Monday, October 3, 2011

KEADILAN @ PKR


Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t. kepada manusia pertama, Nabi Adam a.s. ialah nama.

“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.
Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti.

Membicarakan Identiti maka apakah yang kita harapkan dari panggilan nama tersebut. Kita akan menaruh harapan pada Nama yang diberikan. Jadi kita seolah lupa nama yang kita berikan dan cuba menghilangkan dengan panggilan ringkas. sebabgai contoh "MUHAMMAD kita jadikan ia MAMAT" begitu juga Parti Keadilan Rakyat (keadilan) kita pendekkan menjadi PKR. Apakah makna PKR berbanding dengan Keadilan. Bagaimana nama keadilan itu akan terus utuh dan membawa kemenangan kepada kita jika kita selalu menggunakan perkataan PKR, kerana PKR itu tidak ada ruh berbanding dengan KEADILAN. Martabat KEADILAN itu sendiri begitu tinggi darjatnya tapi kita hari ini gagal mentafsirkannya. Kita seolah acuh dan tak acuh sering menggunakan singkatannya sahaja.

Cuba anda fikirkan jika seluruh Rakyat Malaysia bercerita tentang KEADILAN dan bukan PKR maka darjat KEADILAN akan terus berada dihati maka dengan ini PASTI...kita akan menjana kemenangan Menawan Putra Jaya.

Nama panggilan dan ertinya sangat-sangat penting bagi setiap orang manusia . Nama yang digunakan untuk panggil dan ertinya akan menentukan masa depan , kehidupan , ekonomi , kejayaan dan sifat sesuatu perkara.

Sifat sesuatu boleh berubah kerana nama contohnya, anda boleh perhatikan orang yang bernama yusuf lebih lembut , orang yang bernama omar lebih garang , orang yang bernama ibrahim lebih beriman dan sebagainya. Sama juga seperti sesuatu Organisasi. Kita lihat sendiri UMNO dan PKR...sifat UMNO itu sempurna berbanding PKR. Tetapi KEADILAN berbanding UMNO memang KEADILAN jauh lebih tinggi martabatnya. Sebab sesuatu nama itu memberi getaran (Vibration) dari unsur kejadiannya.

Jangan sekali-kali kita panggil atau menggunakan KEADILAN dengan nama singkat (PKR) ia akan menjejasakan vibration asal nama tersebut dan boleh menyebabkan ia lemah, bermasalah, dan dugaan kepada pendokong KEADILAN itu sendiri.

Peranan nama itu amat simbolik sekali ianya merupakan doa secara tidak lansung, nama juga membentuk kekuatan organisasi tersebut dan jika nama itu elok ia akan membawa keberkatan.

panduan daripada sumber-sumber diyakini dalam membuat sesuatu perkara antaranya berkaitan pemberian nama.

Wallahu alam

No comments: