Wow..ini sangat serius ni..muahahahaha.. Projek gula2 itu bukan setakat utk men'diabetic'kan rakyat tapi amat merbahaya bagi kesihatan ni.. Semuanya begitu mudah untuk ditabur.. betapa manisnya mulut PM apabila
ingin menyejukkan hati rakyat.. Berbillion-billion duit tersembur dari
mulut, tapi perlaksanaannya tak nampak habuk..
Camni la UMNO/BN setiap kali adanya PRU/PRK walau di mana
sekalipun di Malaysia ni...ada je modal lapok yang akan di bawa
untuk dijadikan BAHAN kempen semasa PRU ni.
Tapi
nampaknya, negeri yang dikuasai pembangkang lebih beruntung kerana
mereka lebih mendapat perhatian berbanding tempat yang dikuasai UMNO/BN. Jadi
apa signifikannya? Ramai-ramailah kita menyokong pembangkang. Nescaya
hidup kita akan lebih bermakna!!!!!! Muahahahahaha...
Actually tak salah bagi gula-gula pada rakyat cuma apa yang kita takuti ialah kelak gigi rakyat akan reput..kalau gigi da reput..pemerintah akan buat apa saja sesuka ati mak bapak dia...dan lagi satu yang tak bestnya...kalau rakyat ketagih gula-gulapun..kerajaan jugak yang akan susah..tol tak??
Sebab rakyat Malaysia ni suka sangat gula-gula..tu pasal la stastistik diabetic naik, harga gula pun naik..nak sokongan punya pasal tabur fulus merata-rata... Proud la to be Malaysian...muahahahahahaha...
Sudah-sudah la guna idea gersang camni sebab hakikatnya Malaysia akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU13 ni..bukan pasal rakyat nak sangat undi pembangkang tapi dan menyampah sangat da dengan kerajaan sekarang ni...kasik ajar sikit Ah Jib Gor and the Goons...
Dalam gula-gula tu mesti ada racun. Jangan ingat semua yang manis tu
baik. Ingat pepatah melayu kata ‘mati semut kerana gula' tau..jadi lebihkan gula dalam senyuman sebab senyuman itu adalah sedekah...eh apada aku melalut ni...ceh!!
Manifesto PAKATAN RAKYAT (PRU 13) semua adun-adun dan Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat seharusnya memotong Elaun mereka sebanyak 10% dan
disumbangkan kepada Kebajikan Rakyat. Adakah mereka berani melakukan jika niat
mereka untuk menjadi YB (Yang Berkhidmat)????? Ya sebab mereka berkerja untuk
rakyat. Rakyat adalah bos dan majikan mereka.
Mereka dah nampak duit...sekarang ni semua pakat
berebut -rebut nak jadi YB, sampai sanggup jatuh-menjatuhkan sesama mereka
walaupun mereka tahu mereka tidak layak menjadi pemimpin...."Bila sesuatu
itu diuruskan dikalangan mereka yang bukan pakar dan sepatutnya, maka tunggulah
saat kehancuran". Yang salah apabila YB buat duit melalui duit rakyat. Amanah
yang sepatutnya dipegang dicampak begitu saja. “Sorry to say” tak ramai YB yang
jujur dan amanah di Malaysia..
Kenapa ramai yang berebut-rebut untuk menjadi YB...apakah
mereka tahu itu amanah rakyat...bila mereka diatas mereka pulak menindas dan
melupakan rakyat. Tidakkah mereka tahu naiknya mereka disebabkan sokongan
rakyat.
Kenapa? sebab duit dan pangkatlah..mereka akan hidup senang-lenang,
saudaramara (Kroni) semua cukup makan atau terlebih makan. Nak orang sanjung
dan hormat, rasa bangga tak tinggi diri “ yeahh semua orag hormat aku”. Bukan
kerja mudah sebenarnya menjadi YB (pemimpin). Allah S.W.T akan mempersoalkan
mereka jika tidak adil. Allah tak akan terlepas pandang. Apa yang paling susah
dalam hidup? Solat? Zakat? Haji?, tapi berat lagi AMANAH. KERJA UNTUK
RAKYAT KENA LA BANYAK BERKORBAN....
Rasa tak mungkin YB ni sanggup memotong elaun mereka seperti
Tuan Guru Nik Aziz....Kalau boleh mereka ni nak tambah lagi elaun, nak tambah
segalanya yang boleh ditambah. Duit tak
akan cukup selagi hidup kat dunia..potong 10% elaun..mereka tmbah 50% duit belakang….Kita
tidak kisah duit mereka itu tapi yang kita tidak mahu mereka merompak hak
rakyat untuk mengayakan diri, saudara, kroni mereka. Pejuang berteraskan
keikhlasan itu yang penting, sekarang semuanya itu tak penting yang pasti diri
dahulu diutamakan. Istihar harta semua YB takut?...konon bahaya katanya….la.
Nak potong 10%..fuh..pecah laa parlimen tu..Kalau Najib
istihar elaun YB BN dipotong 15 % apa kah kita akan sokong BN?, elaun potong 15
%...lepas tu rembat harta negara berjuta-juta...mana
lebih baik????? bukan jumlah elaun yg harus kita pertikaikan..fikir-fikirkanlah
semua. Ssiapa tak sayang duit??????. gaji mereka berapa? kalau sekadar 5k baru
boleh pakai kereta perdana tapi kalau dah pakai mezzzzz, gaji berapa + elaun +
sumbangan ehsan... sama la juga, kalau BN/PR dan lain-lain parti jadi YB..... kat pejabat semua dapat elaun,
berapa tak penting tapi lagak ngeri tu yang paling merisaukan kita. Sepatutnya pemimpin
yang baik dan bagus akan dipilih rakyat. Langkah pertama, cari calon YB yg
berkaliber, lepas tu bayar elaun MP yang tinggi mengikut standard swasta. Kalau
kita kurangkan elaun mereka sehingga tak cukup makan, kena rasuah pulak! Bak
kat Mr Mat Bin Salleh: "Bayar kacang, dapat monyet!"
“Lu tolong gua, gua tolong lu!”….. itulah maksud kata-kata Najib kepada kaum India semasa melawat Batu Caves sempena hari Thaipusam pagi tadi. Najib menyeru kaum India supaya mempercayai beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan kaum India dan memberikan beliau sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. "Tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan” kata Najib lantang dan jelas.
Janji seperti ini telah dibuat setiap pilihanraya tiba sejak tiga puluh tahun yang lalu. Janji ini bukan sahaja dibuat kepada kaum India tetapi semua kaum termasuk kaum Najib sendiri, iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di negara ini.
Janji ini jugalah yang akan ditabur dalam pilihanraya yang akan datang kerana kita tahu segala janji yang dibuat pagi tadi tidak akan kemana.
Tetapi kepada siapa yang masih yakin dan percaya kepada janji itu terpulang kepada mereka. Setiap rakyat berhak untuk memilih untuk dibohongi terus-terusan atau mengelak dari pembohongan tersebut. Sebagai seorang Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan Persekutuan, janji yang dibuat secara peribadi itu merupakan tindakan ‘desperate’ dan kata-katanya itu tidak melambangkan beliau seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ yang memimpin rakyat yang berbilang kaum itu.
Orang melayu telah dijanjikan bermacam-macam setiap pilihanraya, tetapi kita lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah terlalu jauh dari menepati janji-janji yang telah dibuat kepada mereka. UMNO telah menjadikan orang melayu hanya sebagai dahan bongkok untuk ‘kera-kera’ meniti dan digunakan untuk memberikan sokongan dalam pilihanraya sahaja. Orang melayu dan rakyat hanya diberikan rm 500 upah sebelum pilihanraya ini untuk mendapatkan kuasa dan terus menjajah pemikiran bangsanya sendiri.
Berbillion habis dibelanjakan untuk membayar undi, tetapi dengan jumlah itu tidak memberikan apa-apa kesenangan kepada orang Melayu dan rakyat keseluruhannya. Hutang kerajaan telah mencecah hampir RM300 billion tidak termasuk hutang-hutang yang dibuat melalui ‘off budget agencies’ yang berbillion billion lagi. Najib berbelanja untuk kempennya seperti seorang maharaja besar sedangkan wang itu semuanya wang rakyat jelata. Saya pernah menulis yang harga untuk mengekalkan kuasa UMNO dan Najib ini amat mahal harganya.
Itu tidak termasuk harga yang dibayar rakyat untuk membayar komission kepada Menteri-Menteri dan kroni-kroni dalam pembelian bekalan dan keperluan kementerian dan negara. Semuanya diperah dari titik peluh rakyat bukannya dari wang UMNO atau BN.
Rakyat sedang marah dan lebih marah lagi apabila mendengar seorang Perdana Menteri membuat janji timbal balas dengan kaum India seperti negara ini adalah negara kepunyaan keluarganya sendiri. “Saya tolong anda, anda tolong saya’ ini telah dihamburkan banyak kali dan tiba masanya bagi kita untuk meminta Najib memberhentikannya. Najib mesti hormati perasaan orang yang mendengarnya.
Rakyat sepatutnya dihampiri oleh dasar yang baik dan sempurna bukannya dihampiri oleh seorang individu pemimpin yang berjanji,’gua tolong lu, lu tolong sama gua’. Kalau ada perasaan ‘desperate’ pun janganlah tunjukkan sangat sehingga terkeluar janji-janji peribadi dalam kempen pilihanraya.
Yang berjanji sepatutnya rakyat. Rakyat sepatutnya yang berjanji untuk mendapatkan kerajaan yang bersih dan telus untuk menjaga kepentingan kaum India dan lain-lain kaum di negara ini, bukannya individu Najib. Itu sebabnya rakyat sedang berusaha untuk mencari gantian kepada pimpinan yang ada untuk mengambil perhatian terhadap bukan sahaja kepada kaum India tetapi bagi semua kaum yang hidup dalam negara bertuah ini.
Kita perlu ingat jika semua janji-janji manis kerajaan dilaksanakan tidak mungkin rakyat memberontak dalam jiwa mereka sehinggakan kita menghadapi situasi politik yang tidak menentu masakini. Sekarang berjanji lagi dan kita tahu hasilnya akan tetap sama.
Yang akan senang hidup dalam keadaan ‘super’ kaya adalah ‘warlords’ dan kroni-kroni UMNO dan BN. Rakyat biasa tetap menganga lebar memerhati pemimpin dan keluarga mereka hidup mewah-mewah yang tidak ada tolok bandingnya walaupun isteri mereka hanya datang dari gulungan rakyat biasa sahaja sebelum menjadi isteri pemimpin-pemimpin besar negara.
Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama juga mundar mandir untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat yang terbiar dan tertipu selama ini. Dalam masa pilihanraya menghampiri kita inilah mereka turun kebawah menyuruh kita ‘membajak sawah pagi ke petang. Apabila mendapat hasilnya padi-padi tadi akan dimasukkan ke dalam kepuk di mana tikus-tikus gemuk akan membahamnya’.
Yang akan ditinggalkan oleh tikus-tikus ini hanyalah hampa-hampa padi seperti yang dibahagi-bahagikan melalui BRIM sebanyak RM500 itu. RM1 trillion wang kita telah dibawa keluar negara sejak sepuluh tahun dahulu. Saya telah menyaksikan rakyat yang lapar ini beratur hampir lima jam untuk mendapatkan RM500 itu. Kepada yang mempunyai perasaan mereka akan melihat mereka beratur dengan perasaan sedih dan pilu. Itu sahajalah yang mereka dapat setelah UMNO memerintah selama 55 tahun.
Setelah mendapat hasil padi hasil bajakan ‘kerbau-kerbau’ ini mereka akan hilang dan menjual hasil bajakan rakyat tadi…bershopping ke London, New York, Paris. Rakyat yang telah diperah peluhnya tadi hanya mendengar sahaja tuan-tuan besar ini membelanjakan hasil pembajakan mereka itu.
Bagi saya tindakan memperbodohkan rakyat ini wajar dihentikan dahulu lagi, tetapi tidak juga dihentikan. Pemimpin-pemimpin kita mengambil rakyat ramai ‘for granted’, boleh diperlakukan apa sahaja. Selagi rakyat khususnya orang Melayu miskin, selagi itulah UMNO dan BN mengharapkan sokongan dari mereka ini. Lagi miskin rakyat lagi mudah pimpinan kita menipu dan menyesatkan negara. Memang benar kata agama kita yang ‘kemiskinan itu membawa kekufuran’.
Letih kita dibuatnya. Kali ini kita terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuang undi. Kalau kita melakukan kesilapan lagi maka kita jugalah yang kecewa dan menganga melihat pimpinan kita memferaidkan hasil mahsul rakyat sehingga kering kontang.
Kita mesti ingat, jika kita hendak menjaga harta benda kita jangan biarkan pencuri dan perompak mendekati kita. Kita kunci betul-betul supaya penyamun dan perompak tidak dapat masuk lagi.
Gua ingat gua tak mau tolong lu.
- Aspan Alias
Najib tegaskan India perlu 'nambikei' Hazlan Zakaria - 3:32PM Feb 7, 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa masyarakat India memerlukan "nambikei" atau kepercayaan terhadap kerajaan supaya banyak perkara boleh dilakukan.
Bercakap di harapan ribuan penganut Hindu yang merayakan Thaipusam di Batu Caves, beliau berkata negara ini memerlukan kerjasama antara masyarakat dan NGO India dengan kerajaan.
"Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu," kata perdana menteri disambut sorakan daripada hadirin.
Beliau turut mengingatkan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sekolah RM100 dan baucar buku RM200 kepada pelajar yang diberikan kerajaan.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Najib memberi jaminan segala janji yang dibuat BN, sama ada bagi komuniti India mahupun bangsa lain, akan tetap dilaksanakan.
Katanya seperti mana pentingnya Hari Thaipusam bagi masyarakat Hindu, sebagai hari untuk berhajat dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik, kerajaan juga berharap dapat memberi masa depan yang lebih terjamin dan menambah kualiti kehidupan rakyat.
Beliau berkata komitmen kerajaan untuk membantu kaum India dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, keagamaan dan masalah kewarganegaraan telah menunjukkan kesan positif kerana bantuan yang dihulurkan jauh lebih besar daripada yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Kita tidak pernah mungkir janji... kalau kita janji untuk melakukan sesuatu, kerajaan BN akan laksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.
Najib berkata selain pelbagai suntikan yang telah diberikan untuk meningkatkan taraf pendidikan kaum India, kerajaan juga akan meluluskan pembinaan enam buah lagi SJKT baru di Selangor, Perak, Kedah dan Johor, seperti yang diputuskan pada pertemuan dengan guru-guru besar SJKT baru-baru ini.
Hadir sama ialah isteri perdana menteri Rosmah Mansor, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishanmuddin Hussein.
Terima kasih kepada kerajaan BN yang amat prihatin akan
nasib rakyat..RM500 untuk 4 tahun. Untung 4 tahun ni dah masuk umur 70 tahun
baru nak dapat syukur...syukur...ya Allah..syukur alhamdulillah....... Mengapa
harus dipandang negatif apakata kita pandang ianya positif?
Kalaulah macam ni PEMURAHnya KERAJAAN diberinya ROYALTI pada
KELANTAN alangkah BAIKnya...dan geran PEMBANGUNAN diberikan awal pada setiap
tahun...barulah PRIHATIN namanya tanpa mengira IDEOLOGI POLITIK! Kan dia org
cuma pulangkan semula duit rakyat..tapi lagaknya macam dia orang punya duit ....
Betul tu...adalah lebih baik jika KERAJAAN dapat
menstabilkan HARGA BARANGAN PENGGUNA...boleh buat jika ada KEMAHUAN...contohnya
HARGA AYAM....lepas raya Cina mendadak turunnya sehingga RM5...tengok sat lagi
mencanak2 naiknya...bukan susah nak bagi harga STABIL...tapi apakan
daya...POLITIKUS sendiri menjadi PENGERUSI kepada SYARIKAT PERNIAGAAN
AYAM...habis macam mana harga nak turun...entahlah! jgn jd hamba duit.....
Macam harga gula juga...masa tauke cina jadi raja gula tak
pula gula naik...tapi bila org melayu ambil alih ( syed mokhtar) gula terus
naik...apa punya fesyen la ....semata2 nak bagi untung kat mamat tu ...rakyat yang
jadi mangsa.. Isu ini bukan 4 tahun
... 54 tahun dah ?... kita rakyat kebuloq duit sungguh... tak tau la .. Itu la umpan
orang melayu, orang china makan juga umpan tu tapi tahi dia kasi balik ... kita
bersyukur kerajaan bagi RM500 kpd rakyat yg miskin........tapi adakah kita
bersyukur kerajaan menghabiskan duit rakyat RM250 juta untuk syarikat lembu yang
menternak lembu kat kondo.... Macam ni ke nak diharapkan RM500 ini
diberikan setiap tahun......
Ini la namanya politik...siapa pandai menguasai khalayak
maka orang itu dianggap hero...jadi pilih la yang terbaik...duit rakyat tu tapi
mengaku macam dia punya.. Eeemmmmm... bagi
duit RM500 kepoh dan kecoh, pemohonan 70% yang tak di terima tu macam mana!!!
nak bagi.... bagilah sama rata, baru adil!! setakat RM500 - 1 penggal..... jumlah bersih 1 hari = RM0.92...
nak beli ikan masin pun tak lepas! huhuhuhu....
Memang kita inginkan konsep 'keadilan'....rakyat dapat
sikit...tapi ada individu tertentu buat syarikat dan belasah duit yang
sepatutnya bagi rakyat. Pendapat'
"lihat yg positif".....tapi yg positif tu terserlah pada tahun
ni....napa bukan tahun lepas atau tahun sebelumnya.....kata tak ada kerajaan
tak duit dan perlu berjimat....tapi tahun ni ada pulak duitnya.... kan Nampak sangat
putar belitnya.
Mereka bagi RM500...media arus perdana , TV 3, Utusan Melayu
sibuk mencanang dan mencerita tentang keprihatinan
kerajaan...seolah olah RM500 duit dari BN......Mereka spin supaya rakyat pening
,rakyat sebenarnya tak faham membezakan duit BN dengan duit kerajaan.....
Lepas pru13....harga barang akan mencanak naik..RM500 tu
kejap je abis. Sepatutnya kerajaan membuat dasar yang lebih adil dan
menyeluruh....turun petrol dan tol akan memberi impak yg lebih positif... kpd
rakyat miskin; sederhana dan kaya. Kalau kerajaan nak adil kena bantu negeri
negeri yg miskin secara saksama....rolyati minyak untuk kerajaan kelantan
sepatutnya diberi.
Aziz Bari membawa hasrat Rakyat bukan hasrat Parti...Rakyat
inginkan perubahan betul ke? hasrat parti adalah hasrat rakyat. Parti mempunyai
agenda...tetapi apa pulak agenda rakyat?. Agenda merupakan daripada keperluan
rakyat.. kalau rakyat perlukan agenda.. perlu menyertai parti untuk memperolehi
kemenangan.
Aziz bari merupakan orang Parti ke..atau Parti politik
maukan beliau untuk survival politik mereka...atau memang demand Aziz bari
untuk mendapat tempat selepas tidak lagi menjadi pensyarah.Orang politik bukan
saja orang yang berada di dalam parti.. dalam Malaysia ni berapa ramai yg tidak
menyertai parti dan menjadi BEBAS ketika bertanding.. mereka juga membawa
agenda.. mereka juga membawa hasrat rakyat.. dan mereka juga mampu menang..
kalau prof tidak menyertai parti sekalipun, jika dia bertanding, itu sudah
bermakna dia orang politik walau pun dia tidak menyertai mana-mana parti atau
menggunakan tiket mana-mana parti.
Orang politik tidak bermaksud dia perjuangkan agenda Parti
politik...mungkin beliau merasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran.. Tapi
kenapa beliau bertanding ditempat yang sudah pasti kepunyaan Parti PKR kenapa
tidak bertanding atas tiket bebas. Adakah ada persetujuan berlaku antara PKR
dan Aziz Bari....Takut berlaku lagi kes-kes Katak-katak berlompatan..
Jika dia terpanggil untuk menyatakan kebenaran, kemudian
bertanding.. itu adalah org politik la.. politik ni x semestinya berparti.. tapi
dalam islam.. politik mesti duduk dalam 1 Jamaah.. jikalah dia lebih selesa
dengan BEBAS, tiada sapa mampu menghalang kerana itu adalah hak dia.. tapi jika
dia ingin menggunakan tiket parti, itu sudah baik baginya, sekurang2nya ada
keingginan untuk bersama dalam jamaah.. sebagai tanda, menyuarakan dan
menyatakan pandangan melalui semangat parti..
Adakah selepas ini akan ADA AZIZ BARI 2.....Adam Adli,
Safuan Anang, Khalid Ismath..akan ditawarkan untuk survival PKR..kerana
pengaruh mereka? cuma untuk berkongsi pendapat aje
wallahu a'lam, parti2 yg ada sepatutnya lebih matang untuk
menerima sesiapa yg bertanding pada PRU13 nanti sbg langkah berhati2..tapisan
perlu ada.. jangan berjuang kerana semangat, dan cita-cita sahaja, esok akan
hancur dan lebur.. Jadi bagus untuk Aziz Bari masyuk Parti PKR la atau Tidak ada
parti?
susah nak menjawab, kita rakyat Marhein ni mampu bagi
pendapat je.. terserah kepada pendapat org2 parti untuk menasihat beliau.
Setujukah dengan pandangan..sebab rasionalnya pasti ada, kenapa
dan bagaimana? cuma perlu dikupas dengan halus supaya tiada kemelut yang
berlaku. Jangan kerana kita suka kita ambik dan kita benci kita
buang...kekadang yang kita benci itu adalah kesempurnaan...Jadi rakyat akan
menilai semuanya.
setakat ini Aziz bari yang terbaik la...tak ada lagi calon
yang sesuai..tetapi perlukah beliau menggunakan tiket PKR kenapa tidak PAS atau
PUN DAP????
Alhamdullilah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,
benarlah rencana ALLAH itu tiada siapa yang tahu, satu ketika dahulu Zizan
pernah melakukan khilaf gara-gara lakonannya dalam filem hantu bonceng, dicerca
dan dimaki, Zizan akui kesilapanya itu dan minta dimaafkan. hari Zizan kini
semakin hampir pada Islam.
Ramai yang tidak tahu Zizan ditawarkan RM18,000 untuk menjadi pengacara
Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada 31 december 2011, mungkin
saja bagi artis lain yang tengah ghairah mengumpul wang ringgit peluang itu
tidak akan dilepaskan sama sekali.
Seperti juga yang dilaporkan oleh blog Tinta
hijau dikaki bukit, Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar
Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu., tawaran itu
diterima dengan senang hati oleh Zizan.
Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang
bayaran yang ingin diberikan, namun atas dasar menghormati Zizan yang dianggap
salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan
menerima RM1000 sebagai tanda penghargaan dari penganjur.
Program tersebut berjaya menarik lebih kurang 80 ribu
pengunjung, ia merupakan satu langkah baru dalam meraikan sesuatu sambutan, dan
kebanyakan pengunjung adalah orang muda, ini menunjukkan orang muda sekarang
mula mencari sesuatu yang lebih baik, mereka sudah mula menolak hiburan yang
melalaikan semata-mata.
Kepada Zizan, tahniah, hanya Allah yang akan membalas apa yang anda lakukan,
teruskan usaha anda, anda kini dipandang tinggi oleh ramai anak-anak muda.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Sumber: Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
UmnO makin risau dengan gerombolan pemuda dan orang melayu mula mendekati DAP. UMNO tidak boleh lagi mengatakan DAP adalah sebuah parti perkauman. Ramai melayu telah tertarik dengan idologi DAP yang mana mereka tidak lagi mempercayai UMNO sebagai Parti yang melaungkan agenda melayu. Melayu UMNO didifinasikan kepada mereka yang rapat sahaja (Kroni).
Orang melayu kebanyakan diketepikan dan kalau boleh orang melayu didalam UMNO akan terus dibiarkan bodoh supaya tidak menjadi pesaing atau boleh dikatakan tidak melawan tuannya. Umno mahu orang melayu ini sentiasa menjadi Pak Angguk dalam segala sistuasi.
Dalam pada itu pula DAP tidak boleh mengatakan lagi Parti itu hanya untuk kaum china sahaja. Mungkin ini juga membuat pemimpin-pemimpin DAP dari kalangan china merasa gusar juga apabila berhadapan dengan situasi ini. Mungkin Lim Kit Siang patut memberi peluang kepada semua anak muda dan para akedemik melayu menyertai DAP bagi menangkis bahawa DAP bukan Parti bangsa China tetapi Multi racial Parti yang berteraskan Malaysian Nation.
Sekarang ini telah mula kita lihat penyokong-penyokong DAP telah bersama seperti sudah ada Group-group dalam facebook iaitu DAP GAGASAN MANJOI dan MELAYU DAP.....Apakah satu strategik bagi menggerunkan pihak UMNO Barisan Nasional bahawa bukan UMNO sahaja yang mengambil berat atau membela nasib Melayu atau DAP memerlukan Melayu untuk mengambil tempat ketua negeri jika DAP mendapat kerusi yang banyak? dimanakah rasional semua ini.
Bantuan BR1M diminta isi borang dari jabatan INCOME TAX supaya
income tax senang nak jejak alamat terkini rakyat Malaysia.
Bila duit dah lulus dan kita fikir akan tuntut duit tu kat mana mana pejabat INCOME
TAXrupa rupanya kena jumpa juak juak BN jugak.dah nampak dah belang umno nih
nak wayang apa sebenarnya.Bila memberi wang,amik kat UMNO,dia pikir wang tu
hasil dari Najib agaknya.
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap
bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan seorang lagi kawan mencuri meja
sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah
yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3. Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif
bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk
mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Untuk membantu nasib pelajar di atas serta mereka yang
menjalani nasib yang sama, sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Ustazah Siti Hawa 0139180191 ( Guru Besar KAFA
Integrasi Al-Insaniah, Petaling Jaya)
Ustazah Norazainah 0173217971
Di bawah ini berita berkaitan yang disiarkan dalam Utusan
Malaysia :
13 Dis 2011
KETIKA anak lain ke sekolah agama, Udin (bukan nama sebenar)
leka bermain. Sesekali matanya merenung ke arah sekolah. Ada perasaan sayu dan
pilu dalam hatinya. Dia sememangnya teringin untuk belajar di sekolah agama itu
tetapi apakan daya, ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah. Meskipun
jumlahnya hanyalah RM20 sebulan. Makan mereka pun atas belas ehsan jiran.
Dia dan abangnya pernah ditangkap kerana mencuri meja
sekolah. Bahagian besi meja itu dijual kepada pembeli barang lusuh.
Akan adakah pemimpin Malaysia seperti Ghandi....betapa berbezanya Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan berjiwa rakyat. Pernah susahkah beliau semasa masih ramai rakyat Malaysia memerlukan bantuan. Adakah beliau pernah merasai kehidupan sebagai seorang rakyat yang walaupun sehari. Pernah beliau menitis peluh merasai kehidupan seorang petani, nelayan dan buruh.