Manifesto PAKATAN RAKYAT (PRU 13) semua adun-adun dan Ahli
Parlimen Pakatan Rakyat seharusnya memotong Elaun mereka sebanyak 10% dan
disumbangkan kepada Kebajikan Rakyat. Adakah mereka berani melakukan jika niat
mereka untuk menjadi YB (Yang Berkhidmat)????? Ya sebab mereka berkerja untuk
rakyat. Rakyat adalah bos dan majikan mereka.
Mereka dah nampak duit...sekarang ni semua pakat
berebut -rebut nak jadi YB, sampai sanggup jatuh-menjatuhkan sesama mereka
walaupun mereka tahu mereka tidak layak menjadi pemimpin...."Bila sesuatu
itu diuruskan dikalangan mereka yang bukan pakar dan sepatutnya, maka tunggulah
saat kehancuran". Yang salah apabila YB buat duit melalui duit rakyat. Amanah
yang sepatutnya dipegang dicampak begitu saja. “Sorry to say” tak ramai YB yang
jujur dan amanah di Malaysia..
Kenapa ramai yang berebut-rebut untuk menjadi YB...apakah
mereka tahu itu amanah rakyat...bila mereka diatas mereka pulak menindas dan
melupakan rakyat. Tidakkah mereka tahu naiknya mereka disebabkan sokongan
rakyat.
Kenapa? sebab duit dan pangkatlah..mereka akan hidup senang-lenang,
saudaramara (Kroni) semua cukup makan atau terlebih makan. Nak orang sanjung
dan hormat, rasa bangga tak tinggi diri “ yeahh semua orag hormat aku”. Bukan
kerja mudah sebenarnya menjadi YB (pemimpin). Allah S.W.T akan mempersoalkan
mereka jika tidak adil. Allah tak akan terlepas pandang. Apa yang paling susah
dalam hidup? Solat? Zakat? Haji?, tapi berat lagi AMANAH. KERJA UNTUK
RAKYAT KENA LA BANYAK BERKORBAN....
Rasa tak mungkin YB ni sanggup memotong elaun mereka seperti
Tuan Guru Nik Aziz....Kalau boleh mereka ni nak tambah lagi elaun, nak tambah
segalanya yang boleh ditambah. Duit tak
akan cukup selagi hidup kat dunia..potong 10% elaun..mereka tmbah 50% duit belakang….Kita
tidak kisah duit mereka itu tapi yang kita tidak mahu mereka merompak hak
rakyat untuk mengayakan diri, saudara, kroni mereka. Pejuang berteraskan
keikhlasan itu yang penting, sekarang semuanya itu tak penting yang pasti diri
dahulu diutamakan. Istihar harta semua YB takut?...konon bahaya katanya….la.
Nak potong 10%..fuh..pecah laa parlimen tu..Kalau Najib
istihar elaun YB BN dipotong 15 % apa kah kita akan sokong BN?, elaun potong 15
%...lepas tu rembat harta negara berjuta-juta...mana
lebih baik????? bukan jumlah elaun yg harus kita pertikaikan..fikir-fikirkanlah
semua. Ssiapa tak sayang duit??????. gaji mereka berapa? kalau sekadar 5k baru
boleh pakai kereta perdana tapi kalau dah pakai mezzzzz, gaji berapa + elaun +
sumbangan ehsan... sama la juga, kalau BN/PR dan lain-lain parti jadi YB..... kat pejabat semua dapat elaun,
berapa tak penting tapi lagak ngeri tu yang paling merisaukan kita. Sepatutnya pemimpin
yang baik dan bagus akan dipilih rakyat. Langkah pertama, cari calon YB yg
berkaliber, lepas tu bayar elaun MP yang tinggi mengikut standard swasta. Kalau
kita kurangkan elaun mereka sehingga tak cukup makan, kena rasuah pulak! Bak
kat Mr Mat Bin Salleh: "Bayar kacang, dapat monyet!"
No comments:
Post a Comment