebasan akademik akan terus menyekat aktiviti dan kreativiti pelajar.
Wednesday, December 28, 2011
ANTARA DUA DARJAT ....SELANGOR KU
PRU 13 bakal menjelang...BN akan sedaya upaya "BY HOOK @ BY CROOK...Selangor akan ditawan dari pada kerajaan Pakatan Rakyat yang sedia ada. Relakah anda Rakyat Selangor melepaskan kepada UMNO Barisan Nasional setelah kerja keras oleh Rakyat yang inginkan perubahan dilakukan. Rakyat masih penat lagi berjuang dan masih awal lagi untuk merasa nikmatnya. Dengan hanya pakatan Rakyat memerintah maka kebajikan rakyat begitu terjaga.
![]() |
Yang Gagap tetapi cekap menguruskan harta rakyat @ Yang Petah tetapi Merompak duit Rakyat |
Tuesday, December 27, 2011
Aku tetap menyokong Hassan Ali.....Kenapa????
Selagi Hassan tidak keluar dari PAS dan Pakatan Rakyat aku akan tetap memberi 100% sokongan kepada beliau. Jangan terpadaya dengan tipu daya UMNO dan BN kerana mereka sentiasa mencemburui kekuatan Pakatan Rakyat dan sentiasa cuba untuk memporakpurandakan kekuatan Pakatan Rakyat.
UMNO dan Barisan Nasional akan mencari jalan bagaimana ketegangan ini akan merapuhkan perpaduan dalam PAS.
Ketahuilah Hassan Ali bukan calang-calang orang, beliau sentiasa mempunyai strategi dalam memperjuangagkan islam di Bumi Malaysia ini. Mungkin sesetengah daripada kita tidak nampak apa yang beliau nampak? persoalannya Hassan Ali masih relevan lagi dalam perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat keseluruhannya
Saturday, December 24, 2011
Friday, December 23, 2011
BANGSA MELAYU PELACUR.....MANA MARUAH???
Hakikat bahawa orang-orang Melayu telah mula memahami perjuangan DAP tidak dapat disangkal lagi. Maksudnya Melayu tidak lagi takut atau benci dengan DAP walau pun jentera propaganda UMNO membuat tohmahan kononnya DAP mahu memusnahkan bangsa Melayu, mahu menghancurkan Islam dan pelbagai fitnah lain.
Namun ini bukan hanya berlaku kepada orang Melayu sahaja, ia meliputi semua kaum. Masalah ini juga bukan tertumpu kepada DAP sahaja, ia turut berlaku pada parti-parti lain.
Lumrah berpolitik seperti itu memang tidak dapat dielak, mana mungkin kita dapat mengenal pasti insan-insan yang sekadar mahu mengambil kesempatan. Apabila telah dapat, dia berubah, jika tidak dapat, dia melompat.
Tiada mekanisme sempurna untuk mengelakkan keadaan ini kecuali dinamika politik kita telah berubah.
Minda parti kaum
Kewujudan minda ‘parti ini untuk kaum ini, parti itu untuk kaum itu’ masih membekas dalam semua lapisan masyarakat, tua atau muda, Muslim atau agama lain, kaya atau miskin, yang berpelajaran atau pun tidak. Seolah-olah semua pengetahuan yang kita miliki hari ini tidak boleh menjamin kita untuk tidak berminda assabiyah – rasis.
Dogma yang telah ditanam di dalam benak bangsa Malaysia sejak separuh abad yang lalu oleh UMNO, MCA dan MIC cukup dalam dan lama sekali kesannya.
Ia bukan hanya berlaku dalam Barisan Nasional sahaja tetapi turut menjangkiti segelintir golongan dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR, PAS dan termasuk DAP sendiri. Ini kenyataan yang cukup pahit untuk ditelan.
Malah, bukan hanya Melayu dalam UMNO, PKR atau PAS sahaja yang berfikiran ‘parti berasaskan kaum’, ada juga kaum Cina dan India dalam MCA, MIC, GERAKAN, PKR dan DAP yang berkongsi pandangan assabiyah itu, sama ada secara sedar atau tidak.
Malah bagi kaum-kaum etnik peribumi Sabah dan Sarawak juga wujud mentaliti sedemikian. Ia menggambarkan seolah-olah sifat bangsa Asia yang berkabilah menjadi asas bagaimana dimensi politik hari ini dimanipulasi dan dicorakkan.
Jadi, demografi masyarakat apakah yang akan kita lahirkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negara?
Apakah bentuk sistem pendidikan terhadap kepelbagaian, hak asasi, peluang saksama, prinsip dan amalan demokrasi serta keadilan yang mahu dibawakan jika usaha itu tidak tekun dilaksanakan dengan gigih pada masa ini?
Assibiyah dalaman
Yang paling menakutkan ialah, apabila kita bercakap tentang prinsip-prinsip di atas platform DAP misalnya (platform yang digambarkan sebagai bukan Melayu), masih ada orang Melayu Islam yang mendakwa kita yang bercakap tentang prinsip itu sudah menerima ajaran lain dari Islam, menyimpang dan sesat, serta kemaruk dengan ‘agama baru’ seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor baru-baru ini.
Lihatlah bagaimana prinsip paling asas sebegini pun mudah sekali dipesongkan makna dan konteksnya. Mereka yang mendakwa itu seolah-olah memahami Islam itu hanya datang dalam bahasa dan budaya Arab sahaja, atau ilmu pengetahauan itu hanya dikembangkan oleh tamadun Islam dan Melayu semata-mata.
Seolah-olah kaum dan bangsa dari tamadun lain tidak pernah menyumbang apa-apa pun kepada manusia dan kehidupan kita.
Contohnya, apabila DAP sebagai parti bukan kaum yang menerima pelbagai kaum mengalu-alukan penyertaan orang Melayu ke dalam partinya, maka reaksi orang Melayu, termasuk segelintir manusia dari PKR dan PAS sudah mula menjeling-jeling dan berkenyit mata tanda sinis dan curiga.
Adakah mereka bimbang DAP akan jadi lebih ‘menawan’? Atau pengaruh politik mereka akan terhakis? Atau mereka juga terperap dalam tempurung yang dicipta kepimpinan UMNO sejak sekian lamanya?
Itu rasa hati segelintir Melayu di luar DAP. Bagaimana pula perasaan kaum Cina, sama ada di luar atau di dalam DAP sendiri?
Ada juga segelintir orang Cina dalam DAP yang dahi mereka mula berkerut bimbang. Adakah golongan ini khuatir jika orang Melayu suatu hari kelak menjadi dominan dalam DAP? Atau takut jika ada orang Melayu akan mejadi Setiausaha Agung parti?
Yang pasti semua kebimbangan itu tidak berasas. Tetapi inilah realiti di luar dan di dalamnya.
Mentaliti assaabiyah ini menyepit manusia-manusia yang ingin mempraktiskan apa yang mereka faham dan yakini. Ruang untuk membina dinamika baru dalam mana-mana arena terlalu mudah disalahtafsirkan.
Jalan tengah jalan keluar
Jika perasaan ini tersemat dalam hati, akhirnya, slogan ‘Reformasi’, ‘Keadilan Untuk Semua’, ‘PAS Untuk Semua’, ‘Jalan Tengah Malaysia’, ‘Selamatkan Malaysia’ atau ‘Harapan Baru’ hanyalah omongan kosong yang tidak ada beza dengan slogan 1Malaysia.
Dengan maksud lain, manusia-manusia yang demokrat, berhaluan sederhana dan moderat wujud terpencar-pencar dalam semua parti politik. Mereka ada dalam Pakatan, malah ada segelintir manusia seperti itu dalam BN walau pun suara mereka disenyapkan pucuk pimpinan.
Insan-insan moderat ini terperangkap dalam dinamika dan persepsi assaabiyah parti politik mereka. Ini akan menjadi satu tragedi demokrasi dalam negara kita jika ia tidak ditangani segera.
Kejahilan ini ubatnya hanya satu, iaitu beristiqamah mencelikkan hati dan akal kita serta berkongsi pandangan dengan para sahabat dan kawan.
Dalam politik, ‘kompromi’ dan ‘tolak ansur’ bukan kata-kata yang kotor. Ia titik permulaan ke arah persaudaraan yang sebenar. Ia adalah jalan tengah yang menwarkan jalan keluar dari kemelut perkauman. Hanya semangat itu dapat mematikan saki-baki minda assabiyah dalam Pakatan.
Mujur majoriti ahli dan pemimpin Pakatan sudah terbuka minda dan menerima kepelbagaian kaum. Namun yang segelintir itu masih perlu dicerahkan minda, jiwa dan hati mereka agar Pakatan Rakyat tidak menjadi BN 2.0.
Tuesday, December 20, 2011
MOBILISASI "BEBASKAN ANWAR"
#BebasAnwar901 bagi menghimpunkan seramai mungkin sokongan untuk menuntut pembebasan terhadap Anwar. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan.
DEMOKRASI MALAYSIA.... INDONESIA PASTI KETAWA
Jika tuntutan rakyat Indonesia menuntut perubahan atau reformasi pada tahun 1998 tidak berjaya, barangkali sehingga hari ini Golkar masih menjadi kerajaan yang memerintah Indonesia.
Jika ada yang berubah hanya presiden dan menteri-menteri. Barangkali presiden Suharto akan melantik menantunya, atau anaknya Hutomo atau pemimpin kanan seperti Akbar Tanjung.
Jika ada yang berubah hanya presiden dan menteri-menteri. Barangkali presiden Suharto akan melantik menantunya, atau anaknya Hutomo atau pemimpin kanan seperti Akbar Tanjung.
Dasar parti masih sama, tidak banyak akan berubah. Budaya dan sikap masih sama. Jika ada yang berubah hanya stail kepimpinan.
Tetapi rakyat Indonesia telah melakukan sesuatu yang pada mulanya dirasakan mustahil. Sukarno tunduk kepada desakan rakyat. Penggantinya Habibie yang mengetuai parti GOLKAR tewas kepada pemimpin buta, Abdul Wahid atau Bapak Gus Dur.
Gus Dur selepas itu digantikan Megawati Sukarnoputri setelah impeachment keatas Gus Dur.
Reformist sebenar dalam kebinet Gus Dur dan Megawati ialah seorang bekas Leftenan General ABRI. Namanya Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). SBY menyatakan rasa kecewa kerana tidak berlaku perubahan yang dituntut rakyat lalu menubuhkan parti baru iaitu Demokrat Parti.
Pada PEMILU 2004, SBY dan Yusuf Kala (Golkar) mencabar parti PDIP pimpinan megawati dan menang.
Pada 2009, sekali lagi SBY yang telah banyak melakuan reformasi membantu rakyat Indonesia mengekal kuasa sebagai presiden.
Hari ini rakyat Indonesia boleh berbangga jika mereka bercakap soal demokrasi. Mereka telah buktikan dengan menukar parti pemerintah sebanyak tiga kali. Golkar kepada PDIP dan kepada DP.
Isyarat kepada parti dan pemimpin yang memerintah, "yang berkuasa sebenar-benarnya dalam sistem demokrasi ialah RAKYAT, maka itu kebajikan rakyat harus dipelihara dengan sebaik-baiknya".
Jika ada pemimpin Malaysia bercakap apa itu prinsip dan konsep demokrasi, rakyat Indonesia boleh tertawa atau setidak-tidak tersenyum sinis.
"Demokrasi apa yang bapak cakap, jika rakyat Malaysia tidak bisa membuat perbandingan dasar parti mana yang lebih baik? Barisan Nasional memerintah sejak British, ya tentu sekali kita hanya bisa bandingkan pemerintahan BN dengan pemerintah British! Tapi bukan dengan parti-parti politik lain, yang mungkin lebih baik kepada rakyat daripada BN!"
Rakyat Filipina juga akan mentertawakan Malaysia bila bercakap soal demokrasi. Mereka telah melakukan perubahan dengan menolak Arroyo dan memilih Aquino. Apa lagi rakyat Thailand, mereka pasti akan ketawa terbahak-bahak. renung-renungkan...
RK: JIKA RAKYAT MALAYSIA TAKUT UNTUK BERUBAH MAKA SATU HARI NANTI PASTI ANAK CUCU KITA MENTERTAWAKAN KITA SEPERTIMANA SEKARANG MEREKA MENTERTAWAKAN PERJUANGAN PEJUANG - PEJUANG YANG SEBELUM INI
Monday, December 19, 2011
Mahathir Kantoi lagi...sepatutnya dia suruh Sharizat dan Muhyidin letak jawatan
Telah sekian lama Anwar Ibrahim diitohmah dengan pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF.
Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.Lantaran ketegasan Anwar inilah Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad (gambar kanan) merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak mereka. Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak pimpinan UMNO dan Mahathir sedari, rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.
Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.Tohmahan Mahathir bahawa Anwar adalah agen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.Beberapa hari lalu Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel. Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.
Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Mahathir.
1-http://go.worldbank.org/U29R77EBX0
2-http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=
*Kenyataan media dari pejabat Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)