Monday, January 21, 2013

(Pahang) NGO Royalti Budak kecil @ Belaan Parti….



Perjalanan NGO Royalti (“R” Pahang) amatlah membanggakan, rakyat melihat perjuangan NGO “R” patut disokong oleh seluruh rakyat Pahang tidak kira fahaman politik, warna kulit ataupun bangsa seseorang itu selagi melibatkan ianya adalah rakyat Pahang. Hak kesamarataan itulah yang yang membuatkan NGO Royalti (Gabungan NGO professional menuntut Royalti) begitu sinonim dihati rakyat.


LISTEN..LISTEN.LISTEN.......

Bagi rakyat Pahang NGO “R” masih baru dan rata-rata rakyat masih tidak mengenali apa itu “R” dan kebanyakan rakyat Pahang tidak menyangka “Benarkah Pahang memiliki telaga Minyak dan berhak menerima wang Ehsan RM 100 juta suku penggal pertama 2014 selepas ianya beroperasi seperti ucapan Perdana Menteri Malaysia pada 30 oct 2012 dalam media-media Utama Kerajaan.
Apa yang cuba blogger nyatakan disini apakah NGO “R” ini adalah budak kecil yang berlagak pandai atau NGO belaan Parti. Pernah menghadiri dan mendengar beberapa ucapan pimpinan Pakatan Rakyat yang mengiayakan perkara ini seolah-olah NGO “R” sebahagian dari sayap Pakatan Rakyat.

Untuk pengetahuan mereka diluar sana NGO “R” bukanlah anak-anak kecil yang hanya mampu buat bising-bising di pentas-pentas tetapi mereka ini adalah gabungan professional dan ahli akedemik yang menuntut hak rakyat marhein dengan cara tersendiri mendekati hati dan kehidupan rakyat. Strategik mereka ini memudahkan rakyat menerima kerena mereka tidak memperjuangkan agenda parti-parti politik. Pendekatan NGO “R” yang mesra dan tidak mengambil protocol sebagai agenda utama dan tidak banyak birokrasi dalam pendekatan dengan rakyat seolah menjadi pesaing kepada setengah-setengah pimpinan parti politik dan mereka ini dalam sedar atau tidak telah mengguris setiap aktivis-aktivis “R” dengan jolokan “ Anak-anak kecil @ NGO belaan Parti”.

Walaubagaimanapun bagi Aktivis NGO “R” ini bukanlah penghalang  atau melemahkan semangat dalam perjuangan menuntut Royalti dan nekad terus menyampai dan memberi maklumat  kepada seluruh Rakyat Negeri Pahang. Dengan sokongan dan dokongan rakyat yang semakin ingin tahu dan bersama dengan aktivis “R”, NGO “R” akan mengadakan road show dan ceramah keseluruh negeri Pahang bagi mendedahkan isu-isu yang diperjuangkan oleh NGO “R”.
Jadi ingatlah bahawa “R” akan bersama Pakatan Rakyat selagi agenda Rakyat diutamakan oleh pemerintah dan tidak mustahil “R” akan memberi tekanan jika agenda rakyat diperlekehkan kelak.

Dengan moto “ Yang benar jangan dipertikaikan, dan yang salah jangan diselidungkan” merupakan misi aktivis “R” Pahang, kita akan perjuangkan setiap kebenaran dan menolak ketidakadilan terhadap rakyat. Itulah satu pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh setiap aktivis “R”. NGO “R” akan terus komited membela hak rakyat walaupun Negeri Pahang di perintah oleh mana-mana Kerajaan, samada Kerajaan Barisan Nasional ataupun Kerajaan Pakatan Rakyat.

No comments: