Saturday, January 19, 2013

PAS TEMERLOH KEMARUK KUASA???....


Dalam suasana pilihanraya yang hampir berlaku sekarang, tidak mustahil ramai dikalangan politikus parti-parti politik sedang mencari tapak untuk mendapatkan kuasa. Berbagai cara yang dilakukan untuk mendapat tempat dan berangan-angan kemenangan berada didalam tangan mereka. Selain Barisan Nasional, parti-parti dalam Pakatan Rakyat pun turut serta dalam menghiasi politik ugut-mengugut bagi merebut kuasa. Angan-angan PAS untuk memerintah negeri Pahang begitu kuat sekali dengan sentiment ini telah dibawa kepada lapisan bawahan rakyat. Rakyat yang sekarang ini bersama Pakatan Rakyat terasa menyampah dengan situasi ini dan menganggap PAS telah lupa dengan kesepakatan bersama dengan Parti keADILan Rakyat dan Democratic Action Parti membentuk sebuah Kerajaan Rakyat.

PAS begitu angkuh sekali mengatakan mereka mempunyai kekuatan yang cukup, jentera, pengalaman, tektikal dan sebagainya sehingga menjadikan asas itu sebagai senjata menolak kelemahan yang ada dalam komponen Pakatan Rakyat yang lain. Bagi pendokong rakyat jika PAS merasakan mereka Parti yang kuat kenapa selama ini mereka tidak boleh menang dan sentiasa memerlukan bantuan dari orang lain dan rakyat untuk bersama. Jadi lebih baik PAS kekal sebagai Parti Pembangkang yang kuat dari menjadi Pemerintah. Rakyat merasakan PAS begitu sombong dan menafikan kesepakatan yang ada terutama di Parlimen Temerloh yang cuba merampas kerusi ditandingi PKR sejak 2008.... Bagi Rakyat PAS boleh meminta dipertimbangkan kerusi tersebut tetapi tidak secara kotor dengan mengsabotaj setiap program anjuran parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Bermula dengan Program Jelajah Dato’ Sri Anwar Ibrahim hinggalah yang terbaru Jelajah Anak Muda dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat.  Apakah PAS begitu tidak Sabar dengan kuasa setelah melihat kemenangan beberapa Negeri berpihak kepada Pakatan Rakyat. 

Apakah mereka di Temerloh ini tidak percaya kepada kepimpinan Pusat Pakatan Rakyat menentukan kerusi. Jadi ingatlah wahai pimpinan PAS Temerloh jika itu yang kamu mahu tunggulah hukuman dari rakyat. Kamu jangan ingat kekuatan kamu mampu menjana kemenangan tampa bantuan dari rakan-rakan dalam Pakatan. Rakyat melihat dan menilai???...

Kenapa perkara ini perlu berlaku dalam mood rakyat ingin berubah, kenapa PAS amat susah bertahaluk Siasah bersama Pakatan Rakyat hanya kerana secebis Kuasa yang akan diberikan Rakyat. Dimanakah kebijaksanaan Pimpinan PAS Pahang khususnya PAS Kawasan Temerloh.  PAS Pahang yang mempunyai lebihan kerusi yang banyak berbanding parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain masih lagi tamak dan masih inginkan kerusi yang di agihkan kepada KeADILan dan DAP yang rata-rata rakyat tahu jika kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat maka PAS lah akan menguasai sebagai Menteri Besar. Atau adakah mereka (PAS) tidak yakin bahawa mereka boleh menang sehingga cuba merampas sebahagian lagi kerusi yang diberikan kepada parti komponen yang lain. Ingatlah wahai pimpinan PAS janganlah terlalu ghairah sehingga melupakan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.  Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang masih berdiam dan melihat situasi ini endah tak endah saja walaupun kita akan berhadapan pilihanraya tidak berapa hari lagi.

5 comments:

Anonymous said...

LU PUNYA KATA-KATA BANYAK BUSUK MAA... LU SAPA? TUNJUK MUKA KALU BERANI BERTANGGUNGJAWAB DGN TULISAN LU BRO!!! ADA PIMPINAN PAS MAKI HAMUN LU? LU BARU KENAL POLITIK 1-2 HARI... ITUPUN KUTIP CERITA DARI LONGKANG MANA?

SETIAUSAHA PAS KAWASAN TEMERLOH said...

SAUDARA TELAH MEMBUAT TUDUHAN YANG MELAMPAU DAN FITNAH. BERAPA KALI SAUDARA TELAH BERBINCANG DENGAN KEPIMPINAN PAS? NYATA SAUDARA TIDAK FAHAM TENTANG ISU YANG DIKETENGAHKAN. TAKUTLAH PADA DOSA DAN AZAB NERAKA

DARI
SETIAUSAHA PAS KAWASAN TEMERLOH

RK said...

Terima Kasih diatas komen Saudara Setiausha PAS Kawasan Temerloh diatas komen saudara...Harap berlapang dada dalam isu ini.Kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah lebih diutamakan bagi menjana kemenangan.Biarlah pucuk Pimpinan menentukan milik siapa Parlimen Temerloh ini.

RK said...

saudara Anonymous....anda hebat saya cuma rakyat kecil...

RK said...

LU orang PAS ke...cakap macam ganster ke..tak pun Geng Perkasa