Tuesday, February 28, 2012

PANASSSSSSSS terbaru.. Penipuan felda terhadap Peneroka




Setelah terdedahnya bukti minyak sawit Malaysia dieksport ke Israel, barulah kita sedar, bahawa Israel telah berjaya menyimpan stock minyak sawit mentah kita dengan begitu banyak. Bila mereka akan lambakkan? Pasti harga sawit akan jatuh teruk nanti... Tapi bukan sekarang.... Tunggu selepas FGVH berjaya disenaraikan, masa tu barulah Israel akan lambakkan. Akan ramailah yang rugi, akan ramailah yang berhutang, akan ramailah yang tak cukup makan... Saat itu barulah Israel beli mojoriti saham FGVH... Ketika itu jangan salahkan Najib, jangan salahkan ISA samad, kita salahkan Anwar Ibrahim, Mazlan Aliman, Hj Suhaimi Said, Rebin Birham ....
Terbaru ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet. Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel. Tertera dengan jelas adalah nama Sime Darby dari Malaysia. Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel.

link adalah seperti di bawah :
http://www.indexmundi.com/commodities/?commodity=palm-oil&months=120&currency=ils







Penyenaraian FGVH, mereka mempertahankan tanah peneroka tidak terbabit. Betul ker? Kenapa mendesak peneroka menghantar salinan GERAN TANAH, salinan Sijil KPF dan salinan IC? Kalau nak beri Durian Runtuh, sekadar salinan buku Maybank pun dah cukup. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan... Penipuan secara licik sedang dilakukan…
Sentiasa waspada dan berhati-hati... Perlu mendapat penjelasan yang sewajarnya. Jangan menang sorak, kampong tergadai. Dapat duit seciput, merana sepanjang hayat. ISA samad nakkan duit Felda/KPF saja... Hati-hati...

No comments: