Thursday, January 5, 2012

PANAS!!!! PENEROKA DILIWAT...ISA SAMAD



Tidak lama selepas memaklumkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bahawa bekas menteri besar Negri Sembilan, Tan Sri Isa Samad tidak boleh menjadi pengerusi Koperasi Permodalan Felda Bhd (KPF), beberapa peneroka Felda kini membawanya ke mahkamah.

NONEAnak-anak penerola Felda yang bersatu tenaga dalam NGO yang dikenali sebagai ANAK serta ahli KPF akan memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam tempoh sebulan ini untuk mencabar pelantikan Isa.

"Isa tidak boleh jadi pengerusi KPF kerana dia bukan ahli koperasi Permodalan Felda," kata presiden ANAK, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.

"Jadi bagaimana orang luar boleh mengetuai KPF?

"Kami telah memfailkan aduan dengan SKM mengenai perkara ini dan kita juga telah menulis kepada Perikatan Koperasi Antarabangsa untuk membantah pelantikan Isa," kata Mazlan (kanan).

Ia telah dilaporkan bahawa anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Sdn Bhd, akan disenaraikan di Bursa Malaysia, dengan KPF digunakan sebagai cara untuk tujuan itu.

KPF adalah salah sebuah koperasi yang terkaya di Malaysia, malah mengatasi Bank Rakyat yang dimiliki kerajaan.

Rancangan penyenaraian itu dilihat sebagai usaha untuk melemahkan hak peneroka dan membuka pemilikan tanah mereka kepada pelabur, termasuk orang asing, apabila sekali Felda Global Ventures disenaraikan.

No comments: