Saturday, July 26, 2014
MENGAPA HADI SOKONG KHALID ?
Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB. Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.
Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya, Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS.
Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.
Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ANUAR X MAHU APA YANG BERLAKU DIKEDAH BERULANG KEMBALI.
SAYA ORANG PAS & ahli usrah Pas lagi
Tn Hj Hadi tidak pernah belajar dari kesilapan di kedah. Pergolakan di kedah antara adun Pas tanpa diselesaikan oleh Tn Hj Hadi secara bijak telah menjatuhkan kerajaan Pas/ PR dikedah.
Waktu Pergolakan Pas di kedah, adakah PKR & DAP masuk campur hal PAS
Trengganu pernah di terajui oleh Tn Hj Hadi. Hanya dapat 1 penggal, selepas itu kalah. Apa masalahnya?
Manusia tidak pernah "perfect"/ maksum. Yang perfect hanya allah taala. Ini kesilapan pemimpin agama di Pas, Mengajar ahli sentiasa WALA kepada pemimpin. ( PAS mengagap pemimpin mereka adalah maksum-NABI TIDAK PERNAH KATA MESTI WALA KEPADA PEMIMPIN, Pemipin ISS- PLEASE ADVICE ME, IF I AM WRONG)
BUT I solute Nik Aziz
KEMENANGAN ADALAH SECARA TEAMWORK. RAKYAT menharap kemenangan PR supaya Negara kita bersih dari rasuah, kronism, kecurian pemimpin atas asset Negara-kwsp, petronas, felda, galian , toll dan lain.
WAHAI PEMIMPIN POLITIK TOLONG PASTIKAN form 14 di setiap pengundian diikuti & dilaksanakan (bukannya undian di di pusat pengumpulan- disini berlaku black out,penambahan undi dan lain2). Buatlah banyak salinan form 14 yang ditandatangi oleh setiap wakil spr & parti untuk mengelakan alasan HILANG FORM. Keputusan muktamad, setiap salinan diberi kepada wakil)
SELAGI PEMIMPIN MALAYSIA adalah diperolehi dari PENIPUAN, SELAGI ITU MALAYSIA TIDAK AKAN MAJU.
CUBA ANDA BERFIKIR SEKEJAP: apa AKAN jadi pada SINGAPURA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB dan sebalik jika PM singapura jadi PM malaysia ( singapura- x minyak,sawit,emas dan lain-lain)
Apakah AKAN jadi pada THAILAND & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB
Apakah AKAN jadi pada INDONESIA & DATO SRI NAJIB, jika ianya diperentah oleh DATO SRI NAJIB ( di Indonesia, hakim mahkamah di penjara seumur hidup kerana memakan rasuah)
Post a Comment