Atas inisiatif blogger Kapak Tunjai dan beberapa pertubuhan NGO seperti Pro Rakyat, Briget Mat Kilau dan Rakyat Perihatin telah membuat kaji selidik berkenaan beberapa calon pimpinan Pakatan Rakyat dan BN di N32 DUN Kuala Semantan untuk mendapat pandangan dari pengundi bagi mencari popularity calon yang bakal bertanding dalam PRU13 dalam N32 DUN Kuala Semantan. Dalam kajian tersebut polar pengundi diambil dibeberapa kawasan diantaranya kawasan Bandar, Kawasan pinggiran Bandar, taman-taman perumahan serta kampung-kampung tradisi dalam N32 DUN Kuala Semantan. Kajian ini juga berlandaskan isu-isu semasa di Daerah Temerloh yang terbahagi kepada 2 sentimen iaitu Melayu dan China serta pengundi baru dan pengundi lama.
Dalam kajian itu mendapati kepopulariti YB
Syed Hamid adalah 53%, calon PR muka baru 20% dan calon Barisan Nasional 29%.
Satistik ini berdasarkan responden 1000
orang yang diambil dikalangan Pengundi Melayu (Lama), Pengundi Melayu (Muda/baru)
dan Pengundi Tionghua. Masyarakat Tiong Hua menunjukan peningkatan begitu
ketara sekali iaitu 81% kepada YB Syed, 15% kepada calon BN dan 4% sahaja
kepada muka baru calon PR.
Ada pandangan dari segelintir responden
dari kalangan pengundi lama masih menaruh harapan terhadap muka baru dari parti
PAS untuk menggantikan tempat dan menjadi calon dalam PRU 13 nanti tetapi ianya
tidak menjadi kemasalahan kepada Adun Semantan itu terus bersemangat memperjuangkan politik baru
dalam memertabatkan agenda rakyat. Ada dikalangan pimpinan kawasan masih cuba
untuk memburukan dan menyerang peribadi Adun Semantan bagi mendapat tempat untuk
diangkat sebagai calon.
Pengundi baru dan anak muda menunjukan
trend menyokong kesepakatan dalam pakatan Rakyat menolak politik kusam yang
mempunyai agenda tersendiri. Mereka inilah nanti menjadi penentu kepada
kemenangan seseorang calon itu. Mereka juga menganggap perpecahan ini
memberi satu kerugian kepada Parti
Politik untuk kekal menang.
Penerimaan ini menunjukkan bahawa mereka berharap Adun
Semantan akan terus dicalonkan sebagai Adun Pakatan Rakyat (PAS) dan
mengekalkan kemenangan bagi meneruskan agenda Rakyat. Mereka juga berharap
sekurangnya YB Syed Hamid dapat berkhidmat untuk sepenggal lagi berbanding muka
baru yang belum tahu ketokohan kepimpinan dan berpengalaman.
Blogger dan NGO-NGO yang bersama dalam
menjalankan kaji selidik ini berharap kajian ini boleh dijadikan panduan dan
ketetapan dalam menentukan calon-calon dan apa keperluan strategic bagi
memastikan calon seterusnya menjana kemenangan kepada sesebuah parti politik
yang akan bertanding di Parlimen Temerloh dan Dun Semantan Khususnya.
No comments:
Post a Comment