Sunday, March 15, 2015

Dr. Mahathir Perlu Jelaskan Dahulu Tuduhan Korupsi Terhadap Beliau Sebelum Hendak Serang Datuk Seri Najib Isu 1MDB!!!

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah mengisytiharkan perseturuannya dengan Kerajaan Malaysia di dalam blog beliau, chedet.cc, dengan pelbagai serangan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri Najib Razak. Beliau telah mengeluarkan 29 hujah dalam posting terbaru beliau. 

Walaupun beliau merasakan beliau tidak salah untuk mengemukakan banyak soalan berdasarkan kepada apa yang orag ramai sifatkan sebagai rundingan kabur oleh 1MDB dan Najib, mungkin juga inilah masanya untuk beliau menjawap semua pertuduhan korupsi terhadap dirinya sendiri. 

Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - George Soros - yang telah menggariskan satu senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012. 

Soros telah memberikan pandangannya tentang Dr M dengan sejelas-jelasnya. “3 orang anak kamu bernilai hampir 8 billion Dolar Amerika. Dari mana mereka dapat wang sebanyak ini? Sudah tentu melalui korupsi.” “Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia, hanya memperkayakan diri kamu sendiri dengan berbillion-billion kekayaan.”

 "Anda mempunyai kebodohan yang lebih daripada kebanyakan orang akan percaya. Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina Menara Berkembar Petronas, bangunan yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab.” “Bagaimana pula dengan tambakan laut di 10 buah pulau di Kedah? Sangat mengarut dan bodoh. Sudah tentu, keuntungan kamu adalah 20%.” “Dan jambatan merentasi Melaka ke Sumatra yang menyeberangi perairan antarabangsa? Mengapa tidak bina jambatan ke bulan? Saya yakin kamu tetap akan dapat 20% milik kamu itu.” “Kamu panggil saya dungu. 

Bagaimana seorang dungu boleh membuat begitu banyak duit? Dengan membenarkan jualan-singkat dan pinjaman jutaan saham daripada bank-bank kamu, kami pengurus dana membuat jutaan duit hasil daripada ketiadaan pengalaman kamu dan juga peraturan yang lemah.” “Kamu telah kehilangan semua wang milik Malaysia, oleh itu kamulah sebenarnya dungu.” Dan kemudiannya muncul pula Barry Wain, Bekas editor Asian Wall Street Journal dan Penulis Residen di Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura. Jurnalis Australia, yang telah tinggal di Asia selama 40 tahun itu, menulis di dalam bukunya Malaysian Maverik : 

Mahathir Mohamad in Turbulent Times pada tahun 2009 menyatakan bahawa Dr M telah membazirkan RM 100 billion semasa tempoh beliau menjadi Perdana Menteri. Barry Wain menulis sebahagian besar penipuan, melibatkan cubaan Kerajaan untuk memanipulasi harga timah dunia dan perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran matawang global, yang berlaku pada 1980-an. Barry Wain juga menulis Dr M menggunakan dana rahsia UMNO untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah konglomerat dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi. 

Semua ini merupakan tuduhan yang serius dan perlu dijawap oleh Dr M, yang sehingga kini hanya sekadar menepis tuduhan ini dengan penafian kosong. Memandangkan beliau menjangkakan pentadbiran sekarang ini untuk membersihkan semua tuduhan dengan memberikan jawapan terperinci akan apa yang berlaku kepada 1MDB, adakah Dr M juga bersedia untuk melakukan perkara yang sama terhadap semua pertuduhan terhadapnya yang masih belum diperjelaskan.

No comments: