Sunday, October 30, 2011

"BERSIH" Najib Altantuya Berjaya Dimalukan Di Perth

Tekanan ke atas Perdana Menteri Najib Altantuya supaya berundur semakin memuncak.




Sesudah berjaya dimalukan di kota London bulan Julai lalu sempena lawatan rasminya ke United Kingdom oleh Ratu Elizabeth II sendiri yang memakai baju kuning apabila menerima menghadap Najib Altantuya dan Rosmah "Imelda" Mansor, kini di bumi Australia pula Najib Altantuya sekali lagi dilondehkan tembelangnya!



Dengan kekuatan lebih 50 orang rakyat Malaysia dan warga asing yang "menyambut" ketibaan Najib Altantuya yang menghadiri persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel (Commonwealth Heads of Government Meeting - CHOGM) di Perth Jumaat lalu, mereka terus melaungkan slogan "Bersih, Bersih, dan Commonwealth! Send Election Observer") yang bermaksud Komanwel - Hantar Pemantau Pilihanraya!



Diketuai ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 Wong Chin Huat yang diterbangkan khusus untuk mendera Najib Altantuya di luar negara, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu "Rasuah Sayang" yang diambil dari lagi asal Rasa Sayang serta lagu Negaraku sekaligus mengecam Najib Altantuya dan Rosmah "Imelda" Mansor kerana masih gagal membersihkan daftar pengundi yang tercemar oleh pendaftaran lebih 2.3 juta warganegara asing beberapa bulan lalu.



Seperti di kota London, Najib Altantuya disambut oleh anak muda yang terpanggil dengan kesedaran politik serta masalah rasuah yang berlaku di Malaysia yang berjaya mencuri perhatian rakyat tempatan Australia yang pada mulanya hanya memerhati dari jauh tetapi lama kelamaan setelah diberi penerangan, mereka juga turut serta menyanyi!



Anggota polis yang berada di sana hanya memerhatikan mereka tanpa sedikit pun diganggu atau dilepaskan sebutir pun gas pemedih mata atau belantan yang tersisip di seluar mereka!



Chin Huat menganggap perhimpunan mereka berjaya membuka mata lebih 57 pemimpin Komanwel termasuk perdana menteri Australia sendiri, Julia Gillard dan David Cameron yang sudah pun "menerimanya" di No 10 Downing Street Julai lalu!



Padan muka Najib Altantuya!

No comments: