Tuesday, January 24, 2012
Ikthibar patut diambil oleh Penganjur Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Kapar
Aku merasakan masih ada yang tak kena dengan PKR Cabang Kapar pada ketika ini. Macam ada dendam yang belum terlerai. Macam ada masalah yang belum selesai. Macam ada isu yang masih kekal menjadi masalah di kalangan kepimpinan kita di Kapar. Ingin aku nyatakan, bahawa aku tak larat juga nak berlawan kerana ini bukan imej kita..
Imej kita yang ‘zuhud’ dan sentiasa mendahulukan rakyat ke mana? Takkanlah nak dapatkan markah sokongan, sampai sanggup serang menyerang sesama ahli???. Itu bukan kerja YB kita. Kerja YB mestilah menyusun strategi parti di peringkat masing-masing..lagi mahu ajar ka??
Bila nak berhenti, Wallahu’Alam. Kalau MP Kapar, Penyelaran DUN dan Ketua Cabang masih sibuk bercakaran sama sendiri dan kurang bercakap pasal roh parti, kita akan jadi lebih payah dan susah. Perubahan mesti dilakukan sekarang
Kita sama-sama doakan agar masalah ini cepat selesai dan tidak berterusan. Biarlah semua perkara diselesaikan secara bijaksana dan baik. Insya’Allah, semuanya akan memperkukuh kedudukan PKR.
KOMEN AKU: KEBENARAN JANGAN DISANGGAH..CEGAH LA SEBELUM PARAH!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment