Thursday, November 8, 2012


Dr Maza.com

..YB Nurul Izzah baru bercakap dengan saya menerusi telefon, beliau maklumkan bahawa beliau langsung tidak menyebut 'melayu boleh murtad' dalam program tersebut..apa yang beliau sebut ialah tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, hal itu merangkumi semua bangsa..saya rasa kita kena berhati-hati mempercayai sumber berita yang disiarkan oleh sesetengah pihak..


Firman Allah (maksudnya)


“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Maka sesiapa yang tidak mempercayai taghut serta beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada pegangan yang teguh, dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 256).

Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi.

Kata Ibn ‘Abbas:“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

RK; Mereka itulah Syaitan Yang dikenali..

No comments: