Monday, February 6, 2012

SESUAP NASI.......CURI BESI BURUK (1 MALAYSIA PERIHATIN)

Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan seorang lagi kawan mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3. Kenapa? Sebab nak beli beras. “Kami lapar sgt,” kata mereka.
Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Kisah penuh cerita ini di pautan berikut :
Untuk membantu nasib pelajar di atas serta mereka yang menjalani nasib yang sama, sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Ustazah Siti Hawa 0139180191 ( Guru Besar KAFA Integrasi Al-Insaniah, Petaling Jaya)
Ustazah Norazainah 0173217971
Di bawah ini berita berkaitan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia :
13 Dis 2011
KETIKA anak lain ke sekolah agama, Udin (bukan nama sebenar) leka bermain. Sesekali matanya merenung ke arah sekolah. Ada perasaan sayu dan pilu dalam hatinya. Dia sememangnya teringin untuk belajar di sekolah agama itu tetapi apakan daya, ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah. Meskipun jumlahnya hanyalah RM20 sebulan. Makan mereka pun atas belas ehsan jiran.
Dia dan abangnya pernah ditangkap kerana mencuri meja sekolah. Bahagian besi meja itu dijual kepada pembeli barang lusuh.
Kisah lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

No comments: