Tuesday, August 2, 2011

DUN SEMENTA DAN SIAPA MEREKA DISEBALIK WAJAH PENYELARAS


Pusat Khidmat Rakyat telah dibentuk baru dengan mempunyai penyelaras sendiri tidak seperti dahulu dikekangi oleh ADUN Angkat. Mungkin banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan dilakukan oleh Penyelaras Baru yang bukan sahaja memain peranan sebagai penyelaras tetapi sebagai Wakil Rakyat kepada Kawasan Sementa. Sebagai wakil Rakyat beliau kena memastikan segala tindakan dan pergerakan mestilah selaras dengan kehendak Rakyat dan sebagai agent maklumat kepada Kerajaan Negeri.

Setiap Dana yang disalurkan biarlah bersesuaian dan tidak terlalu banyak kerenah birokrasi yang menyebakan rakyat begitu susah untuk mendapatkan. Bila dilihat dari perspektif ini seolah tindakan dari Penyelaras yang dahulu lebih bijak mengatur program untuk kemasyarakatan. Mungkin bukan kesalahan penyelaras Baru cuma masa terlalu awal untuk kita mengadilinya.

Tetapi sejak kebelakang ini ramai pemimpin=pemimpin tempatan dan dikalangan masyarakat mempersoalkan keupayaan Penyelaras Dun Sementa yang baru seolah-seolah dibayangi oleh Pegawai Khas beliau yang mana ramai tidak mengetahui sejarah latar belakang Pegawai khas beliau dalam politik. Kekadang mereka mengatakan Siapakah Penyelaras dan siapa pulak Pegawai Khas. Kemusyikilan demi kemusyikilan terus berada didalam fikiran masyarakat dan pemimpin tempatan. Bagaimanakah perkara ini terjadi? tidak ditapiske mereka ini dilantik sebagai Pegawai Khas atau ada agenda tersendiri.

Jangan disebabkan seorang mereka ini boleh mengucar-kacirkan pentadbiran Pusat Khidmat DUN. Pemantauan harus dilakukan bagi mengelak sesuatu yang merugikan parti dan Pusat Khidmat DUN. Rakyat akan muak dengan cara begini. Kita berharap Penyelaras akan dapat memikirkan dan melihat situasi ini dengan lebih serius dan setiap tindakan beliau tidak akan dipertikaikan kradibiliti sebagai pemimpin yang tunduk kepada Pegawai Khas beliau.

NAJIB RAZAK...PM TERAKHIR UNTUK UMNO SEBELUM DITALKINKAN



“Negara ini sebenarnya selama 50 tahun diperintah oleh golongan bangsawan”.~ A. Samad Said, Sasterawan Negara.



Lambaian terakhir?

Ketika orang berdedai-dedai turun ke jalan raya dengan si tua kelaparan, anak muda tak berpekerjaan, bayi kesejukan kala malam dan satu-satunya harapan politik terakhir ialah berdemontrasi, Saif al-Islam Gaddafi bergilir ditemuramah wartawan dari ruang Istana Presiden.

Saif, 39, adalah anak kedua Presiden Libya, Muammar Gaddafi. Babak-babak ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum di Kuala Lumpur, demonstrasi bersejarah 9 Julai lalu terjadi—Bersih 2.0.

Saif yang boleh bertutur Inggeris dengan telo Arab ditugas berhadapan dengan wartawan dan media antarabangsa; menjawab dan menjelaskan kepada dunia apa yang ‘sebenarnya’ terjadi. Seperti yang terduga, omongan penguasa totalitarian di mana-mana pun sama.

Saif menuduh pendemonstran yang menentang bapanya adalah dari rangkaian pengganas al-Qaeda. Mereka juga kata Saif, “pengkhianat” yang bermunculan daripada pendalaman—sedangkan di Tripoli, ibu negeri, sentiasa aman.

Tuduhan “pengkhianat” mahupun “al-Qaeda” tak ubah seperti tuduhan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kepada mereka yang turun ke jalan raya kelmarin dalam demontrasi Bersih 2.0. Di sini, pemimpin dan aktivis yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat (EO) tak boleh bertemu meski dengan anak-isteri.

Revolusi di beberapa negara Arab awal tahun ini antara lain menyelongkar perasaan yang terbuku di hati rakyatnya. Bukan sahaja soal korupsi, pembolotan kekayaan negara oleh segolongan elit, tetapi gaya politik legasi-nipotisme juga mulai ditolak. Mesejnya ialah, sama ada di Tunisia, di Mesir dan Libya, dalam lubuk sanubari manusia mereka menolak pemimpin politik yang mahu mewariskan pemerintahan kepada darah keturunan sendiri.

Sedar tak sedar, antara latar kebencian dan penentangan menjurus kepada Husni Mubarak adalah persoalan ini. Dia ditumbangkan kalamana Mubarak khabarnya dalam proses peralihan kuasa kepada pewaris yang dia sudah siapkan dari rahim isterinya, Suzanne. Menjadi rahsia umum di Mesir bahawa anak sulung Mubarak, Gamal, akan menggantikan si bapa sebagai Presiden.

Faham ala-maharaja dan rendah tamadun sebegini nampak berlaku di mana-mana. Mungkin sahaja, keresahan Sasterawan Negara, Pak Samad ada asasnya. Orang Malaysia, terutama sebelum krisis politik-ekonomi 1997-98, juga berfikiran feudal dan lapuk sebegitu. Rakyat kebanyakan (yang sekaligus memegang kuasa undi terbesar), dengan mudah-mudah melepaskan kuasa politik-pemerintahan kepada kelompok kelas atas, atau apa yang disebut Pak Samad sebagai “golongan bangsawan”.

Cacatnya golongan ini mudah, iaitu mereka (yang dibesar dalam lingkungan elit) takkan dapat merasakan denyut-nadi rakyat sampai ke bawah-bawah. Jauh lagi untuk fahami. Bukan juga rahsia apabila golongan bangsawan itu tak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah mahupun universiti kebangsaan. Sementara sistem pendidikan yang mereka cipta dan mahu rakyat mendukung, mereka sendiri tak memakainya.

Pak Samad menamakan dari PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra yang lahir di anjung istana, sehingga kepada PM hari ini, Najib yang orang tuanya juga perdana menteri. Menurut Pak Samad, yang terlepas daripada lingkungan keluarga bangsawan [barangkali] cuma Dr Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi yang sempat berkuasa sekelip mata, yang lahir daripada tatanan agamawan juga ditanda sebagai cebis-cebisan golongan bangsawan.

Rakyat selalu diwar-warkan, dipaku di dalam fikiran dan hati bahawa anak kepada seorang perdana menteri, misalnya, sediakala arif soal politik dan pentadbiran. Dia boleh meneruskan apa yang baik, yang pernah dilakukan oleh bapanya. Semua keyakinan ini tertanam sejak awal-awal lagi, dan, tak pernah dipersoal entah iya entahkan tidak. Padang permainan tak pernah sama rata…

Memandang kepada susur-galur Dato’ Onn Jaafar, kalau diangkat sebagai contoh, baik anak Dato’ Onn iaitu Hussein Onn mahupun si cucu, Hishamuddin Hussein; keduanya tak nampak tanda menginsafi idealisme leluhur mereka. Masing-masing buat endah tak endah terhadap antara idea utama Dato’ Onn iaitu gagasan mahu menjadikan Umno sebagai parti pelbagai kaum. Masing-masing hanya menggunakan bayangan ayah sebagai batu loncatan.

Gamal si anak Mubarak itu misalnya, dia memulakan kerjaya sebagai pegawai pelaburan perbankan di Bank Amerika. Di dalam parti yang dikuasai bapanya, Parti Demokratik Nasional, sedari awal Gamal dilantik sebagai timbalan setiausaha agung—di samping kuncu-kuncunya mulai diposisikan di jawatan-jawatan berpengaruh.

Dalam kes Najib, jejak politik beliau pertama kali menjadi ahli parlimen ialah pada umur 23 tahun; menggantikan sang bapa yang meninggal dunia mengejut. Malah sejak pulang belajar dari England, Najib sudah bertugas di Bank Negara dan Petronas.

Pencapaian-pencapaian Najib pernah dijadikan dokumentari propaganda; ditayang di TV1 seawal beliau memegang jawatan. Antara tujuan dokumentari itu antara lain untuk menimbulkan rasa ‘gerun’ di hati rakyat terbanyak—sedangkan boleh dipersoal, separuh pencapaian Najib tak lain kerana dia anak seorang PM.

Apakah tanpa nama Razak di belakang nama Najib, beliau boleh jadi Menteri Besar Pahang pada umur 29, mahupun sebagai timbalan menteri pada umur 25?

Dengan semua kemudahan dan peluang luar biasa yang terbentang itu, Najib tentulah tak pernah berfikir dan bersusah-payah sepertimana ramai anak muda seangkatannya. Jauh lagi mengharap Najib benar-benar merasai perih-payah sebagai orang bawah. Kalau di kampung saya, anak ketua kampung yang berangan untuk juga menjadi ketua kampung akan dicemoh kawan-kawan…

Betapa presiden-presiden Filipina yang masuk-keluar Istana Malacanang juga berlegar-legar selingkar sembilan keluarga tuan-tuan tanah di Filipina. Bangsawan ini mampu miliki kekayaan, tanah serta ladang maha luas diwarisi sejak zaman penjajah Sepanyol. Presiden Filipina sekarang, Benigno C. Aquino III pun bukanlah seorang yang terkenal cemerlang gagasan pembangunan dan politik ke atas bangsanya, meski keperibadian-politiknya beliau tetap sahaja seorang yang dikatakan demokratik.

Kini sedikit-sebanyak kita boleh bertanggapan bahawa ‘lusuhnya’ Rumah Putih tak lain apabila George W Bush si anak memasuki dan mendiaminya selama dua penggal. Tak biasa dalam sejarah kepresidenan Amerika Syarikat, anak-beranak atau suami-isteri bergiliran memegang jawatan presiden. Berbanding Bush si ayah yang tak sempat melancarkan perang ke atas Iraq, Bush Jr jualah yang lengkapkan misi itu. Saya kira itulah sumbangan terbesar Bush kepada tamadun manusia.

Dengan layanan buruk, kecaman melulu dan tindakan anti demokrasi menjelang demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, dilatari kemunafikan elit penguasa, Pak Samad melontar sebuah harapan. Katanya dalam temubual yang sama dengan portal Malaysiakini, “Bapak harapkan dalam pilihanraya yang akan datang ini mereka (kerajaan Umno-BN pimpinan Najib) mundurlah ataupun jatuh.”

Rakyat tak pernah memilih Najib sebagai PM. Abdullah Badawi yang memberikan kunci Seri Perdana kepadanya—sementara era politik anak-cucu dan menantu sudah mulai dipertikai.

Maka PRU ke-13 bakal jadi tanda aras sama ada rakyat bersedia meleraikan sistem pemikiran politik feudal atau tidak. Dari kata-kata Pak Samad, fahamlah kita bahawa biarlah Najib jadi PM terakhir dari Umno yang mewakili sistem sebegini. Selepas lebih 50 tahun, sekarang peluang bagi bangsa kita bebas dari cengkaman golongan bangsawan dengan sebuah zaman baru yang waras dan adil perlu segera ditempa.


Hasmi bin Hashim, 35—seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.

Thursday, April 21, 2011

Dilema Cabang Kapar

Ahli dalam keadaan terkapai-kapai dengan susunan barisan kabinet yang baru terpilih...Adakah pemilihan ini mempunyai agenda tersendiri. Dimanakah mereka semua adakah sekadar untuk mendapat jawatan. Jangan seperti menang sorak kampung tergadai hanya syok sendiri.
Hanya mereka sendiri yang boleh menjawab persoalan ini.

Monday, January 24, 2011

PINDAAN PERLEMBAGAAN (SELANGOR ).....Siapa penderhaka


Kemelut isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Menjadi isu hangat di Selangor sekali gus menutup isu-isu Nasional kenaikan harga barang. Apakah Perlantikan ini bermotifkan politik?. Dan Apakah kesan terhadap pentadbiran Negeri Selangor.
Pada 24hb Jan 2011, sidang khas Dun diadakan bagi meminda perlembagaan yang memberi kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar bagi melantik pegawai tertinggi didalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Syarat dua pertiga diperlukan untuk meluluskan setiap pindaan yang dilakukan. Sebenarnya Syarat ini diperlukan kerana ia merupakan perlindungan, supaya perlembagaan tidak mudah untuk dipinda. dari segi politik, ketiadaan dua pertiga itu menunjukan bahawa Barisan Nasional tidak konsisten. Kalau mereka benar sokong Raja dan Sultan maka mereka akan bersetuju dengan pindaan yang memberi kembali kuasa raja-raja dan tidak hanya menggunakan istana untuk kepentingan politik. Disuatu ketika mereka (BN) menggunakan institusi Raja tetapi dalam masa yang sama juga mereka menafikannya. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan berhemah dan rakyat akan menilai segalanya.

Lagi....ikuti ulasan dan kupasan Prof Dr.Aziz bari bersama wartawan Selangor Kini edisi Jan 2011

Saturday, January 1, 2011

APAKAH KITA SEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA

Kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan serentak dengan pilihanraya negeri Serawak. Kapar tidak terlepas dari menyediakan jentera pilihanraya. Adakah PKR Kapar sudah bersedia?. Dengan pemilihan cabang yang belum selesai, Ketua dan AJK yang berterabur entah kemana mampukah Kapar menghadapinya.Umno sudah melengkapkan jenteranya sedangkan PKR sibuk dengan agenda merebut jawatan.

Wednesday, December 22, 2010

SIAPA PENGKHIANAT KEPADA REFORMIS

Reformis telah meletakkan keadilan sebagai paksi perjuangan sejak kes 1998. Bila bercerita mengenai keadilan kita sekarang dinodai dengan kepalsuan pemimpin yang hanya bercakap berkenaan keadilan tetapi tidak melaksanakan seperti dikata.
Adakah ahli bawahan yang bercakap berkenaan keadilan seharusnya ditemplak dan mereka ini dilabel sebagai pengkhianat parti.

Marilah kita bermuhasabah, menilai dan membetulkan keadaan. Jangan kita mengharapkan Putra Jaya jika ahli Parti merungut dengan pemimpin. Adakah keadilan sama dengan UMNO. Mungkin tidak adil meletakan keadilan sama seperti UMNO yang kita selama ini memperjuangkan politik nilai.

Pemilihan kepimpinan MPP 2010 begitu tercalar dengan mereka yang ketagihkan Jawatan dengan sikap rakus tampa memperdulikan matlamat perjuangan mereka. Mengikut laporan dari mereka-mereka yang bertanding masih banyak perkara-perkara yang tidak terurus dan tidak tersusun yang menjadikan ketempangan pemilihan yang pertama kali dilakukan. Sepatutnya Anwar harus membuat "trial run" bagi memastikan perjalanan pemilihan dapat dilakukan dengan lebih baik. Pasti malu kita bila berbicara berkenaan ketelusan SPR jika dibandingkan dengan PKR.

Wednesday, September 29, 2010

LAPORAN MASYUARAT AGONG DAN PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KAPAR 2010

Masyuarat Agong dan Pemilihan telah di adakan di Dewan Majlis Perbandanran Klang (MPK) MERU pada 26hb September 2010 (Ahad). Permulaan perjalanan masyuarat dan pemilihan berjalan lancar walaupun banyak kekurangan dari segi logistik dan pengurusan majlis yang tidak teratur. Ketidak cekapan pihak pengendalian majlis nampak begitu ketara bila jumlah kedatangan ahli meningkat sehingga anggaran mencecah kepada lebih dari 1500 orang dan sehingga kemuncak hampir 3000 orang ahli yang hadir.

Masyuarat Agong

Bermula agak lewat dari masa yang ditetapkan hampir 2 jam dengan didahului oleh Masyuarat AMK, wanita dan seterusnya Masyuarat Cabang.

Kelemahan yang ketara adalah:-

1. Pendaftaran serta pembayaran yuran begitu lambat dimana buku senarai semakan hanya disediakan satu sahaja dan tidak menggunakan kaunter yang banyak. Jadi kedua-dua tempat semakan keahlian (pendaftaran dan kaunter pembayaran menjadi padat dan tidak terkawal. Ini menyebabkan ahli dan pengundi terpaksa menunggu dalam keadaan tidak selesa.

2. Nama didalam buku daftar berbeza-beza dan banyak yang tiada.

3. Pengawas (pemerhati ) lewat datang dan masyuarat dijalankan lewat 2 jam dari masa sepatutnya.

4. Ahli Jawatan Kuasa cabang sibuk dalam berkempen dan membiarkan masyuarat berjalan dalam keadaan kurang memuaskan.

5. Resit pembayaran yuran ahli boleh dipertikaikan.

Pemilihan (proses pengundian)

Isu yang begitu ketara sekali adalah semasa proses pemilihan dijalankan yang mana petugas-petugas dari JPP serta peringkat cabang gagal mengawal keadaan dengan kakitangan yang kurang serta tidak cukup pengalaman mengendalikan proses tersebut. Jadi apa yang boleh diklifikasikan banyak kelemahannya.

1. Penyedian tempat pengundian kurang sesuai susunannya dimana sesiapa saja boleh memasuki (kemungkinan tiris ketulusan)

2. Tempat pengundian adalah yang sama dengan Masyuarat dijalankan.

3. Senarai nama calon tidak terdapat dalam borang pencalonan (kertas undi) calon AMK

4. Cabang hanya diberitahu untuk menjalankan Masyuarat tidak kepada proses pengundian. Pengundian hanya di uruskan oleh JPP sahaja. Tidak ada briefing yang berkesan dalam pengendalian tersebut.

5. Kakitangan dan petugas terlalu sedikit lebih kurang 5 orang sahaja dan beberapa orang dari Cabang. Sedangkan keahlian begitu ramai bagi cabang Kapar.

6. Penglibatan calon dan agen sebagai petugas dari cabang - berkemungkinan ketelusan di persoalkan.

7. Kakitangan dan petugas (JPP) lewat datang ketempat proses pengundian

8. Resit pembayaran ahli – Penggunaan resit yang boleh dipertikaikan.

9. Provokasi yang dilakukan oleh Calon dan agen yang tidak berpuas hati atas teguran dari petugas.

10. Kempen dari calon dan agen boleh memasuki sehingga ketempat pengundian.

11. Ahli dan pengundi terpaksa menunggu begitu lama.

12. Suasana menjadi kelam kabut dengan provokasi yang dijalankan oleh calon-calon yang bertanding serta agen-agen mereka.

13. Ahli dan pengundi serta calon tidak berdisiplin dalam proses pengundian dijalankan.

14. Perjalanan yang tidak terkawal membuatkan majlis telah mendapat usul dari ahli supaya pengedalian proses pengundian ditangguhkan dan telah dipersetujui oleh Pengerusi tetap cabang Kapar.

15. Faktor keselamatan yang diambil mudah oleh pihak pengendali atau dari pihak cabang , jadi faktor itu begitu mendukacitakan dan memberi kesan yang buruk dalam pemilihan tersebut.

16. Pengundi tidak berpeluang mengetahui cara dan bagaimana proses pemilihan itu berlaku kerana tidak dapat informasi dari pengendali pemilihan tersebut.

17. Senarai nama pencalonan muktamat dari pengurusan pusat tidak dapat dikeluarkan sehingga waktu pengundian dan menyebabkan calon begitu susah untuk memberitahu teknik pengundian kerana tidak dapat nombor pencalonan. Rata-rata pengundi usia emas atau mereka yang tua susah mengenal pasti apa yang patut di undi oleh mereka.

18. Isu keselamatan kotak-kotak undi tidak diberi perhatian sehingga telah dirosakkan oleh mereka yang begitu marah dengan proses pemilihan tersebut. Kotak-kotak undi telah dikoyak dan kertas-kertas undi telah dirosakkan.

19. Ada calon yang menarik diri dari pencalonan tetapi didalam borang pemilihan (pengundian) masih tertera nama beliau.

20. Orang luar bukan ahli Parti (PKR) @ dari Parti lawan boleh masuk sesuka hati ke dalam Dewan mengundi seperti MIC dan UMNO yang dikenal pasti.

KESIMPULAN

Pemilihan parti kali dianggap gagal dan lemah dimana persediaan yang dilakukan oleh pihak Cabang dan Pusat begitu menduka citakan.

1. Faktor Keselamatan diambil mudah

2. Keselesaan perjalanan Pengundian

3. Petugas dan Jentera JPP tidak menepati Masa

4. Kekurangan Petugas.

5. Sistem dan proses tidak teratur.

6. Tidak ada cara dan prosedur yang ditetapkan.

7. Kakitangan dan petugas diragui ketelusannya.

Saturday, August 21, 2010

Keadilan Kapar bergegar lagi...

Suasana bahang pemilihan semakin terasa kini. Dengar 3 penjuru akan memperkukuhkan pasukan masing-masing untuk mendapat tempat. Penyandang ingin mempertahankan dan ada suara dari orang muda pulak untuk mengadu nasib....dan tak kira pulak juak-juak Umno dalam kelibat orang Parti pun nak beradu nasib.Terpulanglah kepada ahli untuk membuat pilihan dan semoga pilihan tersebut lebih kepada pilihan yang tepat dan menjurus kepada survival masa hadapan politik keadilan di Cabang Kapar.
Harapan orang muda yang berwawasan haruslah ditengok dengan pandangan positif kerana mereka ini yang bakal menerajui masa hadapan keadilan Kapar.

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI


SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DARI RAMADHAN ..... DAN SYAWAL KINI DATANG LAGI....UNTUK KITA BERGEMBIRA DAN JANGAN LUPA PADA MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK.....BERHATI-HATI DI JALAN RAYA DAN MINTA MAAF SEBARANG KESILAPAN ATAU BAHASA MENYINGGUNG...

kita meminta bunga - bunga yang indah...
kita meminta kupu-kupu yang cantik...
tapi tuhan bagi kita kaktus yang berduri...
bagi ulat - ulat yang berbulu...
sampai masenye kaktus itu berbunga indah...
ulat tu menjadi kupu-kupu yang cantik...
itulah perjalanan hidup kita yang tuhan tentukan...
allah tidak memberi terus-menerus...
kita kena usaha... bersabar... beramal...
buat apa yang disuruh dan tinggalkan larangannya...
selamat hari raya aidilfitri...
maaf zahir dan batin...

Tuesday, September 1, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-52

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.....

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52..... Jadi dikesempatan ini marilah kita mengucapkan kesyukuran diatas usaha bapak dan ibu kita terdahulu membebaskan Tanah Melayu ini dari tangan Penjajah. Di sini kita tahu setiap sesuatu itu pasti ada permulaannya dan setiap permulaan itu bukanlah satu yang amat indah jika kesinambungan dari permulaan tidak dijaga keharmoniannya.
Saudara-saudari semua marilah kita muhasabah diri bahawa setiap orang tua mahukan kegembiraan dan kesenangan anak-anak mereka pada masa hadapan. Sebenarnya teguran dari orang tua itu bukanlah membenci kita tetapi tidak mahu anak-anak mereka lalai dari tanggungjawab dan amanah untuk menjaga kehormonian yan kita kecapi sekarang.
Untuk Membina sebuah negara memerlukan satu jangka masa yang panjang tetapi untuk meruntuhkan negara itu dalam seharipun ia boleh terjadi.
Sekarang ini anasir-anasir luar banyak telah melalaikan tanggungjawab kita sebagai warganegara, jadi bangunlah kita semua bahawa bangsa dan negara kita tidak boleh diperkotak- katikkan oleh bangsa-bangsa lain.
Setinggi mana pun kita berada maka ingatlah bahawa kita berasal dari bawah....jadi hayatilah erti kemerdekaan yang sedia ada ini.
SALAM MERDEKA, SALAM MERDEKA, SALAM MERDEKA.....