Thursday, March 19, 2015

1MDB DAN SIRUL BOLEH JATUHKAN NAJIB

Wartawan veteren Datuk A Kadir Jasin menamakan isu 1MDB serta Sirul Azhar Umar yang berjaya melarikan diri ke Australia sebagai perkara-pekara yang boleh menekan Perdana Menteri untuk mengundurkan diri. Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dijatuhkan melainkan ditekan dengan isu kontroversi yang melibatkannya dengan pengurusan wang negara dan isu peribadi, kata wartawan veteren Datuk A Kadir Jasin.

Isu terbabit adalah 1 Malaysian Development Berhad, Pembagunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan bekas anggota UTK Sirul Azhar Umar MELOLOS diri ke Australia.

Beliau yakin jika Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta mereka yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Najib tidak akan berubah dan mengundur diri. Hanya dengan paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu diatas sahaja yang mampu menggugat Najib, katanya dalam tulisan di blog The Scribe A Kadir Jasin.

beliau berkata sebagai mengulas dan respon terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang di Dewan Rakyat yang hanya menegur pentadbiran Najib supaya menangguh dan memansuhkan  GST.

No comments: