Wednesday, May 22, 2013

ORANG KAMPUNG YANG BIJAK ATAU ORANG BANDARKAH YANG BODOH


Bijaknya orang kampung memilih BN atau Bodohkah orang Bandar memilih PR?

Statistik Pasca PRU ke 13 yang berlalu pada 5hb Mei 2013 menunjukan sokongan pengundi telah dibahagikan kepada dua kelompok iaitu Bandar dan Kampung. Jika mengikut kedudukan sokongan popular PR pasti memerintah dengan mendapat sokongan 53% berbanding BN hanya mendapat 47%. Kenapa trend pengundi di bandar begitu cenderung kepada PR. Adakah orang Bandar mudah dipengaruhi oleh sesuatu isu?. Adakah orang Bandar terlalu mementingkan diri sendiri?. Adakah orang Bandar begitu naïf?. Orang kampung kah yang pandai atau orang Bandar kah yang bodoh dalam kes ini.

Kenapa sokongan dikawasan pendalaman atau kampung cenderung kepada Barisan Nasional. Apakah isu-isu yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat tidak relevan oleh masyarakat kampung yang kita ketahui selama ini isu-isu dipendalaman seperti  isu air, isu jalan, isu elektrik serta tidak ketinggalan dengan isu-isu masalah sosial serta kebajikan gagal ditangani oleh pihak pemerintah BN. Kenapa orang kampung dan pendalaman sayang sangat dengan BN sehingga tidak berani dan mahu untuk melakukan perubahan?. Apakah istimewanya BN sehingga kini diperintah selama lebih 55 tahun perbagai kerosakan dilakukan oleh pemimpin mereka dalam kerajaan BN. Daripada mengambil tanah orang melayu sehinggalah menyerahkan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura. Gejala kerosakan bumi Malaysia dengan sisa radio aktif sehinggalah masalah rasuah yang tidak terkawal sehingga diletakan Malaysia adalah tertinggi amalan rasuahnya.

Dalam masa keseluruhan rakyat Malaysia ingin melakukan perubahan kerajaan, semua orang dan rakyat begitu optimis dengan angin perubahan yang bakal berlaku dalam PRU 13 maka rata-rata slogan, INI KALILAH, JOM UBAH, ASAL BUKAN UMNO, YAKINLAH, UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA, MALAYSIA BARU , MALAYSIA NEGARA BERKEBAJIKAN dan perbagai lagi slogan beredar dan diedar  keseluruh Negara tidak kira di bahagian mana, dipelusuk mana, dipenjuru mana waima di dalam tandas sekali pun menunjukan angin perubahan bakal berlaku di Tanah air tercinta ini. Kenapa ia tidak berlaku apakah ini kerana orang kampung begitu bijak atau bodohkah orang Bandar?.

Bodoh sangatkah orang Bandar atau cerdik sangatkah orang Kampung untu memilih…. Adakah hanya orang Bandar sahaja yang inginkan pemansuhan Tol, pemansuhan PTPTN, Duti eksais kereta diturunkan sehingga rakyat dapat harga yang murah, penurunan harga minyak dan bahan api. Apakah semuanya ini tidak tempias kepada orang kampung atau orang kampung tidak akan terasa dengan kesan dari perubahan ini. Orang kampung kah bijak atau orang bandarkah yang Bodoh. Atau tertutup pintu hati mereka itu hai orang kampung terhadap segala penipuan dan kebobrokan pemimpin BN sehingga terpedaya dengan segala muslihat yang dikatakan kebenaran oleh pemimpin dan Media mereka pemimpin Barisan Nasional.

Orang kampung kah bijak atau orang bandarkah yang bodoh , untuk menilai maka nilaian siapakah yang lebih bijak, adakah orang kampung ramai yang cerdik pandai dan berpelajaran atau adakah orang Bandar yang ramai tercicir dari pendidikan . Bodoh nya orang Bandar memilih PR yang tidak ada pengalaman untuk memerintah atau adakah cerdiknya orang kampung memilih BN yang berpengalaman dengan taktik kotor dan penipuan.

Siapakah yang bodoh dan siapa pulak yang pandai?. Inilah dikatakan pemimpin Barisan Nasional akan sentiasa memastikan 3 perkara asas amat perlu ditekankan jika ingin lagi menjadi pemerintah atau kekal dengan legasi pemerintahan mereka.

Apa itu 3 perkara:

                         Memastikan rakyat Malaysia sentiasa Bodoh dan ketinggalan dalam pendidikan.

Kenapa? Jika rakyat Malaysia bodoh maka mereka boleh memperkotak katikan segala maklumat dan menyembunyikan segala kebenaran dari pengetahuan rakyat. Biarlah Rakyat sentiasa jadi robot yang menurut arahan tuannya. Mendidik rakyat hanya untuk mendapat pelajaran yang tinggi bagi peluang bekerja dengan pendapatan yang tinggi tampa memikirkan nilai-nilai insan dan moral.

                           Memastikan Rakyat akan kekal miskin.

Kenapa? Kemiskinan akan menyebabkan rakyat akan sentiasa bergantung harap dangan mereka. Biarlah mereka hidup kais pagi makan pagi yang penting jika mereka (rakyat) datang meminta kita (pemerintah BN) boleh lagi menyediakan subsidi.

                            Menanam sikap penakut terhadap pemerintah.

Kenapa? Ketakutan ditanam bagi setiap individu dengan sekatan-sekatan sehinggalah untuk menyatakan kebenaran pun tidak boleh. Ruang untuk rakyat menyatakan pandangan dibataskan. Penggunaan Jentera-jentera Kerajaan bagi menakutkan rakyat dengan segala bentuk dan jenis tindakan?

Nilai inikah yang kita mahu, maka siapa yang bodoh dan siapa pula yand cerdik….. Bak kata Pelawak Nabil “ LU FIKIRLAH SENDIRI”.

No comments: