Punyala ramai calon MPP tapi sorang pun tak
turun Cabang.... memang hebat, memang hebat depa ni nak tumpu Selangor
aje. Betul tu sebab kepada mereka Selangor paling ramai anggota.
Negeri lain kiranya bonus je kat dia orang.Aku tak faham la apa jenis
politi mereka ini, pengaruh mahu hanya di Selangor aje. Mungkin masa
depan karier politik mereka terletak atas ehsan orang Selangor aje
ke.Bagi aku jangan haraplah untuk mendapat undi umpama pepatah tak
kenal maka tak cinta. Jika kita dah cinta dan sayang sentiasa kita
bercerita tentangnya dan jajanya untuk meletaknya ditempat
tinggi...jesteru jika tidak kenal dan cinta jangan la harap kan undi
dari saya!!!!
Mereka ini hanya mengharapkan jawatan yang boleh dikategorikan gila jawatan...
Dan tidak dinafikan purata calon mpp datangnya dari
Selangor...maklumlah negeri kaya dengan segala kazanah dan negeri
taklukan dan jajahan Pakatan Rakyat. Maka disini berlumba-lumbalah
menunjukan kehebatan kononya merekalah juara rakyat… tanyalah mereka itu
berapa orang yang tahu berapa banyak cabang diseluruh Negara, ingatkah
dan tahukah mereka siapa ketua cabang, berapa cabang yang aktif dan
berapa cabang kelayuan menuntut simpati. Simboliknya dimana pokoknya
besar di situ banyak yang bertaut pada cabang cabang. Tak terfikirkah
untuk besarkan pokok, kuatkan cabang dan dahan serta ranting di tempat
lain pulak, Ramai lagi yang boleh bernaung dibawah pohon yang rimbun
yang mempunyai dahan yang kuat dengan syarat biar bajanya datang dari
Selangor.
Betul tu tempat lain perlu baja.. Di Selangor pokok
dah terlalu rimbun. Bila dah terlalu rimbun dan tidak terjaga maka
banyaklah nyamuk dan serangga perosak. Dari segi Teknikal bila ini
berlaku pohon atau pokok tersebut kena buat pemangkasan untuk menjadikan
ia lebih sihat dan subur.
Ramai orang berkata baja yang banyak
di Selangor tu asalnya dari negeri lain. Cuba tanya dahan, ranting dan
buah yang tumbuh, dari mana asal mereka?...pelik juga ye!!! Tak peliklah
jika kita tahu asasnya.
Betul la orang tua tua dahulu cakap mereka
yang tinggal kota metropolitan kerjanya nak ambik peluang aje tak kira
cara elok ke atau sebaliknya.. Serupa juga dalam politik... Yang penting
kira boleh masuk aje... Jerit perit, pahit maung pejuang yang
dikampung dipandang sepi... Orang kg sanggup bergadai lembu kambing,
siang menoreh esoknya pergi demonstrasi...sapa yang menikmati
kemanisannya... Memang bangsatlah pimpinan macam tu tak payah lagi lah..
ini ke yang diharap untuk melindungi pokok, cabang dan ranting yang
semakin layu dan kering kontang menahan untuk hidup...marilah sahabat
kita bina MASA DEPAN BERSAMA ubah sekarang untuk membina sebuah Parti
yang benar-benar membela rakyat.
No comments:
Post a Comment