Umum tahu ketelusan, keikhlasan
dan kejujuran dalam semua bentuk sistem atau undang-undang negara Malaysia
sudah jadi macam taik!
Pendakwaan seperti
dipilih-pilih atau berpilih-pilih, ada jenayah atau kesalahan yang terbukti
nyata, boleh dibakul-sampahkan, ada kes kecil tapi diberi perhatian yang
meletop, juga ada kes amat besar tapi dibuta-tulikan mata kedua-dua belah!
Media haprak paling kuat
kelentong dan bodek memainkan peranan amat cemerlang, baik cetak atau
elektronik. Berita benar jadi lenyap tapi yang fitnah dan seleweng kuat diputar
dan cetak heboh.
Ingat Perwaja, PKFZ, NFC dan
banyak lagi kes berprofil tinggi yang panjang jika mahu dihuraikan! (Check-list seleweng & bazir
k/jaan BN)
Terbaru kes fitnah kononnya
menghina Duli Yang Maha Mulia SPB YDP Agong. Mungkin percakapan atau bualan
sesama kawan jadi bahan pendakwa atas alasan menghina dan bagai kilat, pantas
bertindak menahan untuk didakwa.
Pujian amat pada petugas
kepolisan atas kerja cemerlang, bak menyahut salakan sang 'pejuang-pejuang'
pembela raja-raja, agama dan bangsa! Orang putih kata 'bull-shit'!
Lupakah
mereka siapa dahulu yang menghina raja-raja? Di mana undang-undang tegas konon
patut dijunjung? Di mana undang-undang 'taik' semasa binatang-binatang yang
pandai pakai songkok tinggi parti sekutu apco mengelar Agong sebagai 'natang'
di Terengganu satu masa dulu?
Apakah mamak kutty pengkhianat
paling popular terhadap bangsa Melayu kebal hinggakan menghina dan melenyapkan
kuasa dan imuniti para raja-raja dan sultan negara Malaysia boleh dilepas
begitu sahaja tanpa sedetik atau satu ayat? Tiada undang-undang yang lebih
berkuasakah ke atas pengkhianat ini sehingga tiada satu apa pun terbit?
Di mana gerombolan konon
pejuang-pejuang dan pembela raja-raja? Di dalam jamban atau di bawah katil?
Penghinaan itu tiada 'salah',
memaki sultan dan Agong sebagai 'natang' tiada salah? Mamak pengkhianat kutty
itu sesuka hati memperlekehkan undang-undang Malaysia ibarat di sebuah benua
bernama Kerala kot? Padan muka para pengampu dan pembodek yang melantik sang
pengkhianat sekandang dengan si kitul dan mandaliar menjadi menteri perdana
yang menghina lagi bangsa Melayu yang konon mudah lupa!
Hairan
bin ajaib mengapa penghinaan terhadap raja-raja tiada tindakan diambil? Samalah
juga dengan wanita Cina yang ditahan, mengapa tindakan diambil tapi sang mamak
dan gerombolan parti sekutu apco yang menggelarkan 'natang' pada Agong kebal
tanpa soalan?
Kita sokong undang-undang
negara jika betul ada penghinaan atau fitnah, patut malah wajib tindakan
diambil, tidak kira menteri perdana atau sesiapa tanpa mengira pangkat atau
kuasa, tapi bila undang-undang dibuat macam 'taik' inilah jadinya.
Ada pihak kebal macam nak rak
dan ada pihak jadi bahan belasah!
Betul juga banyak tanggapan
bahawa mana ada insan yang telus dan jujur dalam parti sekutu apco? Tiada
seorang pun yang bersih daripada sebarang skandal! Hinggakan jadi bualan lawak
bahawa jika mahu jadi menteri atau pemimpin dalam parti pandi kutty, mesti ada
palitan rasuah atau apasaja kebejatan/skandal, baru disanjung gah mengila tapi
jika anda telus, ikhlas dan jujur maka jawapannya adalah anda dipetisejukkan
atau dibuang ke tempat kumbahan jika tidak dikuakkan!
Lihat sahaja terbaru satu
contoh menteri dalam negeri, apa
namaaa, si Zahid anak lelaki Hamidi, dahulu ada kes memukul
individu. Ada laporan polis tapi macam senyap sahaja! Hinggakan Sdr Lim Kit
Siang veteran politik Malaysia menyuarakan apakah tiada siasatan atau bagaimana
seorang penjenayah yang begini boleh jadi menteri yang menjaga hal ehwal
berkaitan jenayah?
Juga terbaru ada raja-raja
menitah bahawa raja-raja bukan sahaja untuk istiadat tapi mencangkupi segala
undang-undang tapi semasa penghinaan dan memaki-caci oleh puak umporno, senyap
tiada respon pun!
Pihak kerajaan yang mendokong
undang-undang pun tiada keikhlasan dalam menjunjung dan menguatkuasakan
undang-undang, jika kes ada yang terpilih-pilih dan para pelaku boleh menjawat
hingga jawatan pengubal undang-undang maka undang-undang itu akan jadi 'taik'
selama-lamanya.
Di mana slogan yang berbagai
dan bermacam bunyi yang amat memuakkan? Betulah cakapan rakyat, cakap tak serupa bikin!
Hairan bila ada suara-suara
mahu keadilan dan ketelusan bangkit bersuara terutama golongan muda seolah-olah
mahu di'mati'kan tunas-tunas ikhlas dari muncul membawa pembersihan dan
pembaharuan dari bergelumang dengan penyelewengan juga kelentongan.
Gerak utama pemerintah adalah
seperti mematahkan semangat dari menyoal kebenaran atau bertanya isu-isu
berbangkit yang merangkumi rakyat marhaen semua. Ibarat rejim zionis yang
menidakkan apa saja tindakan para pejuang Palestin. Patahkan mereka awal-awal
lagi supaya tiada siapa berani melawan kebejatan dan kemungkaran sang berkuasa!
Baca saja
apa jadi pada anak muda Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Solidariti Mahasiswa
Malaysia (SMM), bagaimana layanan untuk mematahkan semangat anak muda ini juga
bakal yang lain-lain!
Lucu juga bila ini diambil
kesempatan oleh kaki ampu dan bodek mencelah konon golongan muda agar tidak
terbawa-bawa dengan emosi, bagai kata-kata seorang profesor kangkong pejuang
kebebasan kemerdekaan di atas kerusi empuk di dalam bilik hawa dingin (dipetik
bagai dikata oleh tuan blogmaster: Prof kangkong, kawal emosi kamu
dulu...)!
Sudahlah dengan sistem pilihan
raya negara yang mudah dipawahkan, diseleweng tanpa peduli walau banyak laporan
dan bukti diberikan, tuntutan untuk bersihkan senarai pengundi dari
makhluk-makhluk asing juga lalu tanpa diendahkan.
Sampai bila agaknya rejim
khianat mahu memerintah dengan cara licik menutup kelemahan besar? Hanya akal
fikiran bersih dan beriman sahaja boleh merubah. ABU jangan lupa untuk
kesejahteraan, keselamatan dan ketelusan dalam pemerintahan negara Malaysia
yang tercinta ini !
Allahu Akhbar Allahu Akhbar
Allahu Akhbar!
jingoza - 17 Rejab 1434 (06Jun2013)
Petikan dari Nukilan JINGOZA
No comments:
Post a Comment