Wednesday, September 29, 2010

LAPORAN MASYUARAT AGONG DAN PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KAPAR 2010

Masyuarat Agong dan Pemilihan telah di adakan di Dewan Majlis Perbandanran Klang (MPK) MERU pada 26hb September 2010 (Ahad). Permulaan perjalanan masyuarat dan pemilihan berjalan lancar walaupun banyak kekurangan dari segi logistik dan pengurusan majlis yang tidak teratur. Ketidak cekapan pihak pengendalian majlis nampak begitu ketara bila jumlah kedatangan ahli meningkat sehingga anggaran mencecah kepada lebih dari 1500 orang dan sehingga kemuncak hampir 3000 orang ahli yang hadir.

Masyuarat Agong

Bermula agak lewat dari masa yang ditetapkan hampir 2 jam dengan didahului oleh Masyuarat AMK, wanita dan seterusnya Masyuarat Cabang.

Kelemahan yang ketara adalah:-

1. Pendaftaran serta pembayaran yuran begitu lambat dimana buku senarai semakan hanya disediakan satu sahaja dan tidak menggunakan kaunter yang banyak. Jadi kedua-dua tempat semakan keahlian (pendaftaran dan kaunter pembayaran menjadi padat dan tidak terkawal. Ini menyebabkan ahli dan pengundi terpaksa menunggu dalam keadaan tidak selesa.

2. Nama didalam buku daftar berbeza-beza dan banyak yang tiada.

3. Pengawas (pemerhati ) lewat datang dan masyuarat dijalankan lewat 2 jam dari masa sepatutnya.

4. Ahli Jawatan Kuasa cabang sibuk dalam berkempen dan membiarkan masyuarat berjalan dalam keadaan kurang memuaskan.

5. Resit pembayaran yuran ahli boleh dipertikaikan.

Pemilihan (proses pengundian)

Isu yang begitu ketara sekali adalah semasa proses pemilihan dijalankan yang mana petugas-petugas dari JPP serta peringkat cabang gagal mengawal keadaan dengan kakitangan yang kurang serta tidak cukup pengalaman mengendalikan proses tersebut. Jadi apa yang boleh diklifikasikan banyak kelemahannya.

1. Penyedian tempat pengundian kurang sesuai susunannya dimana sesiapa saja boleh memasuki (kemungkinan tiris ketulusan)

2. Tempat pengundian adalah yang sama dengan Masyuarat dijalankan.

3. Senarai nama calon tidak terdapat dalam borang pencalonan (kertas undi) calon AMK

4. Cabang hanya diberitahu untuk menjalankan Masyuarat tidak kepada proses pengundian. Pengundian hanya di uruskan oleh JPP sahaja. Tidak ada briefing yang berkesan dalam pengendalian tersebut.

5. Kakitangan dan petugas terlalu sedikit lebih kurang 5 orang sahaja dan beberapa orang dari Cabang. Sedangkan keahlian begitu ramai bagi cabang Kapar.

6. Penglibatan calon dan agen sebagai petugas dari cabang - berkemungkinan ketelusan di persoalkan.

7. Kakitangan dan petugas (JPP) lewat datang ketempat proses pengundian

8. Resit pembayaran ahli – Penggunaan resit yang boleh dipertikaikan.

9. Provokasi yang dilakukan oleh Calon dan agen yang tidak berpuas hati atas teguran dari petugas.

10. Kempen dari calon dan agen boleh memasuki sehingga ketempat pengundian.

11. Ahli dan pengundi terpaksa menunggu begitu lama.

12. Suasana menjadi kelam kabut dengan provokasi yang dijalankan oleh calon-calon yang bertanding serta agen-agen mereka.

13. Ahli dan pengundi serta calon tidak berdisiplin dalam proses pengundian dijalankan.

14. Perjalanan yang tidak terkawal membuatkan majlis telah mendapat usul dari ahli supaya pengedalian proses pengundian ditangguhkan dan telah dipersetujui oleh Pengerusi tetap cabang Kapar.

15. Faktor keselamatan yang diambil mudah oleh pihak pengendali atau dari pihak cabang , jadi faktor itu begitu mendukacitakan dan memberi kesan yang buruk dalam pemilihan tersebut.

16. Pengundi tidak berpeluang mengetahui cara dan bagaimana proses pemilihan itu berlaku kerana tidak dapat informasi dari pengendali pemilihan tersebut.

17. Senarai nama pencalonan muktamat dari pengurusan pusat tidak dapat dikeluarkan sehingga waktu pengundian dan menyebabkan calon begitu susah untuk memberitahu teknik pengundian kerana tidak dapat nombor pencalonan. Rata-rata pengundi usia emas atau mereka yang tua susah mengenal pasti apa yang patut di undi oleh mereka.

18. Isu keselamatan kotak-kotak undi tidak diberi perhatian sehingga telah dirosakkan oleh mereka yang begitu marah dengan proses pemilihan tersebut. Kotak-kotak undi telah dikoyak dan kertas-kertas undi telah dirosakkan.

19. Ada calon yang menarik diri dari pencalonan tetapi didalam borang pemilihan (pengundian) masih tertera nama beliau.

20. Orang luar bukan ahli Parti (PKR) @ dari Parti lawan boleh masuk sesuka hati ke dalam Dewan mengundi seperti MIC dan UMNO yang dikenal pasti.

KESIMPULAN

Pemilihan parti kali dianggap gagal dan lemah dimana persediaan yang dilakukan oleh pihak Cabang dan Pusat begitu menduka citakan.

1. Faktor Keselamatan diambil mudah

2. Keselesaan perjalanan Pengundian

3. Petugas dan Jentera JPP tidak menepati Masa

4. Kekurangan Petugas.

5. Sistem dan proses tidak teratur.

6. Tidak ada cara dan prosedur yang ditetapkan.

7. Kakitangan dan petugas diragui ketelusannya.

No comments: