Tuesday, February 26, 2013

PRU 13…ANAK MUDA BANGKIT


Begitu hampir bahang pilihanraya, kibaran bendera parti-parti politik memenuhi persekitaran, bilik gerakan dibuka seperti cendawan yang baru tumbuh selepas hujan turun.  Barisan Nasional (Umno) Nampak lebih dominan mengatasi parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dalam perang dingin pilihanraya. Kenapa begitu meriah sekali seolah Barisan nasional sudah siap siaga menghadapi  pilihanraya. Apakah Najib sudah mendapat ilham bagi membubarkan Dewan Parlimen dalam masa terdekat ni.

Tapi bagi pihak Pakatan Rakyat lain pulak pendekatannya, mereka tidak terikut dengan rentak Barisan Nasional dalam mempromosi kekuatan dengan membuka bilik gerakan dan memenuhi bendera . Mungkin Pakatan Rakyat sudah masak dengan permainan ini dan tidak melatah bersama Barisan Nasional sekadar menunjuk gah dengan kibaran bendera dan memperbanyakan bilik gerakan.  Rakyat pasti tahu tabiat UMNO Barisan Nasional apabila bilik gerakan dibuka pasti ada nilainya dalam RM…sebab itulah mereka berlumba-lumba mendapat laba seketika.

Yang Pastinya RM 3000,00 yang dijanjikan bagi membuka satu bilik gerakan dengan pertaruhkan wang pendahuluan sekitar RM1000.00, selebihnya ketua cawangan punya la. Tak ketinggalan juga memacak dan menaikan bendera dengan nilai RM1.00 – RM 1.50 untuk setiap satu bendera. Budaya yang diamalkan oleh BN ini akan makan diri sendiri dengan harapan kononnya mereka masih ada kekuatan. Lihatlah bila masa pilihanraya sampai, bukan lagi banyak yang dibuka  tapi banyak yang akan ditutup kerana duit tidak diagihkan kepada petugas bilikan gerakan.Budaya UMNO BN ada wang kerja baru jalan ha,ha,ha...

 Pakatan Rakyat terus mendapat ruang dihati pengundi dengan terus memberi penerangan dan penjelasan dengan mendekati masyarakat dengan ihktizam membantu dan memberi keadilan dalam merealisasikan system politik baru kepada Rakyat Malaysia. Tidak kira menggunakan pentas-pentas ceramah, hebahan dan edaran atau menggunakan media social yang begitu efektif dalam dunia baru sekarang ini.

Hari ini berbanding 10 tahun lalu amat berbeza, politik sekarang adalah politik orang muda yang lebih advance, maka pendekatan cara lama tidak sesuai lagi selaras dengan dunia moden orang muda yang lebih bijak menilai info mana yang boleh dipercayai. Anak muda sekarang berbeza dengan anak muda dizaman Mahathir yang mana mereka tidak lagi mahu berada didalam ketakutan lagi, tidak mahu terasa dimiskinkan, tidak lagi boleh diperbodoh oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. Revolusi anak muda begitu ketara sekali dengan kebangkitan Suara Mahasiswa, Kebangkitan Suara Anak Muda Malaysia dan mereka menuntut pencerahan dalam system politik tanah air.
Kita sepatutnya kagum dengan anak muda ini kerana mereka tidak mahu dibelengu dengan ketakutan, kemiskinan dan  kebodohan yang sengaja diterapkan bagi keseterusan survival politik BN.
Apa yang menjadi impian Rakyat merangkumi orang muda bukan mengharapkan bulan bintang dijanjikan, bukan nilai RM 500.00 “one off”, bukan gula-gula sekadar pemanis bagi pembesar menghadapi pilihanraya yang seumpama  umpan untuk memancing ikan dikolam piliharaan tuannya.

Meningkatkan taraf kehidupan dengan menilai semula pendapatan individu dan menurunkan nilai perbelanjaan yang menjadi bebanan masyarakat kini. Sistem kontrak social diantara kaum diberi keutamaan dan kebajikan, keadilan serta ketelusan yang lebih berintigriti  dalam pentadbiran kerajaan. Umumnya apa yang rakyat inginkan adalah keselesaan tampa terasa bebanan yang harus dipikul disebuah Negara yang kaya dengan hasil buminya. Bukannya sebuah Negara yang mempunyai banyak sumber hasil  tetapi menanggung bebanan hutangnya mencecah RM 500 Billion.

No comments: