Thursday, September 11, 2014

Azmin Punca Keretakan PR

13 ADUN PAS DAN DAP TOLAK AZMIN. SUDAH JELAS PERMAINAN KAMU.
Hentikanlah kerja-kerja mengadu domba di belakang tabir. Kerja-kerja memecah belahkan PKR, PAS dan PR akan terhenti dengan sendiri apabila Azmin berhenti melakukan kerja-kerja mengadu domba untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Seluruh pelusuk tanahair sudah mengenal pasti. Mengapa perlu sampai ke tahap ini.? Rakyat dah bosan dengan isu Selangor yang telah menelan masa yang lama.
Catatan Pagi
11 September 2014
Sila baca tulisan ini dengan latar kejadian permulaan dimana pemecatan DSAI dari TPM secara hina oleh Dr. Mahathir kerana konspirasi melibatkan keluarga kakitangan yang sangat rapat dengannya.
PKR kelihatan seperti parti yang anggota bawahnya tidak ada disiplin kerana bebas menggunakan media menyerang parti. Selain inilah cabaran yang harus diterima sebagai parti muda di era internet dimana maklumat tersebar segera dan semua boleh memberikan input secara bebas.
Namun ia harus diteliti puncanya juga. Ia ialah kesalahan Jawatankuasa Disiplin Parti, Presiden termasuk Ketua Umum sendiri apabila membiarkan orang bertaraf Timbalan Presiden Parti sendiri terlibat menggunakan media secara terbuka menyerang Presiden dan keluarga.
Malah serangan tersebut kelihatan secara tersusun dibuat sehingga melibatkan penyokong penyokong Timbalan Presiden menyerang keluarga Preisden dan Ketua Umum.
Istilah seperti Istana Segambut, Keputusan dalam Kelambu, Wan Azizah pemimpin 'remote' semuanya bukan dimulakan oleh Umno sebaliknya dimulakan oleh musuh dalam selimut yang ditunjangi Timbalan Presiden sendiri.
Pada Mei 2013, Azmin Ali telah menggunakan bukan sahaja TV3 malah Utusan dan banyak lagi media menyerang Presiden parti dengan mengatakan Presiden amalkan nepotisma dan perbagai konotasi negatif. Aduan rasmi dibuat namun tidak ada tindakan.
Penggunaan media termasuk media sosial menyerang Ketua Umum, malah mempertikaikan keputusan parti oleh Azmin bermula awal lagi. Iaitu sejak dia mengatakan kepada ramai bahawa Ketua Umum tipu sebab tak lantik dia jadi MB Selangor walaupun sudah dijanjikan sebelum itu.
Ketika keputusan parti malah dipersetujui PR untuk menggerakkan rakyat selepas PRU 13 dalam kempen Blackout 505, Azmin dengan sengaja menggerakkan penyokong dan pengikutnya menggagalkan Blackout 505. Budak - budak sekolah politik IKD dibawah Khalid Jaafar menyebarkan propaganda tak perlu turun kempen Blackout 505 hanya sia sia, terima sahaja kekalahan.
Malah Azmin sendiri dalam akaun twitternya menyerang Ketua Umum sebagai menggunakan rakyat demi kepentingan peribadi. Percaya ini berlaku kerana dia tidak dilantik MB. Bermula 2010 lagi penipuan dalam pemilihan sudah berlaku teruk. 2014, sekali lagi pemilihan PKR banyak terdapat penipuan sehinggalah melibatkan cubaan rasuah kepada anggota JPP, namun semua tidak disiasat.
Hampir semua operasi penipuan berlatar belakangkan pasukan Keadilanraya yang diketuai Azmin Ali, begitu juga hampir semua aduan tidak ada tindakan. Aduan dan surat che'GuBard berkenaan pemilihan semuanya tidak berjawab.
Sama seperti 2010 mereka memaklumkan kepada Ketua Umum sudah dibalas surat dan aduan cheGuBard tetapi saya (Azmin) tidak dapat apa pun, begitu juga sekarang ini saya pasti mereka dah maklum kepada DSAI bahawa mereka sudah balas tetapi tidak wujud balasan itu.
Cuma mahu memberikan jawapan kenapa kita mahu mempersalah anggota bawahan menggunakan media menyerang parti sedangkan Timbalan Presiden sendiri guna media termasuk Utusan dan TV3 serang bukan sahaja parti tetapi menyerang peribadi Ketua Umum dan keluarga.
Satu lagi ialah kegagalan badan displin parti ambil tindakan kepada pembocor maklumat biro politik parti menyebabkan bukan sahaja banyak lagi maklumat bocor malah maklumat tipu konon sumber dalaman terus dipermainkan di media. Contohnya Awani dan beberapa media sering menyatakan maklumat seperti Azmin turut tersenarai sebagai calon MB dan seumpamanya.
Ianya maklumat palsu yang menjadi psywar rekaan pasukan tertentu yang menjadikan parti ini bahan tertawa. Lobi Azmin yang nak jadi MB tak sudah-sudah akhirnya membawa ke episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. Namun jelas PKR pada peringkat ini seperti hilang kawalan dan seolah tidak dihormatikawan pun. Kenapa ini berlaku ?
Jawapannya mudah, PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan /tidak dihormati bukan sahaja oleh musuh, oleh Istana malah oleh sahabat sendiri. Ini berlaku kerana konon kita solid untuk hantar satu nama tetapi ada yang buat lobi belakang untuk dirinya.
Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri mengadap DSAI konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia. Ini antara punca meretakkan lagi hubungan PR.
Di depan umum khususnya media Azmin kelihatan begitu suci, dia bercakap ke media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong Wan Azizah tetapi dibelakang ia terus melobi termasuk melobi ke Istana.
Masih ingat selepas PRU 13 bagaimana PR bersetuju menghantar nama Khalid Ibrahim seorang tetapi dia dan kuncu - kuncunya dalam PKR Selangor menghantar satu lagi nama konon mendapat sokongan ramai yang perlu dipertimbang Sultan yang akhirnya dia kecewa kerana gagal mendapat sokongan parti peringkat Pusat. Itu sebab selepas itu ia menyerang Anwar dan keluarga.
Persoalannya yang sudah- sudahlah itu Azmin, tidakkah kamu melihat petaka akibat ketamakan itu. Bukan sahaja Selangor malah PKR juga PR sedang berada dihujung tanduk.
Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat ke Istana nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar menghormati kebijaksanaan Sultan agar menolak sebarang khabar bahawa PKR itu tidak 'solid' keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.
Jangan hanya di media sahaja tetapi hantar signal berbeza di Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu ialah plan B nya.

Catatan Dari Fb Rakyat Bangkit..

No comments: