Dalam suasana pilihanraya yang hampir berlaku sekarang,
tidak mustahil ramai dikalangan politikus parti-parti politik sedang mencari
tapak untuk mendapatkan kuasa. Berbagai cara yang dilakukan untuk mendapat
tempat dan berangan-angan kemenangan berada didalam tangan mereka. Selain
Barisan Nasional, parti-parti dalam Pakatan Rakyat pun turut serta dalam
menghiasi politik ugut-mengugut bagi merebut kuasa. Angan-angan PAS untuk
memerintah negeri Pahang begitu kuat sekali dengan sentiment ini telah dibawa
kepada lapisan bawahan rakyat. Rakyat yang sekarang ini bersama Pakatan Rakyat
terasa menyampah dengan situasi ini dan menganggap PAS telah lupa dengan
kesepakatan bersama dengan Parti keADILan Rakyat dan Democratic Action Parti
membentuk sebuah Kerajaan Rakyat.
PAS begitu angkuh sekali mengatakan mereka mempunyai
kekuatan yang cukup, jentera, pengalaman, tektikal dan sebagainya sehingga
menjadikan asas itu sebagai senjata menolak kelemahan yang ada dalam komponen
Pakatan Rakyat yang lain. Bagi pendokong rakyat jika PAS merasakan mereka Parti
yang kuat kenapa selama ini mereka tidak boleh menang dan sentiasa memerlukan
bantuan dari orang lain dan rakyat untuk bersama. Jadi lebih baik PAS kekal
sebagai Parti Pembangkang yang kuat dari menjadi Pemerintah. Rakyat merasakan
PAS begitu sombong dan menafikan kesepakatan yang ada terutama di Parlimen
Temerloh yang cuba merampas kerusi ditandingi PKR sejak 2008.... Bagi Rakyat
PAS boleh meminta dipertimbangkan kerusi tersebut tetapi tidak secara kotor
dengan mengsabotaj setiap program anjuran parti-parti komponen dalam Pakatan
Rakyat. Bermula dengan Program Jelajah Dato’ Sri Anwar Ibrahim hinggalah yang
terbaru Jelajah Anak Muda dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat. Apakah PAS begitu tidak Sabar dengan kuasa
setelah melihat kemenangan beberapa Negeri berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Apakah mereka di Temerloh ini tidak percaya kepada kepimpinan Pusat Pakatan
Rakyat menentukan kerusi. Jadi ingatlah wahai pimpinan PAS Temerloh jika itu
yang kamu mahu tunggulah hukuman dari rakyat. Kamu jangan ingat kekuatan kamu mampu
menjana kemenangan tampa bantuan dari rakan-rakan dalam Pakatan. Rakyat melihat
dan menilai???...
Kenapa perkara ini perlu berlaku dalam mood rakyat ingin
berubah, kenapa PAS amat susah bertahaluk Siasah bersama Pakatan Rakyat hanya
kerana secebis Kuasa yang akan diberikan Rakyat. Dimanakah kebijaksanaan
Pimpinan PAS Pahang khususnya PAS Kawasan Temerloh. PAS Pahang yang mempunyai lebihan kerusi yang
banyak berbanding parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain masih lagi tamak
dan masih inginkan kerusi yang di agihkan kepada KeADILan dan DAP yang
rata-rata rakyat tahu jika kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat maka PAS
lah akan menguasai sebagai Menteri Besar. Atau adakah mereka (PAS) tidak yakin
bahawa mereka boleh menang sehingga cuba merampas sebahagian lagi kerusi yang
diberikan kepada parti komponen yang lain. Ingatlah wahai pimpinan PAS
janganlah terlalu ghairah sehingga melupakan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang masih berdiam
dan melihat situasi ini endah tak endah saja walaupun kita akan berhadapan
pilihanraya tidak berapa hari lagi.
5 comments:
LU PUNYA KATA-KATA BANYAK BUSUK MAA... LU SAPA? TUNJUK MUKA KALU BERANI BERTANGGUNGJAWAB DGN TULISAN LU BRO!!! ADA PIMPINAN PAS MAKI HAMUN LU? LU BARU KENAL POLITIK 1-2 HARI... ITUPUN KUTIP CERITA DARI LONGKANG MANA?
SAUDARA TELAH MEMBUAT TUDUHAN YANG MELAMPAU DAN FITNAH. BERAPA KALI SAUDARA TELAH BERBINCANG DENGAN KEPIMPINAN PAS? NYATA SAUDARA TIDAK FAHAM TENTANG ISU YANG DIKETENGAHKAN. TAKUTLAH PADA DOSA DAN AZAB NERAKA
DARI
SETIAUSAHA PAS KAWASAN TEMERLOH
Terima Kasih diatas komen Saudara Setiausha PAS Kawasan Temerloh diatas komen saudara...Harap berlapang dada dalam isu ini.Kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah lebih diutamakan bagi menjana kemenangan.Biarlah pucuk Pimpinan menentukan milik siapa Parlimen Temerloh ini.
saudara Anonymous....anda hebat saya cuma rakyat kecil...
LU orang PAS ke...cakap macam ganster ke..tak pun Geng Perkasa
Post a Comment