Pakatan Rakyat Pahang optimis mencapai kemenangan kepada calonnya yang bertanding
dan kemenangan mudah dirasakan iaitu 23 kerusi daripada 44 kerusi yang
dipertandingkan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang. Gerak kerja telah lama
dilakukan dan mereka sudah bersedia menghadapi bila-bila masa sahaja untuk
pembubaran DUN dan Parlimen. Dengan Kesepakatan yang ada dalam Pakatan Rakyat
Negeri Pahang, akan memberi kesan yang positif dan begitu amat menakutkan
Jentera UMNO Barisan Nasional sehinggakan Perdana Menteri Kerajaan Barisan
Nasional sampai kehari ini gagal dan tidak mampu menentukan tarikh pembubaran
Parlimen bagi mengistiharkan Pilihanraya ke 13.
Dengan Kemenangan itu Pakatan Rakyat khususnya PAS Pahang bersetuju dan memberi laluan dan sokongan
penuh menjadikan calon dari PKR sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Pahang.
Mereka PAS telah menyatakan sokongan dalam pertemuan wakil PAS dengan Dato’
Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Dalam pertemuan itu pihak PAS menyatakan
bahawa calon PKR yang dikenal pasti merupakan calon yang sesuai dan menepati
Aturan Penubuhan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Menteri Besar. Selain daripada
menyatakan komitmen,rombongan pertemuan
itu bertujuan mengharapkan dan meminta penambahan
kerusi untuk Parlimen bagi calon-calon PAS yang masih tiada tempat dengan
merasakan mereka mempunyai jentera yang cukup dan kekuatan dalam merampas
kerusi UMNO Barisan Nasional.
Berkenaan pembahagian kerusi setakat ini Majlis Presiden
masih lagi memegang kepada persetujuan yang sama iaitu status quo seperti PRU
2008. Walaubagaimanapun masih ada perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan
diselesaikan dan mungkin ada sedikit rombakan di negeri-negeri selain dari
Pahang. Dalam pada itu Dato Seri Anwar
menyerahkan keputusan permintaan kerusi kepada empunya diri samada dari PKR
mahupun dari PAS. PKR Pahang amat
berterimakasih kepada semangat setiakawan PAS kerana kerjasama yang erat ini
dan akan memastikan Pakatan Rakyat menubuhkan
Kerajaan walaupun PAS mempunyai peluang bertanding yang lebih dalam DUN mahupun
diperingkat Parlimen daripada PKR ataupun DAP.
Blogger merasakan pilihanraya kali ini bukanlah menunjukan
kekuatan sesuatu parti politik tetapi lebih kepada keinginan rakyat untuk berubah
dan tidak mahu kepada parti–parti politik yang begitu Ekstrim dalam
perjuangannya sepertimana mereka (rakyat) menolak UMNO yang begitu kuat dan
sinonim dengan kebangsaannya. Dalam mencari kemenangan parti politik kena
mengambil pandangan bahawa Malaysia mempunyai perbagai bangsa dan Agama dan Parti
politik kena peka dengan perasaan mereka (rakyat)jika inginkan kemenangan jitu. Adalah
tidak adil bagi parti yang baru berbanding parti yang kita tahu sudah lama usianya
untuk beradu kekuatan.
No comments:
Post a Comment