Beliau merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) menyertai sejak 8 Mac lalu.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.
Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.
Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, Pas dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.
Sementara itu, dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau (Nasaruddin) berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di DUN Bota.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.
Desas-desus mengenai kemungkinan Nasaruddin meninggalkan Umno bertiup kencang selepas beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lalu
inar cahaya perubahan sudah mula kelihatan, dimulakan dengan keputusan rakyat di KT dan diikuti dengan penghijrahan ADUN BOTA ini. Kini penyu sudah mula tersenyum di Rantau Abang dan rentak seyum diteruskan di Bota Perak. Satu gabungan yang mantap untuk PR meneruskan kemaraannya. Sebelum ini seorang ADUN di Sabah sudah menyertai PR menerusi PKR, dan kemungkinan plihanraya semula di Persiangan Sabah bakal membuka jalan kepada perjalanan PR menuju Putra Jaya.
Rasanya, kemaraan PR sudah tidak dapat dihalang lagi dan sinar perubahan semakin cerah dengan perjalanan yang dimulakan pada tahun 1998 sudah membuahkan hasil.
Kini pintu penghijrahan sudah terbuka.Kata kata DSAI mengenai penghijrahan ini bukan omong kosong sekalipun 916 tidak menjadi kenyataan. Namun semangat 916 tetap segar di dalam PR dan kesegaran ini telahpun menghasilkan suatu keputusan yang positif.
Perjalanan PR bermula di KT kemudian diikuti olih Bota dan insya Allah akan berakhir di Putra Jaya."
No comments:
Post a Comment