Saturday, December 3, 2011
Perjuangan RTPJ.........naluri Rakyat.
Perjuangan RTPJ.........naluri Rakyat.
Message jelas perjuangan berpegang kepada prinsip "Yang benar jangan kita pertikaikan, dan yang salah jangan kita selindungkan", tanpa mengira parti, bangsa dan ugama membuatkan Road To Putra Jaya (RTPJ) begitu sinonim dengan kehendak dan inspirasi rakyat yang inginkan keterbukaan kepimpinan. RTPJ adalah satu gerakan rakyat yang tidak mempunyai kepimpinan secara tersendiri tetapi adalah merupakan harapan Rakyat ingin membebaskan Malaysia dari kerakusan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Lebih dari 55 tahun dahulu sperti UMNO mereka sendiri sedar bahawa seseorang patut ada untuk mengetuainya, sebab itu walaupun berkali-kali pergolakan berlaku didalam UMNO seperti Pembubaran UMNO, tragedi 1998, dilema kepimpinan 2008 tetapi UMNO itu sendiri tidak hancur kerana didalam UMNO itu sendiri tertanam satu matlamat perjuangan yang jelas.
Begitu juga Road To Putra Jaya (RTPJ) mempunyai kekuatan perjuangannya tersendiri dalam memastikan kenyakinan Rakyat bahawa RTPJ bukanlah main-main dan message ini akan terus menawan seluruh jiwa dan hati rakyat Malaysia dalam membela keseluruhan Rakyat Malaysia yang inginkan sebuah kerajaan yang adil dan saksama. Naluri rakyat adalah reformasi tersendiri dan keluar dari perasaan dan hati yang tidak terbela oleh mana-mana parti. Rakyat kecewa dengan senario yang berlaku sekarang "Sindrom memperkayakan kroni dan dan mereka yang rapat" Rakyat biarlah mereka mampos dengan keadaan kehidupan masa kini.
Mahu tidak mahu kita inginkan satu wadah yang akan membawa message kepada semua pihak bahawa perjuangan RTPJ adalah jelas dan tidak ada agenda yang tersembunyi. Perjuangan Rakyat yang tidak dibiayai oleh mana-mana parti Politik, mereka lakukan dengan segala keikhlasan, menggunakan segala kekuatan yang ada tampa mengambil kira imbuhan yang berada dihadapan mereka.
Sebagai badan Bebas yang inginkan perubahan landskap politik Malaysia berada didalam landasan yang betul dengan menumpukan segenap usha supaya mereka yang berada didalam kepimpinan memberi keutamaan tanggungjawab terhadap tugas dan amanah rakyat dari kepentingan peribadi. Menentang segala kepimpinan yang berada didalam parti politik menjadikankannya sebagai satu kerjaya untuk mencapai agenda peribadi. Sebagai badan pemerhati RTPJ akan terus berusha dan akan bekerja keras dalam menyatakan pendirian dan tidak akan teragak-agak mendesak kepimpinan supaya memastikan ianya berada dalam landasan yang betul.
Maka RTPJ berharap segenap lapisan masyarakat dan rakyat malaysia bangkitlah dan bangunlah bahawa kita tidak bodoh dan akan diperbodohkan oleh mereka-mereka yang tamakkan kuasa. Perjuangan rakyat adalah perjuangan Keramat. Kuasa bukan pada tangan pemimpin tetapi ada pada kita (rakyat) maka biar mereka pemimpin tagih dan merayu pada kita. Biar keegoaan mereka memakan diri mereka...ayuhlah wahai rakyat Malaysia.
RK...menyokong perjuangan rakyat kami tidak perlu parti politik, tapi kami jiwa dan semangat seorang pejuang, kita tidak mahu semangat juang yang hanya untuk 5 minit tetapi semangat juang sehingga ketitisan nafas terakhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment