Monday, April 1, 2013

EDISI KANTOI....PAS TEMERLOH MENZALIMI RAKAN PAKATAN


PAS TEMERLOH MENZALIMI RAKAN PAKATAN

Bukti Provokasi Melampau


Keputusan Majlis presiden Pakatan Rakyat menyatakan keputusan kerusi Temerloh adalah STATUS QUO kepada Parti KEADILAN Rakyat tidak boleh dinafikan. Keputusan itu harus dipertahankan dalam kesepakatan yang harmoni. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus akur dengan pucuk kepimpinan dan tidak perlu melakukan provokasi keras terhadap keputusan tersebut.

Apakah juak-juak ini inginkan kemenangan Pakatan Rakyat atau sekadar hanya untuk menjulang pemimpin mereka yang mencanangkan “TEMERLOH HAK KOME”. Apakah maksud ini, adakah Temerloh ini milik PAS atau milik rakyat Temerloh. Mereka pemimpin boleh gah diatas saja dan bila diperlukan mereka ada dekat kita tapi tengoklah selepas pilihanraya mereka ini hilang entah kemana. Jangan perasanla mereka ini anak Temerloh yang akan bersama rakyat Temerloh.

Atau adakah merasakan Parti KEADILAN Rakyat meminjam, PAS sudah mengatakan bahawa “TEMERLOH HAK KOME”. Pernah adakah perjanjian mengatakan Parlimen Temerloh adalah hak milik PAS mengikut tradisi. Atau adakah hanya sekadar cakap kedai kopi pinjaman itu berlaku. Kalau mengikut tradisinya Temerloh ini tokoh pejuang-pejuang rakyat dari PRSM lah yang memulakan langkah perjuangan. Jangan dinafikan fakta “TEMERLOH HAK KOME”.

Sebilangan Pimpinan PAS bukanlah anak Pahang, Anak Pas Pahang bersama dengan Pakatan Rakyat. Hubungan PKR yang akrab dengan sebahagian pimpinan PAS selalunya diirihatikan oleh mereka ini yang sentiasa membuat onak dengan memberi harapan  kepada sebahagian penyokong mereka. Anak muda PAS dan “grass root” dalam PAS boleh bersama dengan setiap program anjuran Parti KEADILAN RAKYAT Temerloh. NGO-NGO seperti ABU, SAMM, LYNAS dan lain kerap menjalankan program bersama Parti KEADILAN Rakyat Temerloh. Jentera-jentera PKR Temerloh kerap dilihat bersama pimpinan bawahan di peringkat cawangan dengan membuat edaran-edaran risalah pakatan rakyat. Penafian yang keterlaluan terhadap PKR yang konon tidak boleh memberi kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT adalah satu fitnah yang sengaja diuar-uarkan bagi meraih kerusi Parlimen Temerloh.

Sabotaj dari sebilang ahli PAS dengan menghembor kata-kata kesat terhadap petugas-petugas Jentera PKR semasa kerja memasang bendera di Bandar Temerloh adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan, sepatutnya pemimpin mereka patut menjaga adab-adab ahli tambahan mereka ini adalah sebuah Parti yang memperjuangkan ISLAM. Tergamak mereka ini menghembor kata-kata itu kepada petugas “Non Muslim” seolah petugas ini begitu hina sekali dan tidak memberi sumbangan. Ingatlah mereka ini “Non Muslim” banyak sumbangan dalam kemenangan dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Diharap Parti KEADILAN TEMERLOH perlu mendesak kepimpinan PAS supaya sudah-sudah melaungkan “TEMERLOH HAK KOME” kerana seharusnya Parti KEADILAN Rakyat akan terus mempertahankan Parlimen Temerloh walaupun disogok dengan tukaran kerusi mana-mana di dalam Negeri Pahang ini, pendirian PKR adalah tetap. Situasi ini Parti KEADILAN bukan lah TAMAK tetapi hanya sekadar mengharapkan kesamaratan dalam isu ini. Dengan meminggirkan aktiviti bersama, mereka ini telah melukakan hati dan perasan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Program Pemuda Pakatan Rakyat di Mentakab baru-baru ini tidak diberi peluang kepada Anak Muda PKR. Sudahlah tidak diberi peluang untuk berucap, menyatakan kehadiran pun tidak. Pelancaran 7 agenda anak muda Pakatan Rakyat adalah hanya menjadi gimik PAS semata-mata. Sememang kehadiran Pemangku Timbalan AMK seolah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja dan sekurang-kurang berilah perhatian meraikanlah kehadiran beliau.

Apakah mereka ini merasakan mereka cukup kuat dengan perbagai ugutan dilakukan kepada Parti KEADILAN Rakyat. Kononnya untuk mencapai kemenangan pengobanan harus dilakukan dengan mengkhianati Rakan seperjuangan. Patut kah Parti KEADILAN rela kalah, demi mengkhianati rakan adalah tidak sekali. Atau dakah PKR sanggup dilabelkan sebagai Dayus kerana gagal mempertahankan hak sendiri????.

1 comment:

bunbinban said...

Gua baru tau kewujudan blog ni tdi. So gua dtg melawat. Apa yg gua perhatikan, Baik PAS atau PKR, x boleh nak claim seat Temerloh ni seat mereka. Gua setuju tersangat setuju seat Temerloh ni berlatarkan sejarah adalah milik PRM/PSRM. PAS nak claim seat ni milik tradisi dorang...? milik tradisi bertanding kalah adalah. PKR nak mepertahankan seat pun agak2 la. Kalau la ketua cabang yg sedia ada bertanding, bungkus la. PAS letak Nasharuddin Tantawi...mungkin dia baik sket je dri Nizam abdul Hamid. Dua2 calon PR ni xde karisma. PAS boleh usaha meletakan calon lain, Dr Wahab contohnya walaupun tidak di senangi oleh pemuda PAS kawasan. PKR mungkin boleh mencalonkan Zakaria Abdul Hamid yg di lihat lebeh baik hubungannya dgn PAS. Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin bersetuju dgn calon PKR ni. Baik Nizam maupun Nasharuddin, jika di calonkan di parlimen Temerloh hanya mengundang kekalahan. Gua rasa chegu Bard lebeh layak di beri peluang bertanding di Parlimen Temerloh kerana dia seorang yg aktif, berkarisma dan kreatif. Namun faktor anak tempatan mungkin menghalang dia utk bertanding di sebabkan warga Temerloh amat menitik beratkan faktor anak temaptan. Masaalah utama di ambang kemenangan ni, faktor lupa diri dri kedua-dua parti...PAS berasa dia lebeh layak dgn jentera2 yg hebat dan PKR pula dah tau jentera x seberapa, x yahlah nak besar diri. Apapun...ASAL BUKAN NIZAM HAMID...gua xde masaalah.