Thursday, November 24, 2011

Bala Tentera baru.... Pakatan rakyat atau BN yang mendominasi???



Media alternatif sperti RTPJ telah memberi impak yang menggerunkan UMNO Barisan nasional, jadi mereka telah mengambil pendekatan yang sama dengan megadakan konvensyen media Sosial baru-baru ini. Konvensyen Media Sosial 1Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra yang juga merupakan ibu pejabat UMNO. Perhimpunan yang mengumpulkan hampir 1,500 orang pengamal media sosial pro UMNO-BN dari seluruh negara itu, turut dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konvensyen itu sendiri menunjukkan keseriusan UMNO-BN dalam menghadapi ‘peperangan maya’ yang bakal berlaku dalam kempen pilihanraya umum ke-13 yang bakal diumum pada bila-bila masa. Maka itu, sesuai dengan namanya ‘peperangan’, maka Najib mengelarkan peserta perhimpunan ini sebagai ‘tentera baru’ UMNO-BN.

Dan perhimpunan semalam menandakan bermula pergerakan ‘tentera baru’ ini dalam menjawab dan membalas serangan dari Pakatan Rakyat, tidak terkecuali mensensasikan fitnah dan pembohongan terutama sekali yang berkaitan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persoalan sekarang ialah, bagaimana pula persediaan sama dipihak Pakatan Rakyat?

Mungkin kita tidak perlu ke tahap mengadakan konvensyen seperti mana yang dilakukan UMNO-BN tapi kita perlukan program-program hampir sama untuk menaikkan semangat dan menggerakkan ‘tentera maya’ kita pula.

Statistik terbaru menunjukkan bloggers/facebookers Pakatan Rakyat tidak lagi mendominasi alam maya sebagaimana kita mendominasinya pada beberapa pilihanraya yang lepas bermula pada pilihanraya umum 1999.

Kebanyakkan bloggers kita terlalu bergantung kepada portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today dan Harakah Daily untuk mendapatkan sumber berita rujukan. Tidak kurang juga yang ‘menceduk’ jawapan dari portal berita yang disebutkan untuk membalas serangan cybertroopers UMNO-BN.

Ini bukanlah satu masalah tapi dengan beberapa portal seperti Malaysiakini yang kemorosotan langganan lanjutan dari beberapa penyiaran berita yang disangsikan kebenarannya, sedikit sebanyak imej bloggers ‘mesra’ Pakatan Rakyat yang memetik berita ini untuk menjawab serangan cybertroopers UMNO-BN akan turut terjejas.

Penulis masih ingat dahulu kita mempunyai barisan bloggers yang begitu hebat dan mendominasi carta web yang mendapat ‘hit’ tertinggi. Kebanyakkan mereka ini mempunyai susun atur pentadbiran sendiri malah mempunyai ‘field reporter’ mereka sendiri juga. Antaranya ‘TerengganuKite Online’, MSO, Siasah Online dan Jeff Ooi (sekadar menyebut beberapa).

Dari segi sokongan kepimpinan juga hebat. Hasil pendedahan dan siasatan oleh para blogger kita digunakan oleh kepimpinan atasan untuk disensasikan di peringkat lebih tinggi, bukan seperti sekarang, bloggers kita pula mensensasikan pendedahan yang dilakukan kepimpinan tertinggi.

Blogger seperti Jeff Ooi diberi pengiktirafan tersendiri apabila dicalonkan dan menang dalam pilihanraya umum 2008 bagi kerusi parlimen Jelutong di Pulau Pinang malah dilantik sebagai Chief of Staff bagi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mungkin dengan ini kedua-dua pihak pasti akan membiayai dari segi peruntukkan berjuta-juta untuk tujuan membiayai operasi bloggers dan pengamal media sosial seperti facebook dan twitter yang pro Pakatan Rakyat.

Hebat, memang hebat tapi kenapa sejak 2008, kita mengalami kemerosotan yang agak ketara? Blogger pro UMNO seperti PapaGomo malah Minda Intelek Melayu (MiM) yang hanya diwujudkan pada 2009, sudah mengatasi kita. Itu belum lagi bercakap tentang blog politik seperti MyKMU, Agenda Daily dan sebagainya yang telah wujud lebih lama.

Ini adalah sesuatu yang kita semua perlu sama-sama fikirkan, masa yang ada sudah tidak banyak dan kelebihan pula berada di tangan UMNO-BN kerana mereka berkuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya.

1 comment:

Anonymous said...

bole ka RTPJ menurunkan tahta umno?? jgn nak mimpi la wei..