Friday, February 10, 2012

Aziz Bari membawa hasrat Rakyat bukan hasrat Parti



Aziz Bari membawa hasrat Rakyat bukan hasrat Parti...Rakyat inginkan perubahan betul ke? hasrat parti adalah hasrat rakyat. Parti mempunyai agenda...tetapi apa pulak agenda rakyat?. Agenda merupakan daripada keperluan rakyat.. kalau rakyat perlukan agenda.. perlu menyertai parti untuk memperolehi kemenangan.
Aziz bari merupakan orang Parti ke..atau Parti politik maukan beliau untuk survival politik mereka...atau memang demand Aziz bari untuk mendapat tempat selepas tidak lagi menjadi pensyarah.Orang politik bukan saja orang yang berada di dalam parti.. dalam Malaysia ni berapa ramai yg tidak menyertai parti dan menjadi BEBAS ketika bertanding.. mereka juga membawa agenda.. mereka juga membawa hasrat rakyat.. dan mereka juga mampu menang.. kalau prof tidak menyertai parti sekalipun, jika dia bertanding, itu sudah bermakna dia orang politik walau pun dia tidak menyertai mana-mana parti atau menggunakan tiket mana-mana parti.
Orang politik tidak bermaksud dia perjuangkan agenda Parti politik...mungkin beliau merasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran.. Tapi kenapa beliau bertanding ditempat yang sudah pasti kepunyaan Parti PKR kenapa tidak bertanding atas tiket bebas. Adakah ada persetujuan berlaku antara PKR dan Aziz Bari....Takut berlaku lagi kes-kes Katak-katak berlompatan..
Jika dia terpanggil untuk menyatakan kebenaran, kemudian bertanding.. itu adalah org politik la.. politik ni x semestinya berparti.. tapi dalam islam.. politik mesti duduk dalam 1 Jamaah.. jikalah dia lebih selesa dengan BEBAS, tiada sapa mampu menghalang kerana itu adalah hak dia.. tapi jika dia ingin menggunakan tiket parti, itu sudah baik baginya, sekurang2nya ada keingginan untuk bersama dalam jamaah.. sebagai tanda, menyuarakan dan menyatakan pandangan melalui semangat parti..
Adakah selepas ini akan ADA AZIZ BARI 2.....Adam Adli, Safuan Anang, Khalid Ismath..akan ditawarkan untuk survival PKR..kerana pengaruh mereka? cuma untuk berkongsi pendapat aje
wallahu a'lam, parti2 yg ada sepatutnya lebih matang untuk menerima sesiapa yg bertanding pada PRU13 nanti sbg langkah berhati2..tapisan perlu ada.. jangan berjuang kerana semangat, dan cita-cita sahaja, esok akan hancur dan lebur.. Jadi bagus untuk Aziz Bari masyuk Parti PKR la atau Tidak ada parti?
susah nak menjawab, kita rakyat Marhein ni mampu bagi pendapat je.. terserah kepada pendapat org2 parti untuk menasihat beliau.
Setujukah dengan  pandangan..sebab rasionalnya pasti ada, kenapa dan bagaimana? cuma perlu dikupas dengan halus supaya tiada kemelut yang berlaku. Jangan kerana kita suka kita ambik dan kita benci kita buang...kekadang yang kita benci itu adalah kesempurnaan...Jadi rakyat akan menilai semuanya.
setakat ini Aziz bari yang terbaik la...tak ada lagi calon yang sesuai..tetapi perlukah beliau menggunakan tiket PKR kenapa tidak PAS atau PUN DAP????

No comments: