Monday, April 8, 2013

Kerajaan Perpaduan – berkuburnya PKR di Pahang.


Pilihanraya Umum ke 13 tidak berapa minggu lagi, impian menjadikan Pahang sebuah lagi negeri Bekebajikan Rakyat mungkin hanya tinggal impian bagi Pakatan Rakyat jika pemilihan calon tidak ditangani secara baik. Rakyat Pahang yang selama ini inginkan perubahan hanyalah sebuah mimpi indah yang cuba diberi oleh Pimpinan Pakatan Rakyat.

                Hampir pasti sebuah parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS telah menzalimi Rakan Pakatan mereka dengan membolot kebanyakan kerusi yang selama ini menjadi status quo kepada PKR. Apakah PKR terlalu lemah sehingga tidak mampu mempertahankan dan memperjuangkan kerusi tersebut, dan bagaimana pulak rakyat melihat dan menilai kelemahan tersebut. Hakikatnya PKR bakal berkubur di bumi Tok Gajah, agenda siapa?, siapakah dalang dalam sendiwara ini?. Anwar Ibrahim kah patut dipersalahkan atau siapakah “King” dalam PKR dan dimanakah Presidennya yang hanya sebagai boneka kepada Tok dalangyang memainkan sendiwara tersebut?.

Rakyat dan ahli dipaksa akur dengan aturan permainan politik ini, dan benarkah mereka ini calon yang menepati kreteria yang dikehendaki rakyat atau adakah untuk memperkukuhkan legasi yang dikatakan sebagai “king” dalam PKR tersebut..mungkin Azmin Ali boleh menjawabnya. Sebagai Pengarah Pilihanraya Pusat PKR segalanya ada dalam poket beliau.

               
 Ahli-ahli melihat keakraban individu-individu tertentu dengan DS Anwar Ibrahim mungkin menjadi penghalang kepada “king” untuk mencapai impian. Satu persatu kerektor selepas Saudara Ezam dan kawan-kawan, Zaid Ibrahim, Mustapha Khamil Ayub, Che-gu Bard yang lebih pro rakyat tersungkur dalam episod keji itu. Kini kita melihat suasana ini telah bercambah kepada mereka yang tidak sehaluan. Perbezaan pendapat dan pandangan diketagorikan sebagai musuh kepada “king”.


                  Pahang pada mulanya dikatakan mampu membina sebuah negeri Pakatan Rakyat selepas PRU 13 mungkin tidak boleh berlaku  untuk sekarang. Dimana beberapa Cabang, Bentong, Temerloh, Jerantut, Indera Mahkota serta Paya Besar dikatakan telah tutup kerana protes dengan pemilihan dan penamaan calon yang tidak diterima oleh Cabang dan mereka merasakan usaha cabang seolah tidak diperakui oleh pucuk pimpinan PKR. Begitu besar kesannya jika ini menjadi realiti dan suara akar umbi diambil enteng oleh pucuk pimpinan PKR. Apakah PR hanya berharapkan kepada PAS dan DAP sahaja untuk menawan Negeri Pahang. Begitu juga dengan DAP yang masih lagi tertanya dan tercari-cari  kerusi untuk mereka. Mungkin bebarapa Cabang lagi bakal mengikuti jejak langkah ini juga jika aspirasi ahli dan rakyat dikawasan tersebut tidak diperhalusi oleh pucuk pimpinan PKR.

Maka dengan ini Rakyat Pahang boleh lah berharap Negeri Perpaduan Idea PAS dan UMNO bakal terbentuk dengan menolak Pakatan Rakyat yang ingin membawa pembaharuan dalam system politik Malaysia dengan sebuah negeri berkebajikan Rakyat. Slogan PAS GANTI UMNO memang sinonim dengan ideal tersebut. Parti PAS seolah tidak pernah menghargai usaha yang telah diberikan oleh Rakan dalam Pakatan Rakyat, mereka menikam dan mengambil kesempatan diatas kebaikan rakan mereka dalam Pakatan. Jauh disanubari mereka mengimpikan pimpinan mereka menjadi Menteri Besar dan sehingga kini mereka PAS tidak pernah menyatakan pendirian menyokong DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dimanakah kejujuran mereka yang kita rasa sebagai sebuah Parti Politik yang memperjuangkan Islam. Apakah Islam mereka hanya gimik bagi mendapat kuasa.

Masih belum terlambat lagi untuk Pakatan Rakyat terutamanya PKR dalam membuat keputusan yang bijak… Rakyat inginkan perubahan tetapi untuk membuat perubahan itu perlulah dengan berhemah kena pada masanya, kena pada tempatnya dan kena pada calonnya.

No comments: